Assalamualaikum admin dan para pembaca.
Aku anak bongsu daripada 4 orang adik beradik, tapi aku tak pernah pun rasa apa yang orang selalu cakap, anak bongsu ni manja la, semua yang diminta akan dapat. Tak, sebab masa aku umur 6 tahun mak aku jaga anak orang dan bawa tinggal dirumah kami, layanan mak aku sama rata je, apa yang aku dapat dia akan dapat, apa yang dia ada aku pun akan ada.
Mak aku jaga macam anak dia sendiri, duit sekolah pakai duit mak aku, nak pergi rombongan sekolah pakai duit mak aku sedangkan aku sendiri tak pernah join mana-mana rombongan, baju raya duit mak aku juga,, boleh kira kalau bapak budak tu nak bagi duit, tu pon lama nak tunggu. Mak aku bukan lah orang kaya, suri rumah dan setakat ambil apa-apa tempahan untuk dapat duit.
So perkara ni sampailah aku tingkatan 1, dan budak tu nak balik ke pangkuan keluarga dia. Tingkatan 2 sampai 6 aku baru rasa sepatutnya bongsu aku tu, tapi tak jugak rasa macam mana sebab aku duduk asrama. Mak & ayah aku tak mampu nak hantar dan ambil hari-hari.
Bila aku habis tingkatan 6, satu kejadian tak diingini berlaku kat keluarga budak yang mak aku jaga tu, emak dia meninggal. lupa nak, cakap diorang ni adalah saudara mara aku jugak. Mak aku dengan makcik aku pergi ke rumah diorang bincang nak buat macam mana. lepas tu mak aku setuju nak bawak adik-adik budak yang mak aku jaga tu. Jadi kehidupan aku kembali kepada bongsu yang tak dianggap bongsu tu. Kali ini 2 orang, aku namakan diorang ain dan dira. ain tingkatan 4 dira darjah 6. Jadi, aku sekali lagi jadi pemerhati pembesaran diorang di rumah aku. Kali ni mak aku hantar dan ambik diorang dari sekolah, hari-hari. Aku pon mak aku hantar asrama,
Yang ni start demand dah, nak itu nak ini. Bapak dia masih sama, duit setiap bulan tak pernah hulur, aku dah habis sekolah masa tu, so sepatutnya mak aku dah boleh relax dari hal-hal sekolah, tapi tak…
Lepas tu tambah lagi 2 adik beradik diorang, darjah 3 & 4.
yang ni segala-gala kisah terus tercipta. Ko bayangkan la, mak aku yang sepatutnya dah boleh rehat ni jadi macam baru nak survive anak-anak sekolah. mak aku mintak bantuan JKM atas tiket bantuan jaga anak yatim. Tu lah duit nak tanggung diorang. Mula-mula aku bagi cadangan hantar diorang kat rumah anak-anak yatim, tiap minggu balik la rumah. bapak budak-budak tu tak setuju, dituduhnye pulak kakak aku ni kurang ajar sebab mintak duit dengan dia.
Satu-satu benda yang menyaitkan hati berlaku, adik-adik dia cerita makan kat rumah, mak aku masak tak sedap kat orng kampung, tulis diari “tak suka balik rumah”. Aku masa tu jadi pemerhati dan pendengar je.
Sampailah satu berita sedih singgah ke keluarga aku, mak aku disahkan menghidap kanser, masa tu mak aku memang akan ulang alik hkl. Lepas tu dah tak boleh tengok budak-budak tu. Tapi diorang tak membantu langsung, boleh pulak bantai naik motor pergi merayau sampai eksiden motor tu, tu belom lagi ada yang tidur kat rumah orang lain konon-konon bahaya diorang tu tinggal dengan ayah aku sahaja. dalam pada mak aku sakit dan tinggal kat ward tu, bapak budak tu boleh cakap, ayah aku pergi kl duduk hotel cari perempuan, belom lagi makcik aku cakap ayah aku dah kahwin lain masa mak aku sakit. Sekarang mak aku dah meninggal pun, kalau betul ayah aku kahwin lain, kenapa ayah aku tak pergi kat isteri yang diorang fitnah tu?
Lepastu korang ingat cerita tu habis macam tu je ke? Hahaha
Tak wei, sekarang diorang tinggal kt rumah nenek aku. Satu-satu isu timbul, kami cuma macam ni , ayah aku langsung tak nak jejak kampung nenek aku. Dan latest, boleh pulak salah seorang budak-budak ni cakap mak aku pilih kasih dalam menjaga diorang, aku rasa kalau nak bangkit isu mcam tu, aku kot yang patut bersuara. Sekarang bala tengah menimpa beliau. Tapi masih bongkak. bodoh yang tak boleh di ajar, masih tak sedar diri tu miskin.
Aku cuma nak cakap, tolong diorang satu family cuma membebankan, mungkin ada pahala untuk mak ngan ayah Aku untuk kebaikan diorang ni. Dah tolong tu, tak ada pun sedikit ucapan terima kasih. Kena fitnah ada la.
Hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa mati.
– Anak orang yang kau susahkan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment