Jika kelmarin saya buat confession tentang Agama , Akhlak dan Akhirat . Hari ini saya nak buat confession tentang wanita , Socmed dan Fitnah pula .
Kisahnya begini ,
Ketagihan dalam upload pic selfie ini memang bahaya walaupun jasad itu sudah terhijab dengan syariat . Kerana apa yang terhijab itu mampu terbuka disebabkan terlepas pandang .
Nasihat saya untuk para wanita . Fitnah dalam alam maya ini majoritinya berpunca dari kaum wanita samada ia datang dari terdedahnya aurat mahupun diri itu disinari dengan unsur tabarruj.
Sebelum upload gambar selfie secara sendirian , kawan2 , keluarga atau sesiapa sahaja . Mohon lakukan final inspection untuk check adakah gambar tersebut tidak membatasi ugama. Supaya ia terhindar dari fitnah kaum lelaki dan terhindar dari perbuatan dosa.
Kenali aurat wanita
< Wanita >
Auratmu dari hujung kaki sampai hujung rambut melainkan muka dan tapak tangan.
Kesilapan Wanita Dalam Menutup Aurat.
1. Bahagian dada terdedah
~ Bahagian dada perlu ditutup dan tidak menampakkan bentuknya . Tudung mestilah Labuh sehingga menutup keseluruhan bahagian dada.
2. Bahagian lengan terdedah
~ Seperti yang diketahui umum , aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu lengan perlu ditutup dan dijaga agar tidak terdedah.
3. Pakaian ketat
~ Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak melekat pada tubuh badan sehingga menzahirkan bentuk badan atau dengan kata lain memakai pakaian tetapi telanjang.
4. Pakaian nipis dan jarang
~ Pakaian yang dipakai hendaklah tidak telus cahaya sehingga menampakkan bayang2 atau warna kulit. Wanita perlulah memilih jenis fabrik yang sesuai agar aurat sentiasa terpelihara.
5. Tidak memakai stokin
Stokin perlu dipakai apabila hendak keluar dari rumah kerana bahagian kaki itu juga termasuk dlm aurat wanita.
Apabila kamu ( wanita ) upload gambar yang mendedahkan aurat . Secara automatik kamu sudah berada dalam pelaburan dosa di alam maya .
Saham dosa dalam alam maya ini sungguh hebat . Jika tidak delete sepanjang masa hidup dapat dosa dan setelah mati pun dapat dosa . Jika kamu memperolehi satu like maka itu satu dosa , 10 like 10 dosa dan begitulah juga yang seterusnya. Tidak terkecuali bagi golongan yang like gambar dimana berunsurkan maksiat . Golongan inipun turut memperolehi satu dosa kerana redha dengan kemaksiatan adalah maksiat ( dosa free ) .
Wahai wanita ingatlah satu perkara . Islam tidak pernah melarang untuk kamu berfesyen tapi islam melarang jika kamu berfesyen secara tidak patuh syariah .
Tak salah berfesyen , tapi ………..
* Pakailah handsock
* Labuhkan tudung
* Kaki itu aurat so kasi tutup la
* Jangan pakai baju adik
* Pakaian mesti mengikut syariat islam
” Yang Jauh Kita Dekatkan , Yang Dekat Kita Pereratkan ”
” Tanpa Ilmu Kita Layu , Tanpa Tarbiyah Kita Rebah ”
” Tinggalkan Dunya Sebelum Meninggal Dunya ”
Terima kasih.
– Hafiz Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment