Aku penat. Tiada siapa yang tahu perasaan aku kecuali Allah swt tempat aku mengadu.
Aku seorang anak perempuan, anak ke 4 dari 7 org adik beradik.
Aku anak bongsu perempuan. Cuma punyai seorang kakak, dan dua abang, dan 3 org adik lelaki.
Sedari aku kecik, di bangku sekolah rendah sampai menengah, aku rajin meniaga barang2 kosmetik, avon, amway, and byk lagi direct selling stuff yang aku follow, janji boleh dapat duit, biaya belanja aku kat sekolah beli buku, byr yuran, ada lebih bagi kat mak aku.
Dipendekkan cerita, aku telah bekerja dan Alhamdulilllah, aku lah tempat ibu ayah aku mengharap, dan aku ajak mereka tinggal bersamaku kerana ku lihat abang-abangku hanya membiarkan kedua ibu bapa ku hidup terbiar dan jarang sekali dilawat walau jauh cuma 30 minit dari rumah-rumah mereka.
Umurku sudah mencecah 30 tahun pada tahun ini. Aku pernah mempunyai seorang teman lelaki istimewa yang aku kenal dari bangku sekolah. Seorang lagi ku kenali di alam kerjaya. tapi mesti tak lama. kedua nya (aku rasa) tak sanggup nak bayangkan hidup aku yang terlalu sibuk dengan kerja, keluarga, sampaikan last sekali makan minum aku pun kadang aku tak jaga betul. Aku jatuh sakit, pun aku boleh pegi kerja. Aku bileh dikatakan workaholic.
Aku kerja sebagai Pengurus Projek di sebuah syarikat oil & gas terkemuka di Malaysia.
Seumur hidup aku, aku selalu utamakan kedua mak ayah sebab aku x sampai hati tengok mereka diabaikan oleh abang2 aku kerana mereka sibuk dengan keluarga baru mereka.
Paling aku sedih, kalau tidak dapat membantu dengan wang ringgit, cukup lah bantu dengan masa. Jika keduanya pun tak mampu kau berikan, cukuplah sekadar kau bantu behave dan jaga words serta cara percakapan kau. jaga hati mak ayah. Tak dpt jaga hati mak ayah, janganlah lagi di belakang cuba cuba mintak duit mak ayah yang aku bagi setiap bulan..mana letak maruah seorang anak-anak lelaki? Joli sana sini ada duit. Nak belajar, nak byr yuran anak, x cukup duit tiba2.
Aku x mengeluh lagi. Aku stress dengan kerja aku yg kadang aku dpt tidur cuma 3-4 jam sehari. Kadang aku x dpt tidur langsung bila ada masalah teknikal di tapak projek.
Aku teringin berhenti dari kerja dan berhenti mengejar kerja di dunia ni semata tapi aku sedih dan sebak bila memikirkan siapa yang nak tanggung perbelanjaan keperluan mak ayah yang dah tua?
Tapi pada masa yang sama kadang aku pun teringin untuk ada orang yang sayangi aku jaga makan pakai aku sakit batuk demam aku dan terima aku seadanya. Jodoh aku Allah belum temukan lagi. Tapi kenapa adik beradik seperti tak memahami keadaan aku? Kenap seolah2 mereka layan aku seperti aku ni tiada perasaan tiada keinginan tiada life pegi balik kerja tidur. Jamgan kata nak keluar dengan kawan bersosial lepak ke apa, masa untuk aku tidur pun tidak pernah cukup. Kadang even masa cuti pun aku kena open laptop, on call sepanjang masa untuk handle isu2 di tapak projek.
Bukan aku tak pernah terfikir untuk mencari kerja lain..bila aku dah rancang, tetap terlepas peluang interview bila aku dah kena panggil tapi cuti tak ada, di situ jugalah ada isu2 teknikal yang amat memerlukan perhatian aku.
Kadang aku rasa sangat penat..dan sangat sunyi seperti tiada yang mengambil berat apa jadi dengan aku.
Aku cuma bersyukur Allah masih bagi aku kekuatan dan kudrat untuk kerja mencari rezeki halal. Walau payah, aku tetap teruskan perjuangan ini.
Setahu aku, agama tidak pernah mengajar untuk lelaki melepas tanggungjawab keluarga atau menjaga mak ayah kepada anak perempuan. Pun begitu, bantulah sedapat mungkin bukan lagi mengelak dan memberi bermacam alasan bila orang lain meminta pertolongan kecil. Hancur luluh hati ini bila melihat sampai sedemikian rupa lelaki bergelar abang dan adik-adik lelaki mengelak untuk membantu. Lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi imam dan tunggak harapan keluarga,tapi cuma menyedihkan dan sanggup membiarkan sahaja.
Pesan aku kepada semua lelaki di luar sana, jagalah hati adik perempuan atau kakak anda yang belum berkahwin dan menanggung keluarga mak ayah. Cukuplah jangan sengaja ditambah beban nya jika kamu tidak mampu membantu. Perasaan dia, tiada siapa yang tahu kecuali Allah Swt. Tidak bermakna dia diam dan senyum, dia suka dengan apa yang kamu lakukan.
– Razia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment