Friday, 29 June 2018

Raya dan Ragam

PengakuanKu

Terima kasih admin sebab approve cerita aku ni..

Baru2 ni viral pasal adab musim raya..biasa la nama pun raya kan.. aku yg baca ni pun rasa errr.. lepas tu aku tengok banyak member2 buat luahan hati dekat facebook.. semua marah pasal adab tetamu.. terutama yang ada anak kecil & yang membela kucing..hrmmm… tak pe lah aku bukan nak sentuh bab tu je.. banyak lagi bab kena sentuh..tapi tak semua la aku nak share..

Rumah aku tiap2 tahun memang penuh.. ramai tetamu..xbuat open house pun orang datang.. sampai jiran nak datang pun tak boleh sbb rumah sentiasa penuh…Aku bersyukur sebab dari kecil mak ayah aku ajar kalau pergi rumah orang duduk diam..jangan nk usik itu usik ini, melompat sana sini..duduk je sebelah mak ayah..kalau nk g tengok reban ayam tuan rumah pun mintak izin mak ayah.. kalau ada silap.. mak ayah ak jegil je comfirm aku dan adik2 duk diam.. tapi bila sampai turn rumah aku pulak tetamu serbu.. aduhhh migrain aku.. bila anak2 kecil melompat atas sofa, usik itu ini.. belum part bukak peti ais rumah aku lagi.. belum part pecah pinggan cawan, tumpah itu ini.. bayang kan pulak kuah kacang atau rendang tumpah atas karpet.. aku pandang adik aku, adik aku pandang aku.. bukan pandang geram nak smackdown budak tu.. pandang ‘ siapa volunteer nk cuci karpet?’… berat tuuu..selalu nya yang jadi mangsa adik2 lelaki la..yang perempuan nk kena kemas dapur lepas tetamu balik…

Bagi aku dalam kes yang ada anak kecil ni, mohon perhati anak2 sama.. aku faham ada yang lama tak jumpa..yela setahun sekali je jumpa kan.. banyak la kisah yang perlu dibawangkan.. tapi serious la, perhati anak2 sama dalam ko sibuk membawang..ala macam tak biasa, macam kau masuk dapur la.. dua tiga keje boleh buat serentak kan.. tak kan time sembang tak leh jeling2 sikit anak tu buat apa.. kang kalau ada yg tercedera..benjol sana, berdarah sini… jangan jegil aku macam aku tak jaga anak kau.. bila dah tercedera mak ayah aku yang rasa serba salah lebih.. didikan ni penting, tak seronok ke kalau orang puji anak kau bagus..duduk diam, elok je perangai boleh buat calon menantu (walaupun budak tu tak akil baligh lagi)… Bagi tuan rumah pulak, kalau ada tetamu macam ni.. bagi2 la hint sikit pasal anak2 yang nakal tu.. berdehem ke, apa.. tak pun kata kat cik kiah tu ” anak kau buat apa tu, kang terluka kang”sambil gelak2 dengan harapan cik kiah sedar anak dia macam belangkas… Satu lagi cara yang keluarga aku guna, kami beli barang mainan.. beli yang murah je.. bagi budak main.. sekurang-kurangnya tak ada lah kes2 yang tak dikhendaki kan? Apa sangat mainan Rm5 dengan set gelas yang kau beli tu kan? tak pun mak ayah bawak je mainan anak2 siap2..jangan nak suruh diam bagi fon tengok youtube atau main game..lain da tu..

Aku pun ada bela kucing dalam 7 ekor… selalu nya bila tetamu datang memang aku simpan kucing dalam sangkar.. sebab tak semua yang datang rumah ni suka kucing.. lagi pun aku tau kucing aku bukan jenis duduk diam.. kalau ada mak cik aku sorg ni sampai panjat meja sbb takut kucing..tak aku tak tipu, ini betul bukan rekaan.. bagi aku tuan rumah main peranan juga bab ni.. tak semua orang suka kucing.. kau kena faham..macam kau la, tak semua orang suka kau..tetibe*… Aku pernah beraya dekat rumah yang ada bela kucing.. yang biar je kucing dia buat apa.. sudah nya terklepek kaki pijak something yang cair xberapa cair tapi busuk (harap paham la ye).. belum part paling best iaitu kau makan lemang dengan bulu kucing(rare tau resepi ni) ..lepas tu, kau beraya pakai baju melayu dan baju kurung, kau nak balik dapat baju bulu binatang… so harap tuan rumah yang ada bela kucing faham bab2 ni.. bukan tau mengamuk bila ada orang komen pasal kau bela kucing… nanti orang tarik kucing kau, gomol lebih2 kau marah pulak.. tak salah pun kurung sekejap kucing tu, asal kau letak makanan dan air cukup.. Tolong jangan ada pemikiran kau datang rumah aku kan, suka hati aku la nak kurung kucing aku ke x.. kita sebagai tuan rumah pun kena tau adab bukan tetamu je..

Yang Tak reti balik… fuhh part ni aku memang annoyed gila.. rumah aku ni sedara mara selalu kumpul, so memang ada la yang tidur dekat sini.. so ruang tak cukup…ada la yang kena tidur dekat dapur la, ruang tamu bagai..siapa yang pernah merasa faham la kot.. tapi yang dua tiga hari tidur dekat ruang tamu ni yang aku kesian..mata tu dah nak pejam tapi tak ada tempat tidur..tapi tetamu tak paham jugak.. anak tu dah tertidur kat riba pun buat tak tau lagi.. yang jenis macam ni mmg aku atau family aku tak leh tegur.. tak pe lah, nama pun raya kan..beralah la.. tapi ada satu lagi jenis..jenis yang dah pukul 12 malam pun nak beraya lagi? Agak la weh.. aku kadang buat lawak bodoh fikir yang beraya tengah malam ni siapa? manusia ke han**.. gurau je.. yang macam ni tolong faham dah malam, malam ni masa orang rehat.. tak kan tuan rumah nak halau weh? fikir lah sendiri, dah besar kan..Pernah sekali jiran aku datang tegur sebab bising sangat dan dah pukul 2 pagi.. rasa nak pergi peluk jiran aku cakap terima kasih dekat dia time tu.. sebab lepas tu baru tetamu nak balik.. tak seronok tau buat macam tu, rasa kurang ajar sangat.. jangan la sampai tuan rumah halau ye…

dan part last, mencuri.. macam kenduri jugak bila orang dah ramai mesti ada barang yang hilang.. baru lepas bulan puasa pulak tu.. buat tuan rumah, barang berharga mohon sorok betul2.. kadang2, leka tak sedar..kalau perlu peti besi..beli la..tiap tahun family aku buat benda yang sama.. sebab pernah terjadi..and kiteorang tahu pun siapa yang ambil.. walaupun pencuri dah janji tak buat lagi..serik buat family aku.. buat tetamu yg tangan panjang pulak.. weh raya kot.. orang tengah seronok2 kau punca orang berduka pulak.. Sebab tu mak ayah aku tak kasi usik barang orang.. sebab pernah kena dekat adik aku.. dia usik barang tu.. tak lama lepas tu kecoh barang tu hilang.. dan orang yang paling disyaki adalah adik aku… tak banyak aku nak share pasal kes mencuri time raya ni..

Mohon maaf kalau bahasa aku kasar.. apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku.. banyak lagi aku nk share..tapi tak larat dah jari aku nak menaip…mohon pembaca jangan kecam teruk sangat.. bahasa je kasar tapi hati ni tercuit sikit boleh menangis teruk tau… apa2 pun Selamat Hari Raya buat pembaca dan admin…

sekian
Sara

– Sara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.