Salamualaikum semua. Harap Admin boleh approve cerita aku.
Aku nak brcerita sikit kisah aku. Sebab entah Kenapa aku rasa aku makin mental. Dalaman aku rabak. Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Aku pendam sensorang sampai aku rasa aku mental teruk.
Kisah tragis hidup aku bermula bila aku habis konvo, aku balik Malaysia. Sebulan lepas aku balik Malaysia, boyfriend aku minta putus. Alasan? Dia kata mama dia mahu menantu orang negeri sama dengan dia. Dia orang ada mentaliti orang negeri aku suka minta hantaran tinggi sebab aku orang bandar. Putus cinta je kan? Nampak biasa. Tapi orang yang alami macam aku hati aku remuk.
Dalam masa yang sama, aku gagal JPJ 4 kali. Bukan sebab aku tak boleh buat. Masa latihan, aku tak pernah buat salah. Masa ujian JPJ aku nervous teruk. Sudahnya aku gagal. Even aku minta peluang kedua, dia orang JPJ tetap tak bagi. Aku tengok orang lain sampai dapat peluang 4 kali buat ujian tu, aku cuma mintak peluang kedua Tapi still tak diberi.
Dalam masa yang sama, aku tak dapat kerja. Maybe sebab kos aku belajar susah dapat kerja. Aku pernah pergi SLIM. Dia orang Tanya aku Kos apa. Bila aku sebut kos aku belajar, abang tuh kata dia pun tak tahu nak suruh aku kerja apa. Degree aku dekan tapi still dekat setahun aku menganggur. Aku jadi benci orang Tanya aku kerja apa. Aku menganggur. Buat tanggung duit poket aku kerja sales. Sebulan dapat la bawah rm 800.
Aku stress dengan hidup aku. Aku banyak kali persoalkan Kenapa tuhan tak dengar doa aku? kadang-kadang aku tutup telinga kuat-kuat. Aku tak nak dengar azan. Aku tak nak solat. Aku tak nak buat perkara yang Tuhan suruh. Aku tak murtad, Nauzubillah. Cuma aku tak faham Kenapa Tuhan tak dengar doa aku.
Aku bertambah stress bila mak ayah aku asyik tanya bila nak dapat kerja. Saudara mara lagi yang asyik sibuk tanya soal rezeki aku. Bila nak kahwin bila nak ada kerja tetap. Sibuk suruh aku kahwin, anak dia umur 19 tahun da kahwin ada baby tapi tak reti nak jaga baby sendiri. Kadang terdetik dalam hati aku, tengok berapa Lama anak dia bertahan dalam perkahwinan.
Aku bukan orang yang boleh move on senang-senang. Aku tak boleh hadam Kenapa ex aku minta putus masa aku tengah separuh gila dengan dunia ni. Aku tak faham Kenapa manusia hari ni kata sayang esok macam da tak ada apa-apa. Aku tak suka lelaki yang cakap ‘I love you ‘ Esok ‘I’m sorry ‘. Aku geram dan marah bila aku fikir aku dijadikan tempat persinggahan. Aku jadi benci bila dia dekat facebook atau instagram asyik post benda-benda islamik, jadi ustaz. Aku jadi jijik dengan manusia yang post isu-isu agama sebab aku rasa mereka cakap tak serupa bikin. Aku tahu aku tak bole Salah kan semua hanya sebab ex aku, tapi jujur rasa hormat aku hilang bila aku teringatkan ex aku.
Macam raya ni, kawan-kawan ex aku tanya tentang aku dengan ex aku. Aku kalau boleh nak je cakap aku da putus dengan dia, jangan tanya pasal dia, dia kaki putar belit alam hari ni cakap lain esok cakap lain. Aku nak buka aib dia semua.Cerita dengan kawan-kawan dia. Sampai satu tahap aku geram sangat kawan dia asyik tanya, lastly, aku cakap aku da putus dengan ex aku. Aku cerita sebab dia. Aku tahu aku tak patut buka aib ex aku, tapi aku marah untuk banyak sebab selama dengan dia. End up, kawan ex aku ajak aku kahwin. Aku da la tengah serabut tapi aku terus terang dengan dia aku tak nak kahwin.Dia pancing aku, dia ada kereta, rumah, macam anak orang kaya la kiranya dia ni. Tapi aku terus terang cakap tak nak. Aku trauma dengan lelaki. Aku tak nak bagi dia harapan, sebab sakit tau bila dijadikan back up plan.
Kenapa aku tak boleh move on? Sebab aku teringat banyak benda yang tak patut aku buat masa dengan dia. Ex aku, boyfriend pertama aku selama 24 tahun aku hidup. Aku budak sekolah agama. Mesti Kau orang faham kan apa yang ustaz ustazah selalu cakap dekat sekolah, ‘couple tu haram’. Dulu aku tak pernah setuju nak jadi awek dia. Tapi aku kesian, end up aku layan je la dia sebab dia baik. Bila aku dah separuh hati suka dia, dia buat aku macam ni.
Aku Perempuan yang tak pernah makan berdua dengan lelaki, prinsip aku dulu aku akan buat dengan husband aku je. Husband aku yang pertama. Tapi dengan dia, aku baling jauh prinsip aku. Aku dulu fikir aku tak akan cakap ‘I love you’ dengan lelaki bukan halal aku. Husband aku yang pertama, tapi dengan ex aku, aku baling jauh prinsip aku lagi. Bukan selalu tapi aku kadang cakap juga I love you dengan dia. Naik motor dengan lelaki? Kerja gila bila ingat balik. Tapi dengan ex aku yes, aku naik motor dengan dia. Aku baling jauh-jauh haya’ aku.
Aku rasa diri aku kotor. Aku nak dia bertanggungjawab untuk semua ni. No, aku tak pernah sentuh dia. Aku tak gila lagi.
Aku meroyan tiap malam. kalau duduk sensorang aku menangis. Mental aku gila. Aku tak cerita dengan kawan-kawan atau family aku. Aku malu. Tapi dalam masa yang sama, aku naik gila. Aku jadi stalker. usya insya, fb, status whatsapp Dia. Paling aku sedih dia unfollow aku dekat instagram. Aku cuba dengar lagu-layu move on. Aku oke dua hari, hari seterusnya aku koyak. Aku menangis teruk bila aku sensorang. Aku tak tau kenapa dengan aku. Aku rindu dengan diri aku yang dulu.
Rezeki aku tahun ni berterabur.Aku Kena tinggal, kerja tak ada, gagal Jpj 4 kali. Aku tak tahu kenapa hidup aku macam ni.
– Diana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment