Tuesday, 31 July 2018

Ibu Yang Tidak Ternilai Pengorbanannya

PengakuanKu

Aku adalah seorang guru matematik.Selama 35 tahun aku mengajar di sekolah menengah.Mengajar matematik bukannya senang,kerana ramai pelajar tidak minat mata pelajaran ini.Namun aku mencipta berbagai inovasi supaya mereka mudah memahaminya, menggunakan bahan maujud dan software terutama GSP (geometer skecthpad).Aku mendapat berbagai anugerah.Anugerah guru bistari ppd,anugerah guru enovatif peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.Aku cuma lulusan maktab yg bergaji tahab SPM.Selepas aku belajar di salah sebuah sekolah asrama penuh aku mendapat tawaran ke UPM namun kerana kemiskinan dizamanku aku terpaksa mengikuti kursus perguruan di MPSI sahaja.

Pada tahun 1981 gajiku hanya rm480 sahaja.Aku membaiki rumah org tuaku dan membantu mereka menjaga 6 adik2.Susahnya hidup ketika itu,namun aku beri wang setiap bulan kpd org tuaku rm 80 .Di sekolah aku mengambil tugas dalam semua bahagian; disiplin,kaunseling,tazkirah dan guru motivasi.Aku juga pandai memasak,jika ada apa2 jamuan aku ada ada tugasan yg diberi.Guru matematik selalu dimarahi dan tertekan dari muda hingga tua terutama apabila keputusan peperiksaan merudum.Aku selalu berpesan kpd anak2 jangan jadi guru matematik. JADILAH GURU LUKISAN,GURU PJ atau subjek2 yg mudah yg tidak penat berfikir kerana pada zaman cyber ini kebanyakan pelajar2 sudah malas berfikir.Penatnya untuk memberi kefahaman kpd mereka.Kadang2 aku berfikir tidak adilnya dunia ini apabila pengetua selalu marah dan menekan kami guru2 matematik sedangkan guru yg mengajar mata pelajaran lain tidak tertekan seperti kami.

Namun rezekiku murah aku di jemput untuk menyampaikan ceramah matematik ke sekolah2,untuk guru2 dan pelajar2.

Aku cuba berbagai cara untuk mengelak dari berhutang, mebuat kueh roti dan kek juga menjahit pakaian sehingga 3 jam sahaja aku tidur dalam sehari.

Seksanya hidup bila bergaji sedikit.Oleh kerana cita2 utk mendapat Ijazah belum kesampaian aku telah menyambung pelajaranku di OUM hinggalah aku mendapat IJAZAH DALAM BIDANG MATEMATIK pada tahun 2008,ketika itu anak2ku 7 orang sudah besar semuanya,dapatlah juga aku merasa kepuasan menerima segulung ijazah.

Berbagai kepahitan hidup aku lalui tambah pula suami ku diserang penyakit strok sejak tahun 2006.Pada tahun 2003 aku terpaksa pencen awal kerana menjaganya.

Ringkas dan pendekkan cerita suamiku telah meninggal dunia pada tahun 2015.

Akulah yg menjaga Anak2ku semuanya.

Ibu dan ayah mertuaku telah memfaraid semua harta2ku yg BERNAMA suamiku,miskipun mereka kaya raya nasib baiklah rumah ini NAMAku, kalau tidak kemanalah kami hendak berteduh.Wang pencen suamiku rm 100k yg telah diwariskan kpdku utk menjaga anak2 semuanya mertuaku minta faraidkan juga, dgn linangan air mata aku berikan semua yg mereka mahu.

Kini aku sebatang kara menjaga 7 anak2ku.Syukur aku dapat menghantar mereka semua ke pusat2 pengajian tinggi.Anak bongsuku baru sahaja masuk UITM dua minggu lepas.

Pihak keluarga suamiku sudah tidak bertanya khabar setelah mendapat wang faraid hampir 30k. Namun aku tetap bersyukur dan bersabar atas segala penderitaan ygku tanggung.Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Derita itu tidak selamanya.Allah memberikan anugerah yg lebih membahagiakan apabila kita tabah menhadapi ombak dan badai.PERCAYALAH, hidup kita tenang dan anak2 kita di berkati semuanya.Tidak rugi kita bekerja lebih dan tidak rugi kita menjadi guru yg bersungguh2.

Sekarang masa pencenku cukup indah.Aku tiada masa yg sia2.Ilmu yg aku belajar di pondok masa remajaku aku praktikkan semuanya.Aku fasih mengaji Al-Quran , malam aku bangun tahajjud dan aku mengaji tafsir Al-Quran hingga hari ini.

Aku mencari kebenaran sejak kecil dan aku dapat kebenaran itu.Aku tidak puas berlama2 sujud,aku tidak puas membaca Al-Quran bahkan aku bertambah tenang dalam segala hal miskipun berbagai masalah yang menimpa.

Dunia ini sekejap,namun aku mengambil dunia ini untuk pengurusan hidupku dgn manusia untuk kembali kepada Allah tanpa hutang.Tanpa hutang dgn manusia dan terus berusaha agar aku juga tanpa hutang dgn Allah. Aku bersyukur kerana masih sehat untuk meneruskan sisa hidupku.

Aku mendoakan semoga orang2 pencen tenang sepetiku di mana kita bersedia untuk menempuh saat kematian kita dgn tenang.

Wanita hari ini menanggung banyak perkara yang tidak boleh di luahkan Nun jauh dalam sanubarinya.Dia mengalami tekanan yg amat dahsyat, tempat yg dia boleh curahkan deritanya hanyalah kpd YG MAHA ESA.Sukarnya untuk berkongsi masalah dgn org lain.Jarang manusia yg boleh memahami kecuali dia sendiri pernah menghadapinya. Walaupun orang itu berpelajaran tinggi tambah pula yg bodoh dan orang yg tidak ada simpati dalam hidupnya.

Jika isteri sakit suami boleh kahwin lain tapi kalau suami sakit isterilah yg menjaga dan menanggungnya.KALAU SAKIT HINGGA 10 tahun hanya semut dan nyamuk,lipas dan lalat saja yang datang melawat.

Walau berkupiah berserban setiap waktu ke masjid belum tentu datang kongsi bersama menjaga anak atau orang yg dia bertanggungjawab di dalam ajaran islam.Maksud saya jika suami ada ayah ibu saudara mara sepatutnya kena datang membantu menolong uruskan sisakit.Tapi apabila si sakit meninggal datanglah orang2 tadi untuk memfaraid hartanya.Konon dia berhak sbb ayah ibu atau adik beradik laki2 si mati mempunyai bahagian masing2.Kadang2 harta si mati tadi dibolot kesemuanya sedikit pun tidak diberi kpd isteri atau anak perempuan.

Saya nak kongsikan dua perkara yg menarik di sini.

1.Laki2 yg sakit strok,kencing manis yg terok, sakit jantung yg sudah parah janganlah kita ingat mereka sudah tidak ada nafsu sex lagi.Inilah kesilapan besar org yg tidak memahami siapa orang sakit.Mereka ini tetap mahukan sex,yg tua cara tua yg muda cara muda.

Sekarang kita cuba memahami derita isteri yg menjaga si sakit ini.Selain dari penat mencari nafkah menjaga anak2 dialah yg membasuh kencing dan berak si sakit.Paling seksa lagi sisakit tadi minta dua kali sehari untuk bersenggama. Mereka ini sudah tidak ada POWER. Kononnya isteri kena taat dan kena beri apabila suami meminta nak melepaskan nafsunya.Kalau suami sehat tetapi tak sampai CLIMEX pun kita perempuan macam nak gila sakit kepala bagaimana dgn orang sakit itu yg tahan hanya 5 minit.

Sisakit pun tak puas si isteri pun stress.MASA SAKIT YG BEGITU LAMA DI TANGGUNG maka ramai isteri yg lari atau menghantar suami ke rumah orang tuanya.Maka orang2 pun mulalah memburukkan isteri dgn berbagai caci maki, berbagai fitnah langsung tiada siapa memahami hatta/ walaupun anak sendiri.Ibu mertua,ipar duai jauh sekali yang cuba untuk memahami.MAKA ISTERILAH YANG MENANGGUNG BERBAGAI DERITA.

Jiranku mengandung sedangkan suaminya strok.Seharian dia pergi mencari nafkah untuk menyara hidup keluarga dan membeli ubat untuk suami.ORANG MENUDUH BERZINA DGN LELAKI LAIN.Setiap kali suami nak sex dia menarik isterinya dan terpaksa isteri akur.Nah, cuba kita fahami bagaimana deritanya isteri.

Satu lagi kisah jiran suaminya kemalangan jalan raya.Suaminya menarik masuk tandas utk melakukan sex sewaktu dia menunggu di hospital. 7 kali sehari nak sex.Lalu isteri meminta cerai kerana tidak mampu menanggung.

Satu lagi kesah seorang tua yang sakit terlantar,bibit yang nak memakaikan pempers meraung terkejut ngeri bila ZAKAR orang tua itu tegak berdiri.

Aku bukan hendak membuka aib sesiapa tetapi dgn hati sedih dan pilu dalam derita aku menjaga suami strok 10 tahun,siapa pun tidak tahu deritaku.Aku bukan gila nak cari laki2 lain nak sex tetapi teramat stress dgn melayan dan menjaga suami.Tahun yg ke 8 suami ku strok aku dah tidak mampu melayan kemahuan sexnya.Selalu dia mengamuk nak balik ke rumah ibubapanya di sebbkan aku tidak tidur dgnnya lagi.Aku sudah geli dgn pampers kencing beraknya utk melayani nafsunya dgn berbagai CARA.

OH SUNGGUH TRAGIS HIDUPKU NAMUN TIADA SIAPA YANG SIMPATI.Keluarga mertuaku memaki hamun anak2ku yg telah pergi mengambil ayahnya. Aku telah meminta kawannya menghantar KE RUMAH ibuayahnya pada satu malam ketika dia datang ke bilikku waktu aku solat.Aku sudah tidak tertanggung lagi.Suamiku strok tetapi dia boleh berjalan sekadar2nya kerana aku mengurutnya dua tiga kali sehari.

Fikirlah wahai orang2 yang telah mencercaku yg telah menunjuk SMSku kpd anak2ku….”NI LIHAT MAK MU BUKA AIB AYAHMU”……aku telah di burukkan dgn berbagai fitnah,,habiskan duit suami, dah habis duit tak mahu jaga LAKI.Anak2 ku sendiri pun sudah mula membenciku kerana di maki hamun satu jam lebih oleh keluarga mertuaku menghentam diriku dgn berbagai sumpah seranah.

Aku bukan nak melepas dendam dalam tulisan ini tapi dgn ikhlas hati utk memberi kesedaran kpd orang lain agar memahami si sakit dan penjaga si sakit.Kita ingat orang sakit terlantar dan orang yg menjaganya penat menjaga berak kencing sahaja, tapi tak pernah terlintas di benak kita ada antara isteri yg menjaga suami terlantar itu sakit jiwanya sengsara batinnya.SEKARANG BARU AKU SEDAR DAN FAHAM mengapa ada isteri yg lari apabila suami strok.Dulu aku ingat orang strok ni garang,baling gelas baling pinggan mangkuk,baling pempers yang kita nampak itu sahaja tapi rupanya di sebalik garangnya itu ada sebab, kerana dia sudah tidak mendapatKEPUASAN SEX, itulah hakikat yg sebenar .Benar2 aku faham setelah aku sendiri mengalaminya.ALLAH MAHA TAHU MAHA KUASA MAHA ADIL.Wahai orang yg bernama PEREMPUAN bersedialah dirimu dgn duit.Supaya kita boleh mengurus suami dan anak2 dan diri kita bila kita tua.

KITA TIDAK MENADAH TANGAN KPD SESIAPA. JANGAN MENHARAP BELAS KASIH MANUSIA.

2.Perkara kedua tentang faraid harta.Pehak keluarga suami bertanyalah harta siapa, apabila faraid harta yg BERNAMA suami, harta wasiat utk anak2 atau wang isteri diberi nama SUAMI.

KETAHUILAH azab yg amat pedih yg Allah janjikan jika mengambil harta anak2 yatim.

Sekarang bapa mertuaku sakit,aku cuba utk melangkah pergi melihatnya tapi aku tidak mampu,aku takut aku tidak tahan sabar kerana memfaraid hartaku dan harta duit tabung anak2ku.. Sengsaranya bila mertua yg kaya raya memfaraid harta hampir 30k.BALASAN Allah amat pedih tunggu dan lihat masa hidup tunggu dan lihat masa masuk ke liang lahad.AZAB DI AKHIRAT AMAT PEDIH.SEDARLAH SEBELUM AJAL

– puteri zahra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Merosakkan Imej Agama

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih jika confession ini disiarkan.

Asalnya aku nak post dalam wall aku je. Tapi mungkin akan jadi perbalahan dengan kawan-kawan yang pada aku kebanyakannya agak ekstrim bila berkata tentang agama, termasuk suami aku sendiri. Jadi aku pilih untuk buat confession di sini.

Baru-baru ni ramai yang post pasal “Husna perampas suami orang”, “Husna tergedik-gedik”, “Husna harap je pakai tudung tapi perangai nauzubillah”. Sebelum tu dalam drama Nur pun ada juga komen yang hampir serupa. “Ustaz Madi langgan pelacur”, “Ustaz Madi makan duit budak tahfiz”, “Ustaz Madi tu harap je ustaz”. Dan dengan itu, ramailah pembela agama mencela pengarah serta kru drama yang kononnya telah menanam secara senyap yang imej-imej orang beragama itu buruk perangainya. Kata mereka, kita mengajar orang awam untuk bersangka buruk dengan orang alim, mengajar anak gadis yang tidak menutup aurat supaya kurang rasa berdosa atas alasan ‘yang pakai tudung pun bukan baik sangat’.

Macam ni lah.. bagi aku, imej watak islamik yang baik pun memang dah berlambak ada di dalam drama melayu sebelum ni. Watak Qadeeja dalam drama Nur watak bertudung, watak Nur dalam Nur Kasih juga bertudung, Watak Syamsul Yusuf dalam filem Munafik yang lengkap berjubah juga watak yang islamik. Banyak lagi watak-watak lain di dalam drama yang unsur-unsur keislaman itu berjalan seiring dengan penampilan imej yang dibawa. Watak perempuan seksi yang liar pun dah berlambak. Watak mat rempit yang berpakaian tak senonoh, sama tak senonohnya dengan perangai yang dilakonkan pun bertimbun di luar sana. Tapi kenapa mesti nak triggered bila watak yang imejnya konon islamik tetapi perangai syaiton dilakonkan di kaca tv?

Jujur aku katakan, dalam soal mempamerkan perwatakan di dalam drama, adalah lebih baik kita sebagai penonton bersikap neutral. Ya, kita tidak suka orang memperlekeh agama kita, imej islamik kita. Tapi adakah itu cukup untuk menafikan yang realitinya tak sebegitu rupa?

Aku sarankan korang follow page-page NGO, kauselor, rumah-rumah kebajikan yang banyak share tentang kisah-kisah pedofilia, kisah-kisah sexual grooming, kisah dera kanak-kanak, kes cabul di tempat kerja dan sebagainya. Berpuluh cerita yang aku baca, dan kebanyakkannya mangsa akan kata:

“Tak berani bagitau, takut orang tak percaya sebab dia (pemangsa) orang alim”.

“Dah cuba bagitau mak, tapi mak kata tak mungkin sebab ayah imam masjid”.

“Kat luar mak pakai tudung labuh, cakap lembut je tapi dalam rumah mak mencarut-carut dengan kami adik beradik.”

“Bos saya memang ilmu agama dia tinggi, banyak bagi tazkirah. Tapi bila saya berdua dengan dia, dia akan raba saya.”

Dan mangsa akan terus menjadi mangsa kerana di dalam otak mereka, orang tak akan percaya mereka-mereka yang ‘islamik’ ini akan melakukan perkara sedemikian. Tambah buruk lagi jika mangsa ini memang seorang yang bermasalah baik dari segi penampilan mahupun perwatakan. Ye la, siapa nak percaya cakap perempuan yang free hair bila dia kata bos yang selalu bagi tazkirah meraba dia kan? Sama macam korang la yang tak suka bila orang tunjuk watak orang bertudung/berserban ni sebagai orang jahat.

Tolong jangan ada yang komen menyalahkan mangsa dalam hal ini. “Padanla muka dia kena raba. Siapa suruh tak tutup aurat?”, “Kucing mana yang nak tolak ikan depan mata oii..”, “yang budak ni dah tau bapak macam tu, pandai-pandailah jaga diri.”

Victim blaming. Crime apologist. Sebab?

Mangsa tu penampilan dia tak elok. Pemangsa tu penampilan dia islamik.

Dari cara korang jawab tu pun, korang secara automatiknya mengiyakan yang orang alim pun tak semuanya baik. Dah tu kenapa nak triggered bila watak macam tu dibawa oleh pengarah filem? Truth hurts. Kebenaran itu pahit. Aku tau korang nak pertahankan agama tapi tak perlu sampai menghumban semua yang tak elok itu kepada mangsa keadaan dan orang-orang yang kurang didikan agama.

“Tapi tak elokla pengarah filem buat macam tu. Nanti apa kata orang bukan islam yang tengok.”

Heh, ada ke yang bukan islam tengok drama melayu pukul 7, waktu Maghrib, macam korang melayu penegak agama tu? Tok imam lepas berjemaah pun duduk kedai makan, sembang pasal orang-orang yang cuba menentang Islam tapi rokok dihujung jari. Maaf kalau ayat aku macam menjatuhkan bangsa aku sendiri. Tapi aku terpaksa guna ayat kasar. Aku sayang bangsa aku. Aku sayang agama aku. Dan sebab itu aku tak malu bila ada yang mendedahkan perkara-perkara realiti sebegitu. Aku tahu kita bangsa yang kebanyakkannya masih dalam penafian. Tolong buka mata, buka minda.

Aku tak pernah sekalipun bersangka buruk kepada mereka yang berimej islamik. (Yang pasal tok imam hisap rokok tu aku cerita realiti kat kampung aku je. Aku hormat diorang lagi.)Bahkan aku sangat-sangat menghormati mereka kerana aku tau penampilan aku masih jauh lagi dari menutup aurat sepenuhnya dan perwatakan aku masih tidak seiring dengan ilmu agama yang mak bapak aku dah bagi . Aku suka dengan penampilan dan perwatakan Mufti WPKL, aku malu dengan Misz Nina yang telah berhijrah sehingga menjadi contoh kepada wanita lain, aku juga suka dengan mereka-mereka yang berjaya mencari Islam di dalam diri mereka.

Jadi aku minta satu sahaja. Kalau betul kau nak pertahankan Islam, tanam sifat-sifat dan ajaran Islam itu di dalam diri kau sendiri. Bilamana kau sendiri tahu yang kau bukanlah seperti apa yang ditonjolkan di kaca TV, kau tak akan terasa dan tersinggung walau seinci pun. Ini tidak, kata Islam itu indah, Islam itu suci, bila kena kondem sikit, keluar semua caci maki. Tak perlu lantang mencaci untuk tunjuk kau betul. Bila kau sendiri hilang kewarasan saat menegakkan Islam, macam mana orang nak percaya Islam itu sebenar-benar agama?

Kalau kau di tempat yang betul, kau tak perlu marah

Kalau kau di tempat yang salah, kau tak layak marah

Sekian.

– Ray

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kahwin Elak Maksiat II

PengakuanKu

Assalamualaikum…

Aku Bebel. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan tak kurang juga yg komen dlm confession aku yang lepas (http://iiumc.com/kahwin-nak-elak-maksiat/). Sebenarnya, aku dah lama perasan ada segelintir yg kurang bsependapat dgn aku. Tapi aku okay je sebab..well biasalah tak semua kata2 dan perasaan kita difahami orang lain kan, lagi-lagi strangers. Sampailah aku terbaca 1 confession dari cik ‘Aria’, yg mana dari apa yg aku faham dia explain kpd pmikiran spt aku which like tak encourage orang nak kawen, even utk elak maksiat demi redha ALLAH. Aduhhh..

Jadi, kat sini aku ingin jelaskan bahawa confession aku yg lepas..aku nak highlight niat kawen and maksiat tu itself, bukan aku tak sokong orang kawen..hope jelas. Dan sebenarnya title yg aku tulis lain, tidak seperti dipublish. Aku eja kahwin tu mulanya..’kawen’ dan min betulkan, TQ. Tapi aku ada letak tanda soal (?) di hujung title aku, mybe masa min edit title aku..dia terdelete tanda soal tu..so title dia adalah persoalan yg aku ingin kita semua fikir..berbunyi..”Kahwin Nak Elak Maksiat?”. So persoalan ni, aku bertanya..adakah kahwin satu2 cara utk elak maksiat? Ok kali ni, aku tak nak bebel dah tp aku akan ceritakan apa yang terjadi di sebalik persoalan aku di atas…

START…

Aku dan Jana bertunang hampir 2 thn. Ok kenapa lama sgt bertunang? Selepas bertunang, aku dihantar oleh company dimana aku berkerja ke luar negara atas alasan KERJA selama setahun lbh. Jadi, pertunangan kami ditangguhkan beberapa bulan dari tarikh sebenar.

Long story short, Jana kantoi dgn aku ada lelaki lain. Bukan sekali tetapi berkali2. Weh!! Aku kat oversea, KERJA, bukan foya2. Aim aku time tu utk hidup dgn dia, beri keselesaan utk dia..and kerja di sana hanya SEMENTARA. Dan paling menyedihkan, aku setia dgn dia! Walaupun aku ada rupa, gaji aku besar, aku mmg setia dgn Jana, kenapa? Sebab aku dah tekad she is the only girl in my life, tu sebab aku melamar and bertunang dgn dia.

Tapi tidak utk Jana. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa Jana bersikap begitu, walhal dia awalnya aku kenal sbg seorang perempuan yang baik, tutup aurat dan solat. Mmg tak dpt berfikir aku jadinya. Dgn aku jauh dari family lg. Buntu weh! Kemain bersungguh aku kerja time tu semata2 utk ada better life antara aku dan Jana. DOWN.

But, 3 bulan sebelum tarikh nikah aku dan Jana, Jana minta putus sebab dia nak kawen dgn lelaki lain. And aku masih di oversea. Tersepit weh masa tu. Kenapa aku tak balik? Sbb situasi kerja time tu, pjg pulak nk cerita nnt. Mak aku pulak dah prepare mcm2 utk perkahwinan aku. Nak gila weh aku kat sana. Sebaik ada kawan2 la aku masih ada sedikit semangat.

Jadi, aku mmg sokong org nak kawen ni, sbb dari cerita aku ni pun..aku pun ada niat nak kawen kan. Takkan sbb aku jauh reason dia utk curang or xblh elak maksiat? If aku dekat pun masih belum halal..still kena elak maksiat juga kan? Ke mcm mana Jana?

Tapi Jana tak berhenti setakat tu. Alhamdulillah dia selamat nikah dgn pilihannya. Aku pun dah selamat pulang ke Malaysia waktu tu, dan dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Malangnya si Janam ni masih cari aku selepas beberapa bln nikah. Tiberrrr! Dia ckp dia sayang and still nak berhubung dgn aku. So aku nak tanya korg, patut tak aku masih berhubung dgn dia even as a friend?

Bagi aku, aku mmg tak ready nak lepaskan dia disaat dia minta putus, sbb aku mmg syg dia, aku nak kawen dgn dia. Aku dah separuh gila kat oversea dan cari kekuatan sebelum aku balik Malaysia..tetiberr Jana ni nak kawan dgn aku lepas dia dah kawen. Time tu aku rasa mcm Jana main2kan aku, kejap syg, kejap tgl, pstu syg balik, pstu kutuk2 aku, pastu nak kawan dgn aku balik? Mmg lelaki tak ada perasaan? Btw, aku tak berdendam, tp aku masih sayangkan dia..boleh ke aku syg bini org??? Jadi, aku takut..aku and Jana menghampiri kpd perkara tak baik, yelah aku pun bkn malaikat and aku pun nak redha Allah. So aku fikir better aku jauhkan diri dari dia. Yes, aku tahu mesti ada yg akan ckp..”lek arr bro, dia nak kwn je pun, nak berbaik dgn kau”. Yes tu blh diterima. Tp hati aku belum baik and aku kenal dia as well as aku kenal diri aku. Sbb aku tak nak aibkan sesiapa, so tang tu aku simpan. Skali lg aku highlight, aku bukan malaikat and aku pun berusaha nak redha Allah. Ok.

And yg aku rasa bersalah dgn suami dia, Jana cari aku tanpa pengetahuan suami dia. Jadi, aku makin tak faham Jana sebenarnya nak kan aku or suami dia? Dia dah buat keputusan nak kawen and tinggalkan aku, so supposedly aku dah tak ada dlm hidup baru dia. Now aku rasa dia patut focus pada keluarga and taat kpd suami dia..tp ini yg terjadi. Mybe tak bahagia? Itu bukan masalah aku dah. Aku and Jana kenal lbh lama dari Jana kenal suami dia, dan kami amat rapat. So tu yg buat aku sure, she and I can’t just be a friend. Mybe yg lalui mcm aku lalui akan lbh faham apa yg aku maksudkan. So aku ambil langkah selamat utk tidak jadi org ketiga dlm hubungan baru Jana.

Yg nak elak maksiat sbb cari redha Allah, Alhamdulillah..aku pun nak weh. Aku mmg nak kawen, tapi dah jadi mcm ni, so aku anggap belum jodoh utk aku..and aku respect sgt org yg niat nak kawen, go on. Kawen ni mmg 1 perkara yg mulia dan dibenci syaitan, teruskan ok. Tapi jgn jadikan kawen satu2nya alat utk mnutup maksiat tu or kotorkan perkara mulia ni dgn buat benda2 yg Allah larang dlm perkahwinan. Kahwin tu mmg elok, tp pondan and lelaki nak berkawen…apa cer? Elok tak perkahwinan tu. SO tlg jgn slh erti message aku. Macam cik Aria ckp lah, ujian kita lain2 tp curang sampai ke pelamin tu ambil steps and decisions yg besar dan banyak. Aku blh maafkan dia curang, mybe tak sengaja. Tapi ada ke kes tak sengaja kawen? Or terkawen? Mcm terjatuh lalu terkawen, blh gitu?

Dan recently, ada a girl approach aku..kenal dia dari zaman belajar dan aku pernah suka dia. Kira hot girl la kat kampus aku time tu. Tapi aku fikir..agak2 perempuan ni mcm Jana or Janam, ke jahanam? Ok, bukan nak fikir buruk..tapi aku tak blh tipu diri sendiri, AKU TRAUMA. Tak give up, tp careful this time..take it slow and safe. So now aku berdoa je pada Allah tntg jodoh aku, sampai skrg dia tak tahu aku suka dia..so gais nampak tak aku pun struggle to move on and wake up T_T. Tak semua org sama kan jln ceritanya. Maafkan aku kalau salah bahasa, hati dan jiwa aku masih rabak, aku cuba dah tulis sehabis baik supaya tak ada dah yg terbelit baca. Korg doakan aku kuat dan jumpa jodoh yg baik.

Kpd cik Aria,

“Sudi tak cik Aria kawen dgn sy? If dah kawen, cerai dulu dgn suami. Lepas sebulan kita kawen, sy nak get back dgn bekas tunang sy. Then later if sy bosan, sy cari perempuan lain. Cik Aria sudi? Sbb sy kawen pun nak elak buat maksiat secara haram je, tak lebih. Ok ke tu Cik Aria?”

Marah atau suka if cik Aria dpt kata2 di atas..ini lah yg sy maksudkan dgn ‘kahwin yg semata2 nk tutup maksiat, instead of nak dpt redha Allah’. Sy faham cik Aria nak bgtahu kahwin sbb nak elak maksiat demi redha Allah tu bagus, tp ada situasi dan golongan yg mmg dia nak puaskan nafsu dia semata. Contoh yg sgt jelas..pondan n lelaki nak berkawen tu la. Dan betul ckp cik Aria tu..ujian kita lain2, harap cik tak diuji mcm sy la ye? Tapi later kalau diuji nanti, confess la kat iium ni, sy akan komen to motivate cik Aria on how to move on. Because u don’t know hard a person struggles dgn manusia ‘acah2 elak maksiat versi tak cari redha Allah’. Peace.

So gais, jom komen..apa cara lain utk elak maksiat sebelum parah? Mybe kita blh bantu org yg nak berubah tp tak tahu cara/mula, dari kita membawang judge org (kan cik Aria pesan jgn JUGDE..huhu). Assalamualaikum.

p/s: nama watak dan jln cerita diubah/tak details demi mnjaga aib, highlight pengajaran agar kita tak buat bnde yg sama.

– Bebel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Masih Terbukakah Pintu Taubat

PengakuanKu

Masih terbukakah pintu taubat?

Aku. seorang perempuan berusia 28 tahun, berkerjaya, dan masih belum berkahwin.

Aku perlukan satu medium untuk meluahkan apa yang terjadi kepada diri aku. siapa yang ingin memaki aku, silakan. Selayaknya aku dilayan sebegitu.

Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Diberikan didikan agama dan pelajaran yang cukup sempurna oleh kedua ibu bapa aku. diberikan perhatian yang cukup oleh ahli keluarga. Sehingga ada dari rakan-rakan aku yang sangat mencemburui kebahagiaan aku bersama keluargaku.

Namun dengan kasih sayang melimpah ruah yang aku dapat telah menyebabkan aku lupa diri dan terpesong jauh dari norma seorang insan. Aku berkenalan dengan seseorang lelaki di Wechat (benar kata orang wechat tu pembawa bencana) pada tahun lepas. Dia merupakan suami orang. Pada mulanya aku dan dia hanya berkawan. Hanya kawan biasa. Melepaskan perasaan bosan. Namun makin lama perhubungan kami menjadi semakin rapat.

Seringkali aku menceritakan masalah aku kepadanya kerana dia seorang pendengar dan pemberi nasihat yang sangat baik. Dia terlalu baik pada waktu itu sehinggakan aku tertarik dan melupakan statusnya sebagai suami orang. Makin lama hubungan kami semakin rapat. Waktu kerjanya yang shift menyebabkan kami makin mudah untuk berjumpa. Dan biasanya kami akan berjumpa pada waktu malam. Katanya lebih senang dan selamat.

Pada satu malam ketika aku berjumpa dengannya, dia cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak baik pada aku. pada waktu itu, aku dapat menolak perbuatannya. Aku selamat dan selepas itu aku cuba menjauhkan diri daripadanya. Namun dengan gayanya dan penuh bersungguh-sungguh dia memohon maaf kepada aku dan memujuk aku supaya jangan meninggalkan dia. Makin lama aku semakin termakan pujukannya sehinggakan aku kembali keluar pada waktu tengah malam dengannya. Kalau dia kerja shift malam, itulah saat yang paling best untuk aku dan dia.

Kami akan keluar bersembang sehingga pukul 3 atau 4 pagi. biasanya bercerita berkenaan masalah aku. dia bijak memainkan peranan. Mula-mula kami hanya bercerita tanpa bersentuhan. Semakin lama sudah mula berpegang tangan. Dengan pujuk rayu dari dia akhirnya kami terlanjur. Aku membenarkan dia menyentuh aku. dengan rela. Kami mula ketagih sehinggakan dalam seminggu berkali-kali kami akan berjumpa dan melakukan perbuatan terkutuk itu. aku juga makin ketagih dengan maksiat yang kami lakukan. Seringkali aku meminta untuk berjumpa dengannya.

Apabila sering melakukan perbuatan terkutuk tersebut, dia mula berasa bosan dengan aku. dia mula menjarakkan diri dari aku. makin lama makin jauh. alasannya penat bekerja. Aku menjadi semakin tidak keruan disebabkan ketagihan untuk melakukan perbuatan hina tersebut. Bila tidak berjumpa atau dia tidak menghubungi aku, aku menjadi semakin hilang arah. Aku stress sehingga tidak boleh melakukan kerja. Aku berubah menjadi seorang yang pemarah dan lebih suka menyendiri.

Aku akan ugut untuk memberitahu isterinya akan hal ini. Dan dia akan datang berjumpa dengan aku dalam keadaan terpaksa. Dan kami akan melakukan perbuatan terkutuk itu lagi. Aku pernah cuba memberitahu isterinya tentang apa yang kami lakukan tetapi isterinya masih mempercayai suami dan mengatakan aku sebagai perosak rumah tangga yang telah dibina. Yang lebih teruk lagi, apabila isterinya menunjukkan kebahagiaan mereka sekeluarga, aku akan menjadi cemburu dan terus menghubungi dia. Dan bila dia tidak melayan setiap panggilan aku, aku akan cuba untuk mengugutnya.

Pernah juga aku bertaubat untuk tidak melakukan hal ini lagi, tapi bila aku menghilangkan diri dia pula yang akan datang mencari aku. sehinggakan taubat aku menjadi sia-sia. aku cuba untuk berubah tapi hati aku tidak cukup kuat untuk itu. Aku terlalu mengikut bisikan syaitan sehingga ke hari ini. Kami masih lagi melakukan perbuatan keji itu.

Kini aku menjadi sangat-sangat tertekan. Sehinggakan berkali-kali aku pernah tebayang untuk membunuh diri. Aku tertekan. Aku merasakan yang tiada lagi sinar bahagia untuk aku. kini aku berfikir, masih ada lagikah orang yang mahu perempuan kotor seperti aku? masih ada lagikah sinar bahagia untuk aku? masih terbuka lagikah pintu taubat untuk aku? aku ingin berubah. Aku ingin merasa bahagia seperti orang lain. Sampai bila harus aku jadi begini? Aku tak cukup kuat untuk itu. aku perlukan bantuan.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ibu Orang Jepun

PengakuanKu

Ibu aku Jepun ayah aku Malaysia. Bersatu dan dapatlah aku. Anak tunggal keluarga. Kau tahu tak dulu kalau jiran ke kawan tahu yang mak aku orang jepun reaksi diorang apa? Video porno dan ike-ike kimochi.

Aku ingat lagi tingkatan 4 bila cikgu aku tanya ” mak awak orang jepun ke? ” Aku jawab iya. Habis satu kelas kimochi ike ike tu semua. Itu belum termasuk cikgu yang selamba buat lawak cakap ” jepun, jerit kuat tu” sampai sekarang aku masih dendam dengan cikgu tu. Sebabkan dia buat lawak macamtu. Makin menjadi-jadi perangai orang.

Jiran dengan komuniti pun sama. Ibu aku ni rajin join aktiviti dekat taman perumahan ni. Banyak cadangan dia kasi rata-ratanya cadangan norma dia dari Jepun. Tapi ada pakcik pakcik gatal yang saja buat lawak lucah. Makcik makcik dekat situ pun sama. Kerja mengumpat. Pernah aku baran , makcik ni mengumpat kata mak aku goda jantan keparat dekat sini. Aku dekat sebelah dia je kot. Aku lempar dia dengan tepung yang buat acara sukaneka.

Lepas beberapa bulan tu kita orang pindah. Kali ni kawasan yang rata-rata lebih educated jadi hal macam ni aku tak alami langsung. Jiran baik , masyarakat baik dan komuniti semua baik. Rasa aman dan tenang. Ibu aku selalu cakap biar kan je. Tapi aku anak lelaki mana boleh biar kalau ibu kau kena perli dan kena buat lawak lucah macamtu. Aku pun sepanjang hidup memang akan elak langsung lawak lucah ni.

Tu zaman aku sekolah, bila sambung belajar ni. Ada ibu orang jepun ini pula bagi diorang “cool” . Baik tulisan dan bahasa Jepun. Dua-dua aku boleh di katakan mahir sebab memang dari kecik ibu aku ajar. Sekarang pun ada juga anime atau drama yang aku translatekan dari jepun ke inggeris atau Melayu.

Jadi masuk alam dewasa. Hal jepun ini bagi ramai orang ni unique dan cool gitu. Terus terang muka aku tak macam orang jepun langsung. Memang ikut muka ayah aku. Jadi aku lebih selesa dengan masyarakat sekarang. Walaupun ada juga segelintir yang tak habis-habis dengan lawak kimochi dan ike-ike.

Kami keluarga jarang balik kampung ibu aku sebenarnya. Selain faktor kerja dan lain-lain. Yang faktor utama nenek aku ( mak ibu aku ) sampai sekarang masih tak setuju perkahwinan ayah dan ibu aku. Rasanya dalam 3 kali aku pergi Jepun. Sedara dekat sana ada yang okay ada juga tak okay. Lebih kurang je macam masyarakat Melayu sebenarnya. Hal mengumpat sana pun ada.

Tapi yang paling hebat mestilah ibu aku. Tabah, hebat penyabar dan lain-lain. Hujung tahun ni aku akan berhijrah ke Jepun untuk sementara. Harapnya, jumpa juga lah jodoh dari orang ( Manalah tahu) . Tapi harapnya masyarakat malaysia tak kira muda tua. Sudah sudah lah buat lawak lucah ni. Mereka ingat kelakar?

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Pernah Malang II

PengakuanKu

Aku sambung lagi. Terima kasih admin.. Setibanya ibuku di rumah, dia terus membuka bekalan bahan mentah yang dibawa dari kampung. Ibuku menyediakan makan malam dan banyak bercerita tentang kenakalan anak-anak buahku yang baru berusia 5 dan 7 tahun. Ibuku sedikit pun tidak bertanya khabarku dan tidak bertanya mana M. Mungkin juga jam baru menunjukkan jam 6 petang.

Malam itu, kami berdua makan bersama. Menikmati masakan ibu membuatkan aku tidak dapat menahan kesedihan. Aku menangis di meja makan. Ibu memarahiku. Meminta aku habiskan makan malam terlebih dahulu dan cerita masalahku kemudian.

Keputusan sudah dibuat berdasarkan beberapa siri perbincangan bersama keluarga. Aku tekad untuk memohon pindah ke kampung halaman. Aku mahu tinggal bersama keluargaku. Dalam konsep peperangan, bila kita lemah kita kena berundur. Bukan untuk mengalah tetapi untuk membina semula kekuatan diri, mempersiapkan diri untuk cabaran yang lebih besar. Begitulah yang aku fikirkan. Aku sudah bersedia untuk kembali ke kampung halaman, sedia berdepan dengan fitnah dan tomahan. Sungguh kesian perempuan sepertiku. Terpaksa memikul bebanan tuduhan dan menerima persepsi orang-orang sekeliling. Bila berlaku penceraian, janda lah yang terlihat hina.

Setelah beberapa kali percubaan memohon pindah akhirnya aku berjaya apabila aku lampirkan laporan polis dan hospital. Masa itu juga aku baru tersedar betapa teruknya kehidupan yang aku lalui sebelum ini. Apabila berurusan di mahkamah, aku baru mendapat tahu bahawa aku telah menempuhi keganasan rumahtangga. Timbul keinsafan, berapa ramai lagi yang sepertiku. Yang masih melaluinya dan berapa ramai yang sudah melepasinya.

Minggu pertama di kampung, aku diberi cuti seminggu. Untuk mengurus perpindahan dan tempoh bertenang. Dalam minggu yang sama, tiba-tiba kelibat M muncul di depan pintu rumah orang tuaku. Orang tuaku melayannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Orang tuaku cukup tenang dan professional. Aku pula tidak melibatkan diri dalam pertemuan itu. Rasanya empat hari berturut-turut M datang ke rumah. Dia mahu rujuk dan menyesali perbuatannya. Dia berjanji akan berubah menjadi lebih baik. Katanya dia tiada niat melafazkan cerai di luar mahkamah. Bermacam-macam janji ditabur dan berbaldi-baldi air matanya tumpah di hadapan ku dan orang tuaku.

Aku memberitahunya, aku tidak akan kembali kepadanya. Sebabnya aku sudah puas dan rasa cukup masa bersamanya. Aku memaafkannya dan minta dia jangan memaksa aku untuk menerimanya semula. Jika benar-benar ikhlas ingin melihat aku bahagia, M harus menjauhi aku. Alhamdulillah.. dia tidak pernah lagi muncul malah hebatnya dia sehinggakan nafkah dalam tempoh eddah dan tuntutan penceraian pun dia tidak beri hingga hari ini. Aku biarkan sahaja.

Untuk melupakan sejarah pahitku, aku memutuskan untuk fokus dengan kerjayaku sepenuhnya. Kerja lebih masa sudah menjadi rutinku. Aku menjadi perhatian majikanku dan seringkali diberi tanggungjawab untuk mengurus projek-projek besar. Hal ini menimbulkan ketidaksenangan beberapa orang di office baruku. Lucu tapi itulah yang berlaku.

Tidak sedar sudah enam tahun berlalu. Sudah banyak peningkatan aku capai. Aku bukan lagi staf biasa. Aku sudah dinaikkan pangkat dan ekonomiku semakin kukuh. Dalam kesibukan enam tahun itu, aku tidak pernah terfikir untuk mengenali mana-mana lelaki. Aku juga mendaftar menjadi pelajar sarjana dengan mode penyelidikan separuh masa. Bekerja sambil belajar. Aku diberi tempoh tiga tahun menyiapkan sarjanaku. Alhamdulillah berkat ketekunanku aku berjaya siapkan dalam tempoh dua tahun sahaja. Sama seperti pelajar sepenuh masa.

Sepanjang belajar, aku juga menjadi orang kepercayaan penyeliaku. Dalam ramai-ramai pelajar yang dia ada, aku jugalah yang dia pilih menjadi pembantu penyelidik (RA). Aku student part time dan bekerja. Sepatutnya tidak boleh menjadi RA. Tapi atas sebab-sebab tertentu syarat itu dilonggarkan. Siapa sangka, aku dibayar gaji beribu untuk melengkapkan penyelidikan dan pengajianku. Rezeki Allah amat luas. Pada mulanya aku berfikir kewanganku akan terjejas kerana harus membayar yuran pengajian dan menampung kos perjalanan serta penyelidikan. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin itu adalah antara hikmah kerana aku pernah berkorban wang ringgit untuk M.

Aku tidak membuang masa, setelah disahkan lulus viva voce oleh senat, aku meneruskan pengajianku di peringkat PhD. Memiliki PhD adalah cita-citaku sejak di bangku sekolah menengah lagi. Pernah terkubur seketika dek kerana M tidak mengizinkan aku melanjutkan pengajian. Waktu itu aku akur dan menganggap cita-cita hanyalah angan-angan di zaman kanak-kanak mahu pun remaja. Seperti kebanyakan orang, cita-cita bukan sesuatu untuk dikejar dan dicapai. Sekadar disebut berulang-ulang. Kini aku sedang berehat selepas melalui proses “data collection” yang memeritkan. Aku berehat seketika untuk sebulan dua. Itulah sebabnya aku ada masa membaca confession orang lain dan menulis confession diri sendiri. Biasanya aku akan “hilang” dan hidup dalam dunia sendiri.

Sudah 10 tahun perpisahanku dengan M berlalu. Perpisahan itu meskipun perit tetapi banyak yang aku pelajari. Ada rakan yang bertanya, tidak mahukah aku cari pengganti. Dengan pantas aku katakan – tidak. Namun setiap kali soalan itu diutarakan, setiap kali itulah terlintas difikiranku susuk tubuh seorang lelaki yang aku kenali semasa aku membentangkan kertas penyelidikan sarjanaku di Amsterdam dalam satu konferens antarabangsa beberapa tahun yang lalu. Hanya aku dan dia (N) mewakili Malaysia waktu itu. Kami tidak banyak bercakap sepanjang konferens berlangsung. N hadir dalam sesi pembentanganku dan juga sebaliknya. Kami bertukar nombor telefon. Tidak banyak yang kami boleh bualkan kerana kami belajar di universiti berbeza. Bidang kami berbeza. Metodologi kajian berbeza. Falsafah pun berbeza.

Pada mulanya aku menyangka perkenalan kami cuma bertahan sebulan dua. Tidak sangka pula tahun ini sudah masuk tahun ketiga kami berwhatsapps. Kami bercakap hanya untuk bertanyakan progress pengajian masing-masing. Secara purata sebulan sekali dan dia yang akan memulakan text. Dia juga melanjutkan pengajian ke peringkat PhD setahun lewat dariku. Aku tidak merasakan apa-apa yang istimewa dalam tempoh dua tahun yang pertama. Tetapi sejak tahun lalu, sejak pertemuan kedua kami di dalam konferens dalam negara yang sengaja kami rancang hadiri bersama aku mula syok sendiri. Kenapa? Sebab katanya dia masih single. Dia memang benar-benar single. Bukan suami orang yang berpura-pura single.

Sekian lamanya aku tidak memandang lelaki akhirnya hatiku terbuka untuk mahu mencuba. Tapi N tidak pernah bercakap soal peribadi. Dia seorang yang sangat serius dalam setiap perbincangan kami sehingga adakalanya kami berdebat tentang ilmu falsafah yang sememangnya sukar difahami oleh kebanyakan pelajar PhD. Dia juga tidak pernah bertanya sama ada aku single atau isteri orang. Mungkin itu tidak penting untuk dia tahu. Dalam masa yang sama aku rasa semakin ingin mengenalinya, ingin rapat dengannya dan jika diizinkan tuhan, aku mahu dialah yang menjadi teman hidupku. Aku tidak mahu mengenali sesiapa lagi selepasnya.

Cuma ada beberapa persoalan aku tidak mampu jawab. N tua beberapa tahun dariku. Kenapa dia tidak berkahwin? Dia memiliki kerjaya dan pendidikan yang bagus. Rupa paras yang menarik, tinggi, tidak gemuk, tidak kurus, tidak jahil, dan tidak merokok. Huh! Full package! Biasanya lelaki sepertinya sudah lama jadi suami orang. Tapi kenapa dia tidak? Lelaki tidak sama dengan perempuan. Secara literalnya, semakin tinggi dan hebat kerjaya dan pendidikan seorang lelaki semakin senanglah dia cari perempuan untuk dijadikan isteri. Tapi perempuan? Semakin sukar dan lelaki tak kan pandang. Agaknya takut dengan nilai hantaran dan mungkin takut kalau isteri terlebih pandai. Ini antara risiko yang aku akan hadapi.

Lalu timbul pula persoalan, adakah dia songsang? Terbaca confession seseorang tentang bagaimana dia baru menyedari bahawa suaminya songsang. Maknanya lelaki songsang ini sukar dikenalpasti sehinggalah kita tinggal sebumbung dengannya. Atau adakah cara mengenalpasti lebih awal? Andainya N songsang aku akan terus berkawan dengannya. Sekadar kawan biasa dan professional. Tetapi bagaimana pula kalau dia tulin? Adakah N sama seperti L? Diam seribu bahasa. Menunggu ada insan lain mendahului baru mahu berterus terang? Atau adakah aku memang bertepuk sebelah tangan? Tapi aku tidak lagi hitam seperti dulu. Dan aku masih slim dan langsing seperti selalu.

Dalam diam aku selalu berdoa untuknya. Kejayaan, kesihatan dan kebahagiannya. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya. Allah lah yang membolak-balikkan hati manusia. Aku seorang calon doktor falsafah, sudah mampu membahas serba sedikit teori-teori sedia ada tapi soal hati dan perasaan aku tidak ubah seperti seorang bayi yang baru belajar merangkak. Aku tidak mampu membicarakannya. Pun begitu aku mula rasa bahagia. Betapa luasnya ilmuMU ya Allah…

Aku Roopleen…. bukan nama sebenar.

– Aku Roopleen…. bukan nama sebenar.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Pernah Malang

PengakuanKu

Terima kasih admin siarkan. Aku jarang sangat baca confession2 ni tapi sejak dua menjak ni banyak yang naik dlm wallku. Dan ini pertama kali aku menulis. Aku mohon maaf terlebih dahulu andainya tulisanku tidak kemas dan agak panjang. Kisah bertahun-tahun dan aku bukan pencerita yang baik.

Aku Roopleen (haha.. bukan nama sebenar). Tergerak hati menulis confession ni sebab terbaca confessor menulis tentang perempuan malang (lupa tajuk) dan beberapa situasi masalah yang dihadapi seorang isteri seperti confession Nana. Aku kongsikan pula kisahku. Mungkin lebih berat atau sebaliknya. Aku tulis 2 siri untuk membezakan fasa malang dan pernah malang itu. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Semasa belajar di peringkat sarjana muda, aku ada seorang kawan lelaki yang sama hobi. Dalam confenssion ni aku namakan dia L. Kami berkawan biasa sahaja dan hanya berjumpa di gelanggang volleyball setiap hari setiap petang selepas kuliah. Masa itu kami atlet universiti untuk masum. Rasa hebat dengan tanggungjawab membawa nama universiti bila bertanding.. waktu itu aku masih muda dan sentiasa bersemangat dalam apa sahaja aktiviti harian. Aku juga pelajar yang aktif dalam kepimpinan. Boleh kata aku tiada masa berseronok di luar seperti lepak mahu pun tengok wayang. 4 tahun belajar dimaksimumkan sepenuhnya dengan menimba pelbagai ilmu dan kemahiran. Bercinta? Haha… tiada siapa sudi bercinta denganku. Aku hitam, hanya pakai t-shirt, seluar jeans, tudung bawal dan sneakers setiap hari. Sedangkan kawan-kawan sekuliah yang lain mengikuti fesyen yang trending masa itu..

Ada apa dengan L? Dia seorang yang baik dan kami akrab. Kami bersukan bersama-sama sepanjang 4 tahun itu. Semasa di tahun akhir aku mula ada hati dengannya kerana sudah kenal hati budi masing-masing (bukan sebab dari mata jatuh ke hati). Sejak itu aku selalu berdoa agar dia juga merasakan perasaan yang sama denganku. Tapi hari-hari berlalu dengan pantas sehinggalah tiba minggu-minggu terakhir sebelum kami dihantar praktikal ke kampung halaman masing-masing. L tidak sedikit pun menunjukkan rasa sedih berpisah dan akan mengikuti haluan masing-masing.

Praktikalku pun bermula. Rasa seronok berada dekat dengan keluarga dan berkenalan dengan rakan-rakan baru di tempat kerja. Setiap ilmu yang dipelajari selama ini dimanfaatkan sepenuhnya. Di satu hari yang sibuk, aku menerima teks dari seseorang yang tidak dikenali. Katanya dia mahu berkawan denganku. Sungguh-sungguh. Aku yang “free” masa itu tiada halangan untuk menerimanya. Waktu itu aku berfikir mungkin sudah tiba masanya untuk aku membuka hati setelah percubaan pertama sebelum ini tidak berjaya. Perkenalan kami cukup mudah. Kami hanya bercakap melalui teks dan call selama 2 bulan sebelum merancang untuk bertemu. Dia memilih untuk bertemu time hari raya dan terus berkenalan dengan keluargaku. Aku sangat bersyukur ditemukan dengan seorang lelaki yang cukup “gentleman”. Aku namakan dia sebagai M.

Selepas pertemuan itu, M ingin menyuntingku sebagai suri hatinya. Aku setuju dan terpikat dengan caranya. Cukup tertib dan menghormati orang tua. Aku lihat ibu bapaku pun cukup senang dengannya dan gembira bakal bermenantukan dia. Maka bulan ketiga perkenalan kami dikukuhkan lagi dengan ikatan pertunangan…

Bulan November, hari konvokesyen yang dinantikan tiba. Aku tercari-cari kelibat L, kawan sepengajian untukku ceritakan berita gembira. Setelah L mendapat tahu aku akan bertunang, riak mukanya berubah dan matanya berkaca-kaca. “Kenapa terlalu awal?…” Ayat itu hingga hari ni aku tidak pernah lupa. Meski sudah 10 tahun berlalu. Rupa-rupanya selama belajar bersamanya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi kenapa L terlalu susah untuk berterus terang? Hingga saat ini aku pun tidak faham. Mungkin pembaca lelaki boleh berkongsi jawapan.

Aku dan L menerima hakikat bahawa kami ditakdirkan hanya sebagai kawan. Kami berjanji untuk mengejar impian hidup masing-masing. Aku bersyukur pernah mengenalinya. Tidak dinafikan masa itu aku masih menyayangi L tetapi aku tidak mahu melukakan M, menghampakan keluarga yang tidak sabar melihatku memiliki keluarga sendiri satu hari nanti, aku akur dan tetapkan hati bahawa M adalah masa depan dan L adalah kenangan.

Pertunangan kami tidak lama. 3 bulan sahaja. Secara matematiknya, aku sah bergelar isteri kepada M selepas 6 bulan dari saat mula kenal. Alhamdulillah… masa itu aku rasa cukup bahagia dan bertuah. Aku yang tidak pernah bercinta di zaman belajar tetapi cepat bertemu jodoh. Rezekiku pun Allah murahkan dan aku dapat kerja yang tetap dan gaji yang berpatutan.

Minggu pertama bergelar isteri semuanya berjalan lancar. 3 hari pertama kami di rumah orang tuaku dan 2 hari seterunya di rumah mertua. Mujurlah rumah orang tua kami tidak jauh. Hanya dipisahkan beberapa puluh kilometer sahaja. Cutiku tinggal berbaki sehari dan kami harus pulang ke negeri di mana aku bertugas. M belum ada pekerjaan tetap dan dia tiada halangan untuk mengikutiku. Aku pun sudah membuat pelbagai perancangan untuk membantunya mendapat pekerjaan yang baik sesuai dengan kelayakan yang dia miliki. Segalanya dirancang dengan teliti dan M seorang yang sangat terbuka dan suka bertukar-tukar pendapat.

Sebagai pasangan baru berkahwin, rumah sewa kami kosong dan cuma ada perkara-perkara yang asas. Aku tidak kisah sangat kerana itu lumrah. Aku mula membiasakan diri hidup berdua tinggal serumah dengan orang baharu. Memanglah agak kekok tapi mahu tidak mahu mesti membiasakan diri. Segala-galanya harus dikongsi. Dan yang paling aku tunggu-tunggu adalah M akan menjadi imam dalam setiap solat-solatku. Tidak dapat untuk 5 waktu pun tidak mengapa sebab kami bekerja sepanjang hari. Subuh, Maghrib dan Isyak seboleh-bolehnya tiada yang terlepas. Itulah yang bermain dalam fikiranku. Impian itu bukan saja-saja aku bina tetapi kerana dalam tempoh berkenal-kenalan dengan M, katanya dia rajin baca quran, ke masjid dan menghadiri kuliyah agama – antara cerita-cerita yang dikongsikan setiap kali bermesej mahu pun bertelefon. Dulu tiada aplikasi Whatsapps maka setiap mesej yang dikirim itu amat bernilai dan berharga.

Mendengar dia membaca Al-Fatihah, aku dapat mengesan terdapat kesilapan. Aku pun mula mencari ruang untuk bercakap tentang itu. Aku bukanlah alim sangat tapi benda yang kita tahu tidak betul sebaik-baiknya kita betulkan. Sama-sama perbaiki diri. Maka tibalah saat yang sesuai untuk aku menegur M. Aku berusaha sedaya upaya menyusun kata-kata dengan sebaiknya, semoga teguranku tidak melukakan hati suami tercinta. Seperti biasa dia memang seorang yang terbuka tetapi riak mukanya tampak tidak senang. Hatiku merasakan dia tidak selesa ditegur. Pun begitu perbicangan kami berjalan lancar dan berakhir dengan baik.

Sejak berkahwin aku tidak dibenarkan memandu kereta sendiri ke tempat kerja meskipun kereta itu adalah kereta yang kubeli sendiri. Katanya itu tanggunjawabnya dan dia rasa aku lebih selamat jika dia yang menghantar. Aku tidak pernah membantah. Dia juga menyuruh aku berhenti bersukan sama sekali, sedangkan dia tahu kemahiranku sangat diperlukan untuk melatih pasukan-pasukan volleyball di bawah seliaanku. Aku sebagai seorang isteri yang taat, aku turuti segala peraturannya. Aku menjadi individu yang baharu mengikut acuan suamiku, M. Perasaan sedih aku buang jauh-jauh. Bagiku dengan menuruti segala kehendaknya adalah satu pengorbanan yang menjanjikan kebahagiaan.

Dalam tempoh itu juga, pelbagai pekerjaan aku sarankan untuk M. Dia juga memiliki ijazah sarjana muda sepertiku tetapi sikapnya yang terlalu memilih membuatkan semua cadanganku tidak membawa apa-apa makna. Dia kelihatan sibuk di luar. Katanya dia mencari kerja, bertemu kawan dan ada 1001 temuduga perlu dihadiri. Aku percaya 100% akan kata-katanya. Malah kesetiaan dan kepercayaanku padanya hingga ke tahap aku izikan dia memegang semua kad bankku – atas permintaanya juga. Aku turut membuat loan di bank untuk menampung keperluan dan kehendaknya. Aku tidak pernah berkira malah rasa puas dapat berbakti padanya. Tanpa aku sedar aku telah menjerut diriku sendiri dan membiarkan M terus menguasai segala-galanya.

Hari berlalu pantas, kerjaku pun semakin mencabar. Seharian bekerja sememangnya meletihkan. Petang itu aku balik seperti biasa. Tapi entah bagaimana aku boleh tertidur di sofa. “Pang”.. Bunyi kuat beserta rasa sakit yang amat sangat dapat kurasa di seluruh muka. Rupa-rupanya M baharu sahaja menampar (melibas)ku dengan sejadah tepat ke mukaku. Dengan nada keras dia katakan bahawa sudah masuk waktu maghrib. Aku terpinga-pinga tidak mengerti mengapa M tergamak kejutkan aku dengan cara begitu. Besar sangatkah kesalahanku? Sejak saat itu bermulalah penderitaanku.

M menunjukkan belangnya yang sebenar. Dia tidak seperti yang aku kenal dulu. Benarlah kata orang, time bercinta segalanya indah. M melakukan penderaan mental dan fizikal ke atasku. Aku merasakan rumah tidak ubah seperti neraka. Solat berjemaah hanya bertahan bulan pertama perkahwinan. Selepas itu aku tidak pernah nampak dia solat. Aku pun perasan dia tidak pernah menyentuh Quran apatahkan lagi mengaji bersamaku. Pernah beberapa kali aku mengajaknya tapi alasan yang dia beri sama sahaja – nanti. Hari-hari yang berlalu bagai mimpi ngeri buatku. Aku tak tahu esok apa yang akan aku dapat – penampar, penumbuk, sepak terajang. Aku rasakan aku mula mengalami tekanan jiwa dan mental yang kuat. Aku hanya mampu diam membatu. Hatiku benar-benar hancur. Hanya kepada Allah sahaja tempat aku mengadu dan menceritakan hidupku. Aku sedar Allah sedang mengujiku.

M semakin dayus. Dia mengambil 90% gajiku. Dapur tak berasap. Duit bekal kubawa ke tempat kerja cuma seringgit dua. Aku selalunya berlapar. Mujur rakan-rakan seniorku selalu bawa “pot-luck” dan rajin berkongsi resepi masakan mereka. Masa itulah aku dapat menjamah makanan lebih dari biasa. Ya aku memiliki badan ramping dan langsing seperti yang diidamkan ramai wanita. Bukan kerana aku mengamalkan pemakanan yang sihat tetapi aku kurang makan. Adakalanya aku tertawa sendiri kerana ramai yang bertanya petua melangsingkan badan. Mereka lihat aku kuat makan. Aku jawab dengan berseloroh – aku bekas atlet.

Di tempat kerjalah aku merasa sedikit tenang meskipun aku tidak pernah kongsikan masalah yang sedang melanda hidupku. Aku cukup menjaga prestasi kerja dan penampilanku. Aku adalah antara staf ikon dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang setiap kali penilaian dibuat. Tapi tiada seorang pun tahu di sebalik senyuman yang kuukir setiap hari bila berdepan dengan rakan-rakan sekerja. Bukan itu sahaja, malah aku diangkat sebagai motivator dalam kalangan rakan-rakan yang rapat denganku. Demikian juga keluargaku di kampung, aku tidak pernah mengadu tentang masalahku. Aku cuma mengkhabarkan yang kami baik-baik sahaja. Mungkin masa itu aku boleh dikatakan bodoh dan ego. Cuba menafikan kenyataan. Menelan segala kepahitan seorang diri.

Namun sekuat mana pun aku cuba sembunyikan penderitaanku tapi kuat lagi gerak hati ibuku. Dia menelefonku dan memberitahu bahawa dia akan datang menjenguk kami. Meskipun belum dikurniakan cucu, tapi ibuku ingin meluangkan masa seminggu dua di rumah kami. Ibuku seorang pesara dan tidak boleh duduk diam. Aku memberitahu M. Dia sangat marah dan menuduh aku mengadu domba kepada keluargaku. Sekali lagi aku terima tumbukan dan sepakan. Kalau ikutkan hati aku memang ingin membalas setiap pukulannya. Aku tahu aku bukan seorang yang lemah tapi kerana masih menghormatinya aku redha dan terus bersabar dan berdoa agar satu hari nanti semua ini akan berakhir. Aku mahu menang di kemudian hari. Kerana itu aku harus bersabar dan bertenang. Mungkin ini adalah kesan latihan kekuatan fizikal dan mental yang pernah aku lalui sebelum ini.

Hari Selasa, ibuku dalam perjalanan menuju ke tempat aku mencari rezeki. Ibu dijangka sampai lewat petang. Aku pula di office berasa resah memikirkan apa yang bakal berlaku. Telefonku berdering, M menelefonku menyuruh aku keluar sekejap. Aku lihat jam di dinding menunjukkan baru pukul 10.28 pagi. Setelah aku duduk di sebelah M, dia memandu memecut laju jauh keluar dari bandar. Sepanjang perjalanan itu kami senyap. Aku pula bermonolog sendiri.

Lamunan kuterhenti serentak dengan M menekan brek memberhentikan kereta. Kami berada di sebuah taman di mana kami pernah duduk bersantai di awal-awal perkahwinan kami 3 tahun dulu. Lalu bermulalah kata-kata hina dilemparkan kepadaku. M menuduh aku bersosial di office kerana itu dia bertindak memukulku. Katanya aku tidak pernah senyum di rumah tetapi dia perhatikan aku bergelak ketawa dengan rakan-rakan sekerjaku. Dia sakit hati melihatku. Aku yang sememangnya sudah tawar hati hanya membisu. “Aku bebaskan kau”. Aku tersentak dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baharu sahaja aku dengar. M melafazkan kata-kata yang menyebabkan runtuhnya sebuah masjid. Dengan tidak semena-mena pipiku terasa hangat dan basah. Begitu mudah M mendapatkan aku dan begitu mudah juga dia melepaskan aku.

Kurasa masa seakan-akan terhenti seketika. Jantungku pun rasa tidak berdegup. Aku “blank” tapi bukan seperti seorang yang putus cinta. Otakku ligat berfikir, untuk apa aku harus hidup bersamanya selama beberapa tahun ini? Untuk mencari bahagia? Tapi apa yang kudapat hanyalah derita. Ya semangnya aku tidak pernah rasa diriku dan setiap pengorbananku dihargai. Aku ikhlas menerima M dalam hidupku. Kuterima dia dalam keadaan dia tiada pendapatan tetap. Aku tidak meletakkan apa-apa syarat malah hantaranku pun tidak sampai 6ribu. Kukorbankan semua impian dan cita-citaku demi dirinya. Tapi sayangnya M benar-benar mensia-siakan aku.

M meninggalkan aku di taman itu dan meminta aku memandu sendiri ke mana saja aku mahu. Rumah atau office. Katanya aku tidak akan melihat dia lagi buat selama-lamanya. Sebelum dia melangkah, entah bagaimana aku dapat satu kekuatan luar biasa. Aku ucapkan “terima kasih…” dengan air mata yang tidak mahu berhenti mengalir. Sebuah kereta Honda muncul menjemputnya setelah dia selesai membuat panggilan telefon. Aku hanya mampu memerhati sehingga kereta itu hilang dari pandanganku. Aku memilih untuk memandu terus ke rumah. Aku mahu sambut kehadiran ibuku dan aku mahu tunjukkan bahawa aku seorang yang kuat. Masa itu, aku berasa amat-amat bersyukur kerana akhirnya aku dapat melihat siapa yang benar-benar menyayangiku.

Aku Roopleen…. bukan nama sebenar.

– Aku Roopleen…. bukan nama sebenar.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 30 July 2018

Husna Yang Di’husna’kan II

PengakuanKu

Assalammualaikum.. biar aku terus sambung kisah aku ke part aku pulak diHUSNAkan..

Remember jejaka B yang aku kenal? Ya..dalam proses aku nak melupakan Syed. Aku mula rapatkan diri aku dengan B.

B sebaya aku. Namun dia seorang duda. Kira masa kami kenal, dia da setahun menduda.. kami mula sebagai kawan sekerja. Waktu ini, aku da bertukar kerja dari banking ke company telecommunications.

Maka B ni senior aku di office. Dan banyak perkara especially tentang produk, aku akan rujuk pada beliau. Memang aku perasan B cuba ngorat aku masa kami baru start keje.. Mulanya aku abaikan sebab masih dalam healing proses utk melupakan Syed. Tapi atas nasihat kawan2, dorang suruh aku bagi peluang pada B. Yelah, maybe B boleh buat aku lupakan Syed terus kan. Atleast B duda dan tiada anak dari 1st marriage. So, aku tak lah amik hak sape2 kan..?

B bawak aku jumpe family dia dan dia sendiri datang jumpe family aku. Keadaan itu buat aku yakin dengan dia.. Dan dalam tempoh tak sampai setahun kami kenal, keluarga B datang merisik aku.. dan kami pun bertunang..

Kata orang..bertunang itu banyak dugaan dia.. Darah manis kan.. Dan itulah yang terjadi pada kami..

Silap aku kerana terlalu percaya pada B. Sebab B xlah hensem macam Syed. Hihi…Dan kami satu department so aku yakin hampir semua staff dia opiz aku tau tentang hubungan kami..

Hinggalah muncul satu batch budak2 baru. B ditugaskan untuk jadi coach induction budak2 baru ini. Salah sorang dari mereka adalah HUSNA..

Kewujudan Husna sebagai junior memang aku tahu. Infact, aku jugak salah sorang staff yang dilantik untuk menjadi mentor mereka. Husna ni orangnya bertudung ikat belakang.. Percakapan lembut je dan always bg salam pada aku setiap kali aku melintas depan cubicle dia..

One day, aku dapat friend request dari Husna di Facebook. Aku tengok mutual friends.. Nama tunang aku yang muncul. Aku approved friend request Husna. Husna terus DM aku.. “tq kak accept friend request! Akak the best lah!” Aku just reply icon senyum..

Aku dan B memang active berfacebook. Setiap apa activity yang kami buat akan kami post di facebook. Dan setiap kali aku post gambar aku dan B, Husna adalah antara insan pertama yang akan like gambar aku.. tapi kalau aku post gambar aku sendiri..takde plak dia like. But aku tak pandang serius hal ni.

Ada perubahan pada sikap B. Kadang-kadang dia sengaja buat kami bergaduh hal remeh temeh. Bila bergaduh, dia akan suruh aku pergi kerja sendiri. Sedangkan selalunya kami akan pegi kerja bersama. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku pun ada kereta sendiri. Waktu lunch pun sama.. dia sengaja create alasan untuk aku tak follow dia pergi lunch. Kerap dia volunter tolong tapaukan aku makanan.

Tapi waktu ini aku masih tidak syak apa2.. sebab aku seorang yang agak komited dengan kerja. So, bagi aku maybe B taknak ganggu aku dan dia nak senangkan hidup aku. So aku rasa sweet sangt bila hari2 aku tak perlu keluar lunch sebab tunang aku da siap2 belikan aku makanan..

So, aku yang bukak ruang untuk B dan Husna rapat. Disaat aku siapkan kerja waktu lunch tu. Mereka selalu keluar berdua lunch bersama. And bila aku pergi and balik kerja sendiri. B akan jemput dan hantar Husna kerja. Sesungguhnya aku buta tak nampak semua tu.

Husna post something di Facebook.. video clip lagu dari Rossa-Ku Menunggu..

Aku like.. siap komen, “lagu ni best!”

Husna reply komen aku. “Yes, best sangat especially part lirik dia..”

Aku reply “lol”… bodohnya aku.. mesti masa tu terkekek kekek Husna ketawakan kebodohan aku. (Korang gugel la lirik lagu ni and korang akan paham)

Department kami buat team outing. Aku nak pergi tapi B tak bagi..bermati-matian B tak bagi.. macam-macam alasan dia bagi.. katanya banyak aktiviti campur lelaki perempuan, tak manis untuk aku. Sedangkan dia ikut je. Malah B salah sorang yang organize aktiviti.

Last2 aku mengalah. Lagipun parents aku tak bagi join. Yelah kang jiran keliling ingat aku pergi bercuti berdua dengan tunang. So aku redha je la tunang aku pergi bercuti.. have fun.. kata aku..

Rupanya Husna join skali trip tu. The best part, dia pergi sekali dengan B. Satu kete berdua. Alasan B, dorang kena handle benda yang sama. Then kete B digunakan untuk letak barang2. So xleh ramai penumpang. Kete Husna plak rosak dihari kejadian. So secara “kebetulan” je dia tumpang kete B.

Masa ni, barulah aku mula suspicious. Aku tengok Facebook kawan-kawan yang join trip tu. Semua gambar akan terlihat B dan Husna duduk rapat2 or berdua. Siap ada gambar candid mereka berdua tengah berpegang tangan.. Aku da mula panas. Tapi bagi aku bukti itu masih belum cukup.

Hari pertama bekerja selepas dorang balik dari trip. Aku jumpe kawan2 B yang juga kawan2 aku. Aku suruh dorang terus terang betul ke B curang ngan aku.. Dalam ramai-ramai yang aku tanya, hanya sorang je yang mengaku. Itupun sebab dia kesian tengok aku dibodohkan depan2.

So, apa aku buat? Aku berpakat dengan Mr Bos(Bos aku memang kamcing giler dengan aku). Aku mintak dia buat meeting tergempar dengan B dan Husna. So sebab tergempar, dorang berdua tinggalkan computer masing-masing macam tu je.. dan aku terus pergi on computer dorang and check facebook masing-masing.. canteekk..dua2 tak reti logou FBt! Aku bukak FB messanger, maka terkantoi la segalanya… dah bersayang-syang..rindu dendam..dan macam2 lagi…aku printscreen, dan aku print semua conversation tu..

By the way para pembaca sekalian, kejadian ni berlaku di waktu majlis kawen aku bakal berlansung lagi sebulan.. sebulan ye.. cuti da approve..kad da print out n da edar..

Ok sambung… petang tu gak aku jumpe 4 mata dengan pasangan ideal tu. Depan B aku mintak putus. Aku taknak kawen.. B merayu kat aku.. dia cakap dia silap langkah.. hubungan dorang masih baru.. dia boleh berubah..

Husna? Maybe sebab terkejut dengan sikap B yang tetiba memilih aku berbanding dia.. dia jadi sangat2 marah.. siap jerit aku takkan terima ko sampai mati!. Dia terus blah macam tu je..

Aku da nekad, aku taknak teruskan.. aku ada bukti dia curang dengan aku.. tapi, bila pulang kerumah parents aku memujuk. Majlis tinggal kurang sebulan.. inilah dugaan pertunangan.. B dah ngaku salah.. dah mintak maaf..B jumpa family aku mintak maaf..menangis-nagis minta diberi peluang kedua..

Husna pun da jamin taknak B.. siap post kat facebook aku benci insan bernama B. Budak baru nak up sangat!!

Atas sebab itu.. aku terima B kembali.. majlis pernikahan kami berlansung dengan meriah.. Syed? Aku tak jemput pun.. tapi aku tau dia tau aku kawen.. aku dapat rasa dia tahu..

Selepas 2 minggu aku cuti kawen.. aku masuk office dan orang pertama aku nampak ketika itu adalah Husna. Dia melarikan diri bila terpandang aku. Aku buat biasa je.

Sebulan selepas aku kahwin, B kembali berubah macam dulu. Aku pulak, sejak berkahwin macam ada sixth sense. Aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena..

So aku jadi stalker teragung pada facebook Husna.. setiap kali dia post something, dia sendiri yang akan like.. dan dia sendiri yang akan komen post tu.. pelik kan? Tak pelik, sebab ayat tukang komen tu sama giler macam ayat yang laki aku selalu guna..

Second, baju.. okay.. sebagai isteri misali.. setiap hari aku akan sediakan baju untuk suami.. tapi, selalu suami aku mintak tukar baju lain.. dan bila sampai office, aku tengok Husna akan pakai baju warna yang sama dengan suami ku.. sehari dua maybe kebetulan.. tapi kalau dah seminggu sederet sama..kebetulan kah?

Lunch time memang aku takkan biar suami aku sorang2 lagi.. Tapi suami aku akan hilang lama waktu pkl 2 dan pkl 4. Solat? Surau ada kat belakang aku je.. dan setiap kali dia hilang, Husna pun turut MIA. Aik? Takkan la pergi toilet pun nak bersama kan?

So one day, B bangun pagi bagitahu dia tak sihat. Nak amik MC. Aku tawarkan diri nak bawak dia pergi klinik but dia cakap takpe..dia pergi sendiri. Lagipun klinik dekat. And tak okay untuk KPI kalau laki bini MC bersama.

Maka aku pun pergi office sendiri. Sampai2 aku nampak Husna pandang aku sengeh-sengeh. Aku nampak dia leka main handphone. Aku pandang dari jauh and aku nampak dia pergi ke arah bos aku berbincang. Dan dia tersenyum pergi ketempat dia dan berkemas-kemas untuk pulang.

Aku terus jumpa bos aku.. Buat-buat inform suami aku amik MC. Then aku tanyala nape Husna macam kelam kabut je balik. Bos aku cakap Husna EL sebab ada hal family. Pelik kan? Korang mesti dapat agak apa yang aku agak kan?

So, aku terus pergi ke tempat suami aku. Suami aku memang sejenis yang malas logout pc. Dan aku memang hafal password pc dia. Aku terus on Facebook B. Owh lupa, dia da block Husna dari Facebook atas permintaan aku.. depan aku gak dia block. Then aku nampak notification dr google talk. Owh, laki aku lupe logout google talk dia. Yelah mana dia nak tau rini dia mc and bini dia jadi stalker kan? So aku pun on gtalk dia.. ada conversation dia dengan Husna yg still active.. means, waktu aku tengah membaca tu, masih ada msg baru masuk dari keduanya.. sebab maybe B tgh guna gtalk dari hp dia..

Antara ayat yang aku ingat..

Husna: morning abgg… nampak makcik tu sorang je pagi ni.. abg mana? (Kojaq ko kan Husna, aku punyalah anggun ko panggil makcik je)

B: Abg demam..tak larat nak g keje.

Husna: la..abg tak sihat pun makcik tu buat tak pedulike? Kalau sayang wife abg..sayang akan jaga abg baik2..

B: huhuhuu…. (memang ini je dia balas)

Husna: abang..sayang bawak abg pergi klinik ye.. abang tunggu ye sayang mintak EL.

B:okay..tq sayang..

Husna: abang EL da approve. Tak sabar nak jumpe abang..

B: me too..hati2 drive ye..

Aku scroll ke atas.. baca gtalk mereka dari seawal yang aku mampu.. rupanya tak sampai sebulan aku bernikah, dia da memujuk rayu suami aku kembali.. kononnya tak boleh melupakan kisah cinta mereka. Suami aku?? Kucing mana pernah tolak ikan???

Aku pernah jadi Husna, tapi aku takdelah sampai pujuk Syed lepaskan Kak Tifa. But Husna yang aku berdepan ni. Dengan rasa tak malu suruh laki aku ceraikan aku lepas setahun nikah. Dia bagi can setahun je.. okay.. setahun!

Owh..ada msg baru masuk kat gtalk..

Husna: Abang..sayang da sampai. Nak sayang park kete kat mana ni?

B: park depan rumah. Kejap yea abg tukar baju.

Allahu.. dia dah pernah sampai rumah kami? Pernah kah dia masuk rumah aku? Bilik aku? Sampai kesitu aku bayangkan..

Aku buat perkara yang sama aku pernah buat waktu dorang kantoi kali pertama dulu.. aku printscreen convesation dorang dan aku print 3salinan..

Aku jumpe boss aku.. aku mintak EL. Aku perlukan ruang untuk bernafas.. dalam kepala aku terbayang Kak Tifa.. kalau lah Kak Tifa ada depan mata waktu ni, aku nak sembah dia mintak maaf.. Baru la sekarang aku benar2 rasa..benar2 paham keadaan dia sewaktu aku menjadu Husna..

Aku off hp. Aku tahu B akan call aku setiap sejam kalau aku takde depan mata. Pelik kan? Dia yang curang dia plak yang rasa insecure..

Aku berjalan-jalan tanpa hala tuju sampai petang… aku on hp tengok berlambak miskol dari B.. dia tahu aku EL sebab dia call office aku and HR inform dia aku EL. Sms dia penuh dengan nada risau. Chet! Porah! Ko baru berasmaradana dengan gf nk risaukan bini plak!

Petang tu aku sampai rumah.. dan aku tunjjukkan paper yang aku print tadi pada B. B koyak depan aku dan untuk kali pertama aku ditampar oleh B. Dia kata aku biadap sebab EL tak info dia.

Aku diam. Bukan sebab takut.. tapi aku dah terlalu kecewa.. aku bagitahu B, aku buat 3 salinan bukti tu. Aku nak bawak bukti tu pada pejabat agama. Aku nak mohon dilepaskan. Aku da bagitahu sebelum kawen, aku akan undur diri kalau bukan aku yang dia pilih. Tapi dia bermati-matian memilih aku dari Husna. Sebab itu aku teruskan pernikahan ini. Dan bila tak sampai sebulan dia dah kembali melayan Husna, bermakna aku ini bukan lagi pilihan dia. Maybe, aku gagal jadi isteri yang dia nak. Itu yang aku fikir..

B terus peluk aku kuat2.. dia sekali lagi mintak maaf sebab kasari aku.. dia mintak maaf sebab layan Husna.. sekali lagi dia bersumpah akulah wanita terbaik untuk dia. Bukan Husna. Dia mengaku banyak kali dia mintak Husna move on tinggalkan dia.. tapi Husna degil (yup, memang aku ada baca permintaan dia ni dalam gtalk).

Tapi macam aku kata tadi.. mana ada kucing yang tolak ikan??

Esoknya aku pergi kerja seorang lagi. B dapat MC 2hari sebab memang dia demam pun.. Sampai office aku terus jumpa Husna. Sabar aku ada batas!

Aku: kenapa ko still kacau laki aku? Ko pernah janji dulu kan takkan kacau dia lagi.

Husna: sebab aku sayang dia! Aku cinta dia! Dia milik aku!

Panggg!!! Aku tampar Husna depan semua orang. Bos dan beberapa orang staff cube sabarkan aku.. kebetulan ada nescafe panas kat tepi Husna.. maybe dia baru buat.. aku amik nescafe tu dan aku simbah pada dia..tapi tak kena sangat sebab ada kawan yang tepis. Aku tarik nafas panjang…aku pandang Husna, aku pandang mata dia tepat2..

Aku: Husna.. budak2 office ni sume anggap awak perempuan takde maruah! Dari hari pertama awk masuk office ni, awak tahu status B dan saya! Tapi dengan rasa tak malu awk ganggu. Awk ni bukan perempuan..tapi betina!

Lepas cakap macam tu aku terus blah ke tempat aku. Husna? Buat muke selambe amik mug dia and buat balik air nescafe baru.

Tengah hari tu aku dipanggil bos, rupanya Husna report kat HR aku mengasari dia. Yup, dari segi profesionalism, memang aku salah buat macam tu. Husna mintak aku buat permohonan maaf terbuka. Bos pulak cakap walaupun dari segi moral memang Husna Bi*** tapi secara undang-undang office memang dia tak boleh nak backup aku. Kesian bos aku, tak pasal-pasal jadi orang tengah.

Aku mintak izin bos aku untuk bersemuka dengan Husna before aku buat permohonan maaf terbuka tu. Aku bagi jaminan yang aku takkan jadi giler lagi macam tadi. Bos aku okay dan dia setupkan aku dan Husna untuk berjumpa di dalam bilik meeting. Bilik meeting ni ade cermin, so orang dari luar boleh nampak orang kat dalam walaupun butir2 bicara kami takkan didengari. Pandai bos aku pilih tempat.

Aku: Betul ko sayang B?

Husna: Betul. Sayang sangat!

Aku: Kau nak bermadu dengan aku?

Husna:…… diam

Aku: Kau yakin B sayang ko and akan lepaskan aku?

Husna: YUP! B sayang aku!

Aku: ok..kite tanya B! ( aku angkat phone and call B. Aku buat loudspeaker)

B: Assalamualaikum istriku..B baru lepas makan ubat..

Manja je nada suamiku masa tu. Aku senyum sambil pandang tepat pada Husna. Husna mencemik.

Aku: B, saya ada dengan Husna. Husna kata B pilih Husna dari saya.. B nak tinggalkan saya n kahwin dengan Husna. Betul ke B? B jawablah. Saya redha kalau bukan saya yg B pilih. Saya boleh balik rumah family saya.. tegasku!

B: kan semalam B dah cakap..B cuma nak isteri B. B taknak orang lain. Husna itu kesilapan B..

Waktu ini muka Husna merah membara menahan marah. Terus keluar pelbagai kata makian pada B dan aku. Husna kata B penipu dan aku wanita bodoh yang ditipu hidup2.

Husna keluar dari bilik meeting dan terus balik. Esok nya dia tak datang kerja. Dan seminggu kemudian aku dapat tahu dia resign.

B dan aku hidup aman tenteram kembali.. Sehinggalah B dapat kerja di tempat lain yang gajinya lebih okay dari tempat kerja kami sekarang.

Aku panjatkan syukur.. walaupun berbeza tempat kerja, tapi kami makin selalu ada masa bersama. Waktu cuti kami selalu buat aktiviti bersama. Aku mula lupa pada kejadian Husna.. aku mula jatuh cinta pada suamiku kembali..

Hinggalah satu hari aku ke pasaraya sorang diri. B masa tu teman mamanya ke kelas menjahit. Aku bertemu dengan kawan lama yang kenal aku dan B. Rupanya dia pun da bekerja satu bangunan dengan B tapi level lain. Aku namakan dia Syura.

Syura: aku respek kau.. kau boleh lagi percaya pada B dengan Husna after apa yang jadi..

Aku: Benda lama.. aku taknak ungkit.

Syura: yelah, tapi kalau aku, dengan perangai Husna tu, aku takkan rasa aman kalau dorang jadi officemate lagi.

Aku: officemate?

Syura: errr… kau tak tau ke? B cakap kau tau n kau okay..

Aku: Tau ape?

Dan Syura pun bagitahu aku segalanya.. Rupanya Husna resign dan kerja di tempat yang sama dengan suamiku sekarang. Dan Husna jugalah yang tolong suami aku masuk keje disitu. Walaupun lain department, tapi mereka kerap lunch bersama. Syura turut mohon maaf pada aku kiranya apa yang dia cerita ini akan mengakibatkan sesuatu yang tak baik terjadi pada rumahtangga aku.

Aku jadi stalker terulung kembali. Yup, walaupun mereka tak pernah ambil gambar berdua, tapi mereka akan post sesuatu yang lebih kurang sama.. sebagai contoh gambar tempat makan yang sama..or menu yang sama di masa yang sama..

Sampai tahap aku call HR company tu untuk confirmkan betulke mereka ada staff bernama Husna. Dan HR iyakan.. (aku tipu kononnya aku HR dari company lain nak buat semakan)

Jadi sekali lagi aku diHusnakan. Dan untuk kali ketiga ini.. aku tidak lagi membuat apa-apa tindakan. Aku da penat. Penat sangat untuk berjuang dalam mempertahankan rumahtangga sendiri.

Aku pernah duduk ditempat Husna. Aku tahu betapa thrill nya perhubungan yang dihalang. Maka sejak itu, aku mula pasif dengan B. Aku dah kurang melayan dia… sebab aku da penat jadi yang terbaik tapi dia still cari Husna.

Aku dah banyak diam. Aku tahu B perasan hal itu. Tapi dia tak bersuara mungkin sebab dia tahu dia salah. Bagiku, suamiku bukan lagi milikku seorang.. sekuat mana aku berjuang, aku tetap kalah dengan Husna..ya..aku mengaku aku tewas!!

Hingga suatu hari, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyakitkan.. B..suamiku dipanggil ilahi..

Dan sewaktu jenazah didepan mata.. hp B ditangan aku.. aku dapat panggilan dari Husna.. berkali2..aku baca msg Husna..

Husna: abang ni..kenapa lately abang da tak layan Husna? Makcik kawal abang ke?? Husna rindu abang…..

Abg jawab la Husna call..

Husna nak bgtw da sampai office je..

Benci abang..

I love you..abang balas msg Husna..plzzzzz…

Dan dalam kepayahan.., aku menaip.. mataku kelabu kerana penuh dengan airmata.. orang sekeling memujuk aku kerana mereka tahu aku sedih kerana baru kehilangan suami…hakikatnya….hanya aku yang tahu….

“Husna..B dah takde.. hentikan perjuangan awak.. B da tinggalkan kite.. satu saya mohon, jangan lah awk muncul depan saya..saya tak redha..saya tak izinkan.. “SEND-BLOCK NO

Nota Tambahan:

■ cerita ini ditokok tambah untuk tutup aib insan2 yang terlibat especially buat arwah suami tercinta..

■ kisah ini bukan untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi pengajaran buat mereka yang nak menjadi Husna.. selagi boleh elak..elaklah.. jangan kita jadi penyebab wanita lain kesedihan.. kerana ingat..KIFARAH itu pasti ada..

■ wahai pembaca, sesungguhnya aku da memaafkan arwah suamiku dan juga Husna.. ya, aku dah maafkan Husna.. dengan seikhlas hati.. aku harap Husna akan berubah dan moga apa yang jadi pada aku takkan terjadi pada Husna.

■ Mohon semua pembaca, sedekahkan alfatihah buat arwah suamiku.. Moga menjadi bekalan buat dia disana. Ya, dia ada khilaf, namun dia masih pernah membahagiakan aku.

– SayangSalmah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ofis dan Rokok

PengakuanKu

Assalamualaikum , terima kasih admin share kan kisah saya. Tujuan saya menulis luahan ini hanyalah untuk berkongsi dan bertanya pendapat semua tentang kehidupan saya.

Umur saya 25 tahun dan sudah bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat GLC. saya baru je kerja kat sni dalam setahun lebih. saya tahu orang2 kat sni semuanya mempunyai IQ yang tinggi. kalau x, mcm mne bole bekerja kt sini. cuma saya agak terkilan dengan staf department saya. kerja kat ofis, mmg ade aircond. sejuk je rasa. kadang2 boleh buat tido. tp dieorg ni mcm x paham bahasa ( sorry bahasa kasar). MEROKOK DI DALAM OFIS. badan besar, tp otak kecik. stress smpai naik ke kepala.

saya langsung x kisah kalau dieorg nk merokok sbb dieorg bkn lah ahli keluarga saya. kesihatan dieorg bialah dieorg sahaja yang tentukan,, tapi yang menyedut asap rokok dieorg, adalah SAYA. dalam ofis ni beraircond, di tambah dengan asap2 rokok tu, kekdang saya sampai sesak nafas. Pening tu xya cakap la berhari2 sakit kepala dgn asap2 ni. Sy serius rase terkilan dgn sikap org macam ni. die x fikir ke keadaan orang sekeliling? nak merokok , tp asap tu tlong la telan sendiri, jangan la bagi orang lain hidu.

Saya pernah bertanya bahagian admin, xde ke arahan syarikat atau something yang bole stopkan dieorang merokok? dieorang pon x mampu nak menjawab. huhu

tlong la kerajaan ke ape ke , kluarkan la akta apa2 huhu. saya dh tak tahan berbulan2 mcm ni. nak marah pon, bos2 pon sme naik merokok jgk. xmampu nk buat ape2.

kadang2 terpaksa kluar dri ofis, nk cari udara segar T_T. mungkin jgk sy xpernah hidup dgn keadaan orang yang merokok disebabkan family sy tak de sorang pon merokok, vape, shisha n so on

ipar duai pon xde.

wahai warga fb, ade apa2 solution utk saya tak? saya mintak maaf kalau ada apa2 yang saya utarakan, menyinggung perasaan sesiapa.

Sekian, untuk hari ini.

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Husna Yang Di’husna’kan

PengakuanKu

Assalammualaikum… ramai da post tentang Husna. Terasa nak post juge sebab aku pernah menjadi HUSNA dan pernah juga diHUSNAkan..#ayatbaru

Aku mulakan situasi sewaktu aku menjadi Husna…

Waktu tu umurku baru 19tahun. Budak baru nak up. Student di sebuah IPT Shah Alam. Walaupun layak untuk dapat asrama. Tapi aku memilih untuk menyewa dengan rakan-rakan di seksyen 7 Shah Alam. Nak berdikari kataku pada family.. hakikatnya, stay luar lebih bebas. Bebas berjalan..bebas segalanya.. Yang faham..fahamlah…

One day, housemateku Ayu ajak teman beliau blindate dengan someone yang dia kenal melalui ym. Aku pada ketika itu kebetulan memang nak keluar cari barang assigment terus setuju. Jimat duit tambang bas. Dalam pukul 8 mlm, aku dan Ayu keluar berjumpa dengan si jejaka. Okay, aku namakan dia Faiz. Kata Ayu, Faiz ini agak berumur dan sudah bekerja. Aku okay kan saja sebab niat aku memang sekadar untuk jadi peneman.

Rupanya Faiz datang dengan kawan dia jugak. Aku namakan dia Syed. So, kami berempat naik kereta kepunyaan Faiz. Nama pun blindate kan.. Si Ayu dengan si Faiz diam sepanjang perjalanan. Mungkin sebab segan kali pertama jumpa.

Syed? Maybe dia rasa rimas keduanya diam membatu, dia mula bertanya Ayu beberapa soalan sekadar untuk ice breaker. And entah macam mana soalan-soalan itu ditanya pula pada aku. Aku pulak kononnya niat untuk hilangkan nerves ayu.., melayan saja soalan-soalan dari Syed. Hinggakan dari sekadar menjawab soalan simple jadi perbualan yang rancak.. aku rasa selesa dengan Syed. Aku dapat tangkap gurauan dia.. and malam itu, kami lepak sampai tengah malam.

Esoknya, Ayu datang ke bilik aku mintak izin untuk pass phone no aku pada Syed. Katanya Syed nak kenal aku lebih rapat sebab dia rasa selesa dengan aku. Pada mulanya aku agak ragu-ragu nak bagi sebab yelah..aku da ada boyfriend masa tu yang juga seorang student di IPT Melaka. Tapi aku kalah dengan pujukan Ayu. Katanya senang kalau keluar berempat. Yelakan, kalau keluar berdua kang ada pulak insan ketiga yang bertanduk. Waktu itu, aku pikirkan tak salah pun berkawan..

Malam itu jugak aku dapat sms pertama dari Syed.

Syed: assalam…tq sudi jadi kwn Syed.

Aku: wslm..same here.. selamat berkawan.

Dan kami terus berbalas sms sampai pagi. Esoknya kami sambung lagi bersms. Malah, aku lebih kerap bersms dengan Syed berbanding bf ku.

One day, aku demam teruk. Mata aku bengkak sebab terlalu panas. Aku cuba call bf aku untuk mengadu tapi tak berangkat. Then, aku menaip sms..

“Demam teruk sangat! Sampai mata bengkak!”.. and msg tu aku hantar pada bf aku dan Syed.. lepas tu aku terlelap..

2jam kemudian aku terjaga, aku check hp ada berpuluh miskol dan unread sms. Aku senyum.. sayang juga bf aku kat aku.. aku pun on notification, rupanya miskol dan sms tu datang dari Syed. Bf aku hantar 1 je sms.. “jgn lupa makan ubat.”

Sedang aku membaca sms2 dari Syed, tetiba Syed call aku lagi.. aku terus angkat..

Syed: Assalamualaikum.. Syed risau awak demam teruk. Syed da nak sampai kat area rumah awak ni. Awak siap2 la.. Syed bwk awak g klinik.

Aku: eh! Tak pela Syed, saya da makan panadol. Lagipun kk da tutup time2 camni..

Syed: kite g klinik swasta. Jgn degil awk, dari sore awk pun da tau awk demam teruk ni. Lg 10min Syed sampai.

And memang tepat 10minit, Syed da terpacul depan rumah sewaku. Memandangkan Ayu ada kelas malam haritu, maka aku bersendirian saja dengan Syed. Dan inilah kali pertama kami keluar berdua. Selepas ke klinik, Syed belikan aku bubur nasi and terus hantar aku ke rumah sewa.

Aku terharu dengan cara Syed melayan aku. Maka sejak hari itu, kami selalu keluar berdua. Kadang menonton wayang, karaoke, atau sekadar lepak di mamak. Dan semakin hari, perasaan aku berubah. Aku mengaku.. aku da mula sayang pada Syed. Lebih dari bf aku sendiri. Aku da mula tanam rasa cinta pada Syed.

Syed bagiku hampir sempurna. Setiap kali aku dalam kesusahan, dia akan datang membantu. Aku da tak risau kalau ada kelas malam sebab Syed akan datang menjemput aku. Dan lepas tu kami akan melepak sampai ke tengah malam.

6bulan kami begitu, akhirnya aku terpaksa jujur pada diri sendiri. Aku lebih sayangkan Syed dari bf ku sendiri. Aku putuskan hubungan aku dengan bf ku. Selepas Syed dapat tahu. Dia pun confess perasaan dia pada aku. Yup, perasaan kami sama.. dan kami pun declare sebagai kekasih.

Setahun kami bercouple.. hampir setiap hari kami berjumpa. Kalau tak jumpe, kami akan bergayut sampai ke pukul 1 or 2 pagi.. aku bahagia..sehinggalah..

One day, Syed tak sihat. Dia mintak izin untuk tidur awal. Aku izinkan.. lepas letak phone aku tak boleh tidur memikirkan kekasih hati sedang uzur disana. Romantik la konon.. maka aku pun menaip sms untuk dihantar pada Syed..

“Jangan lupa makan ubat ye abang… I love you sooo much!!”..SEND!

Tiba2 dapat balasan sms dari no Syed. Aku senyum sendiri.. amboi kekasih ku nih.. kata tadi demam teruk!

“Da lama ke buat keje ni? Da lama ke jadi perosak rumah tangga orang?”

Hampir terlepas hp aku baca sms dari Syed. Aku keliru. Berulang kali aku baca no phone Syed..salah hantar ke? Crossline ke?? Tiba2 satu no asing yang mirip no Syed call aku.. Aku angkat dan memberi salam..

Aku: sorry, saya salah hantar sms td. Saya nak hantar kat bf saya.

Dia: sapa nama bf awk..Syed?

Aku: Ya..awk sape?

Dia: Sya Tifa..isteri Syed.

Aku: kejap! Syed da kawen?? Dia pernah bertunang.. tpi da putus!

Dia: yup, dia memang pernah putus tunang. Tpi sambung balik and terus kahwin.. Sayalah orangnya..

Aku meraung bagai orang gile.. aku terus mohon maaf pada Kak Tifa.. aku benar2 tak tahu aku ganggu suami dan ayah orang..

Ya! Syed yang aku kenal dan aku sayang rupanya sudah 13 tahun berkahwin dengan Kak Tifa..Mereka kahwin muda.. Anak 5 orang.. Yang sulung darjah 5. Dan dari perbualan kami, barulah aku tahu disaat kali pertama kami jumpa, Kak Tifa sedang sarat mengandung anak kelima mereka.. kerana komplikasi, dia kena tahan di wad dekat 2bulan sebelum anak bongsu mereka selamat dilahirkan. Setelah itu, dia dihantar ke kampung untuk berpantang selama 3bulan. Sebab itu Syed bebas berjumpa dengan aku walau pukul berapa pun. Anak-anaknya yang lain dijaga oleh mak Syed yang kebetulan duduk berjiran dengan mereka.

Tapi kenapa hingga kini Syed boleh je contact aku sampai tengah malam? Rupanya Kak Tifa keje kilang. Dan dia lebih suka amik shif malam sebab dapat gaji lebih. Kalau waktu cuti, dia memang banyak masa tidur. Tapi dia dan Syed selalu juga berdating time dia cuti. Tempat dating pun lebih kurang je dengan tempat yang Syed bawak aku. Camne lah boleh tak pernah terserempak?

Malam itu jugak, aku berjanji dengan Kak Tifa.. aku takkan ganggu Syed lagi.. Aku bernasib baik, Kak Tifa bukan jenis perempuan yang terus serang perempuan lain tanpa usul periksa. Maybe Kak Tifa tahu, aku tak bersalah. Sebab aku memang tak tahu status Syed. Kak Tifa yang duduk serumah dengan Syed pun bole tertipu..inikan pula aku.

Tapi, Kak Tifa ada rancangan nak kantoikan laki dia dan nak jumpa aku depan2. Jadi aku dan Kak Tifa berpakat buat2 tak tahu tentang hal ini. Kami delete sms2 kami berdua tadi. Dan esoknya Syed call aku macam biasa. Dan aku layan macam biasa. Walaupun hati aku..sakit yang teramat sangat..

Seperti yang dijanjikan, Kak Tifa mintak aku ke Tesco kerana dia dan Syed akan kesana untuk beli barang dapur. Kami akan pura2 terserempak di situ.

Sampai di Tesco, aku nampak kelibat Syed dan seorang wanita di foodcourt. Aku cuba tampil kedepan macam yang aku dan Kak Tifa rancang. Tapi aku terlalu takut. Aku membatu dan pandang mereka dari jauh. Tiba2 Syed pusing dan ternampak aku. Aku nampak wajah dia terkejut. Tapi still tenang.. macam mana dia boleh tenang? Aku keliru! Aku jadi geram melihat wajah dia yang nampak tenang. Aku terus berjalan kearah Syed.

Aku: Syed wat ape kat sini? Yg ni sape? – aku tunjuk kearah Kak Tifa.

Kak Tifa: sape ni abang??

Syed: ni isteri syed..- katanya sambil tunjuk Kak Tifa padaku..

Ni gadis abang.. -tambah dia lagi sambil tunjuk aku pada kak Tifa..

Aku nampak mata Kak Tifa berkaca.. suara dia bergetar.. dia pegang kerusi di sebelah dan badan dia mengigil. Samada menahan tangis or menahan marah.. aku agak keduanya..

Kak Tifa: apa maksud abang? Gadis ape?

Syed: Abg syg dia. Kalau bg izin, abg nk nikah dia..-jwb Syed selamba..

Kak Tifa bangun dan terus berjalan pergi.. Syed pandang aku bagai minta izin utk pergi mengejar isterinya.. aku? Aku diam membatu disitu.. terkejut dengan drama yang baru berlaku..

Malam itu aku pulang ke rumah sewa. Dari jauh aku nampak kereta Syed di depan rumah ku. Syed kata dia baru lepas hantar Kak Tifa ke rumah. And instead of memujuk isteri sendiri, dia decide untuk datang memujuk aku. Dia mintak aku dengar penjelasan dia which is aku refuse. Aku halau dia balik tapi dia degil. Untuk elak rasa malu dengan jiran2.. aku folow dia, dia bawak aku ke kedai makan and dia explain semua.

Katanya pada asalnya dia teman Faiz sebab tertipu dengan Faiz. Faiz ajak dia main badminton bila da dalam kereta baru Faiz bagitau nak pergi blindate. By the way, Faiz ni laki orang jugak ye.. kantoi gak hari yang sama. Cuma bezanya Ayu takdela tangkap cintan dengan Faiz so walaupun da kantoi, takdelah efek sangat.

Okay sambung.. bila Syed jumpa aku, dia dapat rasa connection yang da lama dia tak rasa. Borak2 kosong kami tu yang buat dia rasa seronok. Sebab, dia dan wife dia da lama tak borak2 kosong.. maksudnya, dengan wife dia, dorang lebih berbual tentang isu duit belanja, anak2, hal2 remeh rumahtangga.. dan dari rasa seronok tu timbul rasa sayang.. dia tahu dia salah sebab tipu aku..tipu isteri dia.. tapi yang dia tipu aku cuma status dia sahaja.. yang lain2.. activity harian dia..kerja dia..dia jujur.

Malam itu dia merayu pada aku jangan tinggalkan dia..

Malam itu dia janji takkan tipu aku lagi..

Malam itu dia janji akan pujuk isteri dia terima aku..

Malam itu aku jadi bodoh kerana cinta.. aku terima janji2nya.. aku mahu teruskan rasa bahagia aku walaupun aku tahu..ada wanita lain sedang menangis kecewa ketika itu.. Ya Allah.. aku tahu aku salah! Aku tau aku mungkir janjiku pada Kak Tifa.. tapi pada ketika itu.. aku tak boleh tipu diri sendiri..aku terlalu sayangkan Syed.

Dan bermula kehidupanku sebagai madu yang belum dinikahi.. Hubungan sorok2 kami berterusan sampai aku dah graduate. Aku da start kerja di sebuah bank di KL.

Syed masih melayanku dengan baik. Kadang2 dia akan jemput aku dari kerja di KL. Kami always curi2 jumpa especially bila Kak Tifa shift malam.

Beberapa kali kami kantoi dengan Kak Tifa.. setiap kali kantoi..aku akan tabur janji untuk tak kan kacau Syed lagi. Tapi janji tinggal janji.. aku makin seronok dengan hubungan curi2 ini. Aku rasa thrill. Semakin hari aku makin tamak. Aku mula rasa meluat bila Kak Tifa contact Syed sewaktu kami tengah dating.. aku rasa Kak Tifa menyebuk. Rimas! Betapa aku tak sedar diri bahawa akulah HUSNA dalam hubungan ini.

Hinggalah satu ketika Facebook makin popular. Kawan2 Facebook ku ramai yang da mula tayang gambar kekasih masing2.. Disaat melihat gambar2 kawan2 dengan pasangan aku mula terfikir tentang kehidupan aku dan Syed.

Kami hanya keluar lepak di tempat yang tak popular dan tempat yang sama sebab taknak kantoi..

Kami tak pernah ambil gambar bersama. Kalau ambil pun, dia larang aku simpan sebab takut kantoi.. dia lagilah tak pernah simpan gambar aku.

Adakah Syed lelaki yang layak untuk aku bawak jumpa parents aku? Apa aku nak bgtw keluargaku? Aku nk jadi isteri kedua lelaki ini..? mampu ke Syed tanggung aku disamping anak2nya yang 5 orang tu?

Adakah aku bersedia jadi mak tiri? Adakah anak2 Syed terima aku yang terang2 jadi perosak rumahtangga ibu dan ayah mereka?

Waktu itu aku bagai tersedar. Dan aku mula nampak kelemahan Syed. Ya, memang dia tak tipu aku..tapi dia bohong isteri dan anak2 dia untuk jumpa aku.. Bodohnya aku! Baru sekarang aku nampak?

Dan aku mula perlahan-lahan tinggalkan Syed. Dari jumpa setiap hari, aku kurangkan jumpa 3 kali seminggu..dari call 3jam setiap hari, aku limitkan pada sejam sehari.. Memang, sepatutnya aku kena terus stop jumpe or layan dia.. tapi aku tak berdaya buat macam tu.. hampir 5tahun kami bersama..terlalu sukar untuk aku tinggalkan dia begitu sahaja..

Pernah sekali, aku teman kawan aku berubat dengan seorang nenek. Aku cuba tanya pada nenek tu, adakah Syed mandrem aku sebab terlalu sukar aku nak lupakan dia.. kata nenek tu Syed tak pernah mandrem aku..dan Syed memang sayang aku cuma dia takut nak bertindak jauh. Dia takut nk kawen dengan aku sebab dia taknak lukakan hati isteri dia.

Pabila dengar kata nenek tu, aku mintak nenek tu tutup hati aku pada Syed. Aku mintak supaya aku kuat untuk lupakan Syed. Dan dengan izin Allah, walaupun aku masih tak lupa Syed 100%, namun rasa rindu tu dah makin hilang.. rasa sayang tu dah mula pudar..

Hinggalah aku berkenalan dengan seorang lelaki yang aku namakan B. Aku mula fokus perasaan aku pada B. Dan akhirnya rasa rindu..sayang..cinta aku pada Syed terus terkubur..

Nota Tambahan

■ supaya pembaca tak salah faham, walaupun aku dan Syed lepak sampai 2-3 pagi, tapi kami tak pernah buat perkara yg terkutuk. Biasanya kami lepak mamak or McD.. borak-borak sambil dia teman aku siapkan assigment

■ tapi memang aku pernah cuba goda Syed (yes! Aku ngaku aku jahat..aku berdosa) namun dia tolak cara baik.. dia ckp dia taknak rosakkan aku..(salah satu sebab kenapa aku susah nak tinggalkan dia. Bagi aku dia sangat bertanggujawab pada aku)

■ nenek tu ngaku dengan aku, masa aku mintak dia tlg aku lupakan Syed, dia pura2 je jampi2 bagai.. senanya dia baca Fatihah je.. Katanya hanya aku je boleh ubah diri sendiri..sebab aku da nampak benda tu salah.. tq nenek..

■ spjg hampir 5tahun aku dengan Syed, beratus kali kami kantoi. Biasanya kantoi sms. Sebab Syed selalu lupa delete sms. Pernah dia pakai 2 hp, pun kantoi gak sebab dia tertinggal 2nd phone dlm kete.. kete tu bini dia bawak g kedai.. aku call..bini dia angkat..hahahaha..ok tak lawak! Pernah gak kantoi tengah video call tetibe Kak Tifa balik keje awal. Dia slow2 muncul dari belakang Syed. Syed tak tutup pintu sebab ingatkan bini dia OT. Terus aku off hp siap cabut bateri phone. Konon2 takut. Esoknya elok je Syed call aku balik. Kak Tifa marah sekejap but dia da pujuk.setel!

■ salah satu sebab kenapa aku berani and still berhubung dengan Syed walaupun banyak kali kantoi adalah sebab Kak Tifa yg terlalu berlembut dengan aku. Walaupun dia marah bila kantoi tapi marahnya tak kemana.. ugut je lebih. Tapi takde tindakan. Sebab tu aku jadi tak takut. Jahat kan aku?

■ dan macam2 lagi….macam da pjg sangat kisah nih.. InshaAllah, next episode aku story macam mana aku pulak diHUSNAkan oleh pihak ketiga..karma is real??

– SayangSalmah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Penat Dengan Hidup

PengakuanKu

Salam semua pembaca. Terima kasih admin andai luahan ini disiarkan. Mohon admin rahsiakan identiti aku. Aku ingin kongsi kisah hidup aku agar aku dapat meringankan tekanan di otakku.

Sedikit intro mengenai aku. Namaku Aries berumur awal 20-an. Seorang yg ceria di luaran tp dalaman penuh parut yg masih berdarah. Aku bakal berjumpa pakar psikiatri disebabkan masalah kemurungan yg teruk. Doakan aku guys. Ohh yaa, dlm masa 2 tahun aku dh bertukar 9 tempat kerja. Banyak kan? Semua ni disebabkan aku mudah sakit hati & tetiba jd hilang semangat nak hidup (tidur jee sepanjang hari). Aku juga suka cederakan diri sendiri jika terlalu stress.

Kisah hidup aku banyak yg pahit dari manis. Aku mangsa “sex grooming” oleh uncle sendiri sejak 4 tahun hingga 14 tahun klu tak silap aku. Aku hampir dirogol waktu darjah 4 tp aku berjaya tendang dia. Yezzzaaa. Terlalu banyak yg dia lakukan kat aku yg tak mampu aku coretkan disini. Aku cerita dkt mak ayah aku tp tak ada yg percaya, hanya melawak kata dorang. Uncle aku selalu ke masjid bagai, mmg tak laa orang nak percaya kan? Sampai satu tahap aku nak buat report polis tp tak jadi sbb aku fikir, mak ayah sendiri tak percaya, takkan polis nak percaya pulak kan. Buat ibu bapa diluar sana, tolong dengar suara anak anda. Jgn biarkan dorang jd mangsa syaitan bertopengkan manusia. Yg paling sadis uncle aku siap ugut klu tak layan kehendak dia, dia akan aniaya adik aku pulak. Aku sayang adik aku, so biar aku yg menderita sendiri.

Selepas kena aniaya dgn uncle sendiri, aku dianiaya pulak oleh kawan sepermainan sendiri, kenal sejak 6 tahun. Aku namakan dia A. Time aku form 2, aku bodoh dgn pujuk rayu dia hingga tergadai maruah aku. Yg paling menyakitkan hati, bila aku form 4, hubungan kami kantoi lalu A serahkan aku kat 2 orang kawan dia untuk tutup mulut & aku dirogol bergilir-II waktu tersebut. Aku rasa diri aku dh tak berharga. Bermula dari situ, aku jadi gadis liar. Aku belajar merokok, keluar memalam buta dgn kengkawan lelaki. Aku jd nakal yg mcm lelaki bukan jd bohsia. Aku merempit, merokok, bergaduh, minum arak & ambil dadah. Jahat kan aku?

Banyak lg sebenarnya kisah hidup aku yg membuatkan aku rasa penat sangat nak hidup. Baik mati dari hidup. Hidup pun membebankan orang lain buat apa kan? Dh terlalu panjang aku taip rasanya, kang muak pulak korang semua baca kisah hidup aku. Okeylah, aku undur diri dulu. Please jgn kecam aku, tolong bg aku kata-II motivasi yg membina. Maaf jika penulisan berserabut & membosankan. Thanks sudi baca.

-Miss Aries-

– Miss Aries

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Dibuang Keluarga

PengakuanKu

Assalamualaikum..Ini kali kedua aku hantar confession dekat sini.Aku ibu kepada seorang cahaya mata berumur 6 bulan.Kalau tak silap aku,seminggu lebih yang lepas aku ada hantar confess tapi masa tu punya confess adusss macam perempuan gila hilang laki.Pun tajuk yang sama Dibuang Keluarga.Sebenarnya dekat situ aku letak Tanpa Tajuk tapi pehal bila da approve jadi Dibuang Keluarga.Patut la aku scroll cari cerita aku takda.Rupanya tajuk da kena tukar.Masa tu aku confess habis semua aku rungutkan.Kali ni takde apa aku nak rungutkan cuma ucapan terima kasih untuk semua pembaca dan pengomen.Terima kasih sudi membaca luahan aku dan meluahkan pendapat masing2 walaupun kita tak berjumpa dua muka.

Aku ikut beberapa cadangan yang ada dekat komen2 tu. Yang minta aku menangis bawah shower.Memang aku menangis,anak aku pun ikut menangis dekat ruang tamu.Aku biarkan je sebab aku sibuk berscrub badan,muka,belek itu ini sebab lepas tu aku nak bawa anak aku jalan2.Tapi takde la lama sangat dia meraung.Aku bukak pintu bilik air,tarik tilam dia depan pintu.Nahhhh tengok la mama puas2.Baru dia diam main permainan dia.Ada yang minta aku jadikan anak aku kawan.Sebelum ni aku layan dia macam bayi yang kena bagi susu lepastu main2 bagi susu balik main pastu tidur.

Untuk seminggu ni da berubah.Aku dukung anak aku sekali untuk buat kerja sama2 kecuali masak.Aku bercakap dengan anak aku,aku buat dia kawan paling rapat susah senang sama2.Bila aku bangun subuh,dia pun ikut bangun.Aku happy.Anak aku memang setiap kali aku bangun dia bangun.Aku bawa dia sekali baring sebelah aku masa aku solat.Lepastu aku guna kain batik buat macam kendong tu (ni pun ada sorang akak komen bagi cadangan) aku buat kerja rumah sama2 siap ambil angin pagi depan rumah.Kalau ada basikal memang aku kayuh pagi2 dengan anak sekali agaknya.

Aku selalu cerita dekat suami pasal keluarga aku,aktiviti aku biasa buat masa dengan family.Bercuti sana sini,makan2.Seronok tau meriah je.Suami aku cuma diam je tak ada respon hadap fon main game.Cerita dengan anak lagi best sekurangnya ada juga anak senyum2 ketawa.Hehehehe kelakar tapi bila aku tanya,sebab dari kecil tak ada pengalaman macam aku.Dibesarkan dengan ayah yang kaki pukul,mabuk,mak jarang ada dekat rumah.Jadi aku nak marah dia sepenuhnya pun tak boleh.Nak suruh ubah perangai pun da lambat sebab da tua (yang ni aku setuju sebab aku ada baca sorang akak tu komen camni juga) Nak aku mengamuk sakan pun da buat.Tapi tah la memang sekering2 hati.

Padahal aku tepek ayat pedas2 bisa perit memang berdosa betul ayat.Doakan suami aku lembut hati ya bantu aku sama2 kerja rumah jaga anak.Ada yang kata aku tak bersyukur suami suruh duduk rumah jaga anak,dia keluar cari duit.Bukan aku tak bersyukur,jiwa aku bukan untuk duduk rumah 24jam..Aku nak balik rumah mak ayah tapi aku risau mak ayah aku fikir bukan2 tentang suami aku sebab suami aku tak nak balik sama.Aku taknak mak ayah aku tahu buruk suami aku.Aku taknak mak ayah aku risau macam mana aku menjalani hidup sehari2 kalau aku balik sorang2.Sebab tu seboleh2 aku nak balik bersama dengan suami dan anak.InsyaAllah,aku akan usahakan sehabis baik untuk pujuk suami sama2 balik rumah mak ayah aku.

Mungkin betul juga,aku baru nak adapt perubahan suasana.Sebelum ni aku kerja dah ada jadual sendiri.Tiba2 aku terperuk dalam rumah,aku jadi bengang macam mendap.Aku taip ni pun,mil aku baru lepas tegur kenapa aku resign,kesian anak dia sorang kena kerja nak tanggung aku dengan anak kecil lagi.Adik ipar aku nak sambung belajar tapi aku tak kerja macam mana dia nak belajar.Aku suruh dia tanya dekat anak dia sebab kalau ikut aku,aku nak kerja lagi.

Komen aku masak lauk tak semenggah bagi anak dia makan cuma masak kicap dengan sayur.Mil aku komen dapur aku x cantik susun atur caca marba.Rumah tak ada oven macam rumah anak perempuan dia.Nampak sangat aku jarang masuk dapur buat minum2 petang katanya.Aku hehehehhe je.Malas nak jawap.Aku sakit hati dengan mil tapi aku buat pekak je sengih2.Kali ni datang lama pula sampai Raya Haji.Doakan aku diberi kesabaran berganda2 untuk buat pekak kalau ada cakap2 menyakitkan hati.Ni pun aku baca dari komen2 suruh aku buat dek je kalau ada komplen apa2.

Ada yang tanya kenapa aku tak ada kawan2 kan.Suami aku punya cemburu tak boleh kawal.Kad bank dia pegang,pergerakan pergi kerja balik kerja,whatsapp semua dia nak tengok.Dia tak berkenan dengan cara kawan2 aku menyembang terus di block nya.Fb pun guna dia punya.Jadi la aku tak ada kawan2.Kenapa dia jadi cemburu macam tu aku pun tak tahu.Masa kenal dulu tak ada pula macam tu.Ke aku yang tak perasan ek..

Baru seminggu lebih,tak ada banyak perubahan yang nak dijangka kan.Tapi aku jadi lebih tenang,gembira,syukur.Aku seronok anak aku bangun kalau aku bangun.Aku seronok sangat bila dia menangis kalau aku takde.Nanti aku jengah2 main cak2 dari dapur ke tempat dia baring golek2.Anak aku comel tau lesung pipit kiri kanan dagu lekuk.Pipi macam hamster kembung je.Aku seronok sangat bila aku buat kerja rumah,anak aku melekap dekat dada aku.Aku menyanyi,zikir,bertasbih,bersembang dengan anak aku sampai dia tertidur.

Mungkin bosan agaknya dengar aku bebel kan.Ada 1 komen aku baca,minta aku redha dan berdoa.Sentiasa berdoa kepada Allah.Itupun aku buat.Aku belajar untuk redha.Aku hadap phone menaip ni pun anak aku sama juga sibuk meniarap depan muka aku nak tengok dengan air liur meleleh2 tangan capai2 fon tarik rambut aku.Yela2 habis confess ni kita siap2 pergi cari cendol dengan rojak ajak nenek sekali ok..mama nak ucap terima kasih dekat kawan alam maya mama.Harap2 berkekalan la ketenangan jiwa yang mama dapat ni.

Untuk mereka yang berkata bukan2 tentang aku,gelar aku pemalas,gelar aku tak matang mengada sendiri cari penyakit,baru anak sorang da stress macam ni,bandingkan life mereka dengan aku,anak 7,8orang masih boleh kawal emosi,maaf aku bukan seperti kalian,Alhamdulilah mereka berjaya besarkan anak 5,6 orang tanpa rasa seperti aku.Aku terima seadanya dan aku maafkan kalian.Jika aku masih bekerja,aku akan menjauhkan diri dari orang seperti mereka kerana bila diluah apa yang terbuku dalam hati tetapi respon yang diberi seolah menambah cuka diatas luka yang mungkin kecil tapi dengan cakap2 begitu boleh buatkan luka jadi makin besar.

Untuk makcik Norizan,peluk peluk peluk untuk makcik..terima kasih makcik.Terasa seolah meluah dekat mak.Saya baca banyak2 kali komen makcik.Ulang2 baca rasa macam da hafal..Terima kasih makcik..doakan sy dapat pujuk suami sy balik rumah mak saya sama2.Mak sy masak sedap sangat lagi sedap dari mil sy masak.Mak sy tak pernah merungut macam sy.Mak sy brcakap yg baik2 positif sahaja.Rindunya kat mak sy..Assalamualaikum..

Mama nak cari cendol dgn baby

– Mama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.