Hai! Sekali lagi aku menulis di ruangan IIUM. Aku penulis confession GO AND SEEK HELP. Terima kasih admin kerana sekali lagi sudi menyiarkan confession aku. Kali ini aku ingin berkongsi mengenai AKU DAN SYAWAL 2018.
Syawal 2018 merupakan tahun ke-2 aku beraya tanpa Atok yang sangat aku sayangi. Perasaan aku ketika menghampiri Syawal sungguh pilu. Minggu-minggu terakhir Ramadhan membuatkan airmata aku mengalir tanpa henti. Hati aku semakin gusar kerana aku tidak sanggup menghadapi Syawal tanpa insan yang aku sayangi. Ya, minggu akhir Ramadhan, aku relapsed, depresi muncul semula. Aku mengalami insomnia, kesedihan amat mendalam, hilang selera makan, hilang berat badan, hilang fokus dan rasa ingin mati.
Syawal pertama tanpa Atok tidak sangat terkesan dalam hati kerana aku masih dalam fasa denial stage. Lagipun Syawal tahun lepas aku pulang ke kampung pada minggu kedua raya akibat kekangan tugas. Syawal kali ini aku mengambil cuti panjang, maka aku tiada pilihan. Aku dengan berat hati terpaksa pulang ke kampung.
Terlalu berat perasaan yang aku alami. Setiap hari berkecamuk dengan kenangan lalu, aku semakin murung meskipun aku kelihatan gembira ingin menyambut Syawal. Luaran seperti tidak sabar untuk berhari raya, hinggakan rakan-rakanku menegur aku kerana persiapan raya yang agak luar biasa. Padahal, setiap malam aku menangis. Setiap hari sebelum memulakan tugas, aku menangis dalam hati melihat foto-foto raya tahun terakhir aku menyambut Raya bersama Atok.
Aku kira, aku tidak mampu lagi menanggung berat beban emosi ini, lantas aku menghubungi Psychologistku. Walaupun sesi terapi aku bersama Psychologist di MENTERI pada hari esoknya, tetapi aku tetap ingin berjumpa dengan Psychologist yang sudah hampir setahun membantu aku.
Bertemu dengan Psychologistku, terus aku menangis dengan amat sangat. Kerana, hanya di depan beliau sahaja aku boleh menjadi diri aku. Di luar, aku berpura-pura mempamerkan emosi positif. Seperti biasa, beliau akan bertanya “ what’s going on? You look so sad, if you don’t mind, can you share with me?” Apabila beliau berkata begitu, aku menangis lagi kuat. Selepas beberapa ketika baru aku reda. Aku mula meluahkan apa yang aku rasa, apa yang bermain dalam fikiran. Selepas berdiskusi, aku mengeluh “ I don’t know…I don’t know what to do…” Beliau memberi aku dua pilihan. Dan aku perlu memikirkan pros dan cons setiap pilihan. Akhirnya, aku membuat pilihan untuk pulang ke kampung. Beberapa cadangan diberi oleh beliau, aku membalas “Yes, I will try…”. Selepas sesi terapi dua hari berturut-turut, aku rasa lega. Beban yang aku tanggung terasa agak berkurangan. Emosi aku mulai stabil, dengar lagi Raya pun aku tidak lagi menjadi sebegitu sebak.
Malam raya, selepas solat Isyak aku terdengar takbir raya berkemundang. Dada aku terasa berat tak terkata, jauh di sudut hati terasa amat hiba. Aku meletakkan tapak tangan kanan di dada dan berkata kepada diri sendiri, “takpa menangis, takpa sedih, aku akan hadapi semua ini, aku mampu. Menangis bukan tanda lemah aku lemah”. Sambil air mata terus mengalir di pipi.
Aku tiba di kampung 4 pagi. Nenek yang membuka pintu rumah. Aku hanya senyum dalam sebak melihat nenek. Aku hanya melelapkan mata seketika sebelum Subuh menjelma.
Di pagi raya, seperti biasa kami semua bersalam-salaman dan memohon maaf sesama sendiri. Dan acara fotografi pun bermula. Nenek mula mengesat-gesat airmatanya dengan saputangan yang digenggamnya. Aku terasa ingin menangis tetapi aku kuatkan diri dan bertanya “kenapa nenek menangis?” Nenek menjawab, “nenek gembira sebab semua berkumpul. Terima kasih kerana sudi balik”. Aku tersenyum kelat dan masa yang sama rindu terhadap Atok semakin kuat. Petangnya, kami melawat kubur Atok. Semua yang berada di situ mengalirkan air mata tetapi tidak aku. Aku tidak mampu mengalirkan air mata kerana perasaan sedih yang keterlaluan, dan aku teringat betapa kosongnya jiwa aku ketika mereka mulai menimbus kubur Atok tempohari.
Syawal 2018, Syawal kedua tanpa Atok, Alhamdulillah aku mampu harungi walaupun pedih kehilangan itu masih ada. Kesedihan aku menyambut hari Raya, hanya 3 orang insan sahaja yang tahu iaitu 2 orang Psychologist dan seorang Psychiatrist. Kata Psychiatrist, “Aidilfitri itu juga antara kita dengan Allah, dan semoga kita dapat menghayati makna yang lebih besar”.
HNN
MDD fighter
– HNN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment