Saturday, 30 June 2018

Menantu Tak Kenang Budi

PengakuanKu

Assalamualaikum admin, harap disiarkan confession ini. Aku nak luah pasal Kakak Ipar aku, aku cuma nak orang ambil pengajaran dalam confession ini. Btw, nama aku Ifa.

Abang aku berkahwin dengan pilihan hatinya, memang aku okey je dengan kakak ipar. Family aku pun okey dengan kakak ipar, basically takde masalah. Tak macam typical MIL laa kan.

Parents aku layan dia macam anak dia sendiri, ayah aku siap suapkan kakak ipar lagi. Every month bagi RM200 duit belanja, even dia bekerja. And, bagi pakai kereta. Kami adik-beradik pun tak kisah sangat laa.

Memang semua family aku (termasuk makcik pakcik belah parents) suka kat kakak ipar. Sampaikan, maksu aku tak bagi ibu aku membebel, marah or suruh dia buat kerja. Untung kan ?

Btw, dia tinggal 1 rumah dengan parents aku. Rasa-rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ? Ada, tapi tak ramai kot. Parents aku memang tak berkira dengan dia. Mungkin menantu pertama kot.

Ayah aku belikan rantai untuk anak-anak, dia pun dapat. Apa yang ayah aku belikan untuk kami anak perempuan, semua dia akan dapat jugak. Kami pun apa ada hal kan, dah anggap macam kakak sendiri.

Tapi lately ni macam aku ada rasa tak puas hati sikit laa dengan dia, aku dah lama perhatikan dia. Dia macam fake sikit sejak abang aku takde, 6 bulan lepas, tapi perangai dia berubah 360 sejak 3 bulan lepas.

3 bulan lepas, ayah aku belikan kereta untuk dia. Kereta biasa je, myvi 1st model. Tapi aku ni macam tak puas hati sikit laa, mula-mula aku just nak bergurau je. Tapi entah macam mana makin melarat pulak. So, aku tanya direct dengan ayah, kenapa ayah belikan dia kereta. Sedangkan dia bekerja, and aku sendiri pun beli kereta tak pakai se sen pun duit parents.

Ayah aku cakap, ayah belikan dia kereta sebab nak mudahkan dia pergi kerja and balik kampung mak dia kat kedah. Memandangkan kereta arwah abang aku tu ayah sayang nak buat lasah sebab banyak kenangan.

Okey, aku boleh terima alasan tu. Takpe.. aku diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari-lari dari aku, and aku perasa dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Aku tak pasti kenapa.

Benda ni jadi makan teruk bila parents aku macam asik menangkan dia, berbanding adik beradik aku yang lain. Apa yang anak-anak buat, semua salah dimata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja.

Aku tengokkan je, and diam-diam aku siasat. Ayah aku ni ada perniagaan laa, tapi kecil-kecil je. So 1 hari tu, aku pergi kat kedai ayah aku untuk settlekan bil. And aku pun buka laa online banking web untuk bayar semua bil. Memang jenis aku, lepas bayar aku akan tengok transaction history.

And aku tengok ada 1 jumlah duit, dalam RM2,945 ditransfer ke akaun lain. So aku macam pelik laa, biasa kalau transfer ke apa. Aku or ayah akan tulis untuk apa untuk apa. Tapi yang tu kosong.

So aku call ayah, tanya ada ke bayar sekian sekian dengan jumlah RM2k tu. Ayah aku cakap takde. Start ni aku dah syak dia yang buat, sebab aku ayah and dia je yang handle kedai ni. Adik beradik aku yang lain jaga kedai lain.

Aku tunjuk ayah, ayah cakap dia pun tak perasan benda tu. Takpe aku kumpul bukti, bila aku check history bank lain. Maka bermulalah soaljawab dengan semua anak-anak ayah. Semua cakap takde, tapi kakak ipar aku buat cerita. Dia cakap dia haritu abang aku yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah.

Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus mengamuk dengan abang aku tu. Walaupun dah dinafikan. Aku doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah.

Long story short, setiap hari jumaat memang kakak ipar aku suruh aku kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar. Dia tunjukkan dekat aku, aku terjumpa 4 receipt barangan yang dibeli, sama amount dengan yang ditransfer. Aku selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah aku. Secara senyap-senyap.

Apa lagi yang dia tak puas hati ? Parents aku punya baik, itupun nak pijak kepala lagi ke ? Duduk free, makan free, kereta free, bulan-bulan dapat RM200.

Dan yang paling mengejutkan aku, dia guna-guna kan parents aku. Macam mana aku tahu ? Sebab aku jumpa banyak benda berkain kuning. Yang diikat dengan benang merah, and aku perasan. Dia elak pandang mata aku, bila aku nak tenung dia, dia akan alihkan mata supaya tak bertentang mata.

Sungguh aku tak percaya, kakak ipar yang aku hormat, yang bertudung labuh. Yang aku anggap macam kakak sendiri, yang parents aku anggap macam anak. Tapi sanggup buat kitorang macam ni. Parents aku dah beri kepercayaan kat dia, tapi dia yang rosakkan.

Bagitahu aku, mana nak dapat FIL and MIL yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur. Mana nak dapat ? Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap-tiap bulan, beli baju raya ibu aku bagi lagi duit, dibelikan kereta. Parents siap tak bagi dia pindah kampung, walaupun abang aku dah takde.

Bukan takde mak mertua yang baik, tapi tulah. Bila dah ada yang baik, dipijak pulak kepala. Macam mana ? Ada je mertua yang baik, tapi kadang kena bertegas sikit.

Assalamualaikum.

– Haifa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Hari Mengenalimu

PengakuanKu

Hi aku N. Aku berasal dari family yang sederhana,ibu ayah kerja government. Aku tinggal rumah di kampung selepas habis study bersama ibu dan ayah, abang2 semuanya bekerja tempat lain dan jarang balik ke kampung. Aku ada cuba mencari kerja sementara tetapi gagal.long story short,aku memang dah ada kerja cuma kena tunggu tempat kosong. Lama juga tunggu, nak dekat setahun. Disebabkan aku tak kerja aku try sedaya upaya tak menyusahkan ibu ayah. Aku buat kerja rumah dan yang penting aku try berjimat cermat dengan baki duit biasiswa yang aku ada. Malu nak minta duit.

Aku bukan nak cerita pasal macamana aku survive dengan duit tu. Aku nak cerita kisah aku difitnah.so ceritanya,sebelum mula bekerja aku kena hadir kursus lebih kurang seminggu. Kena share bilik dengan D. Hari pertama tu aku dan D berkenalan la, kenal2 macam tu je, dia cakap sebelum tu dia buat macam2 kerja , dia ada juga tanya aku buat apa,aku jawab je la jujur, aku duduk rumah tak kerja. Kitorang kerja berlainan kawasan, lepas habis kursus memang berpisah. Semua barang2 D nak mula kan hidup tempat baru memang dah lengkap. Aku masa tu aku bawa baju dua luggage penuh, yang lain aku plan beli kemudian sebab memang tak muat.

Aku dan D berlainan kumpulan masa kursus,so memang kami tak rapat.sepanjang kursus tu aku rapat dengan J,satu kumpulan dengan aku,pergi mana2 memang bersama. D aku tengok kadang2 makan sorang2. Aku sebenarnya tak perasan perubahan D, sebab kadang2 kursus tu habis lewat, ada kerja kumpulan lagi then aku balik bilik D mesti dah tidur or bersiap nak tidur. So aku assume dia penat la kot, kitorang memang tak ada beramah mesra macam hari pertama tu, tapi aku tak rasa pelik pun ,sebab masa study dulu pun aku tak rapat dengan roommate aku sebab dia senior aku, so jadual tak sama, kadang2 berhari2 tak bercakap tapi aku dengan dia ok je,aku tak ada problem dengan dia. So aku tak rasa pelik la D perangai macam tu.Memang tak ada problem or benda pelik terjadi melainkan kitorang tak beramah mesra.

Kursus tu tamat lepas makan tengahari,aku dah book flight untuk pergi ke tempat aku ditugaskan. Aku dan D dalam bilik tu siap2 untuk checkout, D memang diam je ,kemas barang2 dia, so aku pun buka mulut la, ye la lepas tu kan dah tak jumpa dah, aku tanya2 la macam biasa then korang tau tak apa jadi. Mula2 tu dia cerita la duit dia hilang.Aku terkejut la sebab yelah diakan diam je selama ni. Aku tanya la dimana, bagaimana, kenapa, berapa. Cara dia menjawab tu kurang ajar, nada marah. Aku tersentak dan pelik,then tiba2 tu dia marah2 orang yang curi duit dia tu,aku yang tengah kemas barang rasa lain macam, apa hal dia marah2 aku pula ni then aku sedar dia tuduh aku ambil duit dia. so aku tanya la, tanya baik2,kau tuduh aku ambil duit kau ke? Dia cakap kau terasa ke?

chill la kalau tak buat. aku memang time tu blur, tak boleh nak brain,terkejut gila, so aku just cakap aku tak ada ambil, aku masih tak puas hati tapi dia pergi macam tu je, yang aku ingat aku panggil nama dia banyak kali. Masa tu perasaan curious, tak puas hati dan banyak benda yang aku perlukan penjelasan. So aku call J, aku cerita la dekat dia apa yang jadi.lepas kemas barang aku jumpa J dekat lobby, aku ingat D dah pergi tapi J cakap D ada lagi. So aku pergi cari D,bawa dia pergi check cctv. D cakap dengan senyum sinis aku dah ada bukti,aku dah tak perlu kan apa2 penjelasaan pun. Geram gila time tu, nasib aku tak lempang muka kau D. So aku pun pergi la tanya dekat kaunter kalau aku boleh check cctv,nak check siapa yang ada masuk dalam bilik kitorang, diorang cakap cctv cuma dekat2 dengan lift dan memang tak ada yang menghala dekat bilik tu.So macamana D begitu yakin aku yang buat, aku tak tahu apa yang dia tahu, dia cakap dia dah check cctv.

Aku setiap kali rehat akan ke bilik, memang banyak kali, sebab first aku guna toilet, aku memang tak selesa guna toilet awam. Aku sanggup tak minum air masa study sebab tak mahu guna toilet awam, kecuali kalau tak ada pilihan,aku akan guna. Kebanyakan orang lagi selesa dengan toilet rumah sendiri kan. Kedua aku ke bilik untuk solat, ketiga aku dah sarapan so masa break ada makan2 aku ke bilik berehat sebab bilik dekat je kot. So yes aku memang banyak kali ke bilik time break tapi bukan aku dan dia je yang boleh masuk bilik tu kan. Aku tak nak tuduh siapa2 tapi ada je orang datang bilik kitorang kemas bilik. Aku cuma nak kata ada banyak kemungkinan. Aku ni kiranya berada di tempat yang salah pada waktu yang salah sebab kebodohan orang. Kenapa kau tinggalkan harta karun kau dalam bilik tu D. Takkan hari2 lupa.

Dia tak mahu berkerjasama, nak cakap dengan aku pun tak mahu. So korang rasa aku nak buat apa lagi, aku blah je la. Aku kena pergi airport kejar flight. J pun cakap kalau kau tak buat biarlah,tak payah layan orang macam tu. Aku geram gila cara dia layan aku, kau nak buat apa bukti kau tu tak tunjuk aku, kau nak peram, buat jeruk.entah berapa ribu agaknya hilang, hari2 hilang duit katanya. Tapi takpe la D aku maafkan kau,semoga diberikan hidayah. Kerana demi Allah aku tak pernah buat benda terkutuk tu.Kalau korang ingat orang macam ni hanya wujud dalam sinetron,ni aku dah jumpa sorang. Serius aku mesej semua pun dia tak layan. So aku move on dan aku rasa kalau aku terjumpa D pun aku tak akan ingat muka dia dah. Kenal 7 hari je kan.

So korang kalau ada problem dengan orang lain jangan pendam, boleh bincang elok2 kan. Ingat fitnah tu lebih besar dosanya daripada membunuh.

-N-

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mencari Cahaya Dalam Kegelapan

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Nama aku Iqa dan berumur 19 tahun. Kenapa aku tulis mencari cahaya dalam kegelapan sebab aku mencari makna beragama dan makna ISLAM sebenar. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi bab agama masih kurang. Keluargaku tak solat kecuali ayah aku. Hati kami sekeluarga sangat kosong dan penuh kepuraan.

Bila balik kampung emak akan solat dan buat semua perkara yang dia tak pernah buat dirumah. Kakak aku akan solat bila suami dia balik dirumah tapi bila suaminya kerja diperantauan dia takkan solat. Aku tahu apa hukumnya jikalau tidak solat tapi jujur aku cakap kami tak kuat seperti mana aku cuba usaha walaupun kecundang banyak kali. Aku dulu paksa solat tapi aku jatuh kerana orang disekeliling aku menghakimi aku “pendosa macam aku takkan dipandang tuhan” “pendosa macam aku sekejap je berubah nanti buat balik”. Adakah orang-orang seperti aku tidak layak mendapatkan keadilan? Adakah orang-orang macam aku ini tidak layak masuk ke SyurgaNYA? Dan akhirnya aku putus asa sebab aku tak mampu untuk pura-pura tidak mendengar penghinaan itu.

Sampai satu hari, bulan puasa yang berbaki 2 minggu DIA jentikkan hati aku untuk kembali ke jalanNYA dan aku menangis malam tersebut sampai aku chat roomate aku bawa aku kembali kepadaNYA dan subuh itu roomate bernama Izzah dia imamkan dan aku menangis sebab betapa lamanya aku tinggalkan solat dan aku buat permintaan untuk temankan aku solat terawih dimasjid berdekatan hostel aku dan bila imam dimasijd imamkan betapa sayunya aku dan aku istiqomah.

Benda aku paling takutkan adalah apabila aku pulang ke rumah aku tahu aku takkan kuat untuk istiqomah. Aku rasa janggal dan takut untuk solat dirumah bilamana hanya aku dan ayah sahaja solat. Aku solat pon curi-curi sebab aku takut dapat perkataan yang tidak sepatutnya aku dapat dari abangku sendiri. Ayah selalu akan solat dibiliknya dan aku akan solat diruang tamu atas dan semestinya keluarga aku akan nampak perubahan aku secara mendadak. Benda yang aku paling ingat masa itu aku solat maghrib dan abang aku menjerit panggil mak aku dan dia kata “mak iqa dia buang tabiat tiba-tiba solat” lepastu dia gelakkan aku macam mengejek dan aku terus stop solat dan aku masuk dalam bilik dan menangis. Aku minta emak aku belikan aku telekung baru sebab telekung yang aku pakai tu adalah telekung arwah nenek moyang aku tapi respon dari mak aku macam orang tak punyai perasaan.

Keluargaku seolah-olah tidak dapat terima aku berubah kecuali ayah dan mereka telah melontarkan perkataan yang telah buatkan aku putus asa sebab darah daging aku sendiri tolak aku bila aku cuba tarik mereka kejalanNYA. Jujur aku tak kuat dan akhirnya aku stop. Aku marah ALLAH sebab berikan aku ujian macam ini, aku marah kenapa bila aku nak berubah orang disekeliling aku tak dapat terima aku bahkan orang yang cukup agama pun melabelkan aku tak layak untuk bahaskan bab agama dan mereka menolak aku. Jadi salahkah aku? Dan bila aku bertanyakan soalan kepada yang lebih arif dan bertanyakan kenapa takdir aku begini. Kenapa DIA tak bagi ujian yang sama rata dan kenapa susah sangat hendak berubah dan kenapa DIA tidak bagi sama adil pada setiap hambaNYA dan kenapa DIA tak bagi aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup agama? Tapi orang yang lebih arif itu telah berkata aku murtad sebab aku mempertikaikan takdir yang DIA bagi dan berkata aku tak layak untuk bahaskan hal tersebut dan mereka kata aku tidak redha malah melabelkan aku dilaknat tuhan.

Roomate aku sendiri(Isya) yang dari keluarga cukup agama berkata kepada aku yang aku tak layak bahas bab agama sebab aku tak solat dan dia judge aku sampaikan aku benci orang seperti dia. Jadi adakah aku bersalah sedangkan aku berusaha untuk berubah TAPI orang-orang yang baik tidak dapat terima pendosa macam aku. Dan pada 10 malam terakhir aku mencari malam lailatulqadar sebab aku nak minta kepadaNYA hadirkan seorang insan yang mampu bimbing aku dan keluargaku ke jalanNYA tapi tak jumpa dan benda ini selalu bermain-main difikiranku dan buatkan aku sedih+marah “kenapa DIA berikan malam lailatulqadar kepada orang yg sememangnya arif bab agama kenapa DIA tak bagi malam lailatulqadar kepada pendosa macam aku? Sebab aku takut dia amik nyawa kami sekeluarga disaat DIA tidak redha. Aku takut benda ini tiada sampai penghujung. Aku cari dan aku cuba hendak faham tafsiran dalam AL-QURAN tapi aku tak faham sebab aku perlukan orang jelaskan lebih lanjut tapi rooamate aku tidak mampu menjawab sebab dia pon mencari makna dalam beragama.

Banyak lontaran orang seperti aku dilabelkan pemalas sebab kami berikan alasan, melabelkan kami seperti Siti Kassim dan malah melabelkan tempat kami dineraka. Adakah korang semua pernah letakkan diri sendiri ditempat kami? Kerana korang dilahirkan dalam keluarga cukup agama korang terus melabelkan kami seumpama itu? Aku tahu Islam itu mudah dan indah tapi kenapa orang beragama membuatkan aku semakin jauh dari Islam. Aku takut sebab aku rasa aku hampir hendak putus asa dan itu mungkin membuatkan aku semakin jauh. Aku penat untuk menangis sepanjang hari memikirkan dimana tempat kami nanti adakah aku penyebab mak ayah aku tidak dapat masuk ke syurga? Sampaikan terdetik cuba nak cabut nyawa sendiri tapi aku tahu kalau aku buat aku akan terus dicampakkan ke dalam neraka.

Adakah salah untuk orang seperti aku untuk berubah? Adakah orang sepeti aku tidak layak bahas bab agama? Adakah orang seperti aku tidak layak untuk masuk ke Syurga? Adakah orang seperti aku mampu mencari cahaya yang mampu menyuluh kegelapan hidupku?

-Iqa-

– iqa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jodoh Dah Sampai

PengakuanKu

Assalamualaikum. Merujuk kepada confession ‘jodoh’ dan ‘kenapa jodoh tak sampai-sampai’, saya rasa saya faham kenapa tiba-tiba jodoh saya sampai.

Saya sangat bersetuju dengan cik shira. Sebab saya pun telah melaluinya. Dalam usia mencecah 30 tahun, saya masih belum berumahtangga. Dulu, saya fikirkan hidup ni mudah. Belajar – tamat belajar – bekerja – berumahtangga. Tapi rupanya tak semudah tu.

Saya habis degree pada usia 23 tahun dan terus mendapat pekerjaan yang okay. Selepas 2 tahun bekerja saya fikir saya dah bersedia untuk berumahtangga maka saya mulakan usaha mencari jodoh. Ada yang cuba berkenalan, tapi saya tak terbuka hati menerima. Ada yang saya sendiri luahkan perasaan, malangnya saya direject. Saya tak tunggu jodoh tu datang, saya betul-betul usaha luaskan circle, confess dan sebagainya tapi tak juga berhasil. Ye, memang saya agak memilih. Biar memilih dari tersalah pilih.

Saya usaha perbaiki diri juga. Dekatkan diri dengan Tuhan. Kurangkan keduniaan dan lebihkan aktiviti kemanusiaan. Volunteer sini sana. Sampaikan saya sendiri rasa saya dah berubah jadi insan yang lebih baik dari saya yang dulu. Lebih tenang. Lebih bahagia. Tapi masih lagi forever alone.

Tak putus saya berdoa. Sampaikan saya suka nak travel sini sana sebab orang kata doa musafir lebih mustajab. Jadi setiap kali bermusafir saya lebih khusyuk berdoa hahaha. Bukan sebab saya gatal nak kahwin (okay mungkinlah gatal jugak sikit), tapi saya fikirkan mak ayah saya. Dalam keluarga kami takde sorang pun yang dah berkahwin dan saya mak ayah hilangkan sunyi dengan kucing dan jugak menumpang kasih cucu saudara. Nampak sangat mak ayah nak cucu tapi kesian anak-anak loser tak jumpa jodoh lagi.

Saya rasa usaha mencari jodoh ni berlanjutan sampailah satu tahap tu saya redha. Cari, tetap cari jugak tapi saya mula rangka backup plan yang tidak terselit perihal jodoh. Saya mula fokus untuk diri sendiri dan keluarga. Saya ketepikan sikit gaji saya untuk perbelanjaan rumah. Saya mula buat simpanan dengan niat nak pergi umrah dengan keluarga. Saya mula stabilkan income dan lebih hemah berbelanja. Apa je adik-adik dengan mak ayah saya mintak, saya cuba bagi setakat yang ada. Dan saya mula salam mak ayah saya sebelum pergi kerja.

Itu dia key-pointnya. Salam tangan mak ayah. Sebab saya jarang sangat buat benda tu. Sebab kami sekeluarga ni boleh dikatakan keluarga yang awkward. Mak ayah jenis tak tunjukkan kasih sayang jadi kami semua pun lebih gemar buat hal sendiri-sendiri. Berborak hal yang perlu je. Bergurau tu ada la jugak tapi realitinya kami tak berapa nak rapat antara satu sama lain. Bila dah makin tua ni baru saya rasa sampai bila nak jadi macam ni? Sampai bila nak hidup selfish lebihkan kawan-kawan tapi keluarga sendiri jarang nak tolong. Maka saya sendiri cuba ubah diri sendiri. Saya mula lebihkan keluarga daripada kawan-kawan. Saya mula cuba untuk lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan isi rumah, walaupun saya masih lagi banyak menyusahkan mak ayah.

Dan saya rasa sebab saya dah mula sedar erti tanggungjawab tu lah tiba-tiba Tuhan datangkan jodoh untuk saya. Yang saya senang dengannya dan dia pun senang dengan saya. Semoga urusan kami dipermudahkan dan berkekalan jodoh sampai bila-bila.

Jodoh tu akan datang pada waktu yang tepat. Kadang kalau kita rasa kita sudah bersedia pun, tapi Tuhan tak redha, mak ayah tak redha, tetap tak diizinkan jugak walau segigih mana kita berusaha.

Cari balik apa lagi yang kita tak buat, yang mungkin melambatkan apa yang kita doakan. Macam saya, saya lupa nak cari redha mak ayah dulu. Walaupun saya dah perbaiki hubungan dengan Tuhan tapi hubungan dengan mak ayah masih hambar, terus Tuhan lambatkan sikit apa yang saya hajatkan. Semoga apa yang saya coretkan ini ada sedikit manfaat. Pengalaman hidup manusia berbeza-beza, tapi kita boleh belajar dari situ. Saya doakan hidup kita semua sentiasa diberkati dan diredhai. Sekian, terima kasih.

– Cik darah manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Perasaan II

PengakuanKu

Assalamualaikum hi. Firstly, terima kasih admin sebab sudi post confession saya. Ni sambungan daripada post Perasaan haritu. I got so many feedback baca comment. Ada yang positif alhamdulillah. Terima kasih. Dan ada yang kurang positif. Tapi takpe. Tu lumrah buat confession secara terbuka.

So, ada yang cakap kenapa saya buat confession secara terbuka macam ni, bukan ambil langkah direct terus kepada tuan empunya badan. Seperti yang saya nyatakan dalam post lepas, saya tak cukup keberanian. Saya tak sedia pun untuk confess secara private. Kalau saya berani, daripada tahun lepas lagi saya dah confess. Doakan saya diberikan keberanian yang cukup dan kekuatan hati nak mengaku nanti. Cukup sekadar dia tahu bahawa dia ada dalam doa seorang manusia yang asing dalam hidup dia. Dan ada orang yang akan terus menyokong segala apa yang dia buat sekalipun unless benda jenayah. Awak tak buatkan benda macam tu. Hehe gurau je.

Ada lagi komen juga yang menyatakan “seronok jadi confessor ni ibarat macam sediakan diri dan baju jee kalau saya ni berjodoh dengan Ameer”. Saya dah boleh agak akan timbul komen macam ni sebab mostly tahu pasal Ameer tapi takpe. I take it as a positive comment. Sejujurnya, tu jugak merupakan satu sebab kenapa saya buat confession ni. Saya tahu, sedar dan ambil maklum Ameer seorang lelaki yang boleh dikatakan stabil dari setiap sudut sedangkan saya fresh graduate dan bekerja pun bukan lagi taraf gaji degree. Sebab tu saya cuba untuk improve myself untuk sama dengan dia. Tapi, bukan lah bermaksud nak bersaing dengan Ameer. Bagi saya, dia lelaki dan dalam Islam dia akan menjadi seorang ketua keluarga. Of course la kita, as perempuan tak boleh nak melebih sangat daripada lelaki. Cuma saya pun ada buat effort untuk stabilkan diri sendiri dan bukan mengharap kesenangan orang lain. Saya taknak la cuci kaki dan tumpang kesenangan orang sebelum jadi yang sah kan. Sekurangnya biarlah effort saya pun ada juga sekali. Baru manis dan harmoni sebab dua dua ada effort untuk improvekan kehidupan masing-masing sebelum ke arah yang serius. Ingat, saya bukan nak bersaing dengan dia atau menunjukkan kuasa lebih daripada dia. Kalau berjodohan. Kalau tak, takpela. Allah Maha Mengetahui. Takut ada yang salah faham nanti sobs sobs sobs. Saya tergerak nak explain sebab taknak ada yang berfikir perkara tak elok. Tapi takpe saya chill je, okay je.

And last komen yang menarik hati saya “baru 24 dah frust”. Ye takpe saya faham. Tapi frust saya tu bukan tahap saya meratap ke ape tak. Saya dah move on. Dah chill dalam life. Alhamdulillah finished my degree dan grad on time. Tak tersasar. Saya jadi payah nak terbukak hati dengan lelaki sebab mostly kawan saya pun ramai dikecewakan oleh lelaki. Saya kecewa pun sebab rupanyaa dipermainkan. So biasalah kan. Tapi, tu cerita 3 tahun lepas. Saya ada cakap saya jadi tak percaya lelaki baik tu wujud. Tapi saya tahu dan sedar lelaki baik itu masih wujud. So chill hehe. Dan saya appreciate sgt nasihat-nasihat tu semua. Insha Allah I will be more better than before.

Untuk Ameer, saya beribu memohon ampun dan maaf kalau confession ni buat awak tak selesa atau rasa tak suka dengan cara macam ni. I’m really sorry dengan seikhlas hati saya. Cuma ni je medium yang saya ada. Dan ini je tahap keberanian yang saya ada sekarang. Sekadar untuk awak tahu, saya akan tetap menyokong setiap apa yang awak lakukan secara belakang tabir. Jika awak berjodohan dengan orang lain, dont worry. Doa saya moga hubungan itu kekal sampai syurga. Of course saya nak tengok awak bahagia dunia akhirat. Semoga semua urusan awak dipermudahkan. Doakan saya juga. Kita sama-sama doa yang baik-baik supaya pengakhirannya nanti yang baik-baik. Semoga jadi anak yang soleh pada mak ayah dan guru yang penyayang. Teruskan berbakti pada anak bangsa dan please please publish more JBS. Sebab kreatif sangat buku tu. Saya akan jadi pembeli yang setia. Hehe.
Jangan risau. Ini bukan prank. If Allah wills it, one day you will know who I am.

This will my last post. Cukup sampai setakat ni. Sekurangnya tuan punya badan tahu yang dia ada supporter yang akan terus menyokong dia. Dan moga orang di sekeliling dia terus menyokong dia dan doakan dia. Do support him. Saya nak tengok awak lebih berjaya in future. Sebab saya tahu awak mampu. You have my doa. May Allah bless you Ameer Firdaus.

Thank you admin sudi post luahan hati saya. Sekurangnya dia dah tahu apa yang saya rasa. Harap admin sudi post confession ni pulak. Thank you admin.

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Nenek Sudah Pulang

PengakuanKu

Assalamualaikum. Betul lah orang cakap bila seseorang yang kita sayang akan terasa kehilangannya bila dia sudah tiada di dunia ini..

Jadi aku tengah menulis mengenai seorang insan yang telah melahirkan ibu aku, iaitu nenek.. Selepas arwah ayah aku meninggal, nenek tinggal dengan keluarga aku sampai akhir hayatnya. Pada 2010, nenek mula sakit disebabkan dia ada penyakit kencing manis dan sakit tertentu yang orang tua selalu alami. Lama kelamaan dari dia boleh berjalan, dia mula menggunakan tongkat dan mula terbatas untuk berjalan jauh..

Nenek aku garang, dan akulah cucu dia yang paling rapat dengan dia dan cucu dia yang paling nakal… Selalu nenek marah aku sebab aku selalu melawan cakap dia dan nenek aku ni walaupun umur dah terlebih meningkat dia masih kuat beleter.. Jahat2 diri aku, aku selalu urut kaki dia dan selalu belikan dia kuih sebab dia suka makan benda manis eh silap dia kuat makan sebenarnya kadang tengok dia berselera makan pun dah gembira hati aku..

Tapi pada tahun 2013, nenek jatuh bilik air dan sebelum tu memang dia selalu jatuh tapi kali ini, teruk sampai kena panggil ambulans datang rumah dan nenek masuk unit kecemasan.. Koma dalam 3 hari dan bila dia dah sedar nenek dah tak boleh berjalan dan hanya boleh naik kerusi roda or baring atas katil ja…

Nasib la mak aku dah tak kerja jadi dia boleh jaga nenek dekat rumah.. Masa ini aku ingat lagi nenek selalu nampak benda pelik2 kadang cakap ada orang atau budak kecil kat luar bilik dia, sampaikan siang hari pun dia still boleh nampak. Jadi aku husnudzon saja sebab jin ni memang suka kacau orang yang sakit.. Cuma kadang seram jugak bila tengah2 malam tu nenek panggil eh jap lupa habaq yang dalam bilik nenek aku ada dua katil satu untuk tetamu yang nak tidur dengan dia dan satu lagi katil nenek yang macam dekat hospital jadi aku atau ibu aku selalu bergilir tidur dalam bilik nenek.. Haa kadang nenek panggil dan tanya sapa kat luar bilik yang lagi seram bila nenek tanya bawah katil ada sape?

Okay diteruskan lagi, satu hari tu keluarga aku hantar nenek ke rumah pakcik untuk beberapa hari sebab nak pergi bercuti.. Kesian nenek tak boleh pergi sekali sebab kesihatan dia yang tak mengizinkan.. Alhamdulillah pakcik aku jaga dia dengan baik yela sebab kami risau akan nyusahkan keluarga dia walaupun nenek aku tu ibu pakcik jugak.. Tapi selepas keluarga aku balik dari bercuti, pakcik aku cakap nak bagi nenek tinggal dengan keluarga dia lama lagi.. Sunyi jugak ah rumah sepanjang nenek takdak.. Tapi selepas beberapa minggu pakcik cakap nenek kerap muntah darah sampai dah kurang makan.. Selepas itu, nenek pengsan dan terus masuk unit kecemasan dan koma lagi.. Sepanjang nenek berada di hospital aku dan ibu teman dia selama 2 minggu tapi aku mula rasa pelik sebab nenek dah tak boleh makan macam biasa dan kena minum susu melalui tiub… Mujur ibu sempat belajar dengan jururawat dekat situ jadi mudahlah nanti bila nak jaga nenek dekat rumah..

Saat yang mendukacitakan bila doktor cakap nenek akan koma dalam tempoh yang panjang jadi nenek perlu dibawa pulang dan dirawat di rumah..

Jadi sepanjang nenek koma, aku selalu termenung tengok nenek yang terbaring di atas katil… Sebak weh tengok orang yang kuat beleter, kuat makan dah tak boleh bercakap walau sepatah pun.. Lama dia tidur. :( Aku lagi la rasa terkilan bila mana aku tak sempat nak minta maaf dekat nenek yela aku kan cucu dia yang paling nakal.. Rindu nak dengar nenek beleter dan panggil aku urut kaki dia.. Aku hanya mampu tolong ibu aku jaga nenek dan tolong suapkan susu melalui tiub tu sahaja sepanjang dia koma.. Ibu aku selalu pesan kepada aku dan abang aku untuk selalu bacakan surah al quran dan selalu bercakap, cium dan selalu salam dengan nenek sebab biarpun nenek koma tapi dia still boleh mendengar suara kita..

Pada tahun 2014, keadaan nenek semakin teruk.. Dan bila panggil doktor, beliau cakap badan nenek sangat lemah dan dan dapat bertahan dalam tempoh yang pendek.. Dalam minggu tu jugak ibu cakap nenek dalam tempoh nazak dan esok paginya nenek telah menghembuskan nafas terakhirnya di samping ibu..

Selepas pengebumian nenek, rumah terasa lagi kehilangan sesuatu.. Sampaikan aku dah tak sanggup nak lalu depan bilik nenek, yela bila nampak katil and semua barang ubat ubatan nenek hm buat aku teringat nenek.. Tapi segala leteren nenek masih terngiang di minda aku sehingga ke harini.. Kena kuat sebab ibu perlukan sokongan sebab lepas arwah ayah dah takde, neneklah peneman ibu.. Selalu jadi tempat ibu nak borak tatkala si anak pergi belajar dan bekerja.. Ibu lagi sedih tapi dia tak pernah tunjukkan kesedihan dia depan anak2.. Tapi, bila mak aku solat tahajud pada 2-3 pagi, aku akan dengar suara ibu aku nangis.. Aku tahu yang ibu sangat rindukan nenek.. Lagi sebak bila ibu beli kuih kegemaran nenek, dia akan cakap “ni kalau ada nenek mesti dia makan banyak”…

hmm yang sudah pergi tidak akan kembali lagi jadi hanyalah doa sahaja yang dapat dikirimkan sebagai pengubat rindu.. Bagi sesiapa yang masih ada orang tersayang hargailah dan selalulah meluangkan masa dengan mereka.. Hari ini mereka masih sihat, esok lusa belum tentu lagi.. Kalau boleh selalu mintak maaf kerana dalam diam kita tak sedar berapa banyak hati yang telah kita lukakan.. Jangan jadi macam aku,cucu yang sangat nakal, tak sempat nak minta maaf.. Sudah hampir 5 tahun nenek pulang ke penciptanya. Rindu..

Terima kasih.

– Si cucu yang nakal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Friday, 29 June 2018

Aku Islam, Suamiku Kafir

PengakuanKu

Mesti semua pembaca akan pelik bila baca tajuk confession aku ni “kalau orang kafir macam mana boleh kawen dengan orang Islam kan? Maaf mungkin tajuk agak straight to the point atau akan menyentuh pada bangsa dan agama.. Tapi ini lah realitinya yang terjadi pada aku..

Pendekkan cerita Nama Aku “S” dan Suami aku “A”. Aku dan suami baru setahun setengah kawen. Aku mulakan dengan bahagian cerita aku terlebih dulu.. Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana biasa sahaja dan dari segi background Agama tu tak de lah orang kata strict sangat dan terlalu Islamic.. Tapi masih di landasan yang tau batas batas Agama dan masih diterapkan amalan solat 5 waktu yang menjadi tuntutan wajib semua umat Islam.. Mengaji honestly aku xpernah khatam, tapi aku tau la basic mengaji sikit sikit.. Masa aku kecik mak bapak aku busy kerja maklumlah kerja office 8-5 kat kl balik pulak penat mana ada masa nak ajar anak mengaji sgt.. Yg ajar aku mengaji pun cuma mak aku kadang kadang tunjuk ajar selebihnya Arwah nenek aku belah mak. Setakat Surah An-Nas, Al-Ikhlas dan surah pendek lain InshaAllah masih melekat dalam hati dan kepala otak aku..

Tapi satu perkara yang org luar x pernah tau pasal keluarga aku ialah Ketua Keluarga Aku iaitu Ayah aku tidak pernah membimbing aku, adik beradik aku termasuk mak aku iaitu isteri dia sendiri.. Tak bimbing dari segi Agama tu dari segi semua lah dan Ayah aku ni seumur hidup dia aku x pernah nampak dia solat.. Apatah lagi untuk menjadi imam kami sekeluarga..

Jadi apa yang aku nampak, bahana bila tak solat ni ialah ayah aku panas baran yang amat.. Kaki pukul cepat marah dan selalu jadi mangsa ialah mak aku dan aku, sebab aku ank sulung byk pertahankan mak bila kena pukul ngn ayah..

Aku dan adik beradik membesar dengan trauma.. Mana x nya seminggu sekali mak aku ngn ayah aku mesti gaduh.. Tapi punca gaduh tu dari Ayah aku selalunya.. Biasalah orang x solat x ada ketenangan hati n jiwa kosong.. Bila jiwa kosong xde Iman xde Amal jadi Syaitan Syaitan akan ambik alih la kan.

Masuk pulak cerita bahagian suami aku..Dia bukan kafir tapi dia dilahirkan Islam cuma bapak dia Cina convert.. Tapi of course lah mak dia Islam..Jadi anak pun Islam lah kan.. Kat sini part dia susah sikit sebab aku banyak tau benda benda dlm keluarga suami ni selepas berkahwin..Contoh aku tau bapak mertua aku xsolat, lepas aku kawen dengan suami.. Suami aku pulak masa nak kawen mmg ada gagap nak baca surah itu ini tahiyat tunggang langgang x hafal tapi awal kawen tu solat sekejap je.. Bila dia imamkan aku, dia letak buku bacaan solat depan dia.. Oklah aku xkisah masa awal kawen dapat imam yg tidak berapa sempurna..

Sampai lama kelamaan suami balik lambat daripada kerja.. Jadi aku akan selalunya solat dulu xdapat tunggu dia.. Kalau tunggu habis waktu jawabnya.. Jadi bila aku dah Maghrib selalunya aku tunggu Isyak terus.. Suami aku balik lambat.. Kadang pukul 10/11pm..Jadi bermula lah cerita dia solat asing dan aku pun asing.. Dah x berjemaah lah kira..

Tapi aku perasan satu benda pelik kalau aku berjemaah dengan suami bila part doa suami aku baca doa tergagap gagap.. Bila dia nak berdoa tu macam dia tengah fikir nak buat ayat apa ek? Nak doa apa ek? Macam cara suami aku ni macam dia xpernah berdoa lah sebelum ni.. Doa pun semua rumi je bulat bulat.. Zikir ke apa mmg xdelah..

Sampai lah satu hari Allah Maha Kuasa, Allah nak bagi jawapan kat soalan soalan aku.. Aku tergerak hati check hp suami masa dia tengah solat Isyak sorang sorang (sebab balik lambat lagi lah)..Tup tup bukak google history ada bukak website porn tapi lupa delete.. Aku tau dia mesti layan porn waktu kerja.. Sbb kat rumah x kan nak layan porn depan aku? Jadi ini jawapan terbesar aku jumpa patut lah suami aku culas nafkah batin pada aku.. Sebab nafsu dia dah dilampiaskan semua pada video video porn yang dia layan.. Aku pun turun dengan HP suami aku di tangan aku.. Aku dengar dia tengah berdoa atas sejadah ” Ya Allah jauhkan lah aku dari Dosa maksiat dan juga zina”..Aku dengar doa suami aku aku rasa lawak, nak tergelak pun ada macam dengar syaitan bertopengkan manusia sedang berdoa!!!

Habis doa dia pelik aku tunggu dia berdoa dengan HP dia..Muka suami dah nampak cuak dia tau dia dah kantoi.. Tapi being defensive la sbb tau buat salah dia cakap kat aku “Why are u checking my phone?! ” tinggi suara x semena mena.. Padahal baru lepas berdoa kononnya..

Kami bergaduh n aku kecewa dia mengaku dia layan porn masa kerja masa mencari Rezeki.. Allahu.. Dua tiga minggu sekali dia sajikan n jamu mata dengan benda tu.. Aku tanya kenapa solat n doa mintak jauh dari maksiat n zina tapi diri sendiri masih pilih untuk mendekati zina mata? Lalu suami aku bagi jawapan, selama ni dia solat sebab terpaksa sahaja.. Sebenarnya dia xnak solat.. Baru aku faham n aku tau yang dia x pernah ikhlas dalam semua solat solat n doa doa dia..

Sejak dari itu bermula lah episod suami aku berhenti bersolat dan berdoa.. Secara official ya.. Dan aku tengok dia buat tu dengan penuh bangga di dada.. Allahu.. Masuk bulan puasa, suami aku puasa setakat hormati bulan Ramadhan tapi tidak tambah apa apa pahala berzikir, mengaji, solat fardhu dan terawikh jauh sekali lah.. Yang wajib 5 waktu pun xboleh buat.. Bangun sahur pun xnak aku lah yang gigih sorang sorang sahur hari hari.. Sudahnya aku sahaja la yang bentang tikar sejadah berseorangan (rasa macam xde suami) air mata kadang jatuh masa ambik wudhuk, masa berdoa lepas solat.. Aku mengharapkan Aku bernikah aku dipimpin oleh nahkoda ku imam ku tapi Aku tidak dapat semua tu?

Aku masih bersolat sebab itu tuntutan kita sebagai hamba dan kerana aku risaukan rezeki ku.. Rezeki suami aku.. Allah dah cakap kalau kita jaga solat Allah jaga rezeki kita.. Tapi macam mana dengan rezeki suami aku? Besar ke pahala aku dengan bersabar dalam keadaan Suami aku kafir cara begini? Perlukah aku meneruskan pelayaran perkahwinan ini atau tempat suami aku layak diganti oleh Imam lain yang lebih baik tapi aku belum temui? Aku tidak mintak kesempurnaan tapi cukup lah Allah hadirkan kecukupan..

Disebabkan suami aku tak solat jugak, bermula episod aku dipukul, ditarik rambut, dicekik dan dilemaskan dengan air sebab setiap kali bergaduh aku meronta dan menjerit untuk selamatkan diri.. Aku pernah ditampar sampai braces aku pecah kena gusi..berdarah dan bengkak muka aku.. Suami aku dah macam syaitan bila pukul aku dan dia dah lupa aku ni isteri dan perempuan yang lemah yang memerlukan perlindungan dari dia..

Aku ada mintak pertolongan dari seseorang nama dia aku save dalam hp aku sebgai Ikhtiar Penawar Sihir untuk tengok kan masalah suami aku ( kawan baik aku yang bagi nombor) .. Dia tengokkan masalah suami aku n dari apa yang dia cakap suami aku dah bergelumang lama dengan kehidupan tanpa solat..Dia dah x rasa berdosa sikit pun walaupun sebesar zarah.. Allahu.. Solat cuma untuk berkahwin tapi tidak pernah ikhlas mengubah diri dia sendiri.. Dia juga disihir oleh sihir Iblis dan syaitan yang maha hebat..

Sihir Iblis dan syaitan adalah lebih teruk dari sihir manusia sebab sihir manusia mungkin boleh berakhir dengan kematian.. Tapi sihir Iblis dan syaitan akan menarik orang yang disihir itu ke dalam Seksa Api Neraka di Akhirat bersama sama Iblis dan Syaitan syaitan tersebut.. Sedangkan manusia sendiri tahu Syaitan dan Iblis telah berjanji dengan Allah Taala yang mereka akan menyesat kan umat Manusia dah ternyata di Padang Masyar nanti terbukti sebanyak 3/4 manusia telah berjaya disesatkan..Walluah alam

Aku masih memikirkan untuk meneruskan atau tidak tentang perkahwinan ini memandangkan aku tau suami aku disihir.. Aku rasa ada tanggungjawab aku untuk selamatkan dia dari belenggu kehidupan begitu.. Aku xboleh bayangkan suami aku mati dalam keadaan kafir.. Aku pernah buat report di Pejabat Agama, minta khidmat kaunseling sudahnya aku pergi sorang diri, suami takut nak pergi takut ditarbiyah dengan ustaz.. Sekian dulu confession aku.. Aku harap dapat membaca pandangan dari kalian semua nanti dan menguatkan aku keluar dari masalah aku ini.. “S” aku juga belum sempurna.

– “S”

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Isteri Yang Tersepit

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih kerana confesion aku disiarkan pada kali ini. Aku Ana, seorang isteri yang biasa-biasa sahaja. Aku sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga tapi masih belum rezeki kami untuk dikurniakan cahaya mata. Aku wanita bekerjaya disalah sebuah syarikat dan mempunyai pendapatan yang tetap. Hubungan kami suami isteri seperti suami isteri yang lain juga, tetapi semuanya berubah bila suami aku tekad untuk berhenti kerja dan membantu perniagaan keluarganya. Niatnya untuk berhenti kerja tidak dikongsikan bersama aku. Aku hanya mengetahui melalui ipar duai.

Aku kurang bersetuju kerana keadaan ekonomi pada waktu itu. Tapi siapa la aku untuk membantah kerana dia lebih mendengar kata-kata keluarganya. dijadikan cerita, perniagaan keluarganya menghadapi masalah. Akhirnya, dia tidak bekerja dan aku lah yang menyara keluarga kecil ini. Aku pada mulanya sentiasa positif, aku bagi semangat pada dia untuk cari kerja baru dan bangun daripada masalah yang membelenggu diri. Tetapi aku silap, dia tidak berubah untuk mengubah nasib diri sendiri. sekarang hampir 2 tahun dia masih dia yang dulu. tidak bekerja dan hanya duduk dirumah. Dulu aku ada perasan dia akan keluar cari kerja, tp sekarang tidak lagi. Nama dia dh black list. Aku masih positif. Konon nk jadi isteri yang sentiasa ada susah dan senang.

Tetapi sepanjang aku hidup dengan dia, aku pejamkan sahaja mata mengenai layanan dia terhadap aku. Aku akan dimarah walau salah yang sangat kecil. Dia akan besarkan salah aku sampai kami tidak bercakap berhari-hari. Akulah yang mengalah setiap kali kami bergaduh walaupun dia yang salah. Aku terlalu banyak mengalah. Aku pernah dimarah dan dikatakan menyusahkan kerana meminta tolong dia ambilkan aku di stesen bas selepas pulang dari berkursus. Kawan- kawan sekerja aku ada yang perasan sikap suami aku terhadap aku. Tapi aku masih positif. Banyak lagi layanan dia yang tidak sepatutnya seorang suami lakukan. Tapi aku tetap isteri yang positif dan sabar. Aku tidak pernah putus asa berdoa mengharapkan dia berubah.

Tapi kini, aku semakin putus asa apabila dia semakin menunjukkan belang. Aku selalu dimarah dan menjadi tempat dia melepaskan marah. Bagusnya suami aku,dia tidak pernah memukul aku. pernah 3 bulan hubungan kami dingin terus. Hanya bercakap bila perlu. Aku masih berusaha untuk membantu dia mencari kerja kerana bagi aku suami aku berubah menjadi lebih teruk disebabkan tidak bekerja dan runsing mmemikirkan hal kelurga kami. Tetapi aku silap, dia kantoi dengan aku apabila berkawan dengan seorang janda. Aku memang tekad menyelesaikan perkara itu dalam tempoh sehari. Ya, mmg betul mereka berkawan, tapi aku disalahkan kerana stalker dia. Quest what? dia memang tak mengaku salah. Aku yang dimarah-marah disebabkan sentuh telefon dia dan membongkar sikap dia.

Aku masih sayangkan rumahtangga aku walaupun dah berkali-kali kami bergaduh dan hampir dua kali dia mengugut untuk melepaskan aku. Pernah aku rasa, baik lepaskan aku daripada kau siksa mental aku sampai macami. Sahabta baik aku menasihati aku untuk terus ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, tetapi aku masih dengan sikap yang lama iatu sabar dan positif.

Sampailah satu tahap aku rasa aku tak patut untuk sabar lagi. Dia memaksa aku untuk pulang ke kampungnya sedangkan dia tahu masalah kewangan kami. Kami bergaduh dan dia mengungkit semua perbelanjaan dia terhadap keluarga aku satu ketika dahulu semasa dia masih bekerja. Suami aku mmg kurang mesra dengan kelurga aku. Kelurga aku banyak meluahkan ketidakpuasan hati terhadap suami aku yang agak kurang ajar dan tidak menghormati orang tua. Setiap kali balik ke kampung aku, ada sahaja masalah yang timbul. Sedangkan benda kecil yang orang dewasa dapat fikir dengan waras dan matang. Dia akan marah-marah aku dan minta untuk kemas pakaian dan pulang ke rumah kami. Aku malu dengan keluarga aku. Tetapi aku masih cuba nak tutup sikap buruk suami aku terhadap aku dan keluarga. Panjang kalau aku nak cerita pasal kelurga aku dan suami. kesimpulanya,

memang dia tak suka untuk bermalam lama-lama dirumah kelurga aku. Sehinggakan ibu aku berasa hati dengan sikap suami aku terhadap saudara-saudara yang lain. Aku malu sebenarnya dengan sikap dia. Bila ditegur elok-elok, aku akan dimarah dan salah aku juga yang dia cari. Ego terlalu tinggi. Sebelum aku lupa, dia akan mengungkit jika aku bebelanja untuk keluarga aku. Itu tanggungjawab aku. Inilah masa aku nak balas budi ibu dan adik beradik aku yang berusaha bantu aku dari zaman belajar di universiti sehingga dah bekerja. Bukan aku belanja shopping mahal- mahal pn. Belanja barang dapur ja. Tu pun tidak terbalas dengan pengorbanan mereka. Aku bukanlah dari keluarga yang senang.

Kesabaran aku makin menipis. Kalau dengan keluarganya semua boleh. Aku tak pernah buat perangai didepan kelurga mertua demi jaga air muka suami. Apa sahaja yang mertua aku nak, aku turutkan. Aku tak pernah luahkan padanya ketidakpuasan hati terhadap keluarga dia, sikap kelurganya dan layanan mereka. Aku terima mereka seadanya. Jika aku luah, aku dimarah dan dimaki. Satu sikap kelurganya yang aku stress iaitu suka meminta duit dari aku. Hello, dh la aku tanggung semua keperluan anak diorang, aku yang uruskan pembelanjaan rumahtangga aku.

Tetapi ahli kelurganya tetap mencari aku dalam bab duit. Tetapi aku tetap mengekalkan sikap kedekut aku pada mereka. Tapi ada jugak yang suami suruh aku bagi. Bayangkan ipar duai sanggup call aku untuk pinjam duit sbb masing-masing dah kering. Habis aku ni banjir dengan duit. Jawapan aku maaf la saya pun xbanyak duit sebab saya nak bayar macam-macam, lagipun suami saya tak bekerja.Aku nak makan pun kena catu sebab nak bayar itu ini. Keluarga aku? Pernah jugak ada yang nak pinjam duit tapi tu pun setahun sekali dan dibayar semula hutang mereka terhadap aku. Cukuplah pasal kelurga kami.

Kini, aku bukan lagi isteri yang sentiasa positif. aku sudah berani meluahkan ketidakpuasan hati bagi sikap suami aku. Aku cuba bincang elok-elok untuk pujuk dia bekerja, tapi tetap sama. Terbaru, dia kantoi main judi. Benda haram yang aku tak dapat nak simpan lagi. Dia gunakan duit aku untuk berjudi. Ya Alllah laju air mata aku bila tahu dia berjudi. Ni pun aku stalker dia disebabkan pernah ternampak tiket judi magnum dan lain-lain.

Rumahtangga aku makin kritikal. Bila aku cuba nak bincang mengenai hal ini, bermatian dia menafikan. Aku mengalah dan malas bergaduh. Sedangkan bukti yang aku jumpa memang terang-terangan dia terlibat. Segala chat dia mengenai judi semua aku simpan sebagai bukti. Tapi aku belum bertanya dia mengenai bukti terbaru ini. Ya aku tersepit dan buntu. Aku tak tau nak mulakan macam mana. Aku masih berlakon seperti biasa sedangkan aku tahu dia menipu aku dibelakang. Aku sendiri tak tahu bila nak berbincang pasal benda haram ni buat kali kedua. Aku dapat agak dia akan mengamuk dan maki-maki aku seperti biasa. Dia akan tendang segala benda dan baling barang dekat aku(tapi tersasar dan tak kena aku). Hanya pada Allah aku mengadu.

Kini, aku tekad nak selesaikan semuanya. Terlalu banyak aku tersiksa. Nasihat kawan baik aku untuk mendapatkan kaunseling dari pejabat agama pun aku xbuat sebab aku jadi takut dia tahu. Aku takut tindakan dia terhadap aku. Apa patut aku buat. Aku tak nak jadi isteri derhaka dan aku tak nak jadi isteri yang diperbodohkan oleh suami sendiri. Kepercayaan aku terhadap dia semakin menipis. kadang- kadang aku tertanya sendiri masih ada ker cinta dan sayang dalam rumahtangga aku. Aku mengharapkan pembaca-pembaca dapat memberi nasihat dan membantu aku. Segala kritikan aku terima dengan rela hati. Banyak lagi yang belum aku kongsikan sikap dia terhadap aku. Cukuplah setakat ini.

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Menjaga Pandangan

PengakuanKu

Menjaga pandangan.

Assalamualaikum.Berkeadaan topik “lelaki dan menjaga pandangan”

Semua orang tengok benda ni secara simple sebab cara hidup kita bukan bersandarkan pada agama betul-betul.Sedangkan islam not just a religion,it is a way of life.Betapa pentingnya agama islam sebenar-benarnya dalam hidup seseorang.Kerana kita hamba Allah bukan hamba dunia.Remember that!Jadi,apa yang Allah wajibkan,kita haruslah patuh.Ingat,sokongan minoriti dan majoriti tidak akan sesekali dapat menentukan ia sebagai dosa atau pahala.

Okay berbalik pada tajuk.Saya bukan nak point satu pihak sahaja iaitu lelaki tetapi dua-dua sekali lelaki dan perempuan.Lelaki sangat popular dengan istilah “menjaga pandangan” manakala wanita popular dengan istilah “menutup aurat”.Ye,dua-dua pihak patut tutup aurat dan menahan pandangan sebenar-benarnya bukan satu pihak sahaja.

Firman Allah S.W.T

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(Surah An-nur ayat 30)

Firman Allah S.W.T:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An-nur ayat 31)

Tapi,harini saya nak bahas tentang topik menjaga pandangan.Ramai orang tutup aurat sebab takut dirinya dapat dosa.Ya,itu betul dah.Tetapi,tak ramai tutup aurat sebab fikir “taknak bagi orang yang tengok aurat kita dapat dosa,kesian dia sebab saya dosa dia bertambah”.Memandangkan,kita langsung tak fikir pasal orang.Sebab kita mungkin kurang rasa cinta sesama insan beragama islam.Kita hanya mementingkan diri kita sendiri.Hampir semua orang ada instagram termasuklah baby yang baru lahir sehari.Esok lahir,lusa dah ada instagram.Begitu media sosial telah menguasai hidup kita semua tanpa kita sedar.Berkenaan apa yang kita post.Ada yang post gambar orang lain sesuka hati yang menampakkan aurat sebab fikir “takpelah,dia memang tak tutup aurat pun dekat luar,apa keutamaan aku untuk jaga”.

Ya,memang dia tak tutup.Tapi,tidakkah awak terfikir apa yang awak post,awak akan tanggung.Kalau aurat dia ternampak walau sedikit,awaklah yang akan tanggung dosa dia walaupun awak “tutup aurat dengan begitu sempurna”.Bukan sama sahaja yang awak sedang lakukan iaitu menggundang dosa.Astaghfirullahaladzim.Memanglah dunia akhir zaman,jarang jumpa lelaki yang betul-betul beriman.Jadi,bantulah para lelaki untuk mengurangkan dosa mereka.Bantulah mereka untuk menundukkan pandangan.Memang sukar untuk seseorang lelaki menjaga pandangan disaat akhir zaman ini.Jika saya dilahirkan sebagai seorang lelaki,entah saya mampu atau tak.Allahu.Sebab jarang jumpa perempuan yang betul-betul menitik beratkan soal aurat di luar sana.Ya,memang ada tetapi 1 dalam 1000.Sebab tak betul-betul faham soal aurat.Tetapi,hanya tahu semata-mata.Sebab tu,wujudnya golongan naqibah zaman sekarang pakai purdah dah elok dah tetapi aurat lengannya fail dan siap pakej tabarruj lagi.Astaghfirullahaladzim.

Jangan hanya fikirkan diri kita sahaja.Sebelum post,tengok dengan betul-betul terlebih dahulu.Bantulah para lelaki dalam mengurangkan dosa.Dan jangan kerana bisnes semata-mata,awak sanggup post gambar orang yang auratnya terbuka.Niat tidak menghalalkan cara.Kelak merana di akhirat.Astaghfirullahaladzim.Janganlah pentingkan diri sendiri,fikirlah juga pasal orang lain.

Dan terima kasih sebab sudi publish.Terima kasih sangat.Moga Allah dapat membalasnya.

Allahu Akbar

– Ingat Allah sentiasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Reply Mimpi Si Tocha

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Hi, Readers.

Mimpi ada 3 jenis:

1) Mimpi yang merupakan khabar daripada Allah s.w.t (sebagai ilham, petunjuk atau peringatan)

2) Mimpi yang menakutkan dan menyedihkan daripada syaitan (Nightmares)

3) Mimpi daripada subconscious mind (Angan-angan,etc)

Secara amnya, selepas kita terbangun dari tidur, kita akan terlupa mimpi kita. Jadi, mimpi yang benar daripada Allah s.w.t sering kali terjadi ketika dua pertiga malam (1-5 pagi) dan pemimpi tersebut dapat mengingati setiap detail mimpi tersebut walaupun selepas beberapa hari,minggu,etc. Sebenarnya, mimpi yang benar dapat ditafsir dalam Islam. Manakala, mimpi dari subconscious mind dapat ditafsir dari segi psychology ( your deep feelings, thoughts and situations in real life at the present moment).

Saya mahu katakan bahawa setiap simbol mimpi yang sama boleh bermakna yang berbeza untuk pemimpi yang berbeza. Jadi, saya hanya dapat tafsirkan mimpi Tocha secara umum kerana saya tidak mengenali anda.

MIMPI SATU

Mimpi hutan dengan segala isinya(pokok dan haiwan-haiwan), ia bermakna pemimpi akan mengalami ketakutan atau akan menjadi orang yang berjiwa penakut atau pengecut. Harimau yang hendak memakan anda, bermakna bahawa ada seseorang yang hendak menganggu anda. Harimau juga bermakna musuh lelaki atau perempuan yang akan melakukan pengkhianatan dan penipu. Jadi, bagi pandangan saya, bilangan harimau di dalam mimpi anda tersebut bermakna bilangan musuh anda yang hendak menganggu anda.

Perumahan yang dimasuki oleh pemimpi boleh jadi mengenai nama baik pemimpi atau keluarganya. Mimpi takut bermakna keamanan daripada Allah s.w.t dan Allah s.w.t akan bersamanya ketika ia takut dan juga ia dizalimi. Melihat darah mengalir, maka orang yang berdarah dalam mimpi tersebut hendaklah berhati-hati. Tangan putus bermakna akan datang kesedihan berkenaan tentang harta kepada abang anda. Kanak-kanak didalam mimpi Tocha ini bermakna musuh yang lemah. Mimpi marah tanpa sebab bermakna orang yang marah tersebut akan kerasukan Jin atau akan mengalami kesusahan.

MIMPI 2

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Ada juga pendapat yang mengatakan jika orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Begitu juga, dengan pemimpi yang berkawan intim (in a relationship) bermimpi mati menandakan mereka akan berpisah.

MIMPI 3

Maaf, saya tidak dapat tafsir mimpi dalam Islam untuk mimpi ketiga. Jika mimpi pertama dan kedua benar maka tafsir dalam Islamnya adalah seperti saya terangkan sebelum ini. Bagi pandangan saya,mimpi ketiga hanyalah mimpi dari subconsious mind atau mimpi buruk dari Syaitan. Dari segi psychological anda ketika anda bermimpi ini mungkin bermaksud perasaan anda terluka oleh seseorang ketika anda bermimpi nombor 3 ini. Sama ada anda melihat seseorang bahagia atas kesakitan atau penderitaan. Boleh jadi sesuatu yang menyakitkan anda di dalam berlaku dalam real life ketika itu. Mungkin juga anda rasa dikhianati oleh seseorang atau anda telah mengalami keadaan mengejutkan yang tidak dijangka.

Cadangan untuk kurangkan mimpi ngeri:

1) Istighfar, baca 3 Qul dan doa tidur sebelum anda tidur.

2) Kalau terjaga dari mimpi ngeri, baca “audzubillah himinasyaitonirrajim”. Anda juga boleh meludah ke kiri tiga kali dan ucapkan auzubillah. Tetapi, kalau anda rasa tidak selesa berbuat demikian, sediakan plastik kecil atau tisu dan ludah ke kiri.

Kalau ada tersalah silap, mohon dimaafkan.

Sekian.

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saya Tentang Sex Education

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Pembaca semua,

Saya mulakan pengenalan meminta maaf kepada semua sekiranya perkataan saya mengecilkan hati semua pihak dengan kata-kata saya yang kasar dan saya bersedia menerima kencaman semua dengan berfakta.

Saya mulakan dengan saya menentang sex education, kenapa? Sila baca sebab- sebab yang saya senaraikan dibawah.

1) Kepada semua sila buka google, taip sex education tekan imej jikalau perlu….. Ya sekiranya malaysia ingin memperkenalkan sex education kepada pelajar berumur 10 tahun ini yang perlu murid- murid hadap untuk mendapatkan rujukan. Terutama dengan subjek yang terlalu baru di Malaysia. Selaras dengan teknologi yg canggih, rujukan bukan pada buku teks sahaja tetapi juga pada hujung jari. Saya boleh bayangkan budak lelaki berumur 10 tahun bercakap kepada ibubapanya. “ mak ayah, pinjam laptop nak cari rujukan.” Seram bukan?

2) Islam itu untuk semua. Kita tak perlukan sex education, hanya perlu memperkasakan subject agama islam. Tentang khilaf, batas pergaulan, dosa berzina yang di kategorikan dosa besar, adab dan lain-lain. Saya tidak nampak masalahnya jika di terap dalam subject moral untuk agama lain. Batas- Batas pergaulan juga patut di aplikasikan oleh semua pihak yang memantau pelajar termasuk ibubapa. Kalau nak sangat sex education, maka terapkan dalam subject agama dan moral. Simple.

3) Pemakaian kondom utntuk seks selamat. Baik sekarang saya mahu anda semua berfikir secara logik, kondom hanya boleh mencegah kehamilan sebanyak 85%, itu fakta. Pada saat jiwa muda remaja, cukupkah dengan melakukan seks sekali sahaja seumur hidup. Bagaimana dengan 15% lagi? Kemungkinan untuk kehamilan masih ada melainkan dengan cara meng’ikat’ rahim baru peluang untuk mencegah kehamilan 100% itu wujud. Secara jujurnya mahukah anak- anak muda kita meng’ikat’ rahim mereka pada usia muda? Jikalau benar kondom sangat berkesan kenapa ada undang- undang meluluskan penguguran bayi di Amerika, Jikalau begitu apa bezanya dengan membuang anak di Malaysia.

4) Perlunya kita semua mengaku terutamanya umat Islam tahu bahawa ‘Couple’ itu haram. Stop being open minded parents yang tak kisah anak lelaki dan perempuan membonceng atau membawa anak orang tanpa ikatan yang sah. Ibubapa yang baru anknya bertunang sahaja sudah membiarkan mereka tinggal serumah, atau ibubapa yang bangga bila anaknya ‘Bercouple’ dengan untuk menunjukkan anaknya laku. Stop it! Saya faham gelora jiwa bercinta zaman remaja lebih kuat dari mana-mana usia dan bercouple bukan caranya. Jagalah batas anak-anak anda.

5) Setiap manusia akan disoal dengan apa yang mereka buat didunia. Yes, this things are concern me the most. Bayi-Bayi yang dibunuh di dunia akan dibangkitkan dan kita semua, tak kisahlah sesiapa Syed Sadiq ke, Nealofa, mahupun Obama, semua di soal di akhirat kelak! Apa yang kita buat untuk selamatkan mereka, adakah kita telah menasihati mereka secukupnya, menghentikan perbuatan maksiat ibubapa yang membunuh mereka, adakah cukup dengan mengecam dan memaki tindakan menbunuh anak di ruangan komen Siakapkeli? Soalan saya pada semua yang dilahirkan dan diajar dengan agama Islam. Siapa yang mahu dirinya dibakar hidup-hidup di neraka kerana membunuh dan berzina?

Saya sedar barangkali ada pembaca mengatakan saya acah- acah suci, atau tak perlu kaitkan agama, saya tahu susahnya utuk menjadi umat islam diakhir zaman. Tapi saya merayu jika ada iman walaupun sedikit pada hati pembaca, cegahlah zina dan In Sya Allah pertolongan Allah itu ada.

Assalamulaikum dan Salam Hormat pada Non muslim

Dari Hamba Allah.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ego Untuk Menyayangi

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menerima confession saya.

Saya Mina. Umur awal 20 an, sedang belajar di sebuah universiti awam yang terkenal. Saya nak kongsikan satu cerita, tapi topik ni ‘heavy’, so read it with your own risk.

Korang mesti familiar dengan “depression” atau bahasa Melayunya, “kemurungan” yang banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini, dan tak dapat dinafikan, saya dapati diri saya ada simptom-simptomnya, tapi saya tak dapat nak pastikan kesahihannya sebab hanya pakar psikatari dan psikologis yang dapat diagnosis dan sahihkan penyakit mental seseorang. Jadi, untuk mendapatkan rujukan ke pakar tersebut, kita harus menjalani satu ujian DASS, iaitu satu ujian yang menilai kemurungan, anxiety dan stress seseorang. Kalau rendah, anda disahkan normal, kalau tinggi, memang akan dibawa kepada pakar.

Saya dulu hanya curious dan mencuba, dan saya sangat terkejut mendapat keputusannya iaitu sangat teruk, dan memang dinasihatkan untuk berjumpa pakar. Maka saya cuba untuk jalani ujian tu sekali lagi di klinik kesihatan, sambil ditemani ayah.

5 bulan lepas, saya berjanji temu dengan seorang doktor ditemani seorang jururawat. Saya bagitau beliau yang saya nak jalani ujian kesihatan mental. Selepas dinilai secara berdepan, memang doktor tu sahkan keputusan sangat teruk dan memang saya perlukan seorang pakar.

Sambil-sambil tu, dia nak berikan saya sedikit consultation dengan ayah saya sekali. Doktor tu bertanyalah pada ayah saya, personaliti saya macam mana, social interaction saya macam mana, apa kelebihan saya.

Ayah saya dengan yakinnya bercakap tentang diri saya atas dasar, “dah tinggal lama dan kenal lama dah”. Ayah saya kata saya kuat mengarah orang itu ini, suka ikut kepala sendiri dan tak suka dengar cakap orang. Dia pun cakap dia selalu beri saya macam-macam, dia dan keluarga support saya, which sounds very convincing.

But the truth is, ada sedikit keterangan ayah saya yang “fabricated”. Saya dikatakan kuat mengarah orang, hakikatnya saya seorang yang pemalu, dan saya tak ada ciri-ciri seorang ketua pun. Saya jarang arah sesiapa untuk lakukan sesuatu, melainkan saya tak mampu.

Ada juga dia katakan pada doktor saya tak ada pegangan iman yang kuat dalam agama. Walaupun saya akui, itu stigma yang biasa didengari masyarakat tentang masalah kemurungan, tapi ia memang sangat hancurkan hati saya masa saya dengar dia kata begitu. Bukan saya tak doa pada Allah supaya kuatkan iman dan agar sembuh. Tapi, masa tu saya senyum je dekat doktor dan ayah saya supaya air mata tak jatuh.

Selepas sesi consultation tu tamat, saya dan ayah saya bergerak pulang. Masa dia pandu kereta, dia cakap camni dekat saya, “betul ke nak gi wad psikatari? Besenya tu untuk orang gila je. Mina je yang kena ubah personaliti, kena kuatkan iman.” Saya anggukkan saje, kata ya, tapi saya tetap kata, “kalau parah sangat, kena pergi juga.” Ayah saya diam je, takde tanda setuju atau tidak.

Semakin lama, semakin hari, keadaan diri saya, saya dapat rasa makin teruk, tidur kurang atau lebih, selera makan naik turun, tambah lagi dengan tekanan sakit fizikal. Dengan beraninya, saya tanya ayah mana surat rujukan ke psikatari. Dia mula tersenyum sinis, lepas tu gelakkan saya. “Ayah lupalah. Mina jangan fikirlah benda tu. Mina kena kuatkan iman je, fikir positif la”. Saya diam, tak jawab sepatah.

Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa teruknya saya menangis apabila teringatkan dia jawab begitu. Jalan yang saya pilih untuk selamatkan diri, disekat begitu sahaja, akhirnya dibuat tak tahu sahaja.

Esoknya, saya berangkat kembali ke universiti, ayah saya ada belanja saya pizza sebab dia tau, saya suka pizza. Dia mungkin cuba untuk ceriakan saya, sebab dia tahu, saya mungkin makan hati dengan kata-kata dia. Saya bersyukur dengan apa yang diberi. Sebelum dia tinggalkan saya, ayah dengan mak saya cakap “kuatkan semangat, kuatkan diri daripada kesakitkan, kami sayang Mina.” Saya bersalaman dan berpelukan macam biasa.

Saya, sentiasa sayangkan ayah dan mak saya, saya bersyukur sangat sebab ada mak ayah seperti mereka berdua. Walau ada kurang, ada masa dorang susah, saya tolong dorang. Saya jatuh sakit, dorang bawakan saya ke klinik dan hospital. Dorang bagi dorongan pada saya dalam bakat saya iaitu melukis, mereka pun ada hadiahkan saya alatan melukis, mereka bagi saya sambung kursus berkaitan dengan seni.

Tapi saya tak boleh hidup dengan keadaan di mana trauma sentiasa mengingati, ketakutan mengatasi diri, keyakinan diri menurun, tidur tidak menentu, keinginan untuk mencederkan diri dan juga bunuh diri tak henti-henti menghantui diri saya. Saya tak minta untuk berasa dan berfikir begini. Saya nak juga move on, saya nak berasa tenang dan bahagia walau dalam keadaan apa sekalipun. Saya ingin bersifat normal seperti yang lain. Saya tak boleh nak nafikannya, sebab tu saya nak sangat jalani rawatan dan terapi yang efficient. Walaupun bakal digelar gila, kurang iman, mengada, tapi semua tu akan menjadi sumber kekuatan pada saya.

Saya harap sangat saya dapat harungi semua ni, dan hati saya tiada ego yang tinggi untuk terus menyayangi. Saya masih nak tengok mak ayah saya senyum sebab saya. Saya juga mahu mak ayah saya dapat menerima diri saya seaadanya.

Terima kasih kerana sudi membaca confession saya. Maaf kalau panjang sangat dan kalau ada terkasar bahasa. Semoga hari-hari anda semua diberkati Allah SWT. :)

– Mina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jodoh

PengakuanKu

Semalam terbaca kisah kenapa jodoh tidak sampai-sampai. Confession ada menyatakan mungkin jodohnya belum sampai disebabkan tugasnya menjaga ibu-bapa belum selesai. Dia seorang shj yg selalu balik menjengah ibu-bapanya. Saya rasa mungkin betul apa yang dikatakan. Sebab saya pernah merasai semua tu. Mungkin ibu-bapa kita masih belum bersedia melepaskan kita kepada orang lain sebab itu jodoh kita belum muncul.

Dulu saya terfikir kenapa jodoh saya belum sampai lagi. Orang lain dah beranak pinak. Kita masih single, nak kata tak cantik, rasanya dalam kategori yang ada rupa juga, nak kata tak ada pelajaran, dah ada master, nak kata tak ada kerjaya, saya banker. Dulu orang selalu kata saya memilih, ayat yang selalu dengar “sampai ke tua lah kau mereput seorang-seorang. Memilih sangat”. Masalahnya bukan kita memilih, tapi tiada yang melekat. Bukan tak buka hati nak bercinta, pernah je bercinta tapi putus ditengah jalan. Maknanya macam semua tak kena.

Satu hari tu bos saya ajak saya lunch dengan kawan dia, masa tu kawan dia baru retired dari salah satu syarikat yang besar di malaysia. Orangnya humble dan alim. Masa kami bersembang, beliau turut bertanyakan umur saya, bila dengar umur saya yang memang sangat sesuai utk berkahwin tu dia tanya dah kahwin belum. Saya cakap belum lagi. Dia tanya dah ada partner? Saya cakap belum. Masa tu ingatkan dia nak recommend sapa-sapa kat saya. Tapi dia cakap, tak mengapa belum kahwin lagi pun, masih muda lagi. Kahwin ni bukan benda senang, tanggungjawab dalam berkahwin tu sangat besar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kita masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab, mungkin ada benda yang belum kita settle dengan orang tua kita dan mereka masih mengharapkan pertolongan dari kita. Jadi hati mereka berat nak lepaskan kita pun boleh jadi penyebab juga. Lebih kurang macam tulah ayat dia. Jadi saya terfikir, mungkin betul saya masih belum settle dengan ibu bapa saya.

Saya ingat lagi mak saya pernah cakap, dia kalau boleh nak runtuhkan rumah kayu yang sedia ada tu sebab dah terlalu uzur di makan anai-anai. Pernah dia beberapa kali cakap, tapi dia tak minta dari anak-anak. Tapi kita ni sebagai anak kena lah faham sendiri. Kami memang dari keluarga yang miskin, rumah kami dulu sangat kecil, tak ada bilik. Bilik air di luar rumah. Dapur dan ruang tamu berkongsi. Situlah dapur situlah tempat tidur. Bayangkan? Saya membesar dalam keluarga yang sangat daif. Mak ayah menyara kami adik-beradik dengan hanya mengambil upah menoreh getah.

Tak pernah merasa ada TV sendiri dirumah. Kalau nak tengok TV pegi rumah jiran. Masa kami kecil dulu ingat lagi mak ayah paksa hantar kami sekolah, ada mulut yang cakap “ kalau dah keturunan bodoh tu tak kemana, tak payah la nak beria paksa anak pergi sekolah, tua nnti sama je dengan bapak dia” ayat tu mak saya ingat sampai sekarang. Tapi alhamdulillah Allah anugerahkan kami dengan kepandaian. Kami ada 5 orang adik beradik, semua paling kurang ada degree dan salah seorang ada degree dari oversea. Masa abang ke oversea dulu abanglah satu-satunya orang kawasan tu yang belajar sampai luar negara. Alhamdulillah terima kasih mak ayah.

Okay bermulah lah cerita, dari rumah kayu yang kecik ruang dapur dan tamu berkongsi akhirnya abang start buat dapur, bilik dan bilik air. Rumah kayu tadi dijadikan ruang tamu. Alhamdulillah rumah dah semakin besar, lepas tu abang kahwin, isteri dia berhenti kerja. Komitmen abang tinggi dah, kereta dia, kereta isteri, rumah. Tapi dia tak lupa bagi mak ayah setiap bulan. Abang kedua pulak sambung sikit rumah bahagian depan dan buat garaj. Alhamdulillah rumah makin luas. Lepas tu dia berkahwin. Seperti abang yang sulung, dia cuma bagi duit belanja untuk mak ayah setiap bulan, nak besarkn lg rumah tu dh tak mampu.

Lepas tu kakak saya pula bekerja, gaji dia tak lah besar sangat. Tak sampai 3k pun sebulan tapi dia boleh claim OT dan ada sedikit allowance. Kakak dia jenis jimat sikit setiap bulan dia akan buat saving. Lepas tu saya pula bekerja, saya start bekerja di umur 27 tahun sebab lepas degree dulu terus saya sambung master. Sepatutnya saya kerja dulu, lepas tu baru sambung master sebab macam mana pun company akan tengok experience. Habis dulu pun kerja pakai degree je, ada master tapi x ada experience sangat jarang company nak ambil.

Bila dah start kerja, mak cakap lagi, ruang kayu tu dah kena tukar sebab anai-anai dah banyak, lagipun dah lama sangat dah. Lantai pun dah ada yang dah reput sedikit. Tapi masa tu abaikan apa yang mak cakap, sebab mak kata nak kumpul duit yang anak- anak bagi nak buat baru. Kami cuma diam je. Balik kl enjoy macam biasa. Memang dalam hati ada niat nak bantu sedikit, tapi setakat kata-kata dlm hati. Masa tu dah ada steady bf, mak dia pun dah nak datang ke kampung nak melamar. Tapi halangan selalu ada, hati kami tetiba berubah, dia jumpa balik ex gf dia dan saya rasa tawar hati sangat2. Akhirnya kami putus. Saya kenal lagi dengan yang lain, berkenalan seketika, cuba menjalin cinta tapi tak dapat, decided untuk kawan sahaja. Lama kemudian saya bercinta lagi dengan seorang lelaki ni, ya, saya sayangkan dia sangat-sangat dan dia pun sayangkan saya juga. Kami plan nak berkahwin. Di saat saya bertemu ibu-bapanya.

Ibunya tak izinkan kami meneruskan hubungan, alasannya saya orang jauh. Saya di timur dan dia di selatan. Mak dia mati-mati tak nak orang jauh. Katanya susah nak balik. Alasan agak tak logik sebab kami akan menetap di KL, bukan nya di kampung halaman saya. Sedih memang sedih, tapi saya yang memutuskan hubungan sebab cinta tanpa restu orang tua susah nak bahagia. Akhirnya lepas berbulan-bulan kami dapat terima kenyataan. Saya terus dengan kehidupan solo saya. Lepas jumpa kawan bos saya tu, saya seperti terngiang-ngiang luahan mak yang ingin runtuhkan rumah kayu itu. Saya cakap mungkin mak ayah saya belum merestui saya dan kakak berkahwin lagi, mungkin dia terfikir kalau saya dan kakak kahwin, kami akan jadi seperti abang-abang, cuma mampu bagi wang belanja setiap bulan, dan tak mampu nak keluarkan sejumlah yang besar untuk rumah tu lagi.

Selepas tu, saya berbincang dengan kakak nak buat loan untuk baiki rumah tersebut, kakak bersetuju nak share, rupanya dia ada saving dalam 30k. Saving saya masih tak banyak, jadi saya buat loan sebanyak 50k. Duit tu kami bagi dekat mak untuk renovate rumah, abang-abang pun topup juga, cuma adik yang bongsu dia tengah dalam latihan SL1M, jadi dia masig belum mampu. Umur saya 30 tahun iaitu tahun lepas. rumah kami dah siap sepenuhnya. Dah jadi sebuah banglo dengan 5 bilik dan 3 bilik air. Orang tanya, renovate rumah tu anak nak kahwin ke, mak saya cakap iyalah nak kahwin. nanti senang, anak cucu ramai- ramai berkumpul tak lah runtuh. Ni orang naik ramai sikit pun mak dah risau takut runtuh sebab kayu dah reput.

Ya, hujung tahun 2017, tertiba customer yang selalu datang bank tempat saya kerja tu tanya saya, masih belum ada siapa2 ke? Saya cakap belum. Bermulalah cerita, katanya anak jirannya masih belum berkahwin, umur 34 tahun, kerja doctor. Dulu dia di salah sebuah hospital di pahang, tapi sekarang dah pindah balik kl. Bapa dia dah risau anaknya sibuk bekerja sampai lupa nak berumah- tangga. Alhamdulillah, atas desakan customer saya tersebut akhirnya kami berjumpa. Selepas 3 kali berjumpa, dia ajak saya kahwin. Masa tu rasa terkesima, sebab semuanya berjalan dengan pantas. Keluarganya datang merisik sebelum puasa haritu dan telah sepakat nak menyatukan kami pada hari raya haji yang ke 5. Semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang kami tengah buat persiapan perkahwinan. Doakan jodoh kami panjang. Kakak saya dia masih belum bertemu jodohnya, mungkin selepas saya nanti. Doakan kami.

Jadi, jangan risau soal jodoh tu, berbakti dulu kepada kedua ibu bapa kita, gembirakan hati mereka, supaya bila mereka berdoa, mereka boleh berdoa benda yang baik-baik untuk kita dengan berlapang dada. Allah dah tahu apa yang terbaik untuk kita.

– Shira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Anak Derhakakah Aku?

PengakuanKu

Assalamulaikum.

Harap para reader mampu membantu saya.

Saya mempunyai dilemma keluarga dan ingin bertanya apakah sebenarnya definisi anak derhaka. Jatuhkah hukuman anak derhaka itu jika si ibu merasakan anaknya tidak berguna dan derhaka. Selalunya anak derhaka ni anak yg mengabaikan ibu bapa, ibu hidup

susah anak kaya raya atau dgn kata lain menzalimini ibu bapa.

Bagaimana pula jika:

1) ibu yg sering berburuk sangka dan menyumpah anak dgn kata2 kesat.

2) ibu sering mengungkit jasa2nya terutama susu ibu ketika masih kecil dan membandingkan apakah balasan yg mampu anak berikan.

3) Sentiasa membandingkan anak itu dgn anak2 lain dan menghinanya seperti bodoh dan lain2 perkataan yg kesat kerana anak kurang berjaya berbanding adik beradik yg lain.

4) Apabila anak senyap berdiam diri dimarahi, si ibu semakin marah dan menuduh anak tidak berguna,cuba utk protes dan anak derhaka.

5) Si ibu tidak hidup susah, malahan kaya raya dan sihat walafiat.

6) Si ibu sentiasa menjerit-jerit memberitahu bahawa dia menyumpah anaknya itu sebagai derhaka dan akan mendapat balasan.

7) Si ibu gemar membuat fitnah semata-mata untuk memburukkan anaknya dan mengulanginya untuk kepuasan hatinya.

Adakah si anak itu jatuh hukumannya sebagai anak derhaka jika dia berkecil hati lalu bertindak mendiamkan diri setiap kali dimarah.

Derhakakah anak itu apabila dia bertindak keluar dari rumah apabila dimaki hamun di pagi raya, saat takbir raya berkumandang, dan anak merajuk berkecil hati tidak pulang ke rumah.

Anak cuba utk menelefon bertanya khabar, tetapi di beritahu adik-beradik bahawa ibu telah menyumpahnya sebagai anak derhaka dan membuangnya dari keluarga.

Derhakakah anak jika tidak berjaya seperti yg diidamkan oleh si ibu, sedangkan anak sentiasa ingin selalu bersama ibu, sentiasa teringatkan ibu.

Sekiranya perkara diatas terjadi hanya kerana si ibu tidak bersetuju dengan keputusan anaknya. Adakah itu juga dikatakan anak derhaka?

Wasalam

– Anak Teraniaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Suami Isteri dan Anak-anak Berjauhan

PengakuanKu

Assalamualaikum

Maaf saya luahkan kesedihan saya di sini..selama ni hanya Allah dan suami yg selalu saya luahkan rasa sedih, penat, kecewa..saya gunakan medium ini dgn harapan saya dapat doa2 yg baik dr pembaca semua..mana tahu ada antara doa kalian yg mempercepatkan lagi hajat sy ini..

Baca tajuk dah tahu kan..sy seorang cikgu..dan berpuluh ribu lgi guru2 yg senasib dgn saya..yg berjauhan dgn suami/isteri dan anak2..kami dikategorikan sbagai guru duka lara..sedih kan..tiap2 tahun kami akan isi permohonan pertukaran guru..tiap2 tahun kami berharap agar dpt berpindah ke negeri yg kami mohon..dr anak kecik smpailah anak besar..dr anak sorang smpailah 3/4 org..tapi tiap2 tahun kami berduka cita..tiap2 tahun kami hampa bersama harapan yg menggunung wlaupun tahu ianya payah dan mustahil..

Ada anak terpksa tggal di kmpung kerana bmbg tidak mampu untuk mnjaga semua anak..saya salah seorang ibu yg terpaksa berpisah dgn anak..sedihnya Allah saja yg tahu..tak pernah sy menangis depan kluarga/kwn2..depan mereka sy ceria dan anggap sperti tiada apa2..tpi bila dgn suami sy selalu meluah rasa sedih,menangis..Allah..beratnya hati..saya rindukan anak sy..hnya wktu cuti persekolahn bru dpat jumpa anak..hari raya baru ni bahagia sgt dpt brkumpul dan jumpa semua anak2..mereka ada di dpan mata sy..tp skrg kami berpisah lgi..sesungguhnya bukan sy seorg shja yg alami nasib ini, berpuluh ribu lgi cikgu mengalami episod duka lara ini…tpi izinkanlah saya kongsikan kesedihan ini dgn kalian dan doakanlah kebahagiaan, keselamatan , kegembiraan buat kami yg sama nasib ini..tlogla doakan moga kami semua dpt pindah ke negeri yg kami mhon scepat yg mgkin..doakan lah mga ada jalan yg pihak kerajaan temui bagi menyelesaikan masalah guru2 duka lara ini..

Belum lgi yg ditugaskan di sabah dan sarawak..sy tertnya2 org sabah dan sarawak tak ramai yg jdi guru ke? Kalau kkurangan guru anak jati sabah dan sarawak, kenapa tak dibina program khas utk profesion perguruan di kalangan org sabah dan sarawak? Ubahlah program itu dgn kesesuaian keadaan dan masyarakat di sana..mgkin syarat kelayakan/apa2 yg berkaitan berlainan sedikit berbanding semenanjung? Entahla..sy pun xtahu..mana tahu tak perlu lagi guru2 dr semenanjung ditugaskan ke sabah dan sarawak..

Sy memohon pertukaran ke negeri pntai timur..tapi biasalah amat payah katanya nk msuk ke pntai timur..entahla sampai bila..entak sempat ke tidak..mana tahu ajal jemput dulu sebelum sempat bersatu dengan suami dan anak2? Mana tahu dalam perjalanan balik ke kmpung/ ke tempat kerja tiba2 kemalangan? Mgkin juga xsempat merasa hdup bersama keluarga di rumah yg dibeli dh bertahun2 di kampung?Mna tahu dlm perjalanan suami naik bas utk berjumpa sy dan anak2 tiba2 kemalangan?Mcm2 sy fikir..akhirnya sy hnya berdoa mga Allah permudahkan segala urusan sy sekeluarga, mga Allah berikan yg terbaik buat kami, mga Allah pelihara dan selamatkan kami dr bahaya dan malapetaka..mga Allah kurniakan syuga buat kami..

Mohon doa dari kalian..moga nasib kami guru2 duka lara terbela..moga kami dapat berkhidmat dgn hati yg tenang..mohon maaf atas luahan ini..terima kasih…

– Cikgu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ujian Yang Tak Pernah Berhenti

PengakuanKu

Assalamualaikum semua pembaca IIUM. aku yaya. Terima kasih admin siarkan cerita aku kelmarin. alhamdulillah, aku dapat banyak sangat bantuan yang tak terduga.

kepada kakak-kakak yang sudi membantu, terima kasih aku ucapkan. sungguh tak terbalas. aku tahu ramai yang membantu sebab mengenangkan anak aku. ramai yang minta aku PM. aku PM bukan dengan niat untuk meminta-minta, sebaliknya aku tanya apa yg mereka nak tahu. yang aku PM, mereka tahu kenapa aku sangat buntu. tak kurang juga ada yang minta aku PM lepas tu aku kena kecam, kutuk pulak suami aku. ya, suami aku ada bahagian dia, tak perlulah untuk aku beritahu semua kesalahan, kekurangan dia semata-mata untuk kau kutuk aku sebagai perempuan bodoh. aku tak cerita semua sebab kalau aku cerita semua, aku tak tahu berapa lama nak kena habis menaip dan habis membaca. aku terima jalan yang Allah dah tentukan untuk aku bertemu dengan lelaki macam suami aku. aku sendiri tak tahu suami aku akan jadi suami dan ayah seperti itu. kalau aku tahu, kau rasa aku akan kahwin ke dengan dia?

ada yang tanya kenapa sampai 1500? aku kira, untuk sewa bilik ada juga depositnya. rata-rata nak deposit sebulan, sewa sebulan dan juga utiliti. bakinya ada lah untuk bawa anak aku pergi checkup dan bayar bil rawatannya. aku tak tahu berapa akan kena cas since dia dirujuk pada pakar. aku cuma harap ia tak mahal, sebab aku memang tak ada. ada yang tanya, kenapa tak pajak gelang emas, hahahaha. macam mana nak pajak, seurat emas hatta sebentuk cincin pun aku tak ada.

ada juga yang komen minta admin sahihkan cerita aku. kalaulah aku boleh sertakan sekali gambar anak aku masa lahir yang berselirat dengan wayar tu, aku dah suruh admin up. tapi aku rasa tak perlu. sebabnya tak ada siapa pun tahu hal rumahtangga aku yang tengah porak peranda oleh sebab orang ketiga, plus klu ada gambar anak aku dekat sini, orang tahulah siapa yg confess..

sebab mereka yang aku PM, kalau mereka tanya, aku cerita satu persatu kenapa doktor tetapkan anak aku untuk berjumpa pakar. buku checkup dan kad-kad temujanji di pelbagai klinik… anak aku boleh je dapat rawatan percuma bak kata doktor tapi semua berbalik pada suami aku.. entahlah. kalau ada yang rasa aku menipu, aku tak boleh cakap apa sebab aku meluah ni bukan aku minta simpati atau minta bantuan tapi sebab aku tertekan but alhamdulillah Allah show His Mercy semua mereka membantu, tanpa minta dibayar balik walaupun aku nak bayar balik sikit-sikit. Ada juga yang aku PM tapi tak respond. cuma baca je. takkan aku nak paksa mereka balas.

walaupun masih tak dapat jumlah yang aku perlukan, aku bersyukur sebab ada yang sudi membantu, ehsan untuk anak aku. ada yang nak bagi susu dan pakaian untuk anak aku. allahu.. bertuahnya anak aku. ada juga aku minta balik kat kawan aku yang meminjam tapi seperti biasa, sepi. aku tahu RM 1500 tu bukan jumlah yang sikit. yang suruh aku meminjam dengan boss aku.. hahaha.. aku dah cuba tapi boss aku kata… dia tak tau pun aku ni staff dia, plus dia tak yakin aku boleh pulangkan balik.

yang paling sadis bila dia kata betul ke untuk sewa rumah entah-entah untuk joli maklumlah lepas raya katanya. mengucap panjang dalam hati. demi anak dan aku tengah susah hati, aku diam, cuma senyum dan cakap terima kasih langsung angkat kaki dari pejabat dia. macam mana kau nak kenal staff sedangkan department aku tu pun dia tak pernah jejak, kalau lalu pun buat muka jijik. aku tak tahu sejarah tempat tu macam mana since aku baru berapa bulan kat situ dah cuti bersalin. nasib aku ni pun 50-50 je kat tempat ni, nak cut cost kata mereka. bertambah susah hati aku.. ada juga yang mesej aku berulang kali kata dah transfer tapi tak boleh, tak lepas segala mala tu.. tak apa, aku tak pernah mendesak. aku tahu mereka juga cuba membantu. mungkin ada kekangan lain yang lebih penting, takkan aku nak marah kan?

yang suruh aku cerai, aku akan bercerai, jangan risau, sebab aku memang dah tak ada hati walaupun aku kata aku nak selamatkan rumahtangga aku, aku tak nak jadi janda dan segala mala. anak aku pun bukan kenal siapa ayah dia. pada anak aku, aku lah mak akulah ayah. tipulah kalau aku tak sedih sebab aku juga manusia, ada perasaan… aku akan cuba buat apa yang korang suggest pada aku, walaupun ada yang macam tak berapa nak diterima akal tapi terima kasih sebab luang masa baca luahan aku.

yang tanya aku macam polis, takut aku menipu, pun terima kasih aku ucapkan walaupun akhirnya kau tak membantu sebab kau sibuk tanya pasal suami aku, siapa perempuan tu semua, tapi kau tunjukkan keprihatinan kepada perempuan macam aku. sekali lagi aku ulang, aku sendiri tak tahu Allah lorongkan aku dengan hidup macam ni sebab pada awalnya semuanya baik-baik sahaja.

Ya, demi anak, aku kena kuat. demi anak, aku kena bertahan. demi anak juga aku akan cuba keluar dari kesedihan sedia ada. walaupun aku tak kacau hidup orang tapi tak tahulah… mungkin ada salah aku yang aku tak nampak jadi Allah tegur aku dengan cara ni. cuma anak aku je harta yang aku ada sekarang. terima kasih kepada kakak-kakak yang PM untuk motivasi dan nasihat. sikit pun tak nak tahu kenapa rumahtangga aku jadi macam ni, sebaliknya terus-terusan memberi semangat pada aku dan suruh aku sayang anak aku lebih dari segalanya. walaupun tak pernah kenal, cukup untuk buat aku rasa sebak dan juga bersemangat demi anak.

Doakan juga anak aku sihat dan aku dapat cukupkan duit dalam masa tak berapa puluh jam je lagi.. Tuan rumah pun tak sabar-sabar nak suruh kami angkat kaki. doakan semoga urusan aku dan anak dimudahkan ya.

– yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Perasaan

PengakuanKu

Salam hi. Selamat pagi semuanya. Nama ringkasan saya A, berumur 24 tahun. So, this is my first time nak buat confession kepada seseorang yang bernama Cikgu Ameer yang mengajar di pedalaman kampung orang asli.

Selepas 3 tahun dikecewakan oleh seorang lelaki, since that tak pernah terbukak la hati nak kenal lelaki. Even kenal pun tak secara serius so jadi tawar hati dengan tanggapan lelaki baik tu tak wujud dah. Sebab banyak kes dikecewakan atau macam-macam yang negatif.

So back to my confession, to be honest, pertama kali TERjumpa awak, ada terbit perasaan kepada awak la. Tapi, sebelum tu lagi dah tahu pasal awak since video awak viral. Video ape? Alhamdulillah video yang baik-baik. Video yang menunjukkan pengorbanan seorang guru demi keselesaan pembelajaran kepada anak-anak kesayangan awak. Saya cuma kagum tengok kesungguhan awak dalam menghasilkan buku awak sendiri. Bukan mudah tapi awak dah berjaya.

So proud of you. Attitude awak menampakkan awak dibesarkan oleh mak ayah yang hebat. Salute to your parents Bagi saya, kesungguhan awak menggunakan simpanan sendiri untuk student awak tu menarik hati saya. Sebab tak ramai kot yang sanggup berhabis banyak duit. Mungkin ada tapi tak ramai. Takut kena bash nanti haha.

Tak ada sebab khusus kenapa saya suka awak. Perasaan tu datang naturally. Saya cuma akan sentiasa doakan awak dipermudahkan segala urusan termasuk urusan jodoh. Memang betul saya suka awak tapi saya tidak terlalu selfish untuk paksa awak suka saya juga. Sebab tu saya tak pernah confess dekat awak. Takut ditolak dan ape ape jela yang negatif. Ada yang cakap, kalau nak bagitau luahan hati.

Kalau tak, sampai kesudah dia takkan tahu. Tapi saya taklah terlalu berani sebab ada perasaan takut. Sebab tu saya doakan moga jodoh awak ialah seorang perempuan yang mampu menyokong awak dan sentiasa berada dengan awak. Kalau kita berjodohan, moga hadir bersama perasaan tu bila tepat waktunya. Semoga terus menjadi anak yang soleh dan guru yang penyayang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Goodluck for more and more JBS Dan awak selalu ada dalam doa saya.

Terima kasih sebab menjadi seseorang yang saya boleh jadikan sebagai role model. Nah bunga untuk awak

Dan semoga admin sudi post confession saya. Terima kasih admin

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Wanita Mengandung dan Pontianak

PengakuanKu

Hai admin, saya harap admin approve confession saya sebab benda yang saya nak cakap ni menarik jugak hehe.
Baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel yang menarik jugaklah pasal wanita mengandung dan hantu. Hmm agak membuka mata jugaklah untuk saya yang penggemar kipas susah mati cerita-cerita hantu ni haha.

Korang tau tak sebenarnya banyak mitos cerita hantu yang dikaitkan dgn kematian wanita mengandung, contohnya macam Pontianak, Kuntilanak, Sundel Bolong, Langsuir dan banyak lagi hantu-hantu lain. Hantu Jepun yang nama Ubume tu pun dipercayai asal daripada perempuan mengandung. (apa lahh salah ibu mengandung asyik dikaitkan dengan hantu je kalau mati)

Dan tanpa kita sedar mitos-mitos ni semua merendahkan martabat seorang wanita khususnya wanita mengandung – dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Yelah, cuba bayangkan kesian kot wanita yang meninggal sewaktu mengandung, orang selalu kaitan dengan nanti jadi Pontianak blabla sedangkan mereka mati pada waktu yang mulia, ketika sedang berjuangkan mengandungkan anak dia 
Even dalam Islam sendiri ada cakap, darjat wanita mengandung ni tinggi disisi Allah sehinggakan ada banyak hadith cakap – wanita yang mati ketika mengandung atau melahirkan anak ni umpama mati syahid. (Boleh cek hadis riwayat malik 16/558) So jelaslah yang Islam memang mengangkat kemuliaan darjat seorang wanita.

So sebenarnya kefahaman dan kepercayaan orang melayu (bukan orang melayu je) pasal Pontianak, kuntilanak dan sewaktu dengannya tu berasal daripada perempuan mengandung tu perlu kita buang jauh-jauh sebab semua ni khurafat je. In fact, takde dalam Islam pun hantu-hantu ni haha.

Fakta yang kita semua perlu tahu, hampir semua agama bawa kepercayaan kepada hantu kecuali Islam. Dalam islam, takde konsep roh manusia yang jahat tergantung dan menjadi pengacau kepada manusia. – haha jadi sesiapa yang percaya sebelum bawak-bawaklah bertaubat hehe sebab ni semua khurafat je.

Agama Hindu dan agama Buddha adalah agama yang paling sinonim dengan cerita hantu dan mistik. Sehinggakan dalam kitab suci mereka pun ada disebutkan pasal hantu dan hantu tu ada kelas2 tersendiri. Contohnya kalau agama Hindu, dalam kitab Garuda Purana paling banyak perincian pasal hantu. Dalam tu ada cerita pasal hantu merayau-rayau sekitar tempat yang selalu pergi waktu hidup dulu. Kalau kitab agama Buddha pulak boleh rujuk kitab Petavatthu-Atthakatha yang ada senarai hantu dan ciri-cirinya. Sebab tu lah, kalau korang perasan biasanya Negara-negara yang kuat pengaruh agama hindu Buddha ni antara Negara yang banyak mengeluarkan cerita-cerita hantu. Contoh macam Thailand, Korea, Jepun dll.
So, kalau kita sebagai orang islam masih lagi mempromosi filem seram yang bertemakan kisah hantu, secara tak langsung kita dah buat perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam dan promosikan kepercayaan dalam agama lain yang mitos dan karut. Sedangkan Islam meletakkan tempat yang istimewa kepada wanita yang mengandung yang telah meninggal.

Mempromosi kisah-kisah Pontianak, kuntilanak etc tu secara tak langsung kita letakkan taraf wanita yang meninggal sewaktu mengandung di tempat yang tak sepatutnya sedangkan dalam islam level mereka seperti orang yang berjuang di jalan Allah (mati syahid). So lepas ni harap-harap masyarakat kita tak disajikan lagi dengan mitos-mitos khurafat macam ni. Kisah hantu ni buat budak-budak dididik untuk jadi penakut pulak. Haih. Semoga masyarakat kita move on lah dengan benda khurafat seperti ini. Berhentilah menyebarkan kepercayaan agama lain  yang jelas bertentangan dengan Islam.

– Sinar Keinsafan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Muzik Geli (Musically), Tik Tok, Fesyen

PengakuanKu

Salam admin, kalau tajuk dan artikel aku taip ni approved, thanks admin. Kalau tak, aku merajuk dengan admin seribu tahun. haha. tajuk kali ini trending zaman sekarang malah makin menjadi aku tengok. Seperti tajuk di atas. Ini cuma pendapat dua puluh sen aku je. Aku wanita, berusia 20-an. Aku bukan lah social influence, atau any insta famous. Jauh sangat dari sudut hati aku nak jadi part of them. Sebab aku tahu dugaan dia sangat besar. Tapi dalam aku tidak menjadi social influence, aku menjadi pemerhati yang berdosa, Sebab hati aku mesti akan berbisik dan mulut aku akan sekali bercakap. Ini part aku tak suka sebab selalu lalu lalang dekat feed ig aku especially. Tu sebab aku more to FB. Sebab FB jarang selalu banyak confession makcik bawang yang aku jarang follow dan baca. Hati aku sakit dan maruah macam dipijak setiap kali aku tengok wanita tergedik gedik buat tik tok musically ni. What kind of kepuasan yang diorang nak sebenarnya? Apa yang kita dapat dari buat benda ni? Aku cakap wanita ye. Laki aku tak kisah sangat. Tak semua part of their bodies tu aurat. Tapi ni wanita baiklah yang free hair, yang bertudung litup sama jalan weh! Kenapa?

Baru baru ni heboh sorang insta famous yang dulu bertudung litup tetiba dah free hair, dan siap rasa bangga tunjuk secara publicly di social media, dia dah free hair, dah smoking dah itu ini. Padahal dia la orang yang memberi nasihat murni dulu. Bagi aku orang macam ni when it comes to ada masalah dia akan reveal the other side of her. Tak ada satu benda pon dalam dunia ni masalah tak boleh settle. Semua benda boleh settle. Tapi kalau pilih untuk settle dengan memberontak dan menunjuk kan kebodohan diri sendiri, kesian lah sebab nak duduk dekat centre of attention. Nak orang tahu apa masalah dia, bila orang kecam marah, tapi diri sendiri yang pergi bukak pekung. (doakan jelah dia dapat hidayah). Kalau ada masalah, rehat kan diri daripada social media sekejap. Sebab social media ni teruk dia punya penangan. Yang baik boleh nampak buruk kalau salah guna. Yang buruk bertambah buruk. So aware lah benda ni.

Selain tik tok dan muzik geli geli ni. fesyen wanita sekarang. Dah kenapa ikon muslimah nya makin macam tak cukup kain buat tudung? Elok bertudung, pergi pulak slowly bukak. Why? apa kepuasan yang kita nak cari dengan semua benda ni? Nak orang puji melambung? Hentikanlah, berapa lama je tahan nak orang puji?Tapi akhlak yang cantik orang akan sayang sampai bila-bila. Tolong la letak kan ikon nya pada tempat yang betul. Tak salah jadi ikon tapi jangan jadi kan alasan apa yang kita pakai tak betul dari sudut islam dan syariah compliance nak angkat martabat tudung ke peringkat international. Ini jadi salah satu sebab kenapa banyak confusion. Yang bertudung berlakon boleh peluk janji berlapik. Apakah? Cannot brain. Banyak cara lain untuk menghayati watak.

Pernah tengok nurkhiriah bertudung litup bila dia berlakon. She is one of good example. Tolong lah. Sampai bila nak ada sikap, ala sikit je takpe, ala tak dosa pon. ala itu ala ini. Lama lama kau jadi Lala. Aduh . Parah betul. Tu je nak cakap. kita wanita, jaga lah sikit pride jangan mudah sangat dan memudahkan untuk dapat. Pakai tudung belum tentu lepas dari pandangan mata yang jahat, tapi pakai tudung, baju longgar tak tergedik, garang dan tegas sikit sure susah untuk orang dekat. Jangan salah kan orang komen yang bukan bukan dan panggil mata keranjang bila kita sendiri bukak ruang lelaki untuk pandang kita dengan nafsu. Aku pernah ada experience dalam train seorang wanita pakai sheer blouse, nampak bra, hot pants, badan melentik, lelaki belakang dia mungkin terlanggar dia sebab train pack, dia jerit yang lelaki tu raba dia dan expect untuk orang dalam train tu lempang laki tu. Common, kalau kita tak buka ruang tak kan orang ambil peluang kan? Oklah tu je min. Harap approved. Saja nak tengok apa pendapat diorang ni. hehe.

– NIDIA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hilangnya Kasih Ibu

PengakuanKu

POV Seorang Pelajar

2014, Enstek, Negeri sembilan.

Tahun tu merupakan tahun genting buat aku. SPM hanya berbaki beberapa bulan. Aku sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan sambil membaca nota nota yang aku salin di dalam kelas.

Kehidupan di asrama sangat padat. Selepas kelas rasmi berakhir, kami akan berehat untuk lunch dan solat zuhur. Selepas itu, kami wajib pergi ke kelas semula untuk prep petang atau kelas tambahan yang telah diatur oleh guru. Di ikuti pula dengan dinner dan prep malam.

3 hari berlalu, dan aku tidak berkesempatan untuk bertanya khabar mereka di rumah. Terlalu lama dari kebiasaan. Selalunya, selang sehari, aku pasti menelefon; melepaskan rindu.

Petang itu aku nekad; aku perlu telefon walau apa pun terjadi. Berbekalkan seuncang syiling aku beratur di pondok telefon; di belakang seorang junior. Junior itu pantas menghabiskan bualnya, tidak mahu orang dibelakang tertunggu lama. Tiba giliran aku, aku pantas mendail nombor yang sudah tersemat dalam mindaku. Ayah menyambut talian dan aku seperti biasa dengan suara ceria bertanya keadaannya.

Sangkaku, ayah akan mengatakan perkara yang sama. “Kami sihat. Semua orang kat rumah sihat”. Tetapi sangkaan ku meleset sama sekali. Aku separa menjerit apabila ayah mengatakan ibu kurang sihat dan berada di hospital. Aku seperti tidak percaya apabila ayah memberitahu terdapat ketumbuhan di dalam perut ibu dan ibu akan dibedah dalam masa terdekat.

Aku tergamam. Perasaan aku bercampur baur.

Sejurus perbualan kami berakhir, aku berjalan pantas ke dorm rakan baikku. Aku duduk di situ, memeluk lutut. Termenung dan menangis. Aku menyalahkan diriku. Berfikir sebab aku tidak call awal. Terlalu sibukkah aku? Mungkin.. Aku sibuk di sini dengan urusan dunia sedangkan ibu sedang sibuk bertarung nyawa, melawan kesakitan beliau. Anak apakah aku ini? Aku menangis semahunya.

Selepas peristiwa itu, aku akan mencari masa untuk telefon rumah. Bertanyakan keadaan ibu hari demi hari. Apa yang aku fahami, keadaan ibu agak kritikal. Aku cuba kuatkan diri. Dan sejak dari itu juga, aku pergi ke dining hall 15 minit awal untuk breakfast dan dinner. Aku pastikan, aku sempat membaca yaasin untuk ibu sebelum aku menjamah makanan.

Sejujurnya waktu itu, aku sangat takut. Aku takut ibu akan pergi meninggalkan aku. Aku berdoa dan terus berdoa dengan penuh kesungguhan. Pelajaranku, alhamdulillah tidak terjejas. Aku sematkan dalam hati bahawa aku perlu lakukan ini untik ibu dan ayah. Aku mahu mereka bergembira dengan pencapaianku. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk setiap pengorbanan dan jasa mereka. Kejayaanku, Wallahi aku dedekasikan khas untuk mereka, ibu dan ayah yang sangat aku sayang.

Masa berlalu dan cuti persekolahan tiba. Aku berasa teruja untuk pulang ke rumah kerana dapat melihat wajah wajah yang aku sayang. Aku pulang dengan keadaan ibu yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Perkara pertama yang aku perasan ialah, ibu tiada rambut. Kesan chemotherapy yang ibu jalani. Tubuh ibu yang gempal juga telah susut dek sakit yang dialami. Tetapi ibu tetap seperti biasa. Selalu tersenyum dan positif menghadapi dugaannya. Kadang kadang aku lihat ibu berlari ke bilik air. Ibu selalu loya dan muntah muntah. Aku kasihankan ibu. Adik ku yang berada di rumah, menceritakan keadaan ibu sewaktu ketiadaanku. Dan pada waktu itu aku tersedar bahawa kesakitan yang ibu alami jauh lebih menyakitkan dari apa yang ibu cuba pamerkan.

Bergenang air mataku mengenangkan dugaan yang ibu alami. Tidak lupa juga apabila aku membaca whatsapp messages yang berada di group group keluarga. Keadaan ibu sangat kritikal dari apa yang aku fikirkan. Perkara perkara ini, tidak ayah sebutkan dalam perbualan dengannya setiap hari. Mungkin ayah tak mahu aku berasa gundah. Memandangkan SPM yang menghampiri, mungkin ayah tidak mahu menyerabutkan fikiran ku.

Sekali lagi aku berasa seperti anak tak berguna.Perempuan yang mereka sedang katakan ini ialah ibuku. Ibu yang membawa aku dalam rahimnya selama 9 bulan. Yang menjaga dan mendidik dari kecil hingga ke hari ini. Mengapa aku perlu jadi orang terakhir mengetahui kesakitan yang dialami ibuku.. syurgaku.

Aku menarik nafas panjang. Aku cuba berkir dengan logik dan tidak terlalu mengikut perasaaan. Mungkin sedikit sebanyak ianya salahku. Aku banyak berubah sedari itu. Aku menghubungi ibu setiap hari. Aku gandakan usahaku dengan niat kejayaanku ini kelak akan aku hadiahkan untuk ibuku.

Bulan berlalu dan keadaaan ibu semakin baik. Aku sangat mengagumi ibu. Ibu sangat kuat dan tabah dalam menghadapi kesakitannya. Ibu pernah mengatakan kepadaku, bahawa kesakitan tidak boleh kita turutkan. Minda perlu kuat untuk melawannya dan perlu selau berdoa padaNya, kerana sesungguhnya dia Maha Penyembuh. Dengan izinNya ibu sihat.
Ibu sememangnya Super Woman di mataku. Ibu kembali melakukan rutin rutin ketika beliau sihat, seperti ibu akan masak sebelum subuh makanan breakfast dan lunch kami kerana tugasan ibu sebagai guru mungkin membuatkan ibu pulang lambat ke rumah jika terdapat mesyuarat.

Masa berlalu dan keadaan bertambah baik. Aku belajar sesuatu dari peristiwa ini; iaitu untuk menghargai orang disekelilingku. Keadaan berubah dan aku semakin rapat dengan ibu. Setiap hari aku pasti akan menelefon ibu.

Keadaan in berlanjutan hinggalah aku menyambung pelajaran di India.

________________________________________

2018, Salem, India.

Sewaktu aku di India, ibu menghadapi masalah kerosakan kedua belah buah pinggang. Ibu terpaksa menjalani dialisis 4 kali seminggu. Aku risau akan ibu. Dengan keadaanku yang berjauhan dari keluarga, tidak banyak yang boleh aku lakukan selain berdoa kepada Illahi agar dipermudahkan urusan ibuku.

Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Keadaan ibu bertambah teruk apabila ibu dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman dan sesak nafas. Doktor memaklumkan bahawa jantung ibu dalam keadaaan tidak berapa baik. Hanya 20% yang berfungsi.

Mendengar akan keadaan ini hati aku menjadi gundah. Bulan 3 itu, aku pulang ke Malaysia untuk berjumpa ibu dan keluargaku.

Ternyata kesakitan ibu kali ini lebih kuat dari yang ibu pernah alami. Keadaan ibu lain, personaliti ibu berubah sama sekali. Ibu tidak ceria. Ibu tidak positif seperti dulu. Apa yang aku pasti ialah.. ibu penat. Ibu terlalu penat melawan sakitnya ini.

Aku hanya balik untuk 2 minggu dan dalam masa itu aku banyak menangis sewaktu melayan karenah ibu. Hampir kesemua masaku aku habiskan dengan menemani ibu di hospital. Aku merasa sebak. Terlalu sebak. Ibu hanya boleh minum 500ml air sehari. Minuman ibu bersukat. Aku kasihan pada ibu. Dengan cuaca yang panas, pasti ibu kehausan. Tetapi aku keraskan hati, aku minta ibu mengikut arahan doktor. Dr ada terangkan kepadaku sekiranya ibu mengambil air dalam kuantiti yang banyak, jantung ibu tidak mampu untuk mengepam darah dengan baik. Lebih lagi buah pinggan ibu yang rosak, tiada air kencing yang dapat dikeluarkan untuk menurunkan kandungan air dalam badan ibu.

Aku menjaga ibu sebaik mungkin. Aku tidak tahu bila lagi aku dapat berjumpa ibu. Hari terakhir aku di Malaysia, aku berjumpa ibu di hospital. Ibu banyak meninggalkan pesan kepadaku. Ibu meminta aku mendoakan umurnya dipanjangkan kerana beliau ingin melihat anak anaknya berkahwin. Aku tidak dapat menahan sebak dan menangis dalam pelukan ibu. Kami menangis bersama. Selepas itu aku terus ke airport bersama ayah untuk pulang ke India.

__________________________________________

13.5.18, Salem, India

Pagi ahad itu, aku bangun dan membuka whatsapp. Aku tersentak apabila membaca whatsapp bahawa ibu megalami serangan sakit jantung. Aku pantas menelefon adik ku untuk mengetahu keadaan yang terjadi.

Kata adik, ibu baru lepas menjalani dialisis, dan berada di dalam kereta bersama mereka. Sedang ibu berbual tiba tiba nafas ibu berhenti dan ibu collapse.

Aku tidak berfikir panjang dan terus menempah tiket pulang ke rumah malam itu. Aku membawa luggage kecil berserta jubah hitam milikku. Aku tidak tahu mengapa, tetapi jauh dalam sudut hatiku aku mahu bersedia untuk sebarang kemungkinan

Aku balik seorang diri, ditemani tangisan ketakutan. Aku sangat takut ibu akan pergi meninggalkan aku tanpa aku sempat melihat wajahnya. Sepanjang 12 jam perjalanan (3jam ke airport, 4 jam flight, 2 jam bas) aku merasa sakit perut, mahu termuntah dan terkencing pada masa yang sama. Aku tidak pernah merasa ketakutan yeng begini. Sangat takut.

Apabila aku pulang, ibu dalam keadaan koma. Ibu dipasangkan dengan alat bantuan. Banyak salur salur dipasangkan di tubuh ibu. Tubuh ibu panas. Ibu demam. Keadaan ibu merobek robek jantungku tetapi aku cuba untuk kuat. Aku kuatkan diri untuk ayah dan adik adik. Aku simpan tangisanku. Ibu koma selama 4 hari. Sepanjang masa itu kami menjaga ibu semampu yang mungkin. Di wad ibu, tiada siapa dibenarkan untuk tidur menemani pesakit.

Hari ke 4 itu hari pertama puasa. Aku berasa syahdu. Aku rasa tidak tak mampu lagi. Aku menyediakan sahur buat adik adikku dan ayah dalam keadaan sangat sebak. Aku tidak tahu bagaimana ibu mampu melakukan semua ini. Subuh itu aku melawat ibu bersama adik adik.

Keadaan ibu terasa lain. Kesihatan ibu semakin merudum. Papan elektronik bernombor itu aku analisis sebaik mungkin, cuba mencari hubungan dengan apa yang pernah aku belajar. Petang itu juga, ibu nampak semakin tenat. Pantas aku mencari dr bertugas untuk menerangkan keadaan ibu kepadaku. Penjelasan dr hanya mengecewakan lagi diriku. Dengan tangisan aku capai surah yaasin dan bacakan untuk ibu. AKu angkatkan wudhu untuk ibu, risau kalau kalau itu kali terakhir aku bertemu dengannya.

Aku bersama ayah pulang ke rumah untuk berbuka. Malam itu; 18hb Mei 2018, pukul 2 pagi, jumaat, 2 ramadhan ibu pergi meninggalkan kami.

Begitulah kisah aku, ayah dan adik adik kehilangan ibu yang sangat kami sayangi. Ibu terbaik yang selalu mendahulukan anak anaknya tanpa memikirkan dirinya. Ibu yang permurah dan selalu menolong orang tanpa berkira. Moga Allah mudahkan jalan ibu kepadaNya, dan moga Allah menyayangi ibu lebih dari kami mampu menyayangi ibu. Rehatlah ibu. Kami tahu ibu penat dengan kesakitan ibu. Moga kami dapat jumpa ibu di syurga kelak.
_______________________________________

1.Dan langsung tidak terlintas di fikiranku untuk pergi ke hospital malam itu untuk bersedia dan sebagainya. walaupun hatiku berat mengatakan ibu wouldnt make it through the night. And that is the regret that i will live with forever. Dont need to mock us whatsoever. Asking if kami sempat menghadap ibu tak before dia pergi. Ya, kami tak sempat.. Give us some slack. Im 21, adik adik 20, 19 and 12.

2. Harini, 29 Jun merupakan hari jadi Ibu. Setiap tahun kami pasti serabut dan excited untuk cari hadiah ibu. Nak buat ibu happy dan bahagia. Ibu clumsy sikit so dia misplace hadiah jam kami bagi tahun lepas. 2, 3 hari before dia kena heart attacck, ibu asyik cari mana jam tu. Dia nak pakai. :'( tahun ni kami mampu hadiahkan al-fatihah saja buat ibu.

3. Ibu pergi baru sebulan 12 hari. Dah ramai orang sibuk suruh ayah cari pengganti. Aku faham ayah sunyi. Aku pun nak ayah happy,tak lonely and ada peneman. tapi boleh tak give some respect to ibu. kubur ibu masih merah. Jokes about kahwin lain and so on is not gonna make us feel better. we are not moving on from Ibu’s death yet… nor we ever will. So sedikit kefahaman dan respect sangat dihargai. Cuba letak diri kat tempat kami. simpati. Dan empati. Pls?
Pelik bila sang suami yang pergi tiada siapa berani suruh si isteri cari lain, give her some space and respect. but bila the opposite, lain yang jadi.

5. Doakan arwah ibu saya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberi ganjaran syurga. Jun 1972- May 2018

6. Doakan juga saya mampu menghabiskan pengajian dalam bidang pergigian yang masih lagi berbaki 4 tahun. Arwah ibu mesti nak tengok saya berjaya jadi seorang doktor. Doakan keadaan mental dan fizikal saya dua dua sihat . Hahaha.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Yang selalu jauh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.