Tak tahu bagaimana untuk bermula, tapi saya rasa ceritanya bermula dengan saya menolak vaksin untuk anak saya yang pertama, start hari tu bermula lah stress yang saya alami hingga sekarang.
Saya bukan menolak vaksin atas kerisauan status halalnya kerana pada saya jika ia menolak mudarat status halal masih boleh dibahaskan, dan saya juga bukan menolak vaksin atas kandungan mercurynya kerana pada saya dlam makanan kita yang lain juga ada banyak unsur tersebut, ambil dalam nisbah sikit jugak tidak mengapa yang penting cuba untuk makan makanan sihat terutamanya sayur dan buah2an organik serta makanan sihat lainnya untuk balancekan diet, dan kurangkan processing food.
Sebab saya menolak vaksin antaranya adalah:
1. Saya rasa vaksin tidak perlu kerana as long kita menjaga makanan anak2 kita dari makanan yang tidak sihat dan memberi makanan yang berkhasiat serta pemberian susu ibu yang konsisten kita akan boost immune system anak kita.
2. Saya tidak faham dan tidak setuju kenapa perlu masukkan bakteria atau virus yang dilemahkan kedalam badan budak yang dah tentu2 sihat.
3. Saya pernah bekerja dalam sektor racun perosak tanaman, jadi kita sentiasa akan lakukan penyelidikan untuk dapatkan racun baru atau concentration baru untuk perosak seperti bakteria, virus, fungus dan serangga kerana akan sampai satu tahap perosak2 ini akan immune dengan racun sedia ada, sama ada perosak tersebut akan jadi lebih kuat atau akan datangnya penyakit baru.
4. Saya pernah nampak aefi pada kanak2 seperti demam selepas inject dan meninggal, bengkak kelenjar di bawah ketiak, lebam hitam yang membesar selepas diinject.
Selepas saya menolak vaksin saya rasa nurse2 bagai cuba untuk menyusahkan saya antaranya:
1. Menyatakan luka jahitan saya terbuka dan saya yang ketika itu dalam keadaan berpantang kena ke KK cek jahitan, apabila doktor cek, doktor kata kenapa dia suruh jumpa saya sedangkan jahitan hanya tbuka sedikit sangat, masa tu saya rasa saya geram sangat, mungkin kalau doktor perempuan saya x rasa geram sampai macam ni sekali tapi disebabkan doktor tersebut lelaki jadi tension saya terbawa2 sampai sekarang.
2. Dikatanya anak saya ada umblical hernia, surat suruh ke HSI lepastu HSI kata kami tiada pakar tersebut, kena pergi HSA buat appoinment baru, Apabila jumpa doktor, doktor kata jangan risau benda ini akan hilang sendiri setelah setahun, kalau x elok baru jumpa doktor lagi, sedangkan anak saya masa tu baru umur 2 bulan normal lah kalau pusat terjojol, kenapa nurse dn doktor di KK x boleh bagi diagnosis yang meyakinkan seperti doktor di hospital, pendapat saya lepas saya serch pasal umblical hernia ni, dia hanya lah kekurangan yang simple dan x merbahaya malahan baby baru 2 bulan, masih terlalu awal untuk buat keputusan, kenapa mesti nak menyusahkan dengan kita yang masih dalm pantang dan suami terpaksa ambil cuti beberapa kali untuk kes seperti ini (maaf yang bekerja di medical line, xsemua yang begini).
OK 2 SEBAB DI ATAS INI LAH YANG SAYA RASA TRIGGERED TENSION SAYA PADA NURSE
Mengenai vaksin pulak Alhamdulilah saya tidak buat keputusan atas dasar kepercayaan dan bacaan saya semata2, saya telah berjumpa dua doktor yang saya percaya memang ahlinya serta beberapa jurnal yang saya rasa menambahkan lagi keyakinan saya kepada vaksin, sebab saya yakin adalah mengenai:
1. HERD IMMUNITY dimana kita boleh menjaga komuniti anak kecil kita dari penyakit berbahaya ini.
2. dan ada penyakit yang sangat bahaya seperti MENINGTIS dan DIFTERIA, penyakit yang sangat boleh bawa maut, jika kita terlambat untuk rawat. Saya takut saya terlewat.
3. Vaksin yang digunapakai di Malaysia stabil dan telah diuji selamat, walaupun dulu2 saya tahu bagaimana sejarahnya sebelum mereka dapat dos vaksin yang selamat, tapi sekarang saya percaya vaksin yang diguna pakai telah stabil, cuma saya belum yakin lagi dengan vaksin HPV (masih lambat lagi untuk anak saya remaja, ada masa lagi untuk saya bertanya kepada yang pakar)
4. AEFI walaupun ada, tapi peratusnya kecil, jika kita melakukan precaution selepas inject seperti tidak membawa anak ke tmpat awam selepas inject dan cepat2 boost immune system dgan breastfeed o makanan sihat yg lainnya insya allah selamat.
Dan sekarang Alhamdulilah anak saya dah dua orang, anak yang pertama lengkap vaksinnya, yang kedua masih tinggal dua lagi injection tapi….
SEKARANG saya STRESS kembali dengan NURSE bila saya check up baby saya dia marah saya, dia kata pertumbuhan anak saya x elok, graf pertumbuhan sama ada berat dan tinggi di kawasan kuning tapi BMI cantik, saya jadi pelik, mengenai tinggi saya rasa family belah ibu saya rendah dan suami saya serta familynya memang rendah normal lah kalau anak saya rendah tapi ya mungkin boleh diubah dengan pola pemakanan kerana ada kajian di jepun mengatakan rakyat di sana semakin tinggi mungkin kerana ada sedikit perubahan pola makanan tapi mengenai berat ada sedikit argue antara saya dengan nurse dia tanya awak bagi makan apa anak awak, alhamdulilah sebelumnya ada cek kakaknya, perrumbuhan tinggi dan berat cantik saya cakap anak saya yang 11 bulan ni sama je makan nya dengan kakak cuma nasi nya dilenyek, sayur, buah dan protein memang saya pastikan ada dalam menu anak saya, kadang jika ada rezeki lebih, yang organik dan fresh saya sediakan untuk anak saya, macam2 snek saya try dan anak saya memang pemakan orangnya, dia kata susu awak x cukup ni, saya jadi berang dengan nurse yang soal macam ni, pada saya susu adalah on demand baby dan saya memang pastikan anak saya 4 jam sekali memang saya susukan, dia xtau ke dengan cakap yang macam ni akan menyebabkan ibu x yakin dengan susu badan sendiri selepas itu beralih dengan susu formula, bila susu formula lebih memudahkan, ibu jadi selesa dengan susu formula, production susu ibu pulak akan berkurang.
Sekarang ni yang jadi masalah saya, saya asyik teringat2 peristiwa nurse sruh cek jahitan, dan kes umblical hernia anak saya tu dan pertengkaran kecil antara saya dan nurse mengenai berat badan anak saya, masalahnya saya x dapat tidur asyik fikirkan perkara ni, dah seminggu dah peristiwa ni, saya jadi benci nak ke KK, saya x tau lah saya ni ada masalah mental ke, kadang saya boleh menangis, kadang saya boleh termenung selama berjam2 dan peristiwa tu asyik berulang dalam fikiran saya. Kadang saya tengok muka saya kat cermin saya cakap kenapa orang asyik nak marah ak je, sebab muka ak hodoh dan membencikan ke, xsedap dipandang ke, sampai asyik nak kena marah je, betul2 sakit apa yang saya rasa ni, kepala saya sampai berdenyut2 memikirkan, dulu saya x macam ni, dulu saya ceria, aktif, suka bercakap depan audiens, tapi selepas kes anak saya tu saya perasan saya mudah stres dengan perkara2 kecil, apa saya perlu buat? Selain nurse, saya juga tak selesa untuk jumpa jiran, saya rasa takut untuk jumpa orang sebelah2 kenapa ye?tapi kat tempat lain saya ok, Ada orang kampung saya kata saya ada benda yang buat saya jadi takut nak jumpa orang2 ini, tapi saya x suka percaya tapi kadang2 saya terasa betul ke memang ada gangguan dalam diri ak? Biasa kalau begini saya akan cepat2 ambil wuduk atau mandi, kalau saya masih tension lagi baru saya akan solat dan baca quran tapi sekarang saya dalam keadaan uzur dan ia semakin menjadi2 terutamanya bila saya sorang2 anak dah tido suami dah tido, dan sekarang saya menulis untuk luahkan kesakitan saya, nampaknya kurang sikit, sekarang pun dah pukul 5 masa untuk kejutkan suami sahur.
Lagi soalan saya ,saya perlu jumpa dr psikatri ke? Kalau nak jumpa bagaimana caranya atau cukup hanya sekadar dekatkan diri dengan tuhan tapi tulah saya amat stress sekarang terutamanya dalam keadaan uzur ni..
-Hijau-
– Hijau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment