Salam lebaran buat semua pembaca IIUM Confession.
Saya Kak N. Berusia 32 tahun. Saya sudah berumah tangga, dikurniakan tiga orang cahaya mata dan saya juga seorang yang bekerja.
Don’t worry, walaupun introduction saya nampak macam nak cerita hal rumah tangga, but no. Bukan hal rumahtangga yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua.
Saya kini sebenarnya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di salah sebuah universiti di utara tanah air. Setelah berfikir semua pros and cons dan semua kekangan yang saya ada, akhirnya saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran saya secara part time. Lagipun, saya fikir walaupun secara part time tapi saya tak perlu travel jauh kerana universiti tempat saya belajar ini hanya di kawasan perumahan saya dan tidak jauh pun dari ofis saya.
Sekarang saya di semester ke-6. Memang impian saya sejak dari dulu nak ada PhD. Tapi sejak dah berkahwin & ada anak-anak-anak kecik ni, saya lupakan sejenak impian saya. Tapi memandangkan tuntutan kerja, mahu atau tidak, terpaksa saya teruskan juga.
Mulanya saya fikir, ‘Oh I can do this.’ Because I’ve done this before for my Master yang saya buat secara full research dan Alhamdulillah I managed to submit my thesis in my 4th semester and graduate six months after that. So saya fikir, inshaAllah, I can do this.
Tapi saya lupa, dulu saya bujang. Tidur di kelilingi artikel pun takde siapa nak kisah. Terlelap di depan komputer pun takde siapa nak hirau. Tapi situasinya cukup berbeza sekali kali ini. Tanggungjawab di pejabat, menjaga ibu yang sakit, dan dalam masa yang sama, anak-anak yang sentiasa memerlukan perhatian. Suami, alhamdulillah banyak membantu. Tapi iyalah, sampai bila?
Ada masa, saya jadi terlalu penat. Mentally and physically. Beberapa kali saya terpaksa ditahan di wad sebab keletihan melampau. Saya susun balik jadual saya setiap kalinya. Saya cuba atur semula aktiviti harian agar tidak diisi dengan perkara yang tidak sepatutnya. Tapi akhirnya, saya pulak yang stress.
PhD bkanlah terlalu susah. Tapi saya sendiri yang susah nak fokus sebab terlalu banyak benda perlu saya uruskan dalam satu masa yang sama. I always feel guilty bila kadang-kadang anak-anak tegur dan kata ‘ibu, you are always with your laptop. Can u play with us. Just for a while…’ Saya sedih bila anak-anak terpaksa merayu begitu. Jadi akhirnya, saya hanya akan sambung study saya di tengah malam apabila mereka telah nyenyak tidur.
Malam raya, setelah siap masak rendang, isi kuih dalam balang dan kemas rumah biar nampak berseri, badan memang penat, dan mata meronta-ronta minta nak tidur. Saya toleh jam di dinding, pukul 2 pagi. Saya mandi bersihkan diri biar segar, secawan kopi jadi peneman, menulis sehingga jam 5.45 pagi. Seusai subuh saya lelap sekejap hingga jam 7 pagi dan seterusnya bermulalah hari saya yang baru.
Suami mulanya sangat memahami, tapi semalam, dia dah tegur. Suami tak selesa tengok saya macam ni. Lagipun saya cepat melenting sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab letih la. Saya harap dia lebih faham. I am doing this for my family, for my children, for their future.
Benarlah kata orang, PhD is a lonely journey. Harapnya saya dapat menempuhi perjalanan ini dengan sebaiknya.
– Kak N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment