Thursday, 31 May 2018

Kenangan Yang Melukakan

PengakuanKu

Assalamualaikum..maaf sekiranya luahan sy menimbulkan rasa kurang senang pada pembaca.Biar la sy berterus terang.Sy seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata.Alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami yg penyayang serta anak2 yg comel.Di saat ini, pada bulan Ramadhan ini sy menanggung rindu yang amat sangat pada anak sulung sy yg lahir kerana kesilapan sy sendiri.Beberapa tahun yg lepas, sy melahirkan anak sulung sy tanpa ikatan yg sah.Selepas memikirkan baik buruk masa depan anak, sy redha untuk memberikan anak sy kepada keluarga angkat.Pelbagai dugaan dilalui ketika melalui saat itu.Dibuang keluarga, berseorangan mendaftar diri ke rumah perlindungan, dipandang sinis ketika melakukan pemeriksaan bulanan, dihadiahkan kata2 yang melukakan hati ketika waktu melahirkan, berseorangan menghadapi saat anak diambil oleh keluarga angkat tanpa sesiapa disisi.Berbulan lamanya sy meratap hiba mengenangkan anak yg dikandungkan tidak sempat disusukan dan hanya dapat dijaga selama semalaman.Sebaik keluar dari pusat perlindungan, sy disatukan dengan suami tanpa sebarang majlis dan kami memulakan hidup bersendirian.Sy diberi peluang untuk hamil sekali lagi tapi kandungan tidak bertahan.Perasaan untuk bertemu dan meluahkan rindu pada anak yg sulung tidak pernah hilang.

Selepas beberapa bulan keguguran, sy disahkan hamil dan Alhamdulillah sy menjadi seorang ibu untuk seorang anak yang sangat comel serta mudah dijaga.Tetapi di dalam hati sy masih merindukan anak sulung sy.Masih terasa pergerakannya ketika di dalam perut, saat dilahirkan, tangisan yang sayu, bauan yg melekakan hati sy. Tidak pernah putus doa dari sy untuk anak2.Sy mengharapkan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sy lakukan.Jika masa boleh diulang,sy tidak inginkan semua ini terjadi. Jika tidak terlampau menurutkan rasa dan nafsu, sy tidak akan mengalami saat yg menyedihkan itu.Bukanlah sy tidak mempunyai rasa sayang untuk anak yang ada didepan mata cuma perasaan rindu sy selama bertahun untuk anak sulung tidak dapat ditahan lagi.

Mungkin ada yang terlintas, dimana keluarga angkat anak sy.Hanya memori yg kekal dalam ingatan.Untuk mencari tidak termampu.Cuma doa yg tidak pernah putus sy kirimkan.Ada yang meluah kata, untuk apa dikenang anak yg dilahirkan begitu.Lepaskan saja pada keluarga angkat.Namun hati ini tidak kuat untuk melupakan anak dengan semudahnya.Sy mengharapkan dapat bertemu bersua muka dgn anak serta keluarga.Tidak sekelumit pun dalam hati untuk mengambil kembali anak kerana sy yakin anak berada didalam jagaan keluarga yang sangat menyayanginya.Cuma sy sering berdoa agar dilembutkan hati keluarga anak untuk membenarkan sy bertemu dengan anak sulung walaupun sekali.

Ingin sy hadiahkan sepasang pakaian raya kerana anak sulung sy dilahirkan pada bulan Ramadhan.Ingin sy bisik ke telinganya betapa sy sangat menyayangi dan merinduinya serta meminta maaf kerana melahirkannya tidak seperti anak2 yang lain.Ingin sy khabarkan sy tidak pernah lena tanpa memikirkan dirinya.Buat anak,maafkan ibu kerana tidak menjagamu sebaik dilahirkan, maafkan ibu kerana tidak memberi walau setitik air susu ibu, maafkan ibu kerana tidak hadir untuk sepanjang hari-hari mu membesar..maafkan ibu anak kerana tangan ini yang menyerahkan kamu kepada keluarga yang ibu yakin mampu menjaga serta menyayangimu seperti ibu mungkin lebih dari ibu..maafkan ibu anakku kerana ibu hanya menitipkan doa serta rindu dari kejauhan dan tidak mencarimu.Percayalah ibu tidak pernah sesaat lupa padamu.Perasaan kasih dan sayang ibu tidak pernah hilang walaupun kita bertemu muka sementara cuma.Ibu sayang anak2 ibu..

– IbuRindu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.