Salam. Terima kasih min siarkan confession aku. Aku berumur 27 tahun. Beberapa tahun lepas aku disahkan oleh psychiatrist yg aku menghidap Major Depressive Disorder (MDD). Aku nak cerita sikit kisah hidup aku sampai saat aku menghidap penyakit tu.
Aku ada mak ayah dan aku anak bongsu serta tunggal perempuan dalam 3 adik beradik. Jarak aku dgn angah aku jauh gak dalam 12 tahun. Mase aku kecik, aku hanya tinggal dgn mak dan ayah aku je sebab along dgn angah aku dah pegi belaja jauh2. Kalau cuti panjang baru jumpa angah dan along aku. Aku byk membesar dgn mak aku sbb mak aku housewife. Mak aku sgt penyayang. Jaga aku sgt baik. Ayah aku pulak kerja. Jrg ada dkt rumah. Walaupun jarang ade tp kalau ayah aku balik mesti kami spend time together. Hidup aku bahagia sampailah umur aku 9 tahun. Ayah aku hilang job. Dan terpaksa cari job lain.
Kami berpindah ke tempat yg agak pendalaman di semenanjung Malaysia. Hidup kami berubah daripada rumah yg agak selesa sehingga ke rumah yg agak sempit dan teruk. Setahun lepas kejadian tu, ayah aku jatuh sakit. Ayah aku kene stroke. So bayangkanlah hidup mak aku drpd seorg housewife yg monthly dapat duit daripada ayah aku, skrg mak aku pulak kene tanggung keluarga. Abg2 aku masih belaja. Tu pun buat part time gak utk sara diri sendiri. Mak aku terpaksa jual goreng pisang tepi jalan. Mcm2 mak aku buat. Tp mak aku kan penyayang, walaupun die penat buat semua ni, die tetap layan aku dgn ayah aku dgn baik. Tapi itu yg zahir. Aku tak tahu apa tersirat dalam hati mak. Mustahil mak aku tak tertekan.
Sampailah satu masa, masa tu aku dah masuk skolah menengah. Ayah aku alhamdulillah dah beransur pulih dan dapat kerja. Walaupun gaji tak sebanyak dulu tp ok lah nak hidup. Dapat pindah rumah yg lebih selesa. Alhamdulillah. Aku fikir panas ni sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Walaupun fizikal ayah aku dah beransur pulih, tapi emosinya tak. Ayah aku jd sangat pemarah. Ayah aku tak pernah nak menyantuni aku sebaiknya. Ayah aku kalau nk cakap dgn aku mesti die nak marah. Smpai aku denga je grill rumah bukak (ayah aku balik), aku lari masuk bilik walaupun tgh makan. Mak aku?
Mak aku tgh menghadapi fasa menopause. Mak aku pun mood swing. Kesian mak aku, tak dapat support daripada suami dan anak2 (aku taktahu lg sebenarnya time tu mak aku perlukan support, abg2 aku pulak jrg balik). Tu pun belum lagi campur dgn stress yg mak aku hadapi masa ayah aku sakit. So nak dipendekkan cerita, mak ayah aku setiap masa bergaduh. Bertekak. Tengking menengking. Baling membaling. Asal ada je dekat rumah mesti bergaduh. Dan aku? Jiwa aku menangis memberontak setiap kali mak ayah aku bergaduh. Aku boleh terima lagi tak dapat layanan manja drpd ayah mak aku, tapi aku sgt terkesan kalau tgk mak ayah aku bergaduh. Aku tak ingat bila masa mak ayah aku boleh bergelak tawa bergurau senda sepanjang aku melalui zaman remaja aku.
Aku pernah cakap baik2 dgn mak aku supaya tak bergaduh, tapi end up aku yg kene marah balik. Entahlah, tapi hati aku sedih sgt. Tak ada perkara paling kecewa bg aku selain daripada denga mak ayah aku bergaduh. Suara mak ayah aku kalau masa bergaduh mmg kuat. Sampai lah aku developed anxiety terhadap org marah2. Aku dapat panic attack setiap kali org tinggi suara. Aku tak pernah cerita ape yg terbuku dalam hati aku pd sesiapa sbb aku takut jd derhaka sbb bukak aib mak ayah sendiri. Jadi aku pendamkan saje.
Sampailah aku hbs spm, alhamdulillah results aku boleh pegi jauh, aku dapat sambung belajar dkt universiti. Aku sedih nak keluar rumah tu tapi sebenarnya aku gembira sbb tak dapat denga mak ayah aku bergaduh lg. Pelik kan? Mana ada anak yg suka keluar dr rumah mak ayah. Tp aku begitu. Aku rs bahagia bila dapat sambung belaja dan berdikari di luar. Aku ingat aku boleh survive. Rupanya tidak. Setelah 5 tahun aku keluar daripada rumah untuk belaja, aku terkandas akibat aku mengidap MDD. Suasana pembelajaran aku memerlukan aku communicate dgn org ramai. Setiap kali aku communicate dgn org dan org tersebut tinggi suara, aku mula dapat panic attack aku. Sebenarnya aku tak tahu tu panic attack. Aku ingat aku ni jenis penakut je. Jadi aku biarkan. Terlalu lama aku biarkan, sampailah aku takut nak jumpa org, aku takut nak keluar rumah. Aku masih tak cari bantuan sbb aku ingatkan aku cuma penakut. Mcm ade org takut hantu. Haa aku fikir aku takut org. Perkara biasa.
Setahun aku menghadapi situasi tersebut, sampailah satu masa dimana aku langsung dah tak boleh tidur. Aku kalau dapat tdo, bile aku bgn, aku rs taknak hidup. Aku menangis tanpa sebab. Aku hilang selera makan. Aku tak pergi kelas. Yang lagi parah, aku tak nampak kenapa aku perlu hidup lagi. Aku tak boleh buat apa2. Aku tak boleh keluar rumah pun. Aku takut dgn orang. Aku takut dgn kawan2 aku. Lecturers aku. Aku takut org marah aku. Mujur ade seorg kawan aku perasan perubahan aku, dan die bawak aku jumpa Dr. Sejak lepas tu, aku ambil keputusan utk berhenti belaja walaupun sikit je lg nak hbs sbb aku tak mampu nak berhadapan dgn org.
Sekarang aku dah berkahwin dan dah pun mempunyai seorg cahaya mata. Alhamdulillah. Kisah hidup aku mengajarkan perkara yg sgt penting aku rasa. Setiap ibu bapa jgnlah sesekali bergaduh dihadapan anak-anak. Tekanan perasaan itu wujud. Tekanan perasaan boleh menghancurkan masa depan seseorang. Jgn pandang remeh kpd luka seorang anak yg membesar dalam keadaan hilangnya mawaddah dalam rumah tangga.
Org yg tertekan perasaan ini kite tak nampak dgn mata kasar. Aku tak pernah menampakkan aku tertekan jiwa. Aku sentiasa senyum gelak ketawa. Tapi hanya Allah shj yg tahu apa ada dlm hati aku. Aku tak pernah dendam atau marahkan mak ayah aku. Aku tahu mereka pun tertekan juga. Aku terima takdir aku begini. Dan aku ambil pengajaran daripada kisah hidup aku ni. Sampai skrg, aku masih belum sepenuhnya sembuh dari penyakit anxiety aku. Mohon doa kalian supaya aku sembuh dan dapat sambung belaja balik. Aku teringin sambung belaja. Tp lg penting, aku teringin nak bergaul dgn masyarakat.
– Sakinah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment