Assalamualaikum semua pembaca IIUM. aku yaya. Terima kasih admin siarkan cerita aku kelmarin. alhamdulillah, aku dapat banyak sangat bantuan yang tak terduga.
kepada kakak-kakak yang sudi membantu, terima kasih aku ucapkan. sungguh tak terbalas. aku tahu ramai yang membantu sebab mengenangkan anak aku. ramai yang minta aku PM. aku PM bukan dengan niat untuk meminta-minta, sebaliknya aku tanya apa yg mereka nak tahu. yang aku PM, mereka tahu kenapa aku sangat buntu. tak kurang juga ada yang minta aku PM lepas tu aku kena kecam, kutuk pulak suami aku. ya, suami aku ada bahagian dia, tak perlulah untuk aku beritahu semua kesalahan, kekurangan dia semata-mata untuk kau kutuk aku sebagai perempuan bodoh. aku tak cerita semua sebab kalau aku cerita semua, aku tak tahu berapa lama nak kena habis menaip dan habis membaca. aku terima jalan yang Allah dah tentukan untuk aku bertemu dengan lelaki macam suami aku. aku sendiri tak tahu suami aku akan jadi suami dan ayah seperti itu. kalau aku tahu, kau rasa aku akan kahwin ke dengan dia?
ada yang tanya kenapa sampai 1500? aku kira, untuk sewa bilik ada juga depositnya. rata-rata nak deposit sebulan, sewa sebulan dan juga utiliti. bakinya ada lah untuk bawa anak aku pergi checkup dan bayar bil rawatannya. aku tak tahu berapa akan kena cas since dia dirujuk pada pakar. aku cuma harap ia tak mahal, sebab aku memang tak ada. ada yang tanya, kenapa tak pajak gelang emas, hahahaha. macam mana nak pajak, seurat emas hatta sebentuk cincin pun aku tak ada.
ada juga yang komen minta admin sahihkan cerita aku. kalaulah aku boleh sertakan sekali gambar anak aku masa lahir yang berselirat dengan wayar tu, aku dah suruh admin up. tapi aku rasa tak perlu. sebabnya tak ada siapa pun tahu hal rumahtangga aku yang tengah porak peranda oleh sebab orang ketiga, plus klu ada gambar anak aku dekat sini, orang tahulah siapa yg confess..
sebab mereka yang aku PM, kalau mereka tanya, aku cerita satu persatu kenapa doktor tetapkan anak aku untuk berjumpa pakar. buku checkup dan kad-kad temujanji di pelbagai klinik… anak aku boleh je dapat rawatan percuma bak kata doktor tapi semua berbalik pada suami aku.. entahlah. kalau ada yang rasa aku menipu, aku tak boleh cakap apa sebab aku meluah ni bukan aku minta simpati atau minta bantuan tapi sebab aku tertekan but alhamdulillah Allah show His Mercy semua mereka membantu, tanpa minta dibayar balik walaupun aku nak bayar balik sikit-sikit. Ada juga yang aku PM tapi tak respond. cuma baca je. takkan aku nak paksa mereka balas.
walaupun masih tak dapat jumlah yang aku perlukan, aku bersyukur sebab ada yang sudi membantu, ehsan untuk anak aku. ada yang nak bagi susu dan pakaian untuk anak aku. allahu.. bertuahnya anak aku. ada juga aku minta balik kat kawan aku yang meminjam tapi seperti biasa, sepi. aku tahu RM 1500 tu bukan jumlah yang sikit. yang suruh aku meminjam dengan boss aku.. hahaha.. aku dah cuba tapi boss aku kata… dia tak tau pun aku ni staff dia, plus dia tak yakin aku boleh pulangkan balik.
yang paling sadis bila dia kata betul ke untuk sewa rumah entah-entah untuk joli maklumlah lepas raya katanya. mengucap panjang dalam hati. demi anak dan aku tengah susah hati, aku diam, cuma senyum dan cakap terima kasih langsung angkat kaki dari pejabat dia. macam mana kau nak kenal staff sedangkan department aku tu pun dia tak pernah jejak, kalau lalu pun buat muka jijik. aku tak tahu sejarah tempat tu macam mana since aku baru berapa bulan kat situ dah cuti bersalin. nasib aku ni pun 50-50 je kat tempat ni, nak cut cost kata mereka. bertambah susah hati aku.. ada juga yang mesej aku berulang kali kata dah transfer tapi tak boleh, tak lepas segala mala tu.. tak apa, aku tak pernah mendesak. aku tahu mereka juga cuba membantu. mungkin ada kekangan lain yang lebih penting, takkan aku nak marah kan?
yang suruh aku cerai, aku akan bercerai, jangan risau, sebab aku memang dah tak ada hati walaupun aku kata aku nak selamatkan rumahtangga aku, aku tak nak jadi janda dan segala mala. anak aku pun bukan kenal siapa ayah dia. pada anak aku, aku lah mak akulah ayah. tipulah kalau aku tak sedih sebab aku juga manusia, ada perasaan… aku akan cuba buat apa yang korang suggest pada aku, walaupun ada yang macam tak berapa nak diterima akal tapi terima kasih sebab luang masa baca luahan aku.
yang tanya aku macam polis, takut aku menipu, pun terima kasih aku ucapkan walaupun akhirnya kau tak membantu sebab kau sibuk tanya pasal suami aku, siapa perempuan tu semua, tapi kau tunjukkan keprihatinan kepada perempuan macam aku. sekali lagi aku ulang, aku sendiri tak tahu Allah lorongkan aku dengan hidup macam ni sebab pada awalnya semuanya baik-baik sahaja.
Ya, demi anak, aku kena kuat. demi anak, aku kena bertahan. demi anak juga aku akan cuba keluar dari kesedihan sedia ada. walaupun aku tak kacau hidup orang tapi tak tahulah… mungkin ada salah aku yang aku tak nampak jadi Allah tegur aku dengan cara ni. cuma anak aku je harta yang aku ada sekarang. terima kasih kepada kakak-kakak yang PM untuk motivasi dan nasihat. sikit pun tak nak tahu kenapa rumahtangga aku jadi macam ni, sebaliknya terus-terusan memberi semangat pada aku dan suruh aku sayang anak aku lebih dari segalanya. walaupun tak pernah kenal, cukup untuk buat aku rasa sebak dan juga bersemangat demi anak.
Doakan juga anak aku sihat dan aku dapat cukupkan duit dalam masa tak berapa puluh jam je lagi.. Tuan rumah pun tak sabar-sabar nak suruh kami angkat kaki. doakan semoga urusan aku dan anak dimudahkan ya.
– yaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment