Saturday, 28 July 2018

Cahaya Kebaikan

PengakuanKu

Kisah seorang Husna. Mahsyur namanya seantero Malaysia.  Alkisah 26 tahun yang lampau. Lahir insan bermuka polos dan suci. Setelah puas memilih akhirnya si ibu dan ayah memberi nama Husna yang bermaksud kebaikan atau kecantikan. Dikhabarkan di tengah malam saban hari menangis sang bayi tiada hentinya.

Tidak diketahui apa puncanya. Lampin sudah diganti. Perut sudah diisi. Bawa berjalan pun sudah. Berjumpa ustaz pun sudah. Ketuk pintu ala Ahmad Albab tidak pasti ayah ada buat atau tidak. Jalan terakhir ada yang memberi cadangan cuba ditukar nama. Lalu diberi nama panggilan Nur. Setelah itu, si bayi tidur dengan lenanya sehingga pagi. Begitu hebat nama ini hingga tidak tertanggung si bayi membawa nama yang indah ini. Istimewanya nama ini.

Untuk 26 tahun ini seorang Nur cuba menjaga nama baik Husna. Masih bertatih untuk memiliki keperibadian seindah maksud namanya. Sekarang, penuh muka buku dengan makian. Asalnya tidak kisah kerana bagi saya tiada kaitan. Sebab makian ini bermusim. Apabila ditayang drama lain, nama orang lain pula kena maki. Tetapi bila ada yang asal jumpa bercerita tentang hal ini.

Fokusnya kepada saya. Bukan Husna fantasi itu. Its getting really annoying guys. Husna jangan buat ini. Jangan buat itu. Paling tidak dapat terima apabila ada yang minta supaya menukar nama supaya dia tidak ingat watak Husna. Hal ini mengingatkan saya kepada cerita ibu. Saya faham kamu ingin bercanda. Tidak perlu kamu minta saya menukar nama kerana ibu dan ayah sudah terpaksa melakukannya 26 tahun yang lampau. Saya tidak layak untuk nama ini. Its too precious.

Begitu sukar penonton membezakan realiti dan fantasi. Jangan disebabkan sakit hati dengan fantasi itu, kamu menyakitkan yang realiti. Pesanan ikhlas saya sila solat maghrib dengan khusyuk dan mengaji dahulu sebelum menonton drama ini ya bagi yang muslim. Utamakan yang utama. Husna boleh kamu lihat berulang kali. Tapi masa dengan Tuhanmu amat berharga kerana yang terlepas tidak mampu diganti. Meskipun diganti, tidak akan pernah sama dengan yang berlalu. Pernah dengar ceramah seorang ustaz. Nanti perkara yang akan ditanya apabila matinya anak Adam ialah dimana dihabiskan usiamu. Apa nak jawab? Jangan pula kalian nak petik nama Husna lagi. Doakan saya dapat memiliki keperibadian seindah nama yang diberi.

Akhir, yang pasti semenjak drama ini ditayangkan semakin ramai yang cakna dengan kewujudanku. Tetapi alangkah indah jika kalian mengingatiku disebabkan sesuatu yang baik. Terkenal di bumi juga menjadi sebutan penduduk di langit. No need keke challenge and cendol to make you famous. Sekarang orang jual toto pun petik nama Husna.

Sekian, tq iium confession bm andai menyiarkan.

– Cahaya kebaikan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.