Assalamualaikum. Merujuk kepada confession ‘jodoh’ dan ‘kenapa jodoh tak sampai-sampai’, saya rasa saya faham kenapa tiba-tiba jodoh saya sampai.
Saya sangat bersetuju dengan cik shira. Sebab saya pun telah melaluinya. Dalam usia mencecah 30 tahun, saya masih belum berumahtangga. Dulu, saya fikirkan hidup ni mudah. Belajar – tamat belajar – bekerja – berumahtangga. Tapi rupanya tak semudah tu.
Saya habis degree pada usia 23 tahun dan terus mendapat pekerjaan yang okay. Selepas 2 tahun bekerja saya fikir saya dah bersedia untuk berumahtangga maka saya mulakan usaha mencari jodoh. Ada yang cuba berkenalan, tapi saya tak terbuka hati menerima. Ada yang saya sendiri luahkan perasaan, malangnya saya direject. Saya tak tunggu jodoh tu datang, saya betul-betul usaha luaskan circle, confess dan sebagainya tapi tak juga berhasil. Ye, memang saya agak memilih. Biar memilih dari tersalah pilih.
Saya usaha perbaiki diri juga. Dekatkan diri dengan Tuhan. Kurangkan keduniaan dan lebihkan aktiviti kemanusiaan. Volunteer sini sana. Sampaikan saya sendiri rasa saya dah berubah jadi insan yang lebih baik dari saya yang dulu. Lebih tenang. Lebih bahagia. Tapi masih lagi forever alone.
Tak putus saya berdoa. Sampaikan saya suka nak travel sini sana sebab orang kata doa musafir lebih mustajab. Jadi setiap kali bermusafir saya lebih khusyuk berdoa hahaha. Bukan sebab saya gatal nak kahwin (okay mungkinlah gatal jugak sikit), tapi saya fikirkan mak ayah saya. Dalam keluarga kami takde sorang pun yang dah berkahwin dan saya mak ayah hilangkan sunyi dengan kucing dan jugak menumpang kasih cucu saudara. Nampak sangat mak ayah nak cucu tapi kesian anak-anak loser tak jumpa jodoh lagi.
Saya rasa usaha mencari jodoh ni berlanjutan sampailah satu tahap tu saya redha. Cari, tetap cari jugak tapi saya mula rangka backup plan yang tidak terselit perihal jodoh. Saya mula fokus untuk diri sendiri dan keluarga. Saya ketepikan sikit gaji saya untuk perbelanjaan rumah. Saya mula buat simpanan dengan niat nak pergi umrah dengan keluarga. Saya mula stabilkan income dan lebih hemah berbelanja. Apa je adik-adik dengan mak ayah saya mintak, saya cuba bagi setakat yang ada. Dan saya mula salam mak ayah saya sebelum pergi kerja.
Itu dia key-pointnya. Salam tangan mak ayah. Sebab saya jarang sangat buat benda tu. Sebab kami sekeluarga ni boleh dikatakan keluarga yang awkward. Mak ayah jenis tak tunjukkan kasih sayang jadi kami semua pun lebih gemar buat hal sendiri-sendiri. Berborak hal yang perlu je. Bergurau tu ada la jugak tapi realitinya kami tak berapa nak rapat antara satu sama lain. Bila dah makin tua ni baru saya rasa sampai bila nak jadi macam ni? Sampai bila nak hidup selfish lebihkan kawan-kawan tapi keluarga sendiri jarang nak tolong. Maka saya sendiri cuba ubah diri sendiri. Saya mula lebihkan keluarga daripada kawan-kawan. Saya mula cuba untuk lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan isi rumah, walaupun saya masih lagi banyak menyusahkan mak ayah.
Dan saya rasa sebab saya dah mula sedar erti tanggungjawab tu lah tiba-tiba Tuhan datangkan jodoh untuk saya. Yang saya senang dengannya dan dia pun senang dengan saya. Semoga urusan kami dipermudahkan dan berkekalan jodoh sampai bila-bila.
Jodoh tu akan datang pada waktu yang tepat. Kadang kalau kita rasa kita sudah bersedia pun, tapi Tuhan tak redha, mak ayah tak redha, tetap tak diizinkan jugak walau segigih mana kita berusaha.
Cari balik apa lagi yang kita tak buat, yang mungkin melambatkan apa yang kita doakan. Macam saya, saya lupa nak cari redha mak ayah dulu. Walaupun saya dah perbaiki hubungan dengan Tuhan tapi hubungan dengan mak ayah masih hambar, terus Tuhan lambatkan sikit apa yang saya hajatkan. Semoga apa yang saya coretkan ini ada sedikit manfaat. Pengalaman hidup manusia berbeza-beza, tapi kita boleh belajar dari situ. Saya doakan hidup kita semua sentiasa diberkati dan diredhai. Sekian, terima kasih.
– Cik darah manis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment