Assalamualaikum. Terima kasih kalau confession aku disiarkan. Selama ni aku silent reader byk baca confession orang tentang ujian hidup, ujian rumahtangga, ujian sebagai anak, baim,isteri atau suami,ujian kerjaya dan so on. First aku minta maaf aku tak pandai sgt nak cerita. Yes,ujian setiap orang berbeza dan ujian itulah yang tingkatkan darjat kita. Maaf kalau cerita aku agak panjang sebab aku sekadar nak bagi insipirasi dan semangat kepada pembaca.
Aku perempuan umur 30 an,ibu tunggal anak 1. Sebut bab jodoh, aku kahwin agak lambat umur 27 bercinta tak lama hanya kenal 4 bulan terus nikah. So nasihat aku kenal hati budi background pasangan betul-betul sebelum nikah. Jangan jadi mcm aku. Ex suami aku saudara baru Islam. 1st of all,kena ingat ni. Perempuan carilah lelaki yang beragama. Jangan pikir kita boleh bimbing suami kita,tak semua sebab lelaki ni ada ego. Kat sini aku gagal. Aku tak salahkan ex aku,aku yang gagal bimbing dia. Aku ajar dan ajak dia solat,belikan buku-buku agama,al-quran yang ada suara tu. Awal 3 bulan pertama sahaja dia lengkap solat 5 waktu lepas tu susah dah nak nasihat. Sebab tu aku cakap lelaki boleh bimbing perempuan sebab lelaki ketua keluarga tetapi perempuan walau kuat beragama mcm mana sekalipun payah nak bimbing suami. Apatah lagi aku yang iman masih senipis kulit bawang. Perempuan tetap perlukan lelaki untuk bimbing dia di jalan Allah. Short story, jodoh aku dan ex tak panjang. Bertahan hanya 7 tahun akhirnya Allah bg aku jalan keluar. Betul orang ckp,lps dah kawin baru kau tahu baik buruk perangai pasangan. Aku bukan nak buka aib sesiapa,tapi aku nak korang di luar sana bersyukurlah dapat suami yang baik. Tak perlulah nakkan suami yang macam tu macam ni. Baim ke apa ke asal dia jaga solat,tak culas bg nafkah,nak bekerja tu dah cukup.
Tak perlu la komplen suami tak bantu buat kerja rumah,kalau dapat yang ringan tulang itu bonus. Belajar untuk hargai dan bersyukur,jangan banding suami kita dengan orang lain,bandingkan hanya untuk bersyukur. Aku dapat jodoh yang kaki pukul, kerja tak tetap,malas kerja,kaki perempuan dan paling sedih aku baru tau dia penagih dadah hanya selepas aku dah kahwin. Hidup dia bergantung dengan methadone dan adakala dia kantoi dengan aku ambil syabu,ketum. Ye aku naif,aku bodoh walau belajar tinggi-tinggi tapi bab cari pasangan aku bodoh juga. Walau aku dah doa tapi Allah bg aku jodoh itu sebagai ujian. Walau tahu dia mcm tu lps dah kahwin aku terima kekurangan baik buruk dia sebab aku sendiri bukan sempurna. 7 tahun aku bertahan sebab aku fikir rasa bersalah kalau tinggal dia sebab dia saudara baru Islam. Tapi Islam tak kejam walau cerai itu dibenci Allah tp andai perkahwinan itu memudaratkan maka dibolehkan cerai. Apapun hubungan keluarga mentua tetap baik dengan aku. Nafkah anak mmg diabaikan tapi what did u expect? Walau awalnya aku marah, sakit hati tp akhirnya aku serahkan kepada Allah.
Biar la Allah balas dan bagi hidayah kat dia. Aku terbaca confession yang sis tu suami dia ada perempuan lain dan dia terkontang kanting nak mula hidup. Aku pun alami benda sama masa tu,sebab aku ditinggalkan dengan hutang,loan dan macam2 lagi. Regret?dah tak guna.Halalkan je la anggap sedekah moga Allah murahkan lagi rezeki aku. Dan yakinlah Allah Maha Berkuasa, alhamdulillah Allah sentiasa bg jalan keluar untuk aku. Aku tak nak cerita panjang-panjang bab rumahtangga tu nanti jd KRT page pula. Aku cuma nak bg tau perkahwinan ni walau ada orang kata ia ibarat perjudian tapi perkahwinan itu suci dan nakhodanya adalah LELAKI. Jadilah ketua keluarga yang bertanggungjawab. Dapat suami atau isteri yang macam mana sekalipun kau kena redha. Itulah qada dan qadar. Jodoh kita Allah dah tetapkan sejak umur kita 4 bulan lg di dalam rahim ibu. Ada orang cakap jodoh tu boleh diubah atas usaha kita. No,its not. Kita cuma diminta berusaha cari jodoh ikut kriteria yang ditetapkan Islam. Salah aku,tak ikut kriteria yang Islam dah gariskan.
Beragama,berharta,sekufu,cantik(cantik peribadi dan akhlak) and list yang seangkatan. Walau dia tak beragama,tak berharta,tak sekufu tapi aku terima. Itulah Allah nak tunjuk kat aku barangkali. Walau aku niat kahwin kerana Allah untuk bimbing dia,terima dia seadanya tapi tetap tak ke mana. Itulah takdir. Lepas dah berpisah, urusan aku dipermudahkan,aku tinggal di rumah mak ayah. Sedih?Menangislah sepuasnya tapi akhirnya kau akan stop nangis dan takkan fikir dah pun sedih tu. Tengok muka anak je yang akan buat sedih kenangkan nasib dia membesar tanpa ayah.
Tapi fikir positif, ramai lagi anak-anak di luar sana yang membesar tanpa ayah cuma sebagai ibu kita kena bagi didikan sempurna dan kuat. Jangan la sebab fikir anak kita pertahankan hubungan yang memudaratkan. Tak baik untuk perkembangan anak. Dulu aku pun fikir sebab anak aku bertahan,sebab dia saudara baru Islam aku bertahan tapi hasil doa dan istikharah aku akhirnya Allah tunjuk jalan walaupun lambat. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kita. Bersabarlah dan jangan putus doa. Kawan-kawan banyak yang terkejut atas berita penceraian aku sebab tak sangka aku seorang yang ceria di luar tetapi badai yang aku tempuh selama 7 tahun tiada siapa yang tahu. Pandangan orang bila bergelar janda? Kau kena kuat. Kena jaga diri dan maruah. Ramai lelaki yang nak ambil kesempatan,mengayat tak kira suami orang atau bujang. Jangan sesekali layan bila tengok lain macam. Perempuan pun sama pandang rendah kat kau.
Yes,aku pernah menangis bila kawan aku sendiri keluarkan ayat kau tu janda, jangan nak happy-happy sangat post apa-apa kat fb. Even ada sekali tu bertekak bab kerja, kwn aku boleh cakap agaknya sebab tu suami dia tinggalkan dia sebab suka menjawab. Kalau dah bab kerja tak betul mesti la aku jawab untuk pertahankan bukan untuk melawan. Sedih,memang sedih. Sejak tu aku dah tak nak rapat dengan sesiapapun. Macam-macam lagi aku nak cerita pun ni dah cukup panjang. Cuma aku nak pesan kat perempuan atau lelaki di luar sana, hormatilah kawan anda yang berstatus ibu tunggal ni. Kau tak tahu macam mana perit dia, apa yang dia lalui. Jangan ambil kesempatan,jangan dihina golongan janda ni, Takde orang yang nak kahwin untuk bercerai. Itu adalah ujian. Bagi la semangat,sokongan. Kalau tak nak bagi semangat,diam itu lebih baik daripada keluarkan kata yang menyakitkan.
Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran kursus pendek di luar negara. Aku anggap Allah bantu aku,nak aku lupakan kesedihan dan mulakan hidup baru. Waktu ni hanya mak dan ayah yang di sisi. Walaupun masa tu aku tengok ayah macam tak berapa nak sihat tapi ayah nak aku terima tawaran tu sebab aku satu-satunya dalam Malaysia yang dapat offer tu masa tu. Anak aku mak ayah jagakan. Memang berat nak tinggalkan anak dan ayah dalam keadaan macam tu tapi bila istikharah hati aku kuat untuk pergi. Peluang hanya datang sekali dan aku sendiri tak sangka aku nak dapat tawaran tu sedangkan kawan aku yang mohon gagal. Aku fikir setiap apa yang berlaku ada hikmahnya . Lihatlah betapa indahnya aturan Allah. Ramai yang bangga dengan aku dapat buktikan aku boleh bangkit tapi hakikatnya akulah paling lemah. Biarlah aku pergi untuk tenangkan diri dan balik dengan diri aku yang baru. Ayah faham anak dia kecewa malah ayah 1001 kali lebih kecewa dari aku. Maafkan adik ayah kerana selama ni merahsiakan masalah rumahtangga dari mak ayah. 7 tahun aku harung sendiri.
Ayah mana yang tak sedih kan bila anak dia dibuat macam tu. Aku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari. Bila aku kat sana adik beradik aku yang lain mula persoalkan kenapa aku menyusahkan mak ayah,mereka minta aku pindah sedangkan mak ayah hanya berdua saja di rumah tu. Adik beradik aku yang lain jarang balik jenguk mak ayah. Mak ayah aku gembira bila aku dan anak aku tinggal dengan mereka. Tapi adat la adik beradik bila kita susah belum tentu mereka tolong. Bersyukurlah untuk yang di luar sana yang bercerai tapi masih ada sokongan keluarga. Aku sedar aku hanya menumpang. Aku cuma cakap bg aku masa untuk aku pindah. Oh ye masa ni mereka tak tahu aku dah beli rumah. Bila terlalu didesak,barulah aku cerita aku dah beli rumah tunggu dapat kunci nanti aku pindah. Air mata jgn cakap la hari-hari nangis masa kat luar negara tu,bukan kenangkan ex,tapi kenangkan kenapa la Allah uji hidup aku mcm tu, adik beradik pula bg tekanan. Oh ye aku beli rumah tu pun sebab aku nak tebus balik rumah aku yang ex dah jual.
Aku nyaris nak cancel tapi bila keadaan adik beradik aku mcm tu,aku teruskan. Bab rezeki takut gaji tak cukup bila dah tolak rumah,aku tawakal sepenuhnya. Alhamdulillah kat luar negara aku jumpa kawan-kawan baru yang positif,yang bukan level makcik pakcik bawang. Ye la orang asing tak macam orang kita yang suka hina,pandang rendah dan kuat gosip. Aku rasa bahagia sangat kat sana dan aku lebih banyak dekatkan diri dengan Allah bila kat sana. Banyak masa terluang aku mengaji,buat pelbagai solat sunat walau environment kat sana tak beratkan hal agama dan persekitaran yang bebas. Kalau kat Malaysia sibuk kerja,sibuk urus anak benda-benda sunat ni nak buat tu agak terhad. Rindu kat anak semestinya tapi aku kena kuat semangat demi mencari semangat aku yang hilang. Beberapa bulan aku kat sana, aku sekali lagi diuji.
Ujian paling hebat dalam hidup aku. Ayah aku meninggal. Yes ayah aku meninggal hanya selepas 4 bulan aku bercerai. Allahu.Sekali lagi aku diuji. Aku betul-betul rasa kehilangan teramat sangat. Hilang suami boleh cari suami baru, hilangnya ayah takkan dapat pengganti dah. Maka menangislah lagi aku. Tak kira masa,atas sejadah, bila termenung,bila nak tidur. Kawan-kawan kat luar negara yang ada dengan aku banyak bagi semangat kat aku. Kenapa aku tak balik? Tak sempat pun nak balik. Bayangkan tak macam mana aku lalui,tak dapat tengok jenazah ayah,tak dapat tengok wajah orang yang bersama aku naik turun mahkamah, tak dapat tatap wajah terakhir ayah yang back up aku bila adik beradik yang lain nak aku pindah. Rupanya ayah aku dah tahu masa dia dah nak sampai.
Dia nak sangat hantar borang pendaftaran tadika tu padahal aku balik dari luar negara nanti aku boleh uruskan. Dia nak anak aku jadi anak yang beragama,dia nak daftarkan anak aku kat PASTI. Dan alhamdulillah ayah.Cucu kesayangan ayah sekarang ni dah pandai baca fatihah,3 Qul,Kursi dan macam-macam doa lagi. Bila pi kubur ayah dia akan baca doa tu semua. Termakbul impian ayah. Oh ye kematian ayah betul-betul bagi aku satu badai yang sangat hebat. Balik Malaysia aku hanya mampu ziarah kubur. Korang boleh rasakan sedih aku tu tahap macam mana. Aku rindu sangat arwah ayah aku. Hari-hari masa solat dan masa nak tidur aku nangis even sampai hari ni. Aku tak sangka kat stesen bas tu la kali terakhir aku tatap wajah ayah. Moga roh ayah dicucuri rahmat dan moga ayah ditempatkan di syurga.
Apa jadi dengan aku sekarang?Allahuakhbar . Dugaan aku banyak sangat selepas ayah dah tiada. Lagi hebat adik beradik aku tekan aku. Betul la orang cakap bila salah seorang emak atau ayah kita dah tiada maka akan nampak la ‘the true colour’ semua. Ujian bercinta pun hadir sama. Kita suka orang tu, orang tu tak suka kita. Ye la janda kan payah orang nak terima.
Tapi fikirlah apa yang kita suka mungkin baik untuk kita tapi Allah tak bagi sebab Allah tahu itu bukan yang terbaik untuk kita. Apapun aku bakal pindah rumah aku sendiri dan si dia yang banyak tolong aku. Doakan aku. Doakan terbuka hati si dia untuk halalkan aku kerana aku hanya harapkan dia yang jadi suami aku. Jangan risau,dia bujang bukan suami orang. Sebab tu kot dugaan ni lain pula. Hidup aku kat dunia ni cuma ada anak aku,emak dan dia sahaja. Kalau jodoh tak ke mana kan. Apapun terima kasih untuk si dia yang sentiasa ada di saat susah senang aku. Bak kata dia Allah temukan aku dengan dia mungkin bukan sebagai jodoh tapi hanya sebagai insan yang akan ada di saat susah senang aku, untuk bantu aku. Ye dia hadir selepas ayah aku meninggal. Dia lelaki terbaik setakat ini selepas ayah aku.
Eh ada yang cakap jangan terlalu cepat cari pengganti,kenal hati budi dulu. Ye memang aku tengah kenal hati budi dia. Dia terlalu baik untuk aku barangkali. Walau jauh di sudut hati aku harapkan perhubungan yang halal dengan dia tapi aku tau bab jodoh rahsia Allah. Nanti la ada masa aku sambung kalau ada permintaan sebab ni aku rasa dah panjang sangat. Cukup aku simpulkan di sini ujian semua orang berbeza. Ada yang diuji dapat suami baik tapi keluarga mentua bawa cabaran, ada yang diuji dengan keluarga dan adik beradik, ujian dengan sahabat, ujian dengan wang ringgit,harta, kesihatan dan kasih sayang. Aku banyak terima WA dari kawan-kawan yang minta nak jadi kuat macam aku. Aku sebenarnya tak kuat pun. Cuma ingatlah saudaraku semua, teruk kita ada lagi orang lagi hebat diuji di luar sana. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. Allah sentiasa ada dengan kita.
Allah adalah tempat terbaik untuk mengadu. Solat taubat, solat hajat, solat dhuha, banyakkan mengaji,istighfar dan sedekah. Hati kita akan tenang. Nak menangis,menangislah hingga masa tentukan bila kita akan berhenti menangis. Tak kira masa kita susah atau senang Allah takkan tinggal kita. Jangan la depress sangat hingga ganggu kesihatan kita. Ada yang cakap depress tak cukup dengan solat dan doa je. That is wrong. Untuk aku, Allah sahaja penyelamat aku. Pandangan orang berbeza apapun nak meluah dengan kawan-kawan tak salah tapi hati-hati jangan nanti cerita kita dijaja dan ditokok tambah akhirnya diungkit,kita pula dihina sebab hati manusia kita tak tahu.
Maaf sekiranya aku terbuka aib sesiapa.Sekadar berkongsi pengalaman untuk sebuah kekuatan. Sekian sahaja maaf atas coretan yang panjang ini. Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku dan hati semua sahabat-sahabat dan saudara Islamku yang sedang diuji, ampunilah dosa kami, tenangkanlah hati kami. Hadirkan pertolonganMu buat kami. Setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan. Bantulah kami,murahkan rezeki kami,panjangkan umur kami supaya kami dapat terus beramal ibadat kepadaMu. Aturlah yang terbaik untuk hidup kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Aamiin YRA.
– Cahaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment