Kehidupan seorang penghidap penyakit “social anxiety”, kebimbangan sosial yang melampau.. menempuh hari2 biasa dengan penuh kerisauan dan keraguan.
Salah seorang penghidap itu adalah diri aku sendiri, aku menempuh hari2 biasa tidak seperti orang lain yang tidak kerap berasa takut. Kadangkala, perkara yang orang lain biasa lakukan seperti bercakap, bertemu, menegur, berjumpa dan sebagainya tidak dapat aku lakukan sedangkan itu adalah normal.
Aku seringkali, bila berhadapan dengan situasi tersebut akan menyebabkan aku mula gementar, jantung berdegup kencang, tangan bergetar, kaki tiba2 menjadi lemah dan badan perlahan2 sejuk. Pada waktu itu, aku tidak mampu berfikir dengan waras kerana akal menjadi bercelaru, mungkin kerana aku terlalu menfokuskan ketakutan tersebut.
Dalam situasi begitu, aku berharap supaya aku cepat beredar dari situ kerana risau jika dibiarkan kelamaan akan menyebabkan aku pengsan.
Aku tak tahu kenapa diri aku menjadi sebegitu, kenapa aku tak normal seperti orang lain? Ada masanya, aku berasa sedih.. kerana orang lain memandang aku ini seorang yang pelik dan ada yang telah memutuskan hubungan berkawan dengan aku.. kerana mereka tak sanggup menahan malu mempunyai rakan seperti aku.
Walaupun sebegitu, aku tak berdendam dan tak lama menyimpan marah kepada rakan2 aku.. kerana aku tahu, mereka sebenarnya tidak membenci diri aku tetapi cuma tidak menyukai penyakit yang aku hidap ini.
Aku cuba untuk ingat semula untuk cari apakah punca terjadinya penyakit ini, aku asalnya ialah seorang pendiam.. tetapi bukanlah seorang penakut. Malah aku pernah bercakap di hadapan kelas aku dan mendapat tempat kedua dalam kedudukan kelas.
Tetapi semenjak aku berpindah ke sekolah lain, jauh dari rakan aku semasa tingkatan 1, aku menjadi mangsa buli fizikal dan mental murid di sekolah tersebut.
Semenjak itu, aku menjadi “overthinking” dan takut untuk bersosial dan kesannya sampai sekarang.
Aku berharap suatu hari nanti, aku sembuh dari penyakit ini. Insyallah.. :)
– Naufal, 19
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment