Monday, 30 July 2018

Sang Isteri

PengakuanKu

Assalamualaikum

Terima kasih kepada admin jika cerita ini disiarkan. Terima kasih kepada readers sebab sudi baca kisah aku. Nama aku Wani. Seorang ibu kepada dua cahaya mata. Usia perkahwinan baru sahaja memasuki tahun yang ke empat. Ya aku masih lagi baru di dalam alam perkahwinan ini.

Suamiku, lebih tua 2 tahun daripadaku. Aku terjatuh hati kerana selalu mendengar suaranya menjadi imam di surau tempat kerja kami suatu masa dulu. Kami bekerja di tempat kerja dan bahagian yang sama. Apabila kami sudah mulai rapat, dia membawa aku ke kampong berjumpa dengan ibu bapanya. Aku hanya menurut, meskipun masa itu hubungan kami masih lagi kawan – tidak pernah meluah rasa.

Beberapa hari selepas pulang daripada kampungnya, suamiku mengajak aku keluar makan,Dia meluahkan isi hatinya untuk mengajak aku lebih serius dalam hubungan ini. Lagipun ibu bapanya berkenan dengan aku sejak berjumpa dengan aku hari itu. Aku tersenyum, tidak menganngguk dan tidak juga menggeleng. Dia faham senyumanku. Kami berkahwin dan dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup kami.

4 tahun bergelar isteri, aku akui dia baik. Cumanya, dia tidak dibiasakan dengan kerja rumah. Dia tidak dibiasakan dengan tanggungjawab. Dia tidak dibiasakan dengan selesanya duduk di rumah yang bersih. Penat aku tegur, dilabelnya aku sebagai membebel. Semua urusan pembayaran bil aku yang akan uruskan tetapi memang duit bayarannya aku minta daripada dia. Tapi, itupun maknya akan Tanya bagaimana dia uruskan gajinya. Semua wangnya harus diterangkan satu persatu pada ibunya kemana dihabiskan. Kadang kala aku jadi rimas tengok bapa orang bergayut terlalu lama di telefon dengan ibunya hanya untuk bagitau perkara remeh seperti itu.

Suamiku pengotor. Ya, sangat pengotor. Penat aku train dia untuk tahu bezakan kotor dan bersih. Supaya dia dapat bersihkan apa yang kotor bila aku tiada kesempatan. Dia tidak pandai menguruskan masa. Hidupnya tiada peraturan masa. Hiduplah sebagaiman dia mahu hidup. Dia kata aku terlalu cerewat. Semua mahu diatur. Ya, bagiku hiduo memang perlukan peraturan. Bangun pagi aku akan kemas rumah sebelum anak aku bangun. Tiada istilah bangun lambat semasa hari cuti. Suamiku tidak dapat menerima gaya hidupku. Sampah penuh sampai melilpah pun dia masih boleh rasa tiada apa yang perlu dibuat.

Awal perkahwinan yang sangat mencabar. Bagaimana aku harus membentuk dia menjadi seorang yang pembersih, tahu buat kerja rumah dan tahu mengurus masa. Banyak kali kami bergaduh. Belum lagi campurtangan mertua yang selalu kasihan melihat anak lelakinya tidak dimanjakan sebagaimana dia memanjakan anaknya. Banyak kali kami hampir bercerai.

Untuk para pembaca yang masih bujang atau ingin memasuki kea lam perkahwinan, ini nasihat daripada aku :

1. Perkahwinan memang susah. Sebab itu perlunya kerjasama. Jangan diharapkan sabar daripada sebelah pihak sahaja. Kerjasamalah dalam apa jua hal sekalipun

2. Ibu mertua, tolonglah jangan terlalu memanjakan anak lelaki. Kebanyakan anak lelaki dimanjakan, anak peremouan disuruh berdikari. Bila dah kahwin, rasa beban besar atas kepala

3. Suami, bantulah isterimu kerja menguruskan rumahtangga. Jika alasanmu penat bekerja, isterimu juga bekerja. Adakah dia robot yang tidah tahu penat dan lelah

4. Wanita usahlah berharap pada kisah cinta seperti novel. Realiti tak seindah fantasi. Andai kamu dapat apa yang kamu harapkan bersyukurlah. Andai tidak, bersabarlah. Cubalah berusaha mengubah pasangan. Carilah cara untuk menghiburkan dirimu agar tidak terperangkap dengan stress dan dispress. (tapi jangan meluah pada orang lain ya)

Terima kasih

– Wani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.