Tuesday, 19 June 2018

Aku, Cita-cita, dan Redha

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam aidilfitri buat semua pembaca setia iium confession. terima kasih kpd Admin jika confession aku ini disiarkan. confession kalini takde kena mengena dgn suami- isteri- baim. eh ? maafkan aku kalau penulisan aku ini agk berterabur, panjang and x tersusun.

Namaku izzah. aku seorang pelajar ipta yg menuntut dlm jurusan undang undang. Alhamdulillah aku masih ada papa dan mama, dan 3 adik beradikku yg lain. aku boleh katakan keluarga aku ini bahagia. makan minumku lengkap, yuran pembelajaran tak perlu memohon pinjaman mahupun biasiswa. segala wang perbelanjaanku ditanggung oleh Pa & Ma. kehidupan aku tak lah sesusah orang yang lain. cumanya, aku tak lah serenggang atau serapat mana dengan ahli keluargaku yang lain. secara jujurnya, tidak pernah aku ceritakan masalah peribadi ku dengan papa, mama atau family members yg lain. okay. ada lah sekali masa F1, menangis nak minta keluar asrama tapi itu pun akhirnya dimarahi. katanya aku hanya mengada.

long story short. papa menyuruh aku untk sambung dalam jurusan undang2. papa menyuruh aku mengikut jejak langkah abang yg kini nampaknya agk berjaya dalam bidang yg diceburi. pointer? takpayah cakap. flying colors. biasiswa lagi. aku cuba untuk menyuarakan pendapatku yang minatku bukanlah di dlm bidang perundangan. aku lebih berminat untuk meneruskan pelajaran aku dlm bidang Masscom. tambahan pula, sejak sekolah lagi aku aktif dalam bersociety. aku suka mengenal sikap manusia yg bermacam ragam, aku suka memerhati segala tingkah laku manusia. aku suka engage dgn org. ya, minat aku disitu. tetapi, papa kata jurusan itu macam takde peluang pekerjaan yang luas. puas aku membidas. tapi papa tetap dengan keputusannya. Mama? diam ikut keputusan papa.

dugaanku tiba apabila aku melangkah masuk ke alam degree. aku x minat langsung dgn ap yg aku bljar. dtg ke kelas hanya semata untk sign attendance. apa yg aku dpt dlm class? takde gais. kosong. pergi balik class makan lepak assignment submission. thats all. aku stress. jiwa aku kosong. tp on the same time, aku banyak join jd committee bile ada event2 universiti, aku join club yg pergi perkampungan org asli. jad Fasi. ya. jiwa aku disitu. aku suka bila dapat bantu masyarakat yg kehadirannya kdg diabaikan. aku rasa puas. puas dapat buat apa yg aku suka.

malangnya, keluarga aku tidaklah menyokong dgn apa yg aku buat. kdg bila aku habis dgn ssuatu program, teringin aku nak berkongsi ap yg aku dapat. tapi apa yg aku dpt hanyalah ” haa jgn study lingkup dah la. ” ” pointer turun siap! ” lagi sedih bila abang ku sendiri kata yg tak payah join society ni. law student dah cukup busy, banyak kawan dia yg kantoi sbb aktif sgt dgn society. dan Papa mcm termakan dgn kata2 abg. kdg aku dimarahi sbb selalu berpersatuan. papa dan mama pun x sokong apa yg aku buat. abg? apatah lagi harem nak sokong.lg memburukkan ade ler.

aku jd lagi tertekan bila result aku dibanding2 kan dgn abg yg clever boy tu. kata papa. kalau abg boleh kenapa aku tak boleh?” Abg boleh A kenape kau x boleh?” faham tak aku tak minat? faham tak aku stress nak mampus buat benda yg aku tak suka? ini bukan cita2 aku. ini bukan minat aku. ye aku dah cuba confront papa mama. dh cube nk ckp yg aku x boleh bawak pun kos undang2 ni. merepek je. tp dorang kata aku hanya mereka alasan. sebab ended up aku boleh je go. masih 3.00 pointer ke ats. even tiap sem ad je C yg aku kumpul kahkah lol.

kenapa mesti nak banding? abg ade minat abg sendiri. aku ad minat aku sendiri. abg bukan aku, aku bukan abg. lantaklah kalau abg nak jd student 3k (kelas, kafe, katil) pun. tapi aku bkn mcm tu. lg stress bile ad gak ah member kata aku ni terlalu sgt join society sampaikan dah taknak study. cakap dgn aku. aku nak buat apa lg weh? kau okay ke bila kau kena paksa dgn benda yg kau tak minat? boleh gila tahu dak?

ckup baik aku stress, aku tak bunuh diri ke apa. kira baik aku x join lofa pegi Zouk. aku bantai gi join society je ni. tu je stress reliever aku. tu je tempat aku boleh jumpa jiwa aku. tempat aku meluah hanyalah kawan2 rapat dgn certain seniors yg rapat dgn aku. sedih bila family is more like a stranger and a stranger can be more than a family. banyak kali aku luah nak tukar course sesenyap tapi member aku selalu pesan redha Allah tu bergantung pd redha ibu ayah. end up aku telan je apa yg jd.

skrg aku dh 3rd year dh pun. mmg dh tlambat sgt klu aku nk tukar course sbb apa? bcs i have to start all over again. tmbh lg 3 tahun lol. aku confuse dgn perjalanan aku. perundangan bukan cita cita aku. tapi redha papa mama itu juga aku perlu. aku nk buat apa? follow the flow ? setakat ni aku msih tak depression lg lah alhamdulillah sbb society yg aku join yg menyelamatkan jiwa yg dah lama mati ni. plg kureng pun aku tidur kalau aku stress, takpun makan. kalau aku tak busy dgn society, takde stress reliever, xtahu ap jd dgn diri ni.

aku ni kire org x bersyukur ke gais? tak. aku tk ckp papa mama jahat. cume nye mybe dorang just tak faham ap yg aku suka. Parents know better, arent they? aku cuma mengharap Papa mama dan abg faham apa yg aku minat. faham jiwa aku hidup di mana. faham apa yg aku suka. aku boleh teruskan perundangan sampai aku grad, tapi tolong aku nak buat ap yg aku suka lepas aku habis. aku nk terus active dlm volunteerism. even nampak mcm tak bergaji je passion aku ni tp jiwa aku hidup di situ. aku dah penat. penat buat bende yg aku x suka. tp takpelah. Aku selalu pujuk hati yg akn ada kebaikan jika aku patuh. sebab apa. redha itu yg aku perlu. walaupun aku x nampak apa masa depan aku. aku tahu. aku kena lepas kan cita cita ku demi redha yg satu itu.

aku hrp readers boleh berikan pndapat or nasihat ap yg patut aku buat. oh ya. doakan aku. doakan aku kuat. doakan aku x buat mende bukan2. terima kasih.

– Izzah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.