Assalamualaikum,
Nama aku Iqa dan berumur 19 tahun. Kenapa aku tulis mencari cahaya dalam kegelapan sebab aku mencari makna beragama dan makna ISLAM sebenar. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi bab agama masih kurang. Keluargaku tak solat kecuali ayah aku. Hati kami sekeluarga sangat kosong dan penuh kepuraan.
Bila balik kampung emak akan solat dan buat semua perkara yang dia tak pernah buat dirumah. Kakak aku akan solat bila suami dia balik dirumah tapi bila suaminya kerja diperantauan dia takkan solat. Aku tahu apa hukumnya jikalau tidak solat tapi jujur aku cakap kami tak kuat seperti mana aku cuba usaha walaupun kecundang banyak kali. Aku dulu paksa solat tapi aku jatuh kerana orang disekeliling aku menghakimi aku “pendosa macam aku takkan dipandang tuhan” “pendosa macam aku sekejap je berubah nanti buat balik”. Adakah orang-orang seperti aku tidak layak mendapatkan keadilan? Adakah orang-orang macam aku ini tidak layak masuk ke SyurgaNYA? Dan akhirnya aku putus asa sebab aku tak mampu untuk pura-pura tidak mendengar penghinaan itu.
Sampai satu hari, bulan puasa yang berbaki 2 minggu DIA jentikkan hati aku untuk kembali ke jalanNYA dan aku menangis malam tersebut sampai aku chat roomate aku bawa aku kembali kepadaNYA dan subuh itu roomate bernama Izzah dia imamkan dan aku menangis sebab betapa lamanya aku tinggalkan solat dan aku buat permintaan untuk temankan aku solat terawih dimasjid berdekatan hostel aku dan bila imam dimasijd imamkan betapa sayunya aku dan aku istiqomah.
Benda aku paling takutkan adalah apabila aku pulang ke rumah aku tahu aku takkan kuat untuk istiqomah. Aku rasa janggal dan takut untuk solat dirumah bilamana hanya aku dan ayah sahaja solat. Aku solat pon curi-curi sebab aku takut dapat perkataan yang tidak sepatutnya aku dapat dari abangku sendiri. Ayah selalu akan solat dibiliknya dan aku akan solat diruang tamu atas dan semestinya keluarga aku akan nampak perubahan aku secara mendadak. Benda yang aku paling ingat masa itu aku solat maghrib dan abang aku menjerit panggil mak aku dan dia kata “mak iqa dia buang tabiat tiba-tiba solat” lepastu dia gelakkan aku macam mengejek dan aku terus stop solat dan aku masuk dalam bilik dan menangis. Aku minta emak aku belikan aku telekung baru sebab telekung yang aku pakai tu adalah telekung arwah nenek moyang aku tapi respon dari mak aku macam orang tak punyai perasaan.
Keluargaku seolah-olah tidak dapat terima aku berubah kecuali ayah dan mereka telah melontarkan perkataan yang telah buatkan aku putus asa sebab darah daging aku sendiri tolak aku bila aku cuba tarik mereka kejalanNYA. Jujur aku tak kuat dan akhirnya aku stop. Aku marah ALLAH sebab berikan aku ujian macam ini, aku marah kenapa bila aku nak berubah orang disekeliling aku tak dapat terima aku bahkan orang yang cukup agama pun melabelkan aku tak layak untuk bahaskan bab agama dan mereka menolak aku. Jadi salahkah aku? Dan bila aku bertanyakan soalan kepada yang lebih arif dan bertanyakan kenapa takdir aku begini. Kenapa DIA tak bagi ujian yang sama rata dan kenapa susah sangat hendak berubah dan kenapa DIA tidak bagi sama adil pada setiap hambaNYA dan kenapa DIA tak bagi aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup agama? Tapi orang yang lebih arif itu telah berkata aku murtad sebab aku mempertikaikan takdir yang DIA bagi dan berkata aku tak layak untuk bahaskan hal tersebut dan mereka kata aku tidak redha malah melabelkan aku dilaknat tuhan.
Roomate aku sendiri(Isya) yang dari keluarga cukup agama berkata kepada aku yang aku tak layak bahas bab agama sebab aku tak solat dan dia judge aku sampaikan aku benci orang seperti dia. Jadi adakah aku bersalah sedangkan aku berusaha untuk berubah TAPI orang-orang yang baik tidak dapat terima pendosa macam aku. Dan pada 10 malam terakhir aku mencari malam lailatulqadar sebab aku nak minta kepadaNYA hadirkan seorang insan yang mampu bimbing aku dan keluargaku ke jalanNYA tapi tak jumpa dan benda ini selalu bermain-main difikiranku dan buatkan aku sedih+marah “kenapa DIA berikan malam lailatulqadar kepada orang yg sememangnya arif bab agama kenapa DIA tak bagi malam lailatulqadar kepada pendosa macam aku? Sebab aku takut dia amik nyawa kami sekeluarga disaat DIA tidak redha. Aku takut benda ini tiada sampai penghujung. Aku cari dan aku cuba hendak faham tafsiran dalam AL-QURAN tapi aku tak faham sebab aku perlukan orang jelaskan lebih lanjut tapi rooamate aku tidak mampu menjawab sebab dia pon mencari makna dalam beragama.
Banyak lontaran orang seperti aku dilabelkan pemalas sebab kami berikan alasan, melabelkan kami seperti Siti Kassim dan malah melabelkan tempat kami dineraka. Adakah korang semua pernah letakkan diri sendiri ditempat kami? Kerana korang dilahirkan dalam keluarga cukup agama korang terus melabelkan kami seumpama itu? Aku tahu Islam itu mudah dan indah tapi kenapa orang beragama membuatkan aku semakin jauh dari Islam. Aku takut sebab aku rasa aku hampir hendak putus asa dan itu mungkin membuatkan aku semakin jauh. Aku penat untuk menangis sepanjang hari memikirkan dimana tempat kami nanti adakah aku penyebab mak ayah aku tidak dapat masuk ke syurga? Sampaikan terdetik cuba nak cabut nyawa sendiri tapi aku tahu kalau aku buat aku akan terus dicampakkan ke dalam neraka.
Adakah salah untuk orang seperti aku untuk berubah? Adakah orang sepeti aku tidak layak bahas bab agama? Adakah orang seperti aku tidak layak untuk masuk ke Syurga? Adakah orang seperti aku mampu mencari cahaya yang mampu menyuluh kegelapan hidupku?
-Iqa-
– iqa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment