Assalamualaikum warga iium confession, moga kalian sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Dan terima kasih admin sebab siarkan confession saya:)
Di sini saya nak kongsi satu pengalaman pertama saya dalam percintaan, yang pada saya ada pahitnya dan ada manisnya, tapi pada saya yang pahit itu hilang, yelah sebab pertama kali bercinta, semuanya jadi manis. Ceritanya bermula pada tahun lepas, saya mula mengenali seorang lelaki, di satu tempat kerja. Tempat kerja yang baru saja saya memulakan karier saya. Sepanjang saya bekerja di situ, kami tak pernah bertegur sapa, dan saya pun tak perasan pun akan kewujudan dia. Di sana saya rapat dengan seorang kakak, sangat rapat. Kebetulan pula, kakak tu rapat dengan lelaki tersebut. Mula bibit perkenalan kami melalui orang tengah, iaitu kakak tersebut.
Pada awalnya, saya yang mula dulu. Sebab dia ni seorang yang pemalu. Nak dengar suara pun susah. Pada saya, tak salah menjadi seorang perempuan “perigi mencari timba”, tak salah untuk mencuba.
Perkenalan kami ni pelik, sepanjang kami berkenalan, kami hanya bertegur sapa melalui mesej. Kalau berhadapan, beberapa patah kata sahaja. Dia ni sejenis yang sangat sibuk orangnya, dan mungkin agak pemalu. Jadi, memang saya yang akan memulakan dahulu. Pada mulanya, semuanya seronok, bahagia. Walaupun segala mesej saya dibalas lambat, tapi saya cuba untuk faham dia, faham kerja dia. Lama2 saya sudah terbiasa. Sudah lali mungkin. Mesej2 kami hanya berunsurkan bertanya khabar, meminta nasihat, bergurau senda, share masalah, sedikit pun tiada unsur perasaan di situ. Saya tak tahu untuk akan perasaan dia waktu tu, suka ataupun anggap biasa. Macam saya, biasalah, kalau perempuan ni hatinya mudah terusik, melihat kebaikkannya pun sudah jatuh hati. Alahai. Mudahnya jiwa seorang wanita ni untu jatuh hati.
Baiklah, tiba satu masa, saya dapat tawaran untuk sambung belajar, saya pergi demi menggapai cita2 saya. Tapi, kami masih terus berhubung melalui mesej sahaja. Call tidak, kerana saya ni jenis menjaga batas. Setiap kali cuti, saya akan pergi melawat dia di tempat kerja kami. Ya, layanan dia terhadap saya sangat baik, sehinggakan saya merasakan dia ada perasaan pada saya. Tapi, masih tiada unsur luahan perasaan di situ. Jadi, saya cuba untuk anggap tiada apa2, sedangkan hati ini sudah menanam rasa sayang yang mendalam. Sepanjang perkenalan ni, saya tidak ceritakan pasal ni kepada ibu saya. Pada saya, kalau belum pasti, buat apa mahu cerita.
Tiba2, satu hari, saya terdetik untuk menceritakan kepada ibu saya. Ibu saya menerima dalam keadaan biasa, namun jelas di wajahnya kurang selesa dengan apa yang saya ceritakan, kerana ibu saya risau, jurang umur antara kami tersangat jauh. Lebih dari 10 tahun. Ibu minta saya hentikan, kerana takut lama2 akan menanam harapan yang tinggi. Sedih, memang sedih. Kerna rasa sayang dalam hati ni sudah mula bercambah. Namun sebagai insan yang belum berkahwin, saya wajib patuh apa yang ibu saya katakan. Takkan disebabkan orang luar, keluarga saya abaikan.
Awalnya, saya mula menjauhkan diri. Tapi, hati ini selalu meronta, untuk berterus terang. Saya cuba untuk fikir rasional tanpa bermain perasaan. Ya, saya terus terang dengan dia.
Alhamdulillah, dia terima dengan hati yang terbuka. Cuma saya yang sedikit sebanyak susah untuk menerima. Sehingga sekarang saya masih tertanya2 akan kesihatan dia, apa yang dia buat, cuma terbatas, hanya mampu berdoa dalam hati. Hendak mesej, takut masalah lain pula timbul. Tapi, jauh di dalam hati ni, masih punya rasa sayang, namun apakan daya, mungkin tiada jodoh antara saya dan dia. Mungkin Tuhan itu aturkan pertemuan kita dengan sebab tertentu. Cuma setiap hari saya berdoa agar doa ditemukan jodoh yang terbaik, solehah. Ya, kita merancang, Tuhan menentukan. Moga Tuhan hadirkan yang terbaik untuk kita. Sungguh, saya masih merindui kita yang dahulu.
P/s: jangan letak harapan terlalu tinggi. Lagi tinggi harapan, lagi sakit jatuhnya.
Sekian sahaja luahan hati saya. Maaf admin dan awak semua.
– Rindu dari jauh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment