Melihat komen di sini, dari mana-mana confession pun, Astagfirrullahhalazim takutnya saya. Majoritinya dgn menggunakan bahasa yg kasar, bersangka buruk, perli-memerli, tuduh-menuduh.
Tidak memahami situasi dan masalah confessor, sebaliknya membandingkan diri-sendiri dgn confessor, seolah-olah kita lebih bagus dari orang lain, betapa angkuhnya kita.
Kadang-kadang apa yg confessor sampaikan adalah utk kebaikan, tapi sayangnya kita tidak nampak. Apa yg kita nampak, hanya dibayangi dari hati kita sendiri.
Macam mana nak tahu status hati kita? Sebenarnya fikiran pertama yg datang dari hati kita, itulah reflect dari hati kita. Contoh, jika confessor mengadu anaknya nakal, kolam hati yg x baik akan terus menuduh confessor sbg ibubapa yg x pandai mendidik anak. Tapi hati yg baik mungkin akan berasa bersyukur kerana kita tidak diuji seperti confessor, berasa kasihan & mendoakan confessor. Ada ibu bapa yg dah mendidik sebaik mungkin, mungkin didikan lebih baik dari kita, tapi anak mereka masih berperangai tidak elok. Mungkin itu ujian Allah utk mereka.
Ada pula confession yg boleh diambil sbg pengajaran, tapi jika kolam hati kita kotor, kita tidak akan nampak, malah kita menyokong pula pada pihak yg tidak betul. Jika kita bersetuju dgn cara pihak yg tidak betul, itu menunjukkan di dunia luar, kita juga bersikap sebegitu rupa.
Saya percaya ada di antara kita yg sudah berkahwin & mempunyai anak. Audit dan baiki hati kita, supaya kita boleh beri contoh yg baik terhadap anak-anak kita.
Hati baik, akan berfikir baik. Dan kita perlu sedar, setiap tingkah laku & taipan komen kita, akan ditimbang dan diadili. Semoga akhlak kita dapat membantu kita kelak. Marilah kita sama-sama membersihkan hati kita semua dari penyakit hati.
– Ex-UIA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment