Sunday, 24 June 2018

Dilamar Perempuan

PengakuanKu

Salam sejahtera. Terima kasih kepada admin sekiranya artikel ni disiarkan. Nama aku Kadir, umur 23 tahun dan sedang menuntut di tahun akhir di sebuah IPT di Malaysia. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Baru-baru ini aku telah dilamar secara tak formal oleh seorang perempuan, classmate aku sendiri. Kami satu kelas tahu dia menyimpan perasaan terhadap aku sebab dia memang seorang yang terbuka.

Mula-mula aku fikir dia cuma bergurau sebab kami sekelas dan dah lama berkawan, namun selepas lebih kurang setahun, dia akhirnya menyatakan kesungguhan dan keseriusan dia. Sepanjang setahun itu jugaklah aku tidak endahkan lamaran, pick up line dan segala macam kata-kata mengurat daripada dia, sebab aku betul-betul anggap dia bergurau. Aku ada nampak usaha dia, bawakkan aku makanan dari rumah, offer pertolongan untuk aku dan luahkan keterbukaan dia depan pensyarah kami sendiri. Kawan-kawan yang tahu tentang kami semuanya pujuk aku untuk terima dia tapi aku cuma pekakkan telinga je. Pada aku, dengan usia yang masih muda ni aku tak nak fikir lagi tentang cintan cintun, kawin atau couple. Aku cuma nak habiskan pengajian aku, dan bantu keluarga aku yang masih memerlukan khidmat aku.

Sebab utama aku menolak lamaran dia adalah sebab latar belakang kami yang sangat berbeza yang buatkan aku berasa rendah diri. Dia anak orang berada, ibu bapanya berpendidikan tinggi, kerja bagus bahkan punya pengaruh dan dihormati di daerahnya, neneknya pula orang kaya dan mempunyai banyak harta, saudara mara pula kebanyakannya orang yang berada dan kuat pegangan agama. Malah dia sendiri pun sangat disenangi oleh rakan-rakan di IPT sementara aku ni banyak kali kena cakap belakang oleh member sendiri hahahaha.

Keluarga aku? Sangatlah bertentangan dengan keluarganya. Ayah aku dah meninggal 14 tahun lepas, ibu aku dulu sekolah tak sempat habis, tidak pernah bekerja, cuma ambik upah buat kuih kecil-kecilan tapi sekarang dah berhenti sejak kakak aku kerja, kakak dan abang aku kerja biasa-biasa saja, kalau nak dicampur gaji kakak dan abang aku belum tentu boleh menyamai gaji bulanan ibu si perempuan tadi. Arwah ayah tak ada tinggalkan harta untuk kami, yang ada cuma sebuah rumah usang yang perlu dibahagi untuk 11 orang (adik beradik aku ada 11 orang, 4 dari ibu yang sama, 7 dari ibu yang lain, dan 7 orang lain tu tak beri perhatian pada kami). Saudara mara aku juga berpecah belah, kurang bercontact, malah ada yang pernah menjadi banduan dan beberapa lagi aib yang aku tak boleh ceritakan di sini. Keluarga aku sekarang masih dibebani hutang dan ada banyak kekurangan yang mana aku harap bila aku dah bekerja nanti aku boleh tolong pulihkan keadaan keluarga aku. Memandangkan abang kakak aku bergaji kecil, maka aku memang menjadi harapan dalam keluarga aku, untuk melangsaikan hutang, untuk mendapatkan kereta pertama keluarga kami dan untuk beri ibu kami rasa kesenangan selepas lebih 10 tahun membesarkan kami adik beradik seorang diri.

Aku cemburu tengok keluarga dia yang pada mata aku hampir sempurna, dengan kasih sayang, pegangan agama dan harta. Aku nampak dia dibesarkan dengan kesenangan dan kasih sayang, sementara aku diajar untuk berjimat dan survive dari kecik, ibu aku sendiri kurang bagi perhatian pada aku. Memang keluarga kami bagaikan langit dengan bumi. Aku bukan malu, cuma aku rasa rendah diri. Lagipun sekarang aku memang langsung tak ada perasaan terhadap dia walaupun dah beberapa kali dilamar sebab aku rasa kami berdua memang tak sekufu. Aku bimbang jika aku terima lamaran dia, aku akan dipandang rendah oleh keluarganya atau aku sendiri yang akan rasa rendah diri bila berada dalam kelompok keluarganya. Aku tak pernah bagitau dia tentang keluarga aku, bahkan kawan-kawan aku sendiri tak tau macam mana keadaan keluarga aku, macam mana aku dibesarkan dan kenapa aku tak menerima lamaran dia. Dan sekarang ni aku sedang fikir macam mana aku nak tolak lamaran dia dengan berhemah, tanpa aku perlu cerita tentang keluarga aku. Aku harap, jika artikel ni disiarkan, ada beberapa pembaca yang sudi nasihatkan aku dan bagi aku ilham macam mana aku nak bagi dia lupakan aku, sebab aku memang tak layak untuk dia. :(

– Kadir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.