Thursday, 28 June 2018

Keluh Kesah Seorang HR

PengakuanKu

Salam, aku seorang pekerja di bahagian sumber manusia aka HR, ye jabatan yg tidak digemari oleh ramai orang. Bak kata abang aku ‘Ahh HR tau potong gaji je, tiap2 bulan gaji aku short’. Tapi bila aku ty lagi rupanya boss dia lupa update attendance kat HR. Pfffff…

Aku bagi tajuk ni ‘Keluh Kesah seorang HR’ sebabnya sesiapa yang skop kerjanya mencari pekerja aka recruitment akan sedar realiti nak mencari pekerja yang memenuhi tekak selera department adalah sangat sukar.

Situasi Pertama

1.Operator Pengeluaran

Ada kekosongan pekerja biasa contoh operator, kerja tetap/kontrak, basic biasanya 1000, Kalau ada OT, boleh dapat 1500-1800. Ini adalah kekosongan kerja yang paling ditakuti oleh mana2 recruiter, sbbnya seksa nak mencari orang yang nak pakej macam ni, Kalau ada contohlah ada dalam 10 orang kita org panggil datang interview, yang datang mungkin 5-6 orang. Ok lah yg lepas dalam 4 orang. Hari masuk kerja , 3 je datang, masuk setengah hari yang pertama sorang cabut, tinggal dua orang. Ok lah redha nak buat macam mana. Dua orang tu pulak elok kerja sampai sebulan, tapi pada hari gaji masuk, sorang budak dah cabut, telefon tak dapat, kalau jenis akal panjang sikit sms leader cakap berhenti. Jadi tinggal la sorang, yang sorang ni pun bagi la dalam 2-4 bulan, tak sempat confirm dah berhenti sbb dapat kerja lain atau sambung belajar. Yang recruiter ni pun tak habis putus nafas kena bambu dgn bos dan department sbb manpower tak cukup dah rasa nak kena azab balik nak cari orang semula. Tapi kami paham kos hidup tinggi nak macam mana kan. Jadi alternatifnya kita ambil warga asing, Kos mmg mahal tapi kita yakin dengan konsistensi kewujudan mereka, sekurangnya kalau ambik 10 orang, paling busuk pun lepas 3 tahun baru dia orang akan berhenti, Bayangkan 3 tahun nikmatnya syarikat tak payah fikir pasal manpower yang kejap ada kejap takde.Deparment jalan ok, KPI tercapai, tak semak kepala pasal isu manpower tak cukup.

Kalau korang nak tau antara alasan terpopular setiap head deparment kalau prestasi/KPI diaorang barai, adalah masalah tak cukup orang, walaupun head deparment tu sendiri bengap nak uruskan team sendiri.

2.Kekosongan Technician/Supervisor/Kerani/Eksekutif/Jurutera.

Yang kekosongan ni kebanyakan recruiter tak susah dapat calon, Iklankan kat Facebook ke, kat banner luar Ofis pun akan ada je calon datang bagi resume, siap nak interview on the spot. Tapi kalau jawatan ni biasanya tak de nak interview on the spot, sbb nya kita orang kena check availability Head Department.Bila semua ok panggillah interview, adalah 2-3 orang perangai terencat tak datang terus, telefon tak angkat, padahal sebelum ni yeye follow up tanya bila interview, siap yakin bagi tau saya akan datang pada masa ditetapkan.

Bayangkan betapa malunya kau sebagai HR sebelum ni beria-ria jumpa Head Dept paksa jugak dia orang pilih calon, siap memaksa suruh pilih masa interview(walaupun staff tu untuk dia orang) , tiba-tiba calon tak datang jugak. Kemudian Head Department dengan tenang sound ,’apa ni HR takde pun ,saya ni busy’.

Kalau calon datang kita orang pun bersyukurlah tak malu sangat.

Kemudian datang masa interview, tapi kecewanya suruh speaking hancur, tanya soalan pasal background study tak boleh jawab, contohnya student Human Resource minta diterangkan siapa yang dicover dalam EA macam dinyatakan dalam First Schedule.

Dah tak boleh jawab.Kemudian minta gaji tinggi, alasan cost of living tinggi. Dik yg interview ko ni kerja 5 tahun gaji pun x macam ko mintak.HR dgn head department pun krik-krik. Nak sound kang kecik hati,tak simpati, tak di cakap kang forever bangang.

Aku tulis confession adalah sebab baru-baru aku nampak orang komen kat fb cakap HR tu rasa dia orang tu God pasal interview kerja ni.

Astagfirullah mengurut dada aku, balik2 yang di carutnya bagi resume tapi tak di panggil-panggil.Pergi interview tapi tak dapat kerja jugak.

Fahamilah yang Recruitment adalah KPI HR. Kami ni kalau boleh nak cepat-cepat ambil orang tutup vacancy.Tapi keputusan untuk mengambil pekerja bukan kat tangan kami.Tapi kat tangan Head of Department.

Fahamilah yang Head Deparment tu ada masa yang sedikit untuk benda-benda admin macam ni, dia orang punya kepala lagi semak nak fikir pasal department dia orang, setiap masa berharga, production jalan 24 jam, isu ada setiap masa Whatsapp kiri kanan masuk tanya pasal kerja.

Jadi nasihat aku, peluang kerja susah dapat. Jadi kalau ada peluang interview atau apa pun manfaatkan sepenuhnya, tarik perhatian bakal bos korang, gunakan ruang dia orang yang sikit tu sepenuh-penuhnya.

Lagi banyakkan berdoa, buat baik dengan mak bapak, adik beradik orang sekeliling, jaga solat. Berkat tu senjata penting korang nak bertempur masa interview nanti

Sekian Terima Kasih

Cik HR

– Cik HR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.