Terima kasih daun keladi IIUM Confession siarkan cerita aku.
Aku seorang lelaki berumur 21 tahun, terlalu muda untuk faham dunia org kata, ada org anggap budak lagi, fine whatever, aku telah “DROP OUT” drpd college pada bulan 12 lepas tahun 2016. Sebab aku Drop Out adalah kolej buat “tahi” dengan aku, biasalah SWASTA. Berani tak aku? Of course parents kecewa, tapi semua dah ok lepas beberapa kejadian penuh hikmah berlaku. Lepas tu, aku kerja 4 bulan sahaja sebagai staff restoran di sebuah Mall. Aku dengan berani nya, berhenti kerja dan terus buat bisnes dari modal beberapa ratus di tangan sebab dapat kesedaran pasal bisnes pada tahun akhir aku, sebeum tu aku kerja hanya berjoli. Aku buat bisnes servis, bukan MLM tau, aku anti MLM. Skrg hidup aku okay je, Cuma aku kena berusaha lebih untuk hidup seorang diri jauh dari Utara (family).
Sekarang, aku ambil keputusan ingin menetap dimana tempat aku belajar dulu. Di mana? adalah sekitar Selangor & Negeri 9. Banyak kisah penghijrahan aku ni yg agak menarik, tapi tak larat aku nk kongsikan semua. Aku ada sebuah kisah nak dikongsi dan nak bagi pendapat sedikit mengenainya.
Sepanjang hidup aku, jarang sekali orang yang “ingin” aku kenal dan suka akan suka aku balik sebab aku tiada rupa sgt pun, harta apatah lagi, akhlak biasa je. Aku saja, sebab aku nak cari kawan yang satu hari nanti boleh aku buat sbg isteri. Orang memilih kerana rupa bagi aku, tak salah, sama ada dia hodoh, biasa2 atau betul2 kacak asalkan dia pandai jaga fizikal, selalu cuci muka, kemas, dan sentiasa berwangi2an. Tak lupa, of course akhlak haruslah baik. Lelaki dia akan bertukar menjadi “malaikat” jika berbicara dgn wanita yg dia suka. Cara nak tahu perangainya bagaimana, tanyalah ibu bapanya.
Apa yang melalut… Straight to the point, ramai ppuan yang nak kenal dgn aku, itu yg aku hairan. Kalaulah aku cerita kat orang, orang terus akan COP aku seorang lelaki yang perasan sgt. Apa yg pelik sgt cerita aku ni? Semua ppuan2 yg nak kenal dgn aku tu dari background yg baik sgt, belajar agama, manis rupa. Paling menarik, diorang lebih TUA dari aku, ada yg setahun tua, ada yg 2 tahun tua, ada yg 3 tahun tua, diorang tahu umur aku kayyy. I mean aku ada berdoa, supaya aku di jodohkan dgn wanita yg punya ciri2 tersebut. Allah maqbul doa aku tanpa aku sedar langsung. Tapi aku tak ready lagi pun, planning, semua org plan. Aku nak majukan bisnes aku dulu, baru aku focus simpanan untuk apa. Nak tanggung adik2 aku di masa hadapan, anak sulong ‘biaserr’.
Aku seorang yg introvert, tahap introvert aku ni 7/10, aku buat semua benda seorang diri, aku lebih selesa, pergi tgk wayang sorang, main bowling sorang, masuk hutan hiking pun sorang. Berani sgt aku, makan diri baru tahu. Aku tak tgk bola, tak merokok atau hisap benda2 tu. Aku suka baca buku, tapi buku2 bisnes lah, baca nya tangguh2, biasalah.
Back to the topic, aku pernah chat 2 3 org sekali wanita2 ini, aku beri ruang dan peluang untuk bertaaruf, aku cuba jadi diri sendiri sebaik mungkin. Sampai tahap aku boleh rasa, diorg nak sgt aku masuk meminang diorang, sampai tahap mcm tu. Tapi diorang tahu aku tak ready, eh eh eh mcm boleh tunggu aku pula ya. Mak ayah mcm biasalah, mana bagi kahwin awal2 mcm ni, diorg nak aku kaya dulu (konon) baru boleh kahwin, tanggung itu ini dulu.
Cuma satu je, aku cukup kagum dan ‘respect’ wanita2 ini, wanita2 ini lebih berani dari apa yang aku sangkakan. PERIGI MENCARI TIMBA? Satu perbuatan yg amat2 mulia, supaya mereka dapat ciri-ciri lelaki yg mereka mahu untuk buat suami.
Apa jadi dgn diorang, aku dah pesan, jangan letak harapan, jangan janji apa2, wait & see, paling penting bnyk lelaki yg lebih bersedia di luar sana dan aku percaya akhlak nya juga baik, kalau dah jodoh, terpisah dua benua pun akan bertemu jua. Bye.
– Rzk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment