5 Jun 2018 bersamaam 20 Ramadan 1439
Alhamdulillah. Tamat sudah eddah yang panjang setelah diceraikan dengan talak 1 pada 11 Januari 2018 ketika membawa kamu dalam rahim mama di usia kamu 16 minggu. Nekadnya mama kan. Percayalah ini kerana mama takut kehilangan kamu akibat tekanan demi tekanan.
Apalah sangat kehilangan lelaki yang katanya mama tak pernah ada dalam kasih sayangnya sepanjang akadnya dengan mama. Mama memilih kamu dan abang baby.
Setiap hari mama positifkan diri, kuatkan jiwa menghadapi esok yang mama tak tahu jalannya bagaimana. Gilakan keluar dari rumah selepas dihalau tanpa tujuan pasti.
Pada saat mama tiada arah, Allah Maha Pemurah. Dia hantarkan kenalan mama yang mama tak pernah jumpa. Membuka tangannya mendakap kita. Membuka pintunya memberikan kita tempat tinggal. Dia ibarat mama kedua mu. Jangan pernah kau, kakak mu dan dua abang mu lupa ihsan ini.
Mama coretkan permulaan baru ini buat tatapan mu….
4 Jun 2018 mama serah diri ke wad. Tekanan darah naik mendadak. Risau kah mama. Takut kah mama. Atau sedihkah mama. Tidak sayang tidak. Tiada apa yang mama takutkan atau sedihkan. Mama menanti kamu sekian lama.
Segala dokumentasi, surat kebenaran surat risiko pembedahan mama tandatangani sendiri. Berkali kali pakar menerangkan dan memberikan sokongan. Tengok sayang, betapa Allah sangat Pemurah dan Pengasih.
5 Jun 2018 seawal 5 pagi mama disiapkan. Seusai mandi, tiub dimasukkan ke saluran kencing. Sakit dan tak selesa jangan dibayangkan. Rasa nak meraung tapi mama kuat demi kamu.
Tepat jam 0830 pagi mama ditolak menaiki kerusi roda ke bilik bedah. Senyuman manis team menyambut mama. Tepukan di bahu, pelukan lembut memberikan semangat.
Mama dipindahkan naik ke katil. Suntikan bius spinal diberikan. Allah je tahu betapa sakitnya suntikan itu sebelum bius berfungsi. Tak sampai kiraan 10 detik, mama tak boleh rasa kaki, pinggang perut, tapi mama dapat rasakan gerakan kamu.
Detik ke 20 mama mulai rasa kebas di leher which is not normal. Pakar bius cepat cepat meninggikan kepala mama dan merendahkan kaki mama. Oksigen diberikan. Beberapa ketika kemudian barulah mama kembali lega.
Torehan pertama dilakukan. Dilapah dihiris lapisan demi lapisan. Agaknya kan sanggupkah penyumbang sperma kamu diperlakukan seperti ini andai bayaran timbal balik diminta. Mesti takde lelaki yang sanggup.
Tak lama mama dengar pakar pertama cakap “bad adhession type 3 boss”. Pakar kedua menjawab “yes i’m in”. Pakar ketiga balas “blood 4 pint standby, another line standby, full GA standby, second team standby. Mama nampak dan dengar tapak kaki bergegas, trolley ditolak sana sini, kawasan dilapangkan di mana perlu.
Pakar 1 & 2 join the scene. Pakar 1 cakap “doc ell continue to bring out the baby now. The rest leave it to both of us. Get ready to call another surgeon in if i said so”.
Dalam keadaan itu aku cuma cakap kat pakar bius “my baby 1st”. Sunyi cuma dengar bunyi alatan je. Suddenly pakar bius attachment duduk kat tepi kepala aku n mula alunan surah Ar Rahman.
Doc ell suddenly stop n cakap baby holding my finger and bring it to his cheeck. Pakar cakap kat nurse turunkan tirai bagi mommy tengok. Ok baby we do the best for your titanium mommy. Belum dibawa keluar sepenuhnya MrHensem menangis dengan kuat.
Baby out baby out 3.17kg.
Now 2 pakar buat kerja BTL dan clearkan adhession (tisu yang melekat lekat). Mama tak tau berapa lama tapi sangat lama. Later on pakar cakap “syukur we did it. Blood lost only 200ml amazing. No organ injury. Good job team.
Alunan surah Ar Rahman nampaknya mempermudahkan urusan pembedahan mama dan kamu sayang. Alhamdulillah. Makanya mama mengambil nama si pembaca surah itu untuk nama kamu.
Sayang, dari dulu hari ini dan hari mendatang kamu ada mama. Mama akan berusaha membesarkan kamu dan abang baby selayaknya. Jangan sedih dibuang penyumbang sperma mu. Mama ada. Allah ada.
Lahirnya kamu diazan dan diqamat kan oleh orang asing hamba Allah yang baik akhlaknya. Dialah yang mengalunkan surah Ar Rahman yang menenangkan. Kerana kamu adalah nikmat yang tak mampu didustakan…
Terima kasih yang mendoakan kami.
Terima kasih yang menyayangi kami.
Terima kasih semua.
#mrhensem
– Mama D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment