Saturday, 28 July 2018

Aku Hanya Mahukan Nasihat

PengakuanKu

Assalammualaikum… ini kali pertama aku menulis disini..bukan mahu membuka aib..cuma aku harap, aku dapat pendapat ikhlas dari kalian..

Izinkan aku mulakan kisahku.. aku merupakan anak ke tiga dr lima beradik. Entah mana silap, aku satu2nya anak yang tidak pandai solat mahupun mengaji. Namun, tidak ada sesiapa pun dalam keluarga dan kenalan aku yg tahu perkara ini. Biasanya aku akan pura2 solat.. baca fatihah berulang kali..tahiyat.. rukuk.. sujud.. semuanya aku baca fatihah..

Aku berkahwin kali pertama di usia 26thun.. Malangnya suamiku juga sama sptku..tidak pernah solat. Sepanjang berkahwin, tidak pernah sekali pun dia menjadi imam ku.. walaupun begitu, aku bahagia dengan hidup kami. Aku ada kerja yg baik..keluarga mertua yg sporting dan suami yang faham kerenahku.

Namun, langit tidak selalu cerah.. suatu hari, aku bertukar status dr seorang isteri ke seorang balu. Ya, suamiku meninggal di usia 28tahun. Aku bagai tersedar dari lamunan.. aku bagai ditampar sekuat2nya..

Aku mula berubah..mula belajar cara solat sgn betul.. jika dahulu aku cuma pandai fatihah, slowly aku hafal iftitah..qursi..tahiyat awal.. bacaan2 ketika rukuk..iktidal..semuanya aku belajar sendiri.. aku beli buku dan aku belajar dr internet.. aku cube mencari kelas mengaji.. tp aku malu.. da tua baru nak belajar Iqra..

Kemudian aku mengenali suamiku yg kedua.. aku mula lupa pada Tuhan.. aku mula tinggal solat..walaupun suami keduaku solat dan pernah beberapa kali menjadi imamku diawal perkahwinan.. tp dia juga sama sepertiku.. lalai.. sgt2 lalai.. benar kata orang, untuk berubah itu mudah namun untuk istiqamah itu sangatlah sukar..

Aku dan suami kedua sama2 berniaga. Namun rezeki kami sentiasa panas..setiasa tak cukup..pernah kami dapat keuntungan 30k tpi habis begitu sahaja.. tiada simpanan..

Kini, perniagaan kami bermasaalah.. pendapatan semakin kurang dr komitment bulanan.. Aku tertekan.. suamiku, semakin hari semakin tidak bersemangat. Saban hari ada sahaja panggilan dari bank, supplier mintak bayaran tertunggak.. aku kini buntu.. hingga setiap kali nak tido, aku doa supaya Tuhan ambil nyawaku.. aku tahu..aku berdosa.. aku tahu..tapi aku penat nak tempuh semua ini.. aku penat!

Aku pernah terbaca kisah depressi.. aku ada tanda2 itu.. tapi pada siapa aku mahu mengadu? Pakar? Aku sudah tak mampu.. beli panadol sepapan pun aku da tak mampu.. mengadu pada Allah? Aku malu! Kerana aku da terlalu kerap berpaling padaNya..

Wahai pembaca budiman.. bantulah aku dengan nasihat kalian.. aku disini dah tiada sahabat.. ramai yang lari kerana takut aku nak pinjam duit mereka.. sedangkan, kadang kala aku hanya perlukan telinga untuk mendengar, dan bahu untuk bersandar..

– NemoBiru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.