Assalamualaikum.. Admin saya berharap agar kisah saya dapat dikongsi. Saya tidak pasti mengalami masalah bau sejak bila. Ketika saya bekerja di syarikat yang lama dan memandu kenderaan sendiri saya tidak rasa mempunyai bau badan sebab rakan sekerja saya tak pernah menjauhkan diri atau menunjukkan rasa tidak selesa ketika duduk bersebelahan atau berbual.
Kini saya sudah bekerja di syarikat yang lain untuk mencari pengalaman baru. Maklumlah usia masih 20an jadi nak kumpul pengalaman dan ilmu.
Pada permulaanya saya ingat semuanya baik-baik sahaja. Tetapi semuanya bermula waktu sesi untuk tukar tempat duduk. Sebelum ni saya duduk sendirian tetapi selepas ada perubahan beberapa orang yang perlu berpindah tempat. Ketika nak memenuhkan ruang yang kosong. Saya terdengar mereka yang sedang berkumpul cakap “Siapa nak duduk sebelah dia. Dia kan busuk”. Saya tak tahu lah berkataan tu ditujukan kepada siapa tapi saya rasa itu saya.
Pada masa tu saya tak amik port sangat.
Untuk pengetahuan anda saya sudah tidak membawa kenderaan sendiri kerana kini menaiki kemudahan awam disebabkan faktor jarak dan kos perjalanan. Nak dijadikan cerita ada satu harini saya terdengar perbualan mak cik ni yang selalu naik kemudahan awam dengan saya cakap dekat rakan dia “kenapa awak tak beratur dekat depan kejap lagi nak sampai”. Dia balas “tak nak la sebab budak yang selalu beratur dekat depan tu busuk”. Budak yang selalu beratur dekat depan tu la saya.
Kalau boleh saya nak berprasanka baik dengan sesiapa pon walaupun orang mengata saya. Sejak haritu saya rasa setiap kali duduk sebelah sesiapa sahaja mesti mereka seakan tak selesa dan ada kala mengosok-gosok hidung. Saya selalu juga bertembung dengan geng mak ciktu mereka kadang mengherdik saya contohnya pasang lagu tak tun tuang waktu saya berdiri dihadapan mereka. Kalau ada rakan mereka yang beratur belakang saya mereka akan cakap “bau busuk kan. Mai sini duduk dekat kami”. Saya diam kan saja. Situasi ni sama seperti di tempat kerja, ianya seakan sebati dengan saya.
Kalau boleh saya nak bagi tahu mereka betul ke saya ni busuk? Kalau busuk kenapa tak bagi tahu saje jangan kata belakang dan secara terbuka (face to face). Nak kata tak mandi!! sabun, shampoo, gosok gigi dan berkumur semua tu buat. Dah bersiap pakai bedak, deodorant dan perfume semuanya pakai selalu. Koleksi perfume tu dah banyak dekat umah tak tahu la ape yang tak kena lagi. Bila tanya adik-adik mereka kat ok sahaja tetapi di dunia luar lain. Kadang rasa down dan selalu cakap pada diri sendiri tak mengapa biar mulut orang janji kita dah cuba terbaik.
Saya akan maafkan mereka yang mengata saya disebabkan kekurangan saya. Saya tak mahu orang lain tanggung dosa kerana saya. Saya berharap yang mereka akan faham saya. Kadang-kadang kalau saya berbau tu sebab perjalanan saya ke tempat kerja agak jauh dimana 2 jam diperlukan untuk naik kenderaan awan dan berjalan kaki untuk mencari rezeki. Redah hujan, berdiri dan berpeluh waktu panas. Anda tahu tak kadang-kadang perkataan dan pandangan anda pada seseorang boleh melukakan hati dan buat orang depress.
Saya harap dengan penceritaan saya anda boleh memberi pandangan bagi langkah yang perlu diambil untuk mewangikan diri.
Anda rasa apa yg patut saya buat??
Bukan ke kalau sehari berkerja mmg akan ada bau badan. Atau mmg semua wangi sampai kutuk3 saya busuk. “One word can make others depress”.
Terima kasih sbb sudi membaca.
-cik cubby
– Cik cubby
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment