Assalamualaikum. Betul lah orang cakap bila seseorang yang kita sayang akan terasa kehilangannya bila dia sudah tiada di dunia ini..
Jadi aku tengah menulis mengenai seorang insan yang telah melahirkan ibu aku, iaitu nenek.. Selepas arwah ayah aku meninggal, nenek tinggal dengan keluarga aku sampai akhir hayatnya. Pada 2010, nenek mula sakit disebabkan dia ada penyakit kencing manis dan sakit tertentu yang orang tua selalu alami. Lama kelamaan dari dia boleh berjalan, dia mula menggunakan tongkat dan mula terbatas untuk berjalan jauh..
Nenek aku garang, dan akulah cucu dia yang paling rapat dengan dia dan cucu dia yang paling nakal… Selalu nenek marah aku sebab aku selalu melawan cakap dia dan nenek aku ni walaupun umur dah terlebih meningkat dia masih kuat beleter.. Jahat2 diri aku, aku selalu urut kaki dia dan selalu belikan dia kuih sebab dia suka makan benda manis eh silap dia kuat makan sebenarnya kadang tengok dia berselera makan pun dah gembira hati aku..
Tapi pada tahun 2013, nenek jatuh bilik air dan sebelum tu memang dia selalu jatuh tapi kali ini, teruk sampai kena panggil ambulans datang rumah dan nenek masuk unit kecemasan.. Koma dalam 3 hari dan bila dia dah sedar nenek dah tak boleh berjalan dan hanya boleh naik kerusi roda or baring atas katil ja…
Nasib la mak aku dah tak kerja jadi dia boleh jaga nenek dekat rumah.. Masa ini aku ingat lagi nenek selalu nampak benda pelik2 kadang cakap ada orang atau budak kecil kat luar bilik dia, sampaikan siang hari pun dia still boleh nampak. Jadi aku husnudzon saja sebab jin ni memang suka kacau orang yang sakit.. Cuma kadang seram jugak bila tengah2 malam tu nenek panggil eh jap lupa habaq yang dalam bilik nenek aku ada dua katil satu untuk tetamu yang nak tidur dengan dia dan satu lagi katil nenek yang macam dekat hospital jadi aku atau ibu aku selalu bergilir tidur dalam bilik nenek.. Haa kadang nenek panggil dan tanya sapa kat luar bilik yang lagi seram bila nenek tanya bawah katil ada sape?
Okay diteruskan lagi, satu hari tu keluarga aku hantar nenek ke rumah pakcik untuk beberapa hari sebab nak pergi bercuti.. Kesian nenek tak boleh pergi sekali sebab kesihatan dia yang tak mengizinkan.. Alhamdulillah pakcik aku jaga dia dengan baik yela sebab kami risau akan nyusahkan keluarga dia walaupun nenek aku tu ibu pakcik jugak.. Tapi selepas keluarga aku balik dari bercuti, pakcik aku cakap nak bagi nenek tinggal dengan keluarga dia lama lagi.. Sunyi jugak ah rumah sepanjang nenek takdak.. Tapi selepas beberapa minggu pakcik cakap nenek kerap muntah darah sampai dah kurang makan.. Selepas itu, nenek pengsan dan terus masuk unit kecemasan dan koma lagi.. Sepanjang nenek berada di hospital aku dan ibu teman dia selama 2 minggu tapi aku mula rasa pelik sebab nenek dah tak boleh makan macam biasa dan kena minum susu melalui tiub… Mujur ibu sempat belajar dengan jururawat dekat situ jadi mudahlah nanti bila nak jaga nenek dekat rumah..
Saat yang mendukacitakan bila doktor cakap nenek akan koma dalam tempoh yang panjang jadi nenek perlu dibawa pulang dan dirawat di rumah..
Jadi sepanjang nenek koma, aku selalu termenung tengok nenek yang terbaring di atas katil… Sebak weh tengok orang yang kuat beleter, kuat makan dah tak boleh bercakap walau sepatah pun.. Lama dia tidur. :( Aku lagi la rasa terkilan bila mana aku tak sempat nak minta maaf dekat nenek yela aku kan cucu dia yang paling nakal.. Rindu nak dengar nenek beleter dan panggil aku urut kaki dia.. Aku hanya mampu tolong ibu aku jaga nenek dan tolong suapkan susu melalui tiub tu sahaja sepanjang dia koma.. Ibu aku selalu pesan kepada aku dan abang aku untuk selalu bacakan surah al quran dan selalu bercakap, cium dan selalu salam dengan nenek sebab biarpun nenek koma tapi dia still boleh mendengar suara kita..
Pada tahun 2014, keadaan nenek semakin teruk.. Dan bila panggil doktor, beliau cakap badan nenek sangat lemah dan dan dapat bertahan dalam tempoh yang pendek.. Dalam minggu tu jugak ibu cakap nenek dalam tempoh nazak dan esok paginya nenek telah menghembuskan nafas terakhirnya di samping ibu..
Selepas pengebumian nenek, rumah terasa lagi kehilangan sesuatu.. Sampaikan aku dah tak sanggup nak lalu depan bilik nenek, yela bila nampak katil and semua barang ubat ubatan nenek hm buat aku teringat nenek.. Tapi segala leteren nenek masih terngiang di minda aku sehingga ke harini.. Kena kuat sebab ibu perlukan sokongan sebab lepas arwah ayah dah takde, neneklah peneman ibu.. Selalu jadi tempat ibu nak borak tatkala si anak pergi belajar dan bekerja.. Ibu lagi sedih tapi dia tak pernah tunjukkan kesedihan dia depan anak2.. Tapi, bila mak aku solat tahajud pada 2-3 pagi, aku akan dengar suara ibu aku nangis.. Aku tahu yang ibu sangat rindukan nenek.. Lagi sebak bila ibu beli kuih kegemaran nenek, dia akan cakap “ni kalau ada nenek mesti dia makan banyak”…
hmm yang sudah pergi tidak akan kembali lagi jadi hanyalah doa sahaja yang dapat dikirimkan sebagai pengubat rindu.. Bagi sesiapa yang masih ada orang tersayang hargailah dan selalulah meluangkan masa dengan mereka.. Hari ini mereka masih sihat, esok lusa belum tentu lagi.. Kalau boleh selalu mintak maaf kerana dalam diam kita tak sedar berapa banyak hati yang telah kita lukakan.. Jangan jadi macam aku,cucu yang sangat nakal, tak sempat nak minta maaf.. Sudah hampir 5 tahun nenek pulang ke penciptanya. Rindu..
Terima kasih.
– Si cucu yang nakal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment