Saturday, 23 June 2018

Queen Control

PengakuanKu

Aku dalam keadaan tersentak sekarang. Penat jadi perempuan ni. Especially jadi perempuan melayu. Tak keterlaluan aku cakap antara kaum dan bangsa paling kejam dalam dunia ni adalah kaum lelaki berbangsa melayu. Mungkin ada lagi yang lebih kejam, aku tak mau tau.

Cerita aku macam ni, aku baru lepas over heard mentua aku bergosip kat dapur. Baru je 10minit lalu. Aku nak masuk dapur minum air, then aku dengar dia membawang, aku stop kejap to eavesdrop. Aku dengar ayat lebih kurang macam ni, queen control sangat sampai aku tak tahan tengok dia kena buli setiap hari, panas hati aku tapi aku tak gamak masuk campur hal rumah tangga orang. Mula aku husnuzon, maybe cakap pasal orang lain. Then makcik aku tanya, apa tah nama penuh dia, mentua aku sebut nama aku. Dari saat tu sampai sekarang aku teketar lagi. Speechless. Muhasabah diri. Betul ke aku ni queen control? Aku menulis untuk aku berfikir. Aku menulis di sini pulak untuk tengok feedback orang, betul ke aku queen control?

Aku kerja dah 5 tahun, gaji dalam 5k macam tu. Tak mewah, tapi cukup la makan, pakai apa semua. Berkahwin pun dah 5 tahun. Dari awal kahwin, peti ais panasonic inverter 10 tahun motor warranty tu aku beli, tv flatscreen samsung 40″ antena jenis V kena adjust setiap kali tukar channel aku yang beli cash, mesin basuh LG 15kg aku beli hutang 12 bulan 0% interest, proton persona putih aku beli hutang 5 tahun dah habis bayar, air cond 1hp midea aku pakai duit mak aku aku ganti balik bayar ansuran 6 bulan, segalanya lah aku beli. Semua aku senarai ni semua dia (laki) yang tunjuk. Yang bayar aku. Dia beli sofa L kat courts memot, hutang setengah tahun. Itu pun tetiba aku balik rumah hilang dah sofa bagi kat adik dia sebagai hadiah kawin. Boleh pulak.

Mula kahwin dia kerja. 2 tahun je. Lepas tu resign. Katanya, sampai bila orang melayu nak harap makan gaji??? Dengan nada tegas. Sedangkan bangsa lain pelajaran pun tak ada boleh pakai mercedes, bisness berjuta. Lembik mana sangat orang kita semua nak harap kerajaan?? I masters pon ada. Belajar tinggi – tinggi takkan tak boleh survive sendiri. Lalu dia resign dan berbisness. Setakat ni dah 3 tahun berbisness. Aku tak tau dia sorok mana untung “juta-juta” dia sebab so far aku tak nampak.

Laki aku ni jenis tak suruh tak buat. Nak harap dia volunteer tolong aku tanpa disuruh, anak tengah lemas pon dia takkan tolong. Aku ada 3 anak weh. Mana mampu nak handle sorang. Anak kecik pulak, yang num 2 dan 3 kembar. So apa2 aku kena suruh. Kalau aku tak suruh dia TAKKAN buat. Harap main handphone xiomi redmi dia tak habih2. Contoh kan, aku tengah bersiap, sementara aku bersiap tu boleh la dia mandikan anak, elok anak dah mandi aku boleh siapkan anak dan dia boleh mandi pulak. Kiranya tak buang masa la kan. Curi masa orang kata. Laki aku ni pulak kena suruh berkali2 baru buat. Suruh first time tu boleh la, u tolong i jap. Dah kali ke 5 suruh tu memang la naik 4,5 harakat ayat aku. Bila makin naik pitching tu, masa tu la mentua, adik beradik, sepupu sepapat, jiran2 pakat dengar. Masa aku suruh nada lembut selembut karpet tatami kilang karpet nilai saiz XL rm90 tak sapa pulak dengar kan.

Situasi lain, aku ni kerja weh. Balik cuti raya ada limit berapa hari rumah mentua dan rumah aku sendiri. Kebetulan masa balik kampung kena pulak jem teruk, jadi sampai rumah pagi esoknya. Patut 5 hari stay mentua, tapi sebab sampai lambat jadi 4 hari. So nak tak nak kena jugak balik on time aku nak kerja. Nampak tak aku yang decide stay kampung lama mana?? Tapi kau nampak tak decision aku dibuat sebab aku kena kerja membanting tulang empat kerat memerah kuderat demi keluarga.

Situasi lain. Aku ni jenis kena plan. Nak keluar beraya 4 rumah logik la keluar awal kan. Pukul 10 aku dan anak2 dah siap. Tungu laki aku tekodek2, tehegeh2 siap pukul 2 baru keluar rumah. By rumah ke 3 dah pukul 9 malam dah. Bila anak2 mengamuk, aku handle sorang2 sebab semua anak manja dengan aku. Dalam pada tungu dia siap berejam tu aku dah start lecture la kan. Suruh cepat siap nak gerak dah ni bla bla. So queen control la aku bila timing keluar ke mana2 aku yang set??? Kau rase?

Jumlah duit raya. Of kos la aku yang decide, duit aku kan??? Dah kenapa tarif duit aku orang lain pulak decide. Oh isunya sbb tak bincang. Duit aku, apa benda yang nak dibincangkanya. Pelik aku.

Tempat lawatan. Balik kampung konfirm aku akan set tempat menarik nak bawak anak jalan ke mana. Kalau nak harap si laki ni, pakai duduk rumah mengadap astron ceria lah dari pagi sampai malam. Salah ke aku bawak anak berjalan?? Kena cop control pulak planning tempat lawatan. Dah tu takkan nak duduk rumah je.

Penat la. Aku nk tido. Bye.

– Izah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.