Assalamualaikum semua . Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku ini . Dah lama rasa aku tak menulis . Jadi aku akan terus fokus pada kisah aku ‘adik aku mencintai suami orang ‘ . Pedihnya masa mula mula aku dapat tahu perkara ni . Adik aku bernama Nani . Berumur 21 . Manis orangnya . Nani antara adik yg pandai dalam semua adik beradik aku . Lepas dia habis spm dulu , dia sambung belajar di matrik . Selepas setahun dia ditawarkan menyambung pelajaran di universiti di Serawak . Mak berat hati nak izinkan dia pergi . Abah kami dah tak ada , abah meninggal semasa nani tengah mengambil peperiksaan SPM . Adik beradik yg lain juga berat hati tapi akhirnya mak & kami semua izinkan juga nani menyambung pelajaran di serawak .
Yang menguatkan nani untuk belajar even jauh dari family , boyfriend dia . Ya , nani dah ada boyfriend di kampung . Masa tu yang aku dengar , bf dia bg semangat kt nani untuk belajar & bf dia berjanji akan selalu tunggu nani sampai nani habis study . Masa nani kat serawak , setiap kali cuti even cuti tu pon hanya seminggu nani tetap nak balik semenanjung . Tak tahu lah dia memang homesick ke dia rindu mak ke atau dia rindu nak jumpa bf dia . Aku selalu bising bila dia selalu sangat nak balik . Yela keluarga bukanlah orang senang mana . Tambang flight pergi balik bukan murah . Tapi mak selalu layankan je kehendak dia . Ye aku paham mungkin mak pon rindu nani . Dari tahun pertama sampai nak masuk tahun ketiga dah tak silap aku nani belajar di serawak . Alhamdulillah setiap kali result , nani dapat result yg membanggakan . Nani memang pandai memang cerdik . Lagipun aku tahu nani adalah harapan arwah abah .
Pada awal tahun haritu , nani bgtau dia ada petandingan silat di salah satu universiti di Shah Alam . Dia akan balik ke semenanjung & tinggal di Shah Alam untuk 3 ke 4 hari untuk pertandingan silat tersebut . Masa hari last nani di Shah Alam , mak datang dari kampung untuk berjumpa nani & menghantar nani ke airport . Abang aku yang sulung ada send di whatsapps group gambar masa mak & nani berjumpa di Shah Alam . Tetapi ada gambar seorang lelaki yang lingkungan umur 50an bergambar dengan mereka semua . Abang aku bgtau tu cikgu silat yang mengajar nani . Selepas dari peristiwa itu , kecoh rupa rupa nya lelaki tu suka pada nani . Masa tu aku buat tak kisah mana yela tak kan nani pon suka juga kat cikgu dia kan . Lagipun nani dah ada bf . Lama lama barulah nani bukak cerita yang dia sebenarnya tertekan dengan bf dia . Bf dia terlalu mengongkong even dia orang berjauhkan . Dia orang kerap bergaduh sampai nani kt sana stress sangat . Mujur dia masih lagi boleh fokus pada pelajaran .
Kata nani , sebelum nani ke Shah Alam haritu cikgu silat dia tu mengaku yang suka kat nani . Dia suka kat nani dari tahun pertama lagi . Cikgu tu selalu perhatikan nani . Nani kalau gaduh dgn bf dia akan ke tasik duduk sorang sorang . Cikgu tu perasan semua tu sampailah tiba tiba cikgu tu mengaku suka kat nani . Nani bgtau cikgu tu banyak tengokkan dia kat sana . Bawa pergi hospital kalau nani sakit . Bawak keluar makan .
Kadang kadang nani akan masak dan makan dengan cikgu tu . Satu hari aku dapat tahu nani dah putus dengan bf dia . Hubungan dia dengan cikgu tu semakin rapat . Yang lagi aku tak boleh terima , mak aku bg lampu hijau . Ya Allah ! Cikgu tu umur dah 50 . Ada isteri . Ada anak 3 ke 5 orang . Anak sulung tua setahun dari nani . Aku tak suka ! Aku tak nak nani jadi perosak rumah tangga orang . Aku benci ! Satu haritu nani bgtau cikgu tu nak datang merisik dia lepas raya . Aku mengamuk . Aku tak akan setuju . Yang aku dengar cikgu tu selalu mengadu kat nani yg rumah tangga dia dah 10 tahun bermasalah . Katanya pakai makan cikgu tu isteri dia tak jaga . Yeke ? Orang lelaki ni macam macam cerita dia boleh create biar orang perempuan ni kesian simpati .
Adik beradik aku semua tak setuju tapi aku je paling memberontak . Aku paling menunjukkan kebencian . Yang lain tak suka tapi sebab tak nak bg mak terasa dia orang ikutkan juga . Aku dah puas bercakap dengan nani nasihat dia . Even aku sendiri belum kahwin tapi aku tau alam perkahwinan ni bukan indah sepanjang hidup . Macam macam dugaan akan datang . Apatah lagi bermadu . Allah, nampak seronok sangat ke bermadu ni . Nani muda lagi , study pon belum habis . Apa yang nak dikejarkan sangat kahwin tu . Pk mcmmana nak habiskan stdy . Pk mcmmana nak balas budi keluarga . Dah kahwin nanti terikat dengan tanggungjawap . Ada suami , ada anak . Tu kalau madu tu terima kalau tak terima , tak pk ke apa akan jadi . Kenapa dari awal mak tak menghalang langsung . Boleh ke kita terus cakap ini takdir dia . Senang macamtu je ? Lagi satu aku nak tanya memang ada ke takdir kita ni dijodohkan dengan suami orang ? Tolong sesiapa jawap soalan aku ni .
Ye aku tahu aku sendiri belum tentu siapa jodoh aku . Aku sendiri tak tahu apa akan jadi dengan masa akan datang aku . Orang cakap jangan terlalu menentang takut kena batang hidung sendiri . Aku tahu tapi salah ke bila aku tak menyokong ? Salah ke aku usaha supaya nani dengan orng tua tu tak disatukan ? Kalau arwah abah ada aku yakin abah akan dipihak aku . Abah juga tidak akan restu hubungan nani dengan cikgu tu . Setiap hari aku tak pernah putus berdoa agar dipemudahkan jalan untuk nani agar dia tak tersilap memilih pasangan hidup dia . Setiap hari aku berdoa agar dibukakan pintu hati mak . Semalam adalah harinya dimana orang tua tu datang bawak cincin tanda . Dia datang seorang je . Aku memang tak ada sebab aku kerja kalau aku tak kerja pon aku memang tak akan tunjuk muka . Bila ada yang update beberapa gambar dalam group whatsapps , aku tak tahu kenapa aku terus rasa nak mengamuk . Aku terus left group . Kebetulan masatu dah masuk zohor , aku terus solat . Aku menangis semahunya .
Aku kecewa . Aku takut . Aku risau . Macam macam yang aku rasa . Habis kerja aku balik rumah sewa aku . Lepas asar masatu nak dekat pukul 7 , entah macammana aku boleh terlelap . Aku mimpi masatu kat kampung . Family aku baru lepas jumpa orang tua tu . Masa semua tengah bercerita , tiba tiba aku baling cawan kaca sampai pecah . Mak mengamuk . Teruk aku kena marah kena hamuk dengan mak . Mimpi tu mmg macam real sebab sampai sekarang aku ingat mimpi tu . Ttbe aku terjaga aku tengok jam pukul 7.10pm . Entah kenapa aku menangis . Menangis meraung raung mcm orang hilang akal . Makin aku cuba cooldown makin kuat aku meracau . Terlalu kuat aku merintih . Tiba tiba mcm ada yang bisikkan kat aku ingat Allah ingat Allah . Aku mengucap 4 5 kali kuat kuat then baru aku tenang . Aku tak tahu kenapa tapi silap aku juga sebab terlelap waktu macamtu .
Aku bukan suka suka nak menentang sampai terpaksa lukakan hati mak aku tapi aku yakin perasaan macamni Allah juga yang hadirkan . Mungkin perlu dalam ramai ramai ada yg tegas macam aku . Aku takde sebab kukuh yang kuat kenapa aku jadi smpi mcmni . Aku boleh je cakap , Ahh lantaklah bukan aku yang nak kahwin , ko yang nak sangat kan . Tapi aku taktahu kenapa aku takboleh biarkan macam tu je . Aku taknak nani kahwin dengan suami orang . Aku taknak dia jadi orang ketiga . Aku tanak nani habiskan masa muda dia dengan menjadi isteri orang sedangkan masa depan dia akan lebih cerah kalau dia fokus dengan matlamat hidup dia . Salah ke aku ? Aku memerlukan pendapat dari sesiapa yang membaca kisah aku ini . Doakan untuk aku sekeluarga . Terima kasih semua:)
– Maira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment