First and foremost, thank you admin kalau confession ini disiarkan.
Berkenaan topik ini, aku mengenali dia si Z dari zaman sekolah menengah. Bukankah semua buku dan cerita menyatakan realiti bahawa apabila seorang perempuan dan lelaki berkawan rapat maka salah seorang akan jatuh cinta? Dan itulah yang terjadi…
Aku terjatuh hati padanya disebabkan dia seorang pendengar yang baik, sentiasa concern about my well being, mudah mesra dengan rakan² yang lain dan juga seorang yang menepati syariatNya, seorang yang aku boleh rujuk untuk hal agama.
Dan rupanya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Hehe. Kami mengakui kebenarannya melalui satu phone call. Dan Alhamdulillah keluarga aku dapat menerimanya.
Fast forward habis sekolah, ditakdirkan kami berlainan universiti dan di situlah bermulanya ujian buat kami. Every long distance relationships akan hadapi masalah komunikasi. Ya, aku akui kami juga sama. Namun, kami mampu mengharunginya di sebalik tuntutan pelajaran semua.
Tetapi ini kan realiti, jadi kami ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan menghabiskan masa bersama hingga hujung nyawa setelah mendapat kewangan yang stabil dalam tahun akan datang.
Bab agama dia memang lepas, bab keturunan juga sama, dan rupanya tidak mengecewakan sebab dia memang seorang yang kemas dan menjaga diri nya.
Tapi itulah persoalannya, kami masih belajar dan masa untuk berkahwin itu boleh dikatakan masih jauh disebabkan dia mengambil course yang memerlukan masa yang agak panjang.. (kerja govern..) dengan praktikal nya lagi. Berhuhu la aku.
Dia menceritakan kekhuatirannya iaitu sewaktu dia masih kecil dia selalu bermain kasar dengan budak-budak lain sehinggakan dia ditendang di alat sulitnya. Dia khuatir jika dia ada masalah di bahagian situ sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk menghasilkan seorang anak. Aku takut bercampur kasihan dekat dia jika kami berkahwin kami tidak dapat zuriat.
Persoalannya, apakah pandangan kalian tentang masalah ini?
Adakah aku patut tinggalkannya atau percaya dengan teknologi medical di malaysia sebab sekarang dunia sudah maju untuk menyelesaikan masalah ini di masa depan atau percaya kepada rezeki yang Allah kurniakan untuk aku?
2. Macam mana orang boleh kekal setia begitu lama dari zaman sekolah hingga di jinjang pelamin? About 8-10 years old?
Note: Aku banyak kali sudah bermimpi tentang si dia yang menunjukkan tentang masa depan kami. Dan melalui perbualan kami dan masa yang dipinjamkan untuk aku mengenalinya aku yakin dia yang terbaik buat diriku.
Doakan yang terbaik buat aku dan Z. Semoga Allah memberkati kita semua dan sentiasa di bawah lindunganNya.
-Piya
– Piya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment