Friday, 29 June 2018

Ego Untuk Menyayangi

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menerima confession saya.

Saya Mina. Umur awal 20 an, sedang belajar di sebuah universiti awam yang terkenal. Saya nak kongsikan satu cerita, tapi topik ni ‘heavy’, so read it with your own risk.

Korang mesti familiar dengan “depression” atau bahasa Melayunya, “kemurungan” yang banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini, dan tak dapat dinafikan, saya dapati diri saya ada simptom-simptomnya, tapi saya tak dapat nak pastikan kesahihannya sebab hanya pakar psikatari dan psikologis yang dapat diagnosis dan sahihkan penyakit mental seseorang. Jadi, untuk mendapatkan rujukan ke pakar tersebut, kita harus menjalani satu ujian DASS, iaitu satu ujian yang menilai kemurungan, anxiety dan stress seseorang. Kalau rendah, anda disahkan normal, kalau tinggi, memang akan dibawa kepada pakar.

Saya dulu hanya curious dan mencuba, dan saya sangat terkejut mendapat keputusannya iaitu sangat teruk, dan memang dinasihatkan untuk berjumpa pakar. Maka saya cuba untuk jalani ujian tu sekali lagi di klinik kesihatan, sambil ditemani ayah.

5 bulan lepas, saya berjanji temu dengan seorang doktor ditemani seorang jururawat. Saya bagitau beliau yang saya nak jalani ujian kesihatan mental. Selepas dinilai secara berdepan, memang doktor tu sahkan keputusan sangat teruk dan memang saya perlukan seorang pakar.

Sambil-sambil tu, dia nak berikan saya sedikit consultation dengan ayah saya sekali. Doktor tu bertanyalah pada ayah saya, personaliti saya macam mana, social interaction saya macam mana, apa kelebihan saya.

Ayah saya dengan yakinnya bercakap tentang diri saya atas dasar, “dah tinggal lama dan kenal lama dah”. Ayah saya kata saya kuat mengarah orang itu ini, suka ikut kepala sendiri dan tak suka dengar cakap orang. Dia pun cakap dia selalu beri saya macam-macam, dia dan keluarga support saya, which sounds very convincing.

But the truth is, ada sedikit keterangan ayah saya yang “fabricated”. Saya dikatakan kuat mengarah orang, hakikatnya saya seorang yang pemalu, dan saya tak ada ciri-ciri seorang ketua pun. Saya jarang arah sesiapa untuk lakukan sesuatu, melainkan saya tak mampu.

Ada juga dia katakan pada doktor saya tak ada pegangan iman yang kuat dalam agama. Walaupun saya akui, itu stigma yang biasa didengari masyarakat tentang masalah kemurungan, tapi ia memang sangat hancurkan hati saya masa saya dengar dia kata begitu. Bukan saya tak doa pada Allah supaya kuatkan iman dan agar sembuh. Tapi, masa tu saya senyum je dekat doktor dan ayah saya supaya air mata tak jatuh.

Selepas sesi consultation tu tamat, saya dan ayah saya bergerak pulang. Masa dia pandu kereta, dia cakap camni dekat saya, “betul ke nak gi wad psikatari? Besenya tu untuk orang gila je. Mina je yang kena ubah personaliti, kena kuatkan iman.” Saya anggukkan saje, kata ya, tapi saya tetap kata, “kalau parah sangat, kena pergi juga.” Ayah saya diam je, takde tanda setuju atau tidak.

Semakin lama, semakin hari, keadaan diri saya, saya dapat rasa makin teruk, tidur kurang atau lebih, selera makan naik turun, tambah lagi dengan tekanan sakit fizikal. Dengan beraninya, saya tanya ayah mana surat rujukan ke psikatari. Dia mula tersenyum sinis, lepas tu gelakkan saya. “Ayah lupalah. Mina jangan fikirlah benda tu. Mina kena kuatkan iman je, fikir positif la”. Saya diam, tak jawab sepatah.

Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa teruknya saya menangis apabila teringatkan dia jawab begitu. Jalan yang saya pilih untuk selamatkan diri, disekat begitu sahaja, akhirnya dibuat tak tahu sahaja.

Esoknya, saya berangkat kembali ke universiti, ayah saya ada belanja saya pizza sebab dia tau, saya suka pizza. Dia mungkin cuba untuk ceriakan saya, sebab dia tahu, saya mungkin makan hati dengan kata-kata dia. Saya bersyukur dengan apa yang diberi. Sebelum dia tinggalkan saya, ayah dengan mak saya cakap “kuatkan semangat, kuatkan diri daripada kesakitkan, kami sayang Mina.” Saya bersalaman dan berpelukan macam biasa.

Saya, sentiasa sayangkan ayah dan mak saya, saya bersyukur sangat sebab ada mak ayah seperti mereka berdua. Walau ada kurang, ada masa dorang susah, saya tolong dorang. Saya jatuh sakit, dorang bawakan saya ke klinik dan hospital. Dorang bagi dorongan pada saya dalam bakat saya iaitu melukis, mereka pun ada hadiahkan saya alatan melukis, mereka bagi saya sambung kursus berkaitan dengan seni.

Tapi saya tak boleh hidup dengan keadaan di mana trauma sentiasa mengingati, ketakutan mengatasi diri, keyakinan diri menurun, tidur tidak menentu, keinginan untuk mencederkan diri dan juga bunuh diri tak henti-henti menghantui diri saya. Saya tak minta untuk berasa dan berfikir begini. Saya nak juga move on, saya nak berasa tenang dan bahagia walau dalam keadaan apa sekalipun. Saya ingin bersifat normal seperti yang lain. Saya tak boleh nak nafikannya, sebab tu saya nak sangat jalani rawatan dan terapi yang efficient. Walaupun bakal digelar gila, kurang iman, mengada, tapi semua tu akan menjadi sumber kekuatan pada saya.

Saya harap sangat saya dapat harungi semua ni, dan hati saya tiada ego yang tinggi untuk terus menyayangi. Saya masih nak tengok mak ayah saya senyum sebab saya. Saya juga mahu mak ayah saya dapat menerima diri saya seaadanya.

Terima kasih kerana sudi membaca confession saya. Maaf kalau panjang sangat dan kalau ada terkasar bahasa. Semoga hari-hari anda semua diberkati Allah SWT. :)

– Mina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.