Tuesday, 19 June 2018

Lelaki Feminine

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks admin klau sudi approve cerita aku.

Sebagai intro, nama panggilan aku Am. Umur 26, sudah bekerja. Baru bertunang awal tahun ni dan InShaaAllah akan tamatkan zaman bujang tahun depan. Aku ade 5 org adik beradik dan aku anak lelaki tunggal, sulung. Adik aku sorg dah kahwin n ade sorg anak. Yg lain sekolah lagi. Boleh dikatakan aku ni anak manja ayah dgn mak aku jugak la walaupun anak sulung sbb sorg je laki. Hahaha..

Aku sebenarnye nk cerita je perangai aku yg boleh kata lain sikit dari laki lain. Ni bkn nk ckp aku ni gay ke ape. Aku mmg ada nafsu kt perempuan je, serius ni. Haha..Just nk tahu normal ke laki yg ada ciri2 perempuan? Mksud aku ciri2 tu mcm suka shopping, suka mengemas, tak suka rumah bersepah, suka basuh pinggan, suka basuh baju, suka masak. benda2 lebih kurang cmtu la. Nk kata aku tak suka ciri2 yg biasa laki buat tak jugak. Sbb aku pun main game online, melepak, main kereta n mtor, futsal, badminton, hisap rokok (Alhamdulillah dah 3 tahun stop) n mcm2 lagi la. Cuma mcm aku ckp tdi la, aku ada side aku satu lagi yg suka ape perempuan selalu buat.

Aku start dgn mengemas rumah dlu la eh. Benda ni aku perasan jadi masa aku sekolah menengah. Aku dlu mmg pemalas yg teramat. Bilik tak penah kemas, baju dah pakai campak merata dlm bilik. Yg aku tau bangun tido, solat, mkn pastu tgk tv. Sbb aku ni sorg je laki, mak aku tak tegur sgt. Ayah aku ni plak jenis yg org selalu ckp pasal laki skrg la.. tak suka shopping, mkn tggu org siapkan. Pinggan mmg tak penah basuh sendiri la..haha..Keje dia mcm biasa bekerja, cari rezeki. Tp nk kata ayah aku mlas, tak jugak. Dia selalu jugak bertukang kt rumah, repair brg2 kt rumah. Cuma mcm basuh baju, tlong mak aku kemas rumah, shopping semua mmg dia mlas la. Die bwk je mak aku jln2 tp bila lambat sgt beli brg, dia keluar tggu kt kereta.. biasalah kan perempuan beli brg, mesti nk cuci2 mata dlu baru beli.

Mak aku pulak, semua kerja rumah dia buat. Masak, basuh baju, basuh pinggan, siang ayam,ikan, daging, pasang langsir, lipat baju, byk lagi la. Aku dlu penah dgr org ckp anak perempuan ni cenderung ikut perangai ayah. Tak tau aku nk percaya or tak, tp bnde ni berlaku kt adik beradik aku. Sbb ayah aku tak buat semua kerja rumah, adik2 perempuan aku (kecuali yg dah kahwin tu) malas betul nk tolong mak aku. Bgn pun lambat, baju malas basuh sendiri, pinggan klau da mkn ramai2, dorg basuh pinggan sendiri je. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, letak je. Mak aku or aku tegur, baru la nk basuh. Tarik muka sambil buat kerja. Lepas aku renjis2 air kt dorg ckp halau setan malas, baru dorg boleh gelak. aku jarang marah adik2 aku, dlu je masa tgh panas baran lagi. Skrg, aku je kena buli..Siot.. alasannya sbb mak aku manjakan aku..

tp start dari situ la yg aku start tlong buat kerja rumah. Sbb mak aku manjakn aku, aku tak smpai hati tgk mak aku pergi balik dlm rumah buat kerja sorg2. Aku start bangun awal, kemas bilik. Baju kotor letak dlm bakul. Aku start dgn diri aku dlu la awal2. Pastu bru start basuh baju sendiri, basuh pinggan. Lama2 benda tu merebak, aku start kemas bilik aku dgn bilik adik2 aku sekali, basuh semua pinggan lepas mkn, baju pun aku basuh semua, pkai mesin basuh je pun, bkn payah sgt. Yg penting mak aku tak penat. Sbb kadang2 die mengadu kt aku, die penat buat keje sorg2.. adik2 malas. Aku nk tegur dlu tak boleh, sbb aku pn mlas. Tu yg aku berubah dlu sbb nk tnjuk contoh kt adik2 aku. Tp dorg amik kesempatan plak, biar aku yg buat semua. Punye derhaka adik2 aku kt abg dorg yg sorg ni..haha..aku bila da bengang sgt, aku suruh dorg buat keje, aku duduk kt tepi. Selagi tak buat, selagi tu aku bebel. Ceramah smpai dorg tak tahan, terus buat kerja. Skrg ni baru la nmpak sikit rajin tlong mak aku. Cuma bdk2 sekolah buat keje faham2 la. Sidai baju pn tak betul, pinggan kadang2 berminyak lagi lepas basuh. Tp asalkan dorg nk buat kerja, aku bersyukur dah. Sbb aku skrg keje jauh, tu yg aku harap ade org tolong mak aku kt rumah.

Okay settle bab mengemas. Now nk cerita pulak pasal shopping. Byk dah aku tgk org update status pasal laki tak suka shopping. Tp satu benda pun tak kena dgn aku, sbb aku suka shopping.. yg ni adik2 aku tak ikut perangai ayah aku..hahaha.. asal aku minat shopping ni sbb ada satu hari tu masa keluar dgn family, mak aku penah tnya ayah aku pasal baju, ‘Bang, ok tak baju ni?’. Ayah aku balas simple je, ‘ok da tu’. Pastu dia g duduk kt kerusi yg die jumpa kt tepi2 pasaraya. Aku tgk muka mak aku kesian giler sbb tkde org nak layan. Adik2 aku yg lain dah g jln tempat lain. Tinggal aku je kt situ. Aku pn tlong la layan mak aku. Aku pn penah keje part time kedai baju, so tau la mana baju yg sesuai utk dia. Keluar terus ayat promote aku,hahaha, ‘ baju ni ok ma, cuma corak die nmpak dah lama, try tgk baju ni plak’. Aku pun amik baju yg aku suke design die.

Mak aku pun melayan je. Da nmpk muka happy dia sbb ade org melayan. Aku pn sambil2 tu cari corak n pattern baju yg menarik utk mak aku pkai. Nk dekat 2 jam bai aku layan mak aku cari baju..beli 2 helai je..tp sbb mak aku happy, aku jadi puas hati giler. Tu yg aku start suka shopping.. sbb terpengaruh dgn mak aku.. haha..klau korg nk tau, baju raya family aku semua aku yg pilih. Kitorg beli yg dah siap, mlas nk tempah. Semua yg aku pilih dorg suka. Even kasut pun aku yg pilih. Adik aku yg bongsu smpai merajuk mula2 sbb tkde kasut yg die minat. Mak aku smpai penat tak tau nk pujuk die cmne lagi. Aku suruh mak aku duduk, aku bwk adik aku masuk kedai kasut. Aku bg die try lebih dari 10 pasang. Sian org kedai tu kejap2 kena g amik yg size die..haha..akhirnya dpt jugak ape yg die nak. Then, mlm raya, tiba2 mak aku dgn adik2 semua dtg kt aku masa aku tgh mkn kuih. Dorg suruh carikan tudung yg sesuai dgn baju raya. Aku pn ala2 pereka fesyen, terus suruh dorg keluarkan semua tudung yg dorg ada letak depan aku. Masa ni menyesal beb, berbakul tudung dorg keluarkan..hahaha.. Aku matchkan satu2 dgn baju yg dorg dah beli. Smpai tgh mlm wei..haha..Aku pulak bila aku dah suggest warna yg kena, jgn pakai warna lain. Mmg aku bising nanti.

Ok yg last part ni pasal masak. Yes, aku suka masak. Sbb mak aku pndai masak, aku pulak selalu tolong dia kt dapur, tu yg aku suka masak. Daripada masak maggi telur dgn cekodok masa dulu2, skrg aku dah tau masak mcm2 la. rendang ayam, asam pedas, sup ayam, nasi tomato, ayam kurma, ayam halia, ayam butter, even kek n kuih raya pn aku tau buat sikit2. Awal2 aku nk blaja masak ni sbb dlu adik aku pnah sakit masuk wad, mak aku kena stay jaga dia kt hospital. So kt rumah tkde sape masak. Aku pn tolong goreng ikan je masa tu sbb ayah aku nk mkn tp ckp sorry la kt ayah aku sbb ikan tu hampir hangus. Satu side ikan tu da legam wei..hahaha.. tp dlm kepala aku satu bnde je, ni baru adik aku sakit dah tkde org nk masak. Kalau ayah dgn mak aku pulak sakit, sape pulak nak masak. Now aku tgh paksa adik2 aku blaja masak, simple2 pn tkpe asalkan tau basic bahan nk masak.

Panjang dah aku tulis ni. Belum cerita pasal tunang aku lagi. Perangai die mostly terbalik dgn aku. Senang cerita die hampir2 sama dgn perangai ayah aku.. korang boleh bayangkan la cmne..hahaha..So korg rasa normal ke laki cmni? Sbb aku tak jumpa lagi mber2 aku yg perangai mcm aku ni. Sbb tu aku tak penah cerita kt dorg side aku satu lagi ni, mau kena gelak. Sekian sahaja luahan dari aku. Terima kasih kepada yg sudi membaca.

– AM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.