Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau siarkan confession ni. Semoga bermanfaat untuk golongan bekerja especially yang baru grad dan mencari kerja.
Nama aku Syafi, 20an. Aku bekerja under HR department. Aku banyak handle berkaitan hiring new staff. Dari pemerhatian and review aku sepanjang handle benda ni, candidates ni aku tak tahu la sama ada dia tak concern atau betul2 tak tahu sensitivity untuk apply kerja macam mana.
So straight to the point, some tips yang kau orang boleh guna untuk apply kerja.
1. BACA ADVERTISEMENT BETUL2
Please sangat2 baca ads tu betul2. Contoh macam nama company, tempat kerja, gaji and so on. Memang la dia state “do not hesitate to contact”, tapi agak2 la sampai benda yang terang2 dah ditulis pun kau nak tanya lagi.
Lagi satu, sebelum kau whatsapp atu call orang tu, please tengok masa and jaga tatasusila. Ni dah la whatsapp/call tengah malam/pagi buta, tak respect time orang, lepas tu perkenalkan diri pun tidak. Suruh check resume la. At least state your name and apa email address tu. Kau ingat kau sorang hantar resume?
2. HANTAR RESUME BY EMAIL, BUKAN WHATSAPP
Dalam ads orang tu suruh send resume dalam email, siap bagi email address lagi. Kau email je la resume tu dekat email address dia. Yang mengada2 hantar resume dekat whatsapp tu kenapa? Perlu ingat, dorang ni handle banyak resume candidate. Memang whatsapp tu teknologi, tapi mudahkan la urusan orang tu. Kau ingat tak leceh ke nak download, nak transfer, nak print, nak review lagi resume tu berbanding kau email je? Lagi mudah kot.
3. SUBJECT MANA SUBJECT? INTRODUCTION?
Sebelum email, make sure tulis subject. Headline email kau tu apa. Example “Application as Programme Officer”. Simple dan padat. Orang pun faham. Ni email kosong. Dengan intro tak ada. Buat la introduction sikit. Nama siapa, lepasan institusi mana or before this kerja mana. Kau malas tulis, orang pun malas nak review email kau.
4. GUNA PDF LAGI MUDAH
PDF ni senang cerita kau punya resume tu tak kan tunggang terbalik, terlebih terkurang margin compare dengan kau guna Microsoft Word (MW). Unless orang tu suruh email guna MW tu lain la. Aku kalau tengok resume orang tu tunggang terbalik, aku malas nak review. Biar je. Siapa suruh hantar tak serupa bikin. Haha..
5. SIJIL DAN DOKUMAN BERKAITAN
Sijil dan dokumen berkaitan yang diminta atau kau saja nak bagi tu, buat la dalam satu PDF. Ni ada 10 sijil, 10 PDF kau bagi. Buat dalam 1 PDF jadi la. All in one. Orang nak hire kau pun tak serabut tengok kau punya attachment banyak sangat. Kelebihan buat 1 PDF ni, nanti tak ada la kau punya sijil/dokumen ada yang tertinggal atau tercicir bila dia print satu2 nanti. Kang tak pasal2 the important dokumen yang orang tu nak, kau punya tercicir, dah tak dapat chance tu. Siapa rugi? Kau jugak.
6. KAKAK @ AWAK
Eh kau ingat kita orang ni kawan atau kakak kau? Please guna formal punya gelaran. Encik, Cik. Simple. Kau tu dah la nak mohon kerja dengan orang tu, apatah lagi belum diterima kerja. Jangan la sesuka hati panggil orang dengan panggilan sebegitu rupa. Professional la sikit. Lain la orang tu sedara mara kau. Lantak la nak panggil apa pun.
………………………………………………………………………………
Aku rasa cukup la tu je yang aku dapat kongsikan pada semua. Penyampaian aku mungkin kasar, tapi niat aku cuma nak bantu kau orang. Especially fresh grad. Aku pun berpengalaman jadi fresh grad. Pernah menganggur. So I know that feeling.
So harap sangat lepas ni buat some improvement. Tunjuk much effort yang kau betul2 nak kerja dengan dorang. Jaga sensitivity jaga tatasusila. Give a positive and best impression to hiring manager. First place (macam aku list kan tu) pun kau dah carca marba, I don’t think so hiring manager ada minat lagi nak hire kau. So let’s take a note and fight for yourself.
-Syafi
– Syafi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment