Saturday, 5 May 2018

Nasib Si Introvert

PengakuanKu

Assalammualaikum.
Terima kasih kepada admin sekiranya luahan aku ini disiarkan. Aku Hawa, pertengahan 20-an, graduan yg masih mencari kerja. Anak sulung dalam family.

Well, aku sebenarnya rasa forever alone sgt sebab aku ni jenis introvert based on personality test yg aku ambil. Result test tu tunjuk aku ni ISTJ dan 49% introvert. That why aku ni memang kurang berkeyakinan nak berdepan dengan orang. Betullah orang kata introvert tak buat kawan tapi adopted by extroverts. Jadi aku cuma ada 2 orang kawan rapat dalam setiap institusi di mana aku belajar di mana mereka yang reach aku dulu.

Ditambah lagi dengan hidup aku yang berpindah randah dan akhirnya menetap di kawasan yang seorang pun aku tak kenal. Aku pindah rumah dan tak lama lepastu aku sambung study. So memang aku tak kenal sesiapa la kat kawasan rumah aku.

Aku dibesarkan dengan sikap overprotective mak ayah aku. Jadi hasilnya aku memang tak ada peluang nak bersosial maksud aku nak berkawan dengan orang lain sampai habis SPM. Jadi masa aku banyak dirumah. Kalau aku nak ke mana-mana memang payah nak dapat izin parents aku. Kalau dapat pun syaratnya parents aku akan hantar dan ambil. Tak boleh nak pergi sendiri ke, tumpang orang ke, naik bas ke. Aku memang tak ada peluang nak explore benda tu. Ditambah lagi dengan kes sepupu aku yang terlibat dengan masalah sosial, lagilah aku di kongkong.

Lepas SPM aku ingat boleh la kerja sambil berkenalan dengan jiran di kawasan yang kami sekeluarga baru diami, ayah aku tak bagi aku kerja siap suruh aku buat kerja umah je dia bayar aku. Dalam 4 bulan lepas tu aku kena masuk satu program. Tak sempat tamat program, aku dapat rayuan masuk kolej yang mana aku dah ketinggalan syllabus dekat 2 bulan berbanding orang lain. Tu first time aku duduk jauh. Itu pun aku jarang keluar outing. Every weeks parent aku yang datang bawak barang keperluan.

Tamat kolej, sementara tunggu masuk u, aku stay kat rumah jugak. Pergi kedai pon dengan parent sebab rumah aku 10 minit dari pekan. Bab nak belajar kereta ke motor ke lagi susah. Sebab masalah pengangkutan ke bandar. Lepas aku masuk U baru ada peluang nak belajar. Orang lain dah bawak kereta motor masa study, aku motor pon tak reti bawak sebab mak ayah aku tak bagi aku try bawak motor selagi umur belum cukup. Bila umur dah cukup, sambung belajar pulak. FYI, sampai sekarang aku tak reti bawak moto. Lesen kereta ada tapi nak belajar lesen pon mak aku pergi hantar n ambil.

Kadang aku rasa menyusahkan sebab bandar tu jauh, 40 min dari rumah. Nak pergi sendiri tak bagi, pastu dengan masalah bas tambang tak tentu masa lagi. Kalau aku ada kawan yang aku kenal takpe juga. Boleh ajak pergi sama-sama.

Tulah, bila selalu di tolong, aku develop perasaan takut bila nak buat sesuatu sendiri. Nasib masa study u dulu aku ada kawan 2 orang tu. Kemana-mana dengan dioranglah. Now masing- masing dah balik ke negeri masing-masing dan tinggallah aku sendiri. Spend time seorang kat rumah time parents aku kerja. Tolong diorang je la. Tak ada keluar pergi mall, tak ada jalan-jalan dengan kawan, tak da birthday party. Kesiankan jadi aku.

Mungkin ada yang kata aku ni mengada-ngadalah n asyik harap mak ayahlah, korang rasa aku ada pilihan ke? Hanya mak ayah yang aku ada. Aku kadang nak jalani life aku macam orang lain, tapi aku tak ada peluang nak bebas.
Aku syukur sangat dapat tamatkan degree aku. Nasib U aku di ibu kota. Banyak kemudahan pengangkutan tak macam tempat tinggal aku ni.

Aku mohon korang doakan aku dapat kerja baik-baik, jadi aku ada peluang berdikari dan balas jasa mak ayah aku. Tujuan aku hanya berkongsi apa yang aku rasa. Aku tahu ada yang lagi teruk jalan hidupnya, tp inilah jalan hidup aku.

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.