Assalamualaikum.
Hari tu aku ada baca post dari Bebel tentang kahwin elak maksiat. Aku dah lama nak tulis post ni tapi selalu tertangguh memandangkan aku sibuk kerja.
Aku ni suka membaca. Jadi aku akan membaca artikel pendek sambil sambil menunggu. Aku dulu pun ada pemikiran macam Bebel sampai lah aku ada terbaca tentang kahwin untuk elak maksiat versi mencari redha Allah. Aku terlupa kat mana. Cuma aku masih ingat point dalam tu.
Orang yang ada niat kahwin untuk elak maksiat jika ditanya kenapa dia nak elak maksiat? Kerana takut dosa. Kenapa takut dosa? Takut dgn hukuman Allah. At the end, memang Allah akan jadi their reason. Deep of their heart they struggling untuk cari redha Allah.
Memang betul lepas kahwin pun ada ujian dan dugaan. Tak kahwin pun ada ujian sendiri. Tak kahwin syaitan duk bertanduk nak menjerumuskan manusia ke lembah maksiat. Tapi at least mereka lepas satu dugaan iaitu buat maksiat. Mereka dah halalkan hubungan. Jika dulu apa mereka buat jadi maksiat, tapi lepas kahwin semua jadi pahala. Secara tak langsung redha Allah yang dikejar.
Jika ‘bila dah kahwin nampak ramai perempuan lagi cantik, perempuan seksi, lelaki handsome’ dijadikan alasan ujian yang besar dalam perkahwinan, berbalik pada asal, kalau dulu mereka takut dosa buat maksiat, mereka nak kahwin pun untuk elak maksiat, takkan bila dah kahwin dia lagi lupa hukum hakam?
InshaAllah perkahwinan bagi golongan macam ni akan membuat mereka jadi insan yang lebih bertanggungjawab. Kenapa? Sebab mereka dah berusaha untuk jadi hamba Allah yang taat.
Allah berfirman, “Jangan kamu menghampiri zina.”
Dan mereka berusaha untuk menjauhi zina dengan berkahwin. Jadi, salah ke orang yang kahwin? Lepas aku baca benda ni terus aku rasa why not mereka kahwin untuk elak maksiat. Mereka juga cuba cari redha Allah.
Kadangkala benda kita nampak salah sebab kita tak buka minda kita. Kita sibuk nak judge orang. Sedang kan kita tak tahu niat orang. Hati orang. Macam mana struggle nya seseorang.
Setiap orang ada struggle masing masing. Don’t expect we share the same struggle. Kita tak diuji dengan keinginan untuk berbuat maksiat berzina , mungkin di uji dgn keinginan maksiat untuk mengumpat. Kita tak tahu. Lain orang lain ujian dan lain cara penyelesaian.
Jangan nanti orang elok kahwin nak elak maksiat, kita yg tengok pulak buat maksiat mengumpat haha. Dah kalau maksiat zina boleh elak dengan kahwin, habis kita kalau buat maksiat mengumpat ni macam mana ni nak elak? Banyakkan husnudzon (bersangka baik). InshaAllah ada ganjaran orang yang mencari redha Allah ni.
Last but not least, tertutup jangan jumud (sempit), terbuka jangan hanyut. Semoga Allah merahmati dan meredhai kau, aku dan mereka.
– Aria
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment