Assalamualaikum , terima kasih sekiranya article kali ini dipost. Berdasarkan title , dah boleh agakkan yang aku nak cerita tentang masalah aku dengan emak aku. Aku tak tahu nak mula dari mana tapi apa yang aku nak bagitau adalah mak aku ni seorang yang sangat emosional. Aku ni tinggal kat selangor, masih dibawah jagaan parents aku,masih tinggal sebumbung dan belum berkahwin. Cerita ni agak panjang so sesapa yang nak cepat boleh baca paragraph 7 terus . Thank you
Waktu aku kecil, mak aku macam mak2 orang lain yang penyayang,yang jaga anak2 dia dengan baik semua. Tapi sejak empat tahun lepas,mak aku berubah 360° bila dapat tahu ayah aku curang. Aku rasa mungkin terlalu terpengaruh dengan drama2 melayu,mak aku jadi agresif, banyak benda yang mak aku buat masa tu yang memang tak masuk akal. Pernah sekali tu waktu bergaduh dengan ayah aku dalam kereta,mak aku buka pintu kereta nak terjun keluar. Yes ,it happened. Aku tak boleh bayang malunya ayah aku dengan crowd masa tu. Aku bukan nak side ayah aku,yes ayah aku memang salah sbb curang. Tapi respon mak aku tu terlampau dahsyat. Scene yang mak aku pergi jumpak perempuan tu ,jumpak laki perempuan tu semua ada. Waktu ni aku tak salahkan mak aku, sapa ja yang tak sakit hati kan bila laki curang.
Nenek aku (sebelah ayah) adalah orang yang paling mak aku benci ,macam typical drama melayu. Jarang kan nak jumpa mentua ngan menantu yang berbaik. Tapi mak aku benci nenek sbb waktu ayah aku curang tu nenek bersekongkol. Dia sembunyikan perempuan tu dalam rumah dia, mak aku sekali lagi pergi buat drama ketuk2 pintu rumah nenek aku ,waktu tu nenek aku duduk rumah taman, tak pasti la jiran2 dengar ke tak.
Cerita ni waktu aku form 3, waktu tu aku nak exam pt3, aku stay asrama so tak banyak sangat kes yang aku tahu, tapi start dari situ aku dah stress sbb bila parents aku datang melawat , mak aku just stay dalam kereta, aku masuk kereta je mak aku cerita pasal ayah aku,sedangkan waktu tu aku dah nak exam,otak memang dah serabut,ditambah lagi dengan keserabutan ni.
Kes ni ending dia, mak n ayah aku berbaik balik, ayah aku minta maaf dan sedar salah dia, even mak aku minta cerai ayah aku tak nak. Sebenarnya aku pon rasa agak mustahil untuk mak ayah aku bercerai sebab diorang ni sebenarnya saling memerlukan. Tapi sebenarnya yang aku nak higlightkan disini adalah tentang consequences dari kejadian ni.
Tak pernah sehari berlalu yang mak aku tak sebut tentang nenek aku , nenek aku kedekut la, benci budak2 la, guna sihir la , aku layankan ja setiap hari. Dan mak aku memang cerita tentang keburukkan ayah aku pada kawan2 dia ,tapi bila gaduh dengan ayah mesti guna ayat dia tak pernah nak cerita benda buruk pasal ayah aku kat orang . Dan depan nenek aku,mak aku baik ja tapi belakang entahlah. Bila turn ayah aku kena jaga nenek aku memang mak aku stress.
Semalam mak aku suruh tolong2 kat dapur, aku pon susun pinggan,tapi sambil tu mak merungut pasal ayah aku tak guna la, kerja nak balik rumah nenek aku la semua benda, aku pon dah penat dengar benda yang sama , aku masuk bilik kejap sebab ada kawan tanya pasal tarikh upu ,lepas aku masuk bilik terus mak aku menjerit ,maybe dia ingat aku nak mengelat .
Aku pergi sambung buat kerja kat dapur sambil tu dia marah2 cakap dia kerja dah penat,balik kena masak (sedangkan aku tak penah mintak pon nak makan ke ape) pastu cakap laki dah tak guna,anak tak boleh harap, tak reti nak tolong,menyusahkan. Aku memang basuh pinggan sambil bergenang air mata ,pastu satu cawan terjatuh,tak pecah pon just terjatuh ok,bukan aku sengaja baling. Lagi la mak aku berasap,dia jerit kat aku , aku memang dah tak boleh tahan so aku pergi ambik tudung keluar rumah,sebab jenis aku bila stress aku kena duduk sorang and calm down ,tapi semalam mak aku baling semua kerusi2 pastu pergi ikut sampai pintu depan pastu dia jerkah aku, “kalau kau pergi ,aku buat gila macam dulu,berani sangat pergi” aku terus keluar ja sbb kepala aku memang rasa panas sangat time tu.
Selalu kalau aku geram biasa2 aku cuma akan duduk sensorang dekat luar rumah,tapi semalam aku terus lompat pagar sebab pagar tu kunci (tinggi gila pagar tu) aku tak pasti mana datangnya kekuatan tu ,maybe effect dari adrenaline n sympathetic nervous system kot . Aku terus jalan sorang kat jalan yang gelap tu tak da arah tuju .
Abang aku datang bawak kereta nak pujuk , aku tak nak ikut last aku ikut jugak sbb abang aku kata tak nak balik rumah, so abang aku bawak pergi restoran , sampai ja sana mak aku call cakap dia sakit, strok, tak boleh gerak . Ok ini teknik yang sama bila ayah aku curang dulu , mak aku akan buat cemni la supaya ayah aku balik. So abang aku ni memang anak emas mak aku ,so dia pon balik, aku refused tak nak balik. Jadi dia tinggal aku dekat taman mainan area rumah aku . Ok bayangkan sensorang dengan gelap nya sejuk habis semalam,nyamuk habis kenyang hisap darah aku ,aku just duduk atas buaian sambil nangis.
Lepas abang aku pergi kat mak aku,dia datang balik bagi phone and dompet aku sbb aku suruh dia ambikan tadi. Dia cerita mak aku hentak pintu sampai pecah cermin kat pintu tu, see how agresif my mom can be.
Aku cerita kat kawan aku n dia memang dah suruh aku pergi rumah dia, aku bersyukur gila ada kawan mcm ni. Yang ada time aku susah. Tapi abang aku pujuk supaya tak payah pergi sbb bahays nak ambik grab memalam centu (abang aku tak boleh keluar sbb nnti bila start kereta mak aku sedar dan akan mengamuk lagi) ,so aku plan aku nak masuk rumah senyap2,esok aku nak pergi rumah kawan aku.
Tapi kat sini yang aku keliru, I need some space tapi aku tak nak jadi anak derhaka. Aku risau kalau aku keluar dari rumah things will get worse. Esok result upu keluar , aku letak medic antara choice yang utama sebanya aku nak tolong mak aku bila sakit tau, tapi sekarang aku dah tak tau apa kan jadi sebb aku tau medic ni susah ,need support from family dan doa seorang ibu . Aku sangat depressed dan tertekan. Aku lost sekarang , tolong la kepada sesiapa yang baca aku perlukan opinian dan sokongan . Terima kasih.
*dan kalau ada kengkawan mak aku baca article ni aku merayu jangan cerita pada mak aku
Mija
– Mija
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment