Bismillah,
sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak bagitahu aku buknlah seorang mahasiswi UIA tapi aku hanyalah seorang gadis yg menuntut ilmu di KUIS. Ermm, aku berniat buat confession kat sini sbb aku nak ia dijadikan amal jariah aku bila aku takde nnti. Okay, berkenaan tajuk aku tadi, aku nak cerita pasal cerita kegagalan aku. Cerita aku buknlah sehebat cerita Abraham Lincoln, Albert Einstein atau cerita anda yang mungkin lagi hebat dari saya.
Masa aku form 3, barulah aku kenal erti belajar lewat malam, fokus dlm kelas and berdisiplin dlm mengurus masa. And mungkin disebabkn doa ibu ayah atau kawan ii yang doakn aku, aku dpt 8A dlm PMR. Tapi aku kene buang sekolah, sbb ape ??? Mungkin korg akan cakap aku ni ade masalah disiplin kan ?? sebenarnye aku kene buang sekolah sbb aku dpt E dlm subjek Matematik and D dlm sains. Korg tahu tak kenapa aku buat betul ii masa PMR ??? sbb impian mak ayah aku nk aku jadi doktor, mungkin faktor aku adalah satu satunya ank perempuan diorang. Tapi impian aku lebur macm tu je. Dahlah kene buang sekolah sbb tak dpt capai target sekolah, impian mak ayah aku yang memang lebur habis, buat aku rasa fade up nak belajar. tapi alhamdulillah pihak sekolah terima rayuan aku untuk terus sambung belajar kat situ.
Start dari situ aku belajar betul betul subjek sains dgn matematik ni, and aku perform habis masa ujian. Alhamdulillah. Itu cerita PT3 aku, and aku tak sangka ujian Allah time aku SPM lagi berat dari ini. Masa SPM, aku belajar betul betul, orang kata tu pulun habis la. And tiap hari aku doa kat Allah supaya diberi keputusan yang baik and dapat masuk UIA. UIA adalah universiti impian aku dari kecil lagi. Tapi Allah bagi aku 2A je dlm SPM. Masa tu aku sedih sangat. Aku rasa harapan aku hancur lebih daripada pasir kat laut tu haa. Sedih wehhh, aku rasa cam nak pitam bila tengok result aku tu. Tapi mak aku still senyum tapi aku tahu dia sedih. Aku cuba bina balik keyakinan aku kat Allah, aku harapkan supaya Allah makbulkan doa aku untuk dapat masuk Uni, bukn UIA pon tak pe la asalkan dapat masuk Uni.
Tapi bila result UPU keluar, jelas depan mata aku perkataan GAGAL MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI terpampang depan mata aku. Ermmmm aku nangis sampai mata aku bengkak kot. Tapi alhamdulillah, aku dapat ditawarkan ke asasi di KUIS, hasil usaha aku akhirnya aku dapat biasiswa sepenuhnya dari start asasi sampailah aku habis degree. And saat aku naik pentas untuk ambil segulung ijazah, aku tengok muka mak ayah aku and saat tu aku tersenyum sebab aku rasa segala kegagalan aku bukanlah penghalang untuk kau berjaya. And alhamdulillah aku dapat ditawarkan kerja sebagai pegawai bank after aku graduated. Terima kasih Allah.
Cerita aku mungkin biasa tapi bagi aku cerita ni la yang menjadikan aku hebat, kadang kadang kita fikir kegagalan tu adalah pengahalang kita untuk terus berjaya tapi sebenarnya tidak. Ia adalah batu loncatan untuk kau terus berjaya. Just have faith in Allah. Bila kau penat belajar, fikirlah muka mak ayah kau masa kau naik pentas and ambil segulung ijazah. Bayangkanlah senyuman diorang tu, aku yakin korg akan rasa minat untuk belajar.
SEKIAN *senyum
– husna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment