Assalamualikum semua..terima kasih admin kalau siarkan cerita ni..
Nama aku inas, 20-an, ada 4adik beradik. Disebabkan hari ni hari ibu, penuh wall facebook, ig, dan whsapp status wish selamat hari ibu sekali dengan gambar ibu masing. Tiba tiba hati aku terdetik sedih, dalam tak sedar dah 13 tahun aku xpernah ucapkan selamat hari ibu dan dah 13 tahun jugak mama meninggalkan kami adik beradik. Sepanjang tempoh 13 tahun aku xpernah ambik tahu bila hari ibu. Bertuahnya kamu semua masih ada ibu. Mama meninggal dunia masa aku masih di sekolah rendah. Selepas pemergian mama, kami 4beradik smua duduk berjauhan. Lupa nk bagitau ayah aku meninggal beberapa tahun sebelum mama meninggal. Jadi disebabkan kami smua masih bersekolah, saudara belah mama dan ayah yang jaga kami. Masing2 duduk di negeri lain dan hanya berkumpul pada hari raya je.habis smpai sini..(sedih nak cerita kami tak dapat membesar sama2)
Bila smua dah dewasa dan berumah tangga, aku pun bru masuk alam pekerjaan ( dan dah berenti kerja atas sebab tertntu sekarang menggangur dengan segulung ijazah). Aku sedar yang susahnya hidup ni bila aku kena tanggung diri sendiri tanpa tempat mengadu. ( semua kakak dan abang2 aku dah kawin dan tinggal aku je belum kawin & abang2 aku sangat jarang komunikasi lepas mereka berkahwin)Dulu aku jarang ada masalah kewangan sebab aku masih belajar, sedara2, kakak dan abang2 aku akan tolong saat aku kesempitan wang. Tapi bila dah tamat belajar aku malu untuk meminta dengan keadaan aku menganggur. Saat ini aku betul2 rindukan doa seorang mama untuk doakan dipermudahkan rezeki pekerjaanku. Sesungguhnya aku kehilangan satu nikmat doa ibu tanpa hijab tu. Tapi aku yakin ujian Allah supaya aku lebih kuat. Sebenarnye panjang lg aku nk tulis kisah hidup aku lepas kehilangan mereka, tapi rasa sebak pulak.ada masa aku tulis lagi ye.
Kepada mama, selamat hari ibu.
Semoga mama dan abah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Al-fatihah.
Kepada pembaca yang masih mempunyai ibu ayah, hargailah mereka kerana kasih sayang mereka tak ternilai dan tak kan dapat dari org lain.
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment