Tuesday, 19 June 2018

Kawan Aku Pun Seperti Lili

PengakuanKu

Hai semua. Pertama sekali aku minta maaf kalau korang tak berapa nak dapat faham cerita aku. Sebab aku tak pandai bercerita.

Aku seorang kawan yang jaga kawan aku yang mempunyai sakit sama seperti Lili ceritaka . First time aku lihat depan mata aku dia bertukar-tukar watak sekejap jadi ganas. Sekejap jadi kanak-kanak yang suka menangis ,sekejap jadi kanak2 sekolah tadika. Demi Allah.. aku sangat sedih tengok dia macam tu masa tu. Dia berlawan dengan diri dia sendiri weh. Masa tu aku ingat dia kena rasuk. Sebab aku tak ada ilmu lagi tentang sakit mental . Dia pernah berubat dengan ustaz, ustaz tu cakap dia dah takde kena “gangguan” pun. Sebelum ni memang dia pernah kena rasuk. Lepas dari tu aku terus cari info banyak lagi tentang mental illness dan kebanyakan nya tentang depression dan DID sebab aku rasa curious. Aku anggap dia unik sebenarnya. Dia tukar-tukar watak dan yes! Dia tak sedar dia bertukar.

Aku suspek dia ada DID . Jadi kami bawa dia pergi hospital. Tapi masa bawa dia pergi psikitri doc diagnose dia dengan MDD. Lepas beberapa bulan dia still jadi camtu..bertukar-tukar watak terutama waktu dia sedih,stress atau marah. Doc diagnose lagi sekali. Dia BPD (Borderline Personality Disorder) r belum tahap DID lagi. Dia dah hampir setahun follow up dengan psikitri dan alhamdulillah aku nampak perubahan tu . Dari ada niat nak mati dia dah boleh control diri dia. Dia sendiri pujuk diri dia dengan watak yang lain cakap dekat diri sendiri dia nak hidup. Perubahan bukan secara drastik tapi alhamdulillah lepas dapatkan rawatan dia semakin boleh move on. Cuma, kadang memang mood swing tu tiba-2 boleh datang. Dia jadi nak marah2. Dia kena cakap kat aku something yang sebenarnya bukan dia maksudkan. Contohnya dia cakap dia benci aku. Tapi sebenarnya dia sayang aku cuma dia tak boleh nak sebut perkataan tu. Jadi halusinasi nampak ada dekat taman banyak bunga.

Aku ada banyak je nak cerita apa yang dia lalui tapi aku tak mampu nak taip panjang2 sebab hanya aku je yang tahu apa yang dia lalui sepanjang setahun aku jadi roommate dia. Dia perlukan support. Doakan aku kuat. Sebab aku nak dia sihat walaupun ambil masa. Aku sayang dia. Dia sangat baik orangnya.

Tu je aku nak cerita… Kesimpulan dia sebenarnya aku nak cakap.. bagi aku siti tu tak reka-2 pun cerita. Korang.. please. Banyakkan sikit baca tentang penyakit mental.. paling basic pun tentang depression. Serious aku cakap, tolong lah jangan cakap mereka ni lemah iman. Mereka sendiri taknak pun harm diri sendiri weh. Mereka bukan attention seeker. Tapi mereka ini perlukan support. Tolong la beri sedikit harapan untuk mereka. Mungkin dengan sedikit sokongan yang korang bagi tu merupakan penyebab untuk dia tak cuba bunuh diri atau mungkin penyebab untuk dia teruskan hidup.

Sampai sini je kot…maaf sebab tak berapa detail.. harap korang dapat la walau sikit. Apa yang aku cerita ni sebenarnya aku lalui ‘live’ depan mata yang hanya aku dan dia je tahu. . Buat kawan aku.. aku minta maaf kalau kau tahu aku sedang cerita tentang kau. Aku cuma mahu hentikan stigma. Apa pun jadi aku tetap sayang kau . :)

– Lipen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.