Monday, 25 June 2018

Aku Bukan Islam

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca iium confession. di sini aku ingin kongsi satu kisah ttg diri aku. satu rahsia yang sgt besar dan kalau diketahui kenalan aku, mesti tak percaya.

aku x solat.

terkejut x?

aku x puasa. aku x suka baca quran. dan aku x teringin langsung nak tunaikan haji. rasanya dalam rukun iman tu, ucap dua kalimah syahadah je kot yang ak betul2 buat.

tapi, aku hormat orang tua, aku bersedekah, aku sebarkan positiviti, aku tolong orang dlm kesusahan, aku menepati janji. hmm, boleh tahan baik jugak lah aku ni. x lah jahat sgt pun.

secara luaran, aku nampak macam muslim yang baik. aku tutup aurat, aku x bergaul bebas jantina, aku x mencarut. dan yang paling penting, aku pura2 solat depan orang.

aku pun x tahu apa masalah aku. aku percaya kewujudan Allah dan kuasaNya. aku x sesat daripada rukun iman. aku mengaku aku islam. tapi entah lah.

aku sedar yang aku x tunaikan kewajipan sebagai seorg muslim ni sbb aku sesak dgn asuhan dan persekitaran aku semasa membesar. aku disuruh solat magrib setiap hari, kalau x, x boleh tengok tv. setiap malam jumaat, wajib baca yasin. disebabkan ibu bapa aku tidak pantau aku, aku asyik menipu dan jawab yang aku dah buat semua tu. lama kelamaan, jadi kebiasaan untuk pura2 solat. aku selalu kunci dalam bilik dan tunggu beberapa minit, ataupun mimik perbuatan solat kalau ada orang sedang memerhati.

masuk sekolah menengah, aku dapat sekolah agama. mula2 okay, lama2 aku rimas dengan peraturan2 yang pelajar kena ikut. wajib solat berjemaah setiap waktu, subuh kena pergi surau, kelas agama pada hujung minggu, tarawih wajib setiap malam ramadhan, terus pergi kelas prep lepas solat isyak (maksudnya ktorg pelajar perempuan ni ustazah suruh pakai tudung dalam telekung, jadi x perlu pulang ke asrama untuk tukar pakaian).

selain tu, aku juga menyampah dengan double standard terhadap kaum perempuan yang diterapkan di sekolah aku. contohnya, perempuan terima surat cinta dari lelaki dikira gedik. perempuan memberi respon terhadap senior lelaki yang mengorat dianggap salah dan berdosa, sedangkan senior lelaki yang mengorat perempuan diterima kerana mereka hanya ‘menguji’ kami. perempuan hendaklah jaga diri kerana lelaki hanya mahu mencari isteri yang suci murni. kebiasaanya, lelaki akan date dan ‘kotorkan’ perempuan untuk keseronokkan, tetapi akan berkahwin dengan perempuan yang baik. perempuan hendaklah menjaga aurat kerana aurat adalah previlage dan tatapan khas untuk suami. perempuan yang tidak pakai tudung adalah perempuan yang jahat dan patut dijauhi. berpoligami disarankan kepada lelaki yang bernafsu kuat. hmm, macam2 lah.

aku lagi menyampah tengok pelajar bajet alim. konon2 nya, muslimah dilarang bergosip tentang muslim. haram katanya! siap baca diari orang lain, dan dipanggil masuk ke bilik pengawas kerana meminati lelaki lain akan mendekatkan diri kepada zina. kata golongan bajet alim ni lah. paling x boleh diterima apabila dikhabarkan berita ini kepada sang lelaki yang diminati, dan akhirnya di ketahui ramai. hmmm, yang ni x haram pulak lah ye?

aku ni jenis rebellious, makin disuruh, makin membenci. tak tahu lah kalau ada lagi orang lain mcm aku yang benci diarah itu ini. pendekatan untuk aku sgt lain. kalau kau nak suruh aku solat, kau jangan paksa. kau kena bagi contoh yang baik untuk aku ikut, solat depan aku, bagi aku sebab untuk solat, beritahu aku keindahan dan hikmah menunaikan solat harian.

bila dah dewasa, aku sedar yang aku perlu berubah dan berhenti salahkan orang lain. kalau adik beradik dan kawan2 yang diberi asuhan mirip aku boleh solat, kenapa tidak aku? aku latihkan diri aku untuk solat setiap hari, aku buat jadual, aku berdoa dan terus usaha. tetapi, motivasi aku jatuh apabila aku sering dikritik. katanya, aku perlu buat perkara sunat juga semasa solat (contoh, baca surah selepas al-fatihah, berzikir), diperli kerana tidak solat sunat dua rakaat, tidak gemar solat berjemaah (aku rasa lebih tenang dan khusyuk solat bersendirian dalam bilik) daaaaan sebagainya. aku jarang membaca quran dab cuba jugak berjinak. tapi bila di paksa tadarus, ak dah tak rasa seronok baca quran.

akhirnya aku tewas.

ditambah pulak dgn orang persekitaran aku yang kuat agamanya, dan agak kuat paksaan mereka terhadap aku, membuatkan aku x berminat untuk mendekati islam. ibu bapa aku x benarkan aku untuk pindah sekolah kerana akan downgrade dr sekolah agama. ahli keluargaku sering menggunakan alasan ‘ada benda dalam badan’ apabila berlaku pergaduhan sesama kami. salah seorang adik beradik aku yang berkelakuan agak tidak normal dan mempunyai tantrum yang sgt teruk x pernah dirujuk ke hospital. sebab?

‘ada benda dalam badan’ dan kurang membaca ruqyah. apabila berbincang tentang depresi dan bunuh diri, pasti akan ada hujah ‘tidak ada iman, tidak percaya tuhan’. aku yang disahkan ada penyakit mental jugak disalahkan kerana x takut allah dan dilarang untuk berjumpa doktor. katanya aku perlu membaca quran lebih banyak. apabila nasib malang menimpa seseorang yang dianggap x beragama, dikatanya itu ialah balasan dunia dr Allah. apabila nasib malang menimpa orang yang dianggap beragamanya, dikatanya itu ujian untuk orang beriman. aku dilabel ‘menolak fitrah alam’ dan ‘melawan kuasa Allah’ kerana ingin memandulkan binatang peliharaan. aku dicop liberal kerana menentang diskriminasi terhadap kumpulan lgbt. aku yang x minat subjek sejarah & sirah di tegur kerana x sayang nabi. aku disuruh untuk belajar bahasa arab kerana arab ialah bahasa alquran. aku diasuh sejak kecil yang muslim sahaja layak masuk syurga.

sekarang, prinsip hidup aku ialah untuk berbuat baik dan sebarkan kebaikan. bagi aku, itu juga adalah sebahagian drpd ajaran islam. aku fokus untuk memperbaiki diri aku dan membantu orang lain. aku takutkan Allah dan neraka, tetapi sangat susah untuk memaksa diri aku beribadah. mungkin juga kerana aku malas.

luahan ini dikongsi untuk meminta pendapat pembaca2 lain. mungkin tips untuk rajinkan diri beribadah, nasihat yang berguna, pengalaman hidup masing2, dan apa2 sahaja sebagai motivasi.

kpd kwn2 lain yang dalam situasi yang sama (tidak kira agama), tuhan faham pergelutan kita dan amat penting untuk kita terus berusaha. aku doakan utk kita semua :)

– mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.