Monday, 25 June 2018

Cara-cara Jadi Orang Berjaya

PengakuanKu

1. Gunakan skill-skill akademik yg betul.

Untuk dapat result yang baik dalam akademik cuba perbaiki kualiti solat, fokus dalam kelas, guna sepenuhnya skill otak, jaga hubungan dengan guru dan rakan-rakan, jujur dalam peperiksaan jangan meniru. Kerja sekolah bagi saya tak perlu siap semua cukup untuk jaga hati guru sudah. Saya bukanlah pelajar terbaik di sekolah tapi saya antara pelajar yang dapat result yg cemerlang. Belajar ni bagi saya semua susah. Kalau awak rasa senang tu mungkin Tuhan bagi awak lebih bijak drpd orang lain kut alhamdulillah.

2. Jangan putus asa dan rendah diri jika tak perform di sekolah.

Kalau anda bukan seorang yg pelajar yg selalu dapat result yg cemerlang jangan putus asa dlm hidup anda. Saya ade seorang rakan yang hanya dapat 1A je SPM. Tapi dia tak putus asa dan ambik diploma dalam kejuruteraan. Kemudian sambung ke peringkat ijazah. Pernah beberapa kali fail dalam peperiksaan. Tapi sekarang dia dah bergaji besar bekerja di syarikat gergasi di Malaysia sbg Engineer bergaji RM 8 k sebulan. Sbb2 dia diterima dlm syarikat itu ialah dia ade bnyk pengalaman dan bagi komitmen sepenuhnya.

3. Setiap individu ada cara yg berbeza untuk berjaya

Ikutlah cara macammana untuk anda berjaya dalam kehidupan ni atas diri masing-masing. Saya ada kawan2 yang jenis tak jaga solat pun 5 waktu tapi boleh lebih pandai dan lebih berjaya drpd orang lain. Itu sebab dia betul2 rajin berusaha. Tapi bagi saya jagalah solat 5 waktu.

4. Niat yg baik menghasilkan kualiti.

Untuk menjadi lebih produktif dalam hidup ni dia bergantung kepada niat kita. Dulu sy selalu dapat result bagus sbb saya selalu tanam dalam diri saya yg sy nak jadi saintis Islam. Kalau boleh saya nak jadi sprt Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan lain-lain saintis Islam. Tapi bila dah masuk universiti dan pegang duit biasiswa, niat dlm hati saya mula berubah. Saya belajar bersungguh2 sebab nak dapat duit lebih banyak. Itu dah niat yg salah. Result sy drop drpd pelajar excellent kpd pelajar result cukup-cukup makan untuk lulus.

5. Bijak mengawal emosi.

Salah satu ciri-ciri orang berjaya ialah bijak mengawal tekanan dalam hidup. Sebenarnya semua orang ade part2 yg menyedihkan dalam hidup. Saya ade kenal gak seorang kawan Chinese yg selalu kena pukul dgn mak ayah di rumah tapi result dia sangat cemerlang di sekolah. Macamna dia kawal tekanan tu sy tak tahu tapi yg pastinya di sekolah dia seorg yg happy go lucky dgn kawan2 tapi di rumah dia murung. Ade ustaz cakap dalam mengawal tekanan dlm hidup ni awak kena ikut cara Nabi Muhammad. Sebab Nabi Muhammad SAW hidupnya penuh dgn ujian bermula dgn kematian ibu dan ayah kemudian mati pulak anak-anak lelaki.

6. Attitude sangat penting.

Awak nak tahu tak salah satu sbb org non Muslim lebih maju dan berjaya drpd org Muslim ialah sikap diorang. Diorang mungkin lebih jujur dalam perniagaan walau tidak sama akidah, lebih bersyukur, lebih jaga tutur kata dan banyak membantu org lain. Bila dah kaya diorang tak riak dan menunjuk dan hidup sederhana seperti orang biasa-biasa.

7. Budaya dan tradisi akan membentuk persepsi terhadap pencapaian hidup.

Kalau orang Melayu selalu cakap perempuan kalau belajar tinggi2 pun akhirnya ke dapur juga. Abang saya cakap kalau boleh taknak pilih isteri yang kerja lebih tinggi daripada dia. Ada gak yang cakap kalau belajar tinggi payahlah nak cari jodoh, kahwin lambatlah dan sebagainya. Kalau macamni la tradisi orang Melayu memang takdelah orang yg maju dlm masyarakat kita. Takdelah golongan professional dlm masyarakat kita. Kemajuan sesuatu bangsa itu adalah berdasarkan budaya dan tradisi masyarakat itu. Ade gak orang yg percaya tak nak pegi skolah sbb takut dibuli. Semua ni adalah persepsi dan kepercayaan yg bukannya fakta 100%. Sbb ade je student excellent yg kahwin di usia muda cepat je tu dapat jodoh.

8. Intelligence is just part of the success.

Tak perlulah rasa cemburu dgn orang yg lebih pandai drpd anda di sekolah. Orang putih kata kalau nak berjaya anda kena ade Grit. Malas nak terang grit tu ape cuba cari sendiri di internet. Orang yg plg pandai yg awak penah jumpa dlm kelas pun takkan slalu ade pengakhiran hidup yg penuh dgn kejayaan. Saya penah jumpa jgk dgn kawan yg jenis suka berbangga dgn result akademik dia tp last dia kerja biasa2 je.

Anyway ini semua hanya pandangan peribadi sahaja. Kalau anda ade pandangan yg tersendiri sila tulis di ruangan comment. Terima kasih. Saya akan terima segala kritikan baik dan buruk

– Pen Buruk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.