Assalamualaikum.
Pada awalnya, aku rasa tak ada keperluan untuk aku menulis semua ni tapi memandangkan tak ramai yang mengatakan secara terus terang, biar aku sajalah yang jadi wakilnya. Ala-ala YB yang menyuarakan suara rakyat. Hehehe…
Sekarang ni patah balik macam zaman dulu-dulu, zaman kahwin awal. Walaupun sekarang, sistem pendidikan yang lama tempohnya tapi ramai je yang kahwin waktu belajar.
Dan disebabkan ramai sangat yang kahwin awal, maka orang yang umur macam aku diserang dengan soalan bertubi- tubi pasal kahwin. Padahal umur aku baru 24 tahun. Kadang2, aku tengok juga muka aku dalam cermin, takut2 muka dah berusia macam umur 35 tahun.
Disebabkan jiran sebelah dah kahwin, jiran belakang rumah yang lelaki pon dah kahwin, kawan sekolah dah kahwin dan ada anak seorang, maka bila reunion kawan-kawan sekolah soalannya akan berbunyi, ” bila nak makan nasi minyak ni?”, “dah ada boyfriend kat uni?”. Soalan soalan macam ni, biasanya aku senyum je. Sebab aku tahu diorang dah habis modal nak borak apa.
Yang paling aku geram bila raya adalah apabila sepupu dan saudara mara tanya, “dah ada boyfriend belum?”. Maka aku dengan jujur dan naifnya, akan tergeleng geleng.
” kalau sekarang tak ada orang nak, nanti mesti jadi andartu. Siapa nak kahwin sangat dengan doktor. Dah la busy.”
Disebabkan ayat ayat macam ni la, mak aku yang gelabah. Bimbang anak dia jadi andartu. Paling dasyat bila mak aku bising suruh pakai make up bila pergi kelas, supaya ada yang berkenan. Takut anak dia betul betul jadi andartu. Aku mampu gelak je la. Serious aku tak kecil hati pon dengan apa yang saudara mara aku cakap, cuma aku tak suka la bila apa yang diaorang cakap tu merunsingkan mak aku. Mak aku dah tua, biar lah dia fikir pasal amal ibadah dengan tenang tanpa gangguan dengan benda2 pelik macam ni.
Aku ada baca orang share kat facebook, kita kena terima dengan hati terbuka bila orang tanya pasal kahwin. Itu menunjukkan cara mereka menunjukkan tanda ambil berat. Ok. Jadi aku berterima kasih buat yang bertanya untuk tanda kasih sayang anda.
Apa yang aku tak gemar pasal soalan ni adalah soalan ni akan melarikan fokus utama seseorang. Ada orang, dia nak berjasa sepenuhnya pada mak ayah dia.
Macam aku, aku anak perempuan, belajar pula jauh dari keluarga, balik setahun sekali je. Jadinya, kalau boleh habis belajar, nak la duduk dengan mak ayah, menabur jasa. Sebab perempuan bila dah kahwin, tanggungjawab jatuh pada suami pula.
Tambahan pula, untuk yang bakal doktor, aku rasa nak cari jodoh bukan main rembat je. Doktor ni masa untuk diri sendiri pon tak ada, apatah lagi nanti bila dah berkeluarga. Berapa ketul je lelaki yang sanggup ada isteri lebihkan masa dengan masyarakat daripada dengan keluarga. Budak lelaki kelas aku pon walaupun bakal doktor, terus terang cakap nak isteri yang boleh jaga pakai, makan minum dengan sempurna. Tu sebab juga aku tak ada boyfriend dekat universiti. Hahaha…
Bagi aku, tak salah nak cakap dan tanya pasal kahwin. Cuma jangan berlebih-lebihan. Kita kena juga bantu hati dan jiwa yang nak berjasa pada mak ayah dulu untuk terus kukuh berpegang dengan prinsip hidup mereka. Janganlah sampai soalan mengenai kahwin ni, membuatkan prinsip hidup orang goyah, tertekan, dan yang paling parah sampai tak nak jumpa dengan saudara mara dan kawan kawan.
Tujuan hidup ni bukan nak kahwin semata-mata. Banyak lagi tujuan hidup. Malahan, cara untuk bahagia bukan semata-mata dengan adanya pasangan hidup tetapi bahagia juga boleh dicapai bila kita ada keberkatan hidup anugerah dari Allah.
Jadi, kalau boleh jangan doa nak suami atau isteri solehah sahaja, tapi doalah yang Allah beri keberkatan hidup yang tak pernah putus-putus. Sebab bila hidup berkat, macam2 nikmat kita dapat termasuklah pasangan yang soleh atau solehah.
Maaf kalau ada yang aku cakap ni mengguriskan hati mana2 pihak.
– Masih pelajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment