Friday, 1 June 2018

Cina Racist?

PengakuanKu

Salam. Terima kasih admin siarkan confession saya kalau tersiar.

Sebelum tu saya nak tanya, kenapa ek ramai fikir Cina ni racist, cina ni teruk, cina ni cuma nak rampas hak melayu je?

Sampai sekarang saya tak faham apa sebenarnya punca korang tak puas hati sangat dengan bangsa ni.

Ok, saya bukan nak besarkan kaum cina atau melayu saya cuma cakap dari segi pengalaman saya sepanjang berkawan dengan orang cina.

Saya dari tadika hingga ke sekolah menengah saya bersekolah di sekolah yang sepenuhnya melayu.

Bila masuk kolej Matrikulasi barulah saya ada kawan sekelas berbangsa cina. You know what? Kawan saya yang cina ni banyak bantu saya dalam pelajaran, diorang tak kedekut langsung nak share ilmu malah diorang siap share nota dengan saya. Bukan tu je, diorang boleh selamba je pakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki bagi menghormati waktu berbuka puasa atau hari jumaat . Kawan-kawan saya yang melayu pulak sibuk dengan geng masing-masing dan ada segelintir yang kedekut ilmu bila saya mintak ajar. Maklumlah saya bukan budak pandai.

Bila saya masuk universiti bidang medik, lebih 30% adalah bangsa cina , 10% india & the rest melayu. Sama jugak, yang cina ni banyak bantu saya dalam pelajaran. Saya tengok perpaduan diorang sangat kuat, tak ada pun saya tengok diorang bergeng-geng macam student melayu. Diorang buat apa pun sama-sama, helping each other.

Bila saya join group diorang, tak ada pun nampak muka tak puas hati malah diorang welcome lagi kehadiran saya. Tak macam kawan saya yang melayu, bila kita bukan dalam geng dia dibuatnya layan tak layan je. Haha pelik sungguh. Sebab tu saya lagi suka berkawan dengan cina. Banyak ilmu free saya dapat. Alhamdulillah..atas bantuan diorang,usaha saya & dengan izin Allah saya dapat jadi among the best student dalam bidang saya sebaris dengan kawan saya yang chinese.

Saya ingat lagi masa program anak angkat, saya dengan seorang kawan cina ditempatkan dalam satu keluarga melayu. Kawan saya ni jenis lucu-lucu orangnya. Releks je dia pakai kain batik mak angkat bagi pi masuk dapur tolong cuci pinggan mangkuk. Saya tanya dia, “u ok ke pakai kain ni?”
Dia jawab “ ok..ok i suka..senang mau jalan” jawabnya sambil ketawa.
Dalam hati saya sangat impress sebab dia tak ada pun nak kutuk budaya melayu.

Sepanjang program anak angkat tu, dia sangat helpful & banyak tolong kitaorang nak siapkan projek. Dia cakap dia happy sangat dapat hidup dalam keluarga melayu walaupun kejap sebab banyak culture & budaya baru yang dia belajar. Terharu di cakap macam tu. Mak angkat sayang gila kat dia. Menangis dia masa hari terakhir program anak angkat. Anak angkat kesayangan katakan..haha.

Bila saya masuk kerja pulak, kerja dengan rakan pelbagai bangsa. Mostly melayu & chinese. Tapi masa houseman, disaat senior melayu saya membuli saya dengan jayanya, disaat itulah kawan-kawan saya yang berbangsa cina & seorang yang melayu banyak back up & tolong saya. Diorang ambik alih tugas saya bila saya tak cukup tangan nak handle patient & diorang tak pernah berkira kerja. Paling tak boleh lupa, kawan cina saya tolong belikan makanan bukak puasa untuk kami yang muslim sebab tak sempat pi beli masa tu. Allahu masa tu rasa terharu sangat..mulianya hati diorang ni.

Kami kawan rapat sampai MO. Ingat lagi kawan saya tu , selalu membawang dengan saya pasal macam-macam hal. Haha. Habis dia cerita , macam mana dia kenal dengan wife dia kat church sampai la depa kahwin. Sekarang kawan saya tu dah jadi pakar bedah & bahagia dengan anak 2 orang. Tahniah bro!

Saat paling best bila ada seorang uncle chinese datang pada saya & tegur cakap “Dr kan yang rawat anak dia dulu?”

Saya pun tak ingat sebab katanya saya pernah rawat anak dia masa saya houseman 6 tahun yang lepas. Dia cakap dia terhutang budi sangat kat sebab banyak bantu rawat anak saya. Dah lama dia cari saya akhirnya jumpa jugak . Dia happy sangat dapat jumpa saya. Allahu..speechless masa tu. Saya rasa terharu sangat. Tak sangka dia ingat lagi walaupun anak dia masa tu dah meninggal. Bukan takat tu je, dia siap tunggu depan rumah saya & bawak hadiah tanda ucapan terima kasih.

Sebak pulak bila ingat balik kebaikan diorang. Sekarang ni saya dah bertukar tempat ke tempat yang majoriti melayu. Tapi saya tak kan lupa pengalaman saya bersama bangsa cina. Sebab tu saya cakap saya tak nampak bangsa cina ni racist tapi apa yang saya nampak kita yang melayu ni selalu pandang yang buruk-buruk pada cina ni. Melayu kita yang racist sebenarnya.

Contoh lain, saya rasa perbezaan ketara bila saya masuk kedai melayu & kedai cina. Bila masuk kedai cina punyalah ramah diorang layan sampai kita yang tak nak beli pun jadi nak beli. Siap bagi free gift lagi. Bila masuk kedai melayu pulak, seller pun dah masam mencuka. Tanya sepatah jawab sepatah. Pernah saya dimarah oleh penjual, saya mintak tengok barang tu, then dia cakap “kalau tak nak beli tak payah tengok lah!”. Uish terus saya sentap & blah dari situ. Dalah hsti terfikir, no wonder cina lebih berjaya dalam perniagaan. Customer service dia memang tip top.

Isu tebaru pasal tabung harapan malaysia yang kerajaan wujudkan. Di saat melayu kita dok berbalah pasal tabung tu, di saat itulah ramai bangsa cina yang sayangkan negara pi menderma kat tabung tu tanpa banyak soal. Paling memalukan bila saya tengok komen di fb ada seorang chinese cuba menenangkan orang-orang melayu kita yang sedang bergaduh kutuk mengutuk sesama sendiri. Dia pulak sarankan kita semua bersatu. Tak malu ke?

Lim Guan Eng yang korang label sebagai racist no 1 di Malaysia, lihatlah kat Penang, hutang 0% malah peruntukan untuk orang-orang melayu islam kita diberi 2 kali ganda berbanding kerajaan sebelum ni. Orang Islam tak ada masalah nak tunaikan solat. Malah azan pun boleh 2 kali waktu subuh. Sekarang dia jadi menteri kewangan melayu kita bising cakap bagi cina pegang ekonomi tapi lihatlah cina tu la yang cuba nak selamatkan ekonomi negara yang kian runcing sekarang ni. Paling tersentuh hati bila LGE cakap “im not chinese, im malaysian”..see dia sendiri mengaku yang dia anak malaysia.

So , dah-dahla melabel cina ni racist & jahat . Lihatlah bangsa kita sendiri dulu sebelum mengata. Kalau beginilah gaya orang melayu kita bergaduh dan berpecah belah, tak hairan kalau one day ekonomi kita dimonopoli oleh bangsa lain sebab diorang lebih bijak & bersatu. Jangan sentap sebab ini lah realiti..

Bersatulah semua bangsa sebab kita semua rakyat Malaysia.

Sekian

– Anak Malaysia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.