Simple question tok perempuan diluar sana. Nak jadi Husna atau Qhadeeja? Husna akan terus menyondol laki orang tapi Qhadeeja melepaskan org dia sayang demi kebahagian. So pilihan di tangan anda.
Aku nak cerita pengalaman aku yg xsempat nk jd Husna dan pernah menjadi Qhadeeja. Kisah aku ni more on throw back waktu awal2 aku mula keje dulu.
Nama aku Honey Madu (bukan nama sebenar). Berkelulusan ijazah sarjana dalam engineering field. Tapi masa awal2 grad dulu, rezeki agak x menyebelahi aku. Agak susah nak dpt keje time tu. Sebab masa study dulu aku join palapes, so lepas grad sementara nak dapat keje aku buat hours dulu kat unit tentera.
Kisah aku yg pertama masa aku berkhidmat sementara kat unit tu. Aku punya CO dah kawin. Tapi jenis tentera kot pantang nampak perempuan (walaupon bkn semua) tp mostly yg aku jumpa banyak yg miang. Straight to the point. Dia jenis yg budget2 hensem and Acah2 macho. Aku perasan masa aku study lagi dia dok usha aku. Tapi mungkin xberpeluang nak dekat sebab aku xlayan. So bila aku buat hours and stay sana. So dia start cucuk jarum.
Cara dia nak tarik perhatian aku adalah dgn duit. Ya ramai perempuan tertewas sbb duit. Bayangkan dlm sebulan free2 kau boleh dpt dlm 2K dalam akaun. Giler mata x kabur. Lepas tu dia start bukak cerita pasal rumah tangga dia. Dia dah kawin dgn wife dlm 5 tahun kalau xsilap. Tp masih belum ada rezeki dpt anak. Pastu hubungan dia dgn wife dia pon x ok sbb wife dia jenis yg ssh bawak berbincang. Dia mcm cuba nk raih simpati aku dgn cerita rumah tangga dia tp aku masa tu mmg kental xberminat. Mungkin sbb dia xckop gentleman n lebih pada miang. So aku x berminat n aku sanggup ketepikn duit free demi pride aku time tu. Alhamdulillah lepas tu aku dpt keje. Tapi perjalanan kerjaya aku xlah semudah yg dibayangkan. Aku just dpt jawatan supervisor je time tu. Walaupun kelulusan aku layak untuk jd engineer. Tp sbb aku perlukan keje. Aku just accept sbb aku pon dah xsanggup nk duduk dekat unit tu.
Kisah aku yg kedua bermula masa aku keje sebagai Supervisor kt kilang tu. Sebab aku baru dan fresh, ramai lah geng2 senior yg cuba buli or tunjuk hebat kat junior. Mostly mereka nie jenis yg keje lama. Dorang start dari operator then promote sampai ke supervisor. So dorang ada mindset yg xboleh nak terima kalau junior baru habes belajar terus dapat title sama dgn dorang. Maka dorang akan lancarkan serang phycology. Tapi aku beruntung time tu, masa aku di ‘fire’ dalam meeting, ada sorang senior nie yang salu backup atau tolong aku. Aku kenalkan dia sebagai Henry Potter.
Henry dan aku bukan jaga tempat yg sama. Dia proces lain. Dan aku process lain. Tp mungkin sbb dia dah keje lama. So mostly byk bende yang dia tau. Dia salu ajar aku n backup aku dalam meeting. Kadang2 aku rasa aku agak bergantung pada dia. Apa yg buat aku tertarik dgn Henry ni, dia adalah seorg yg soft spoken n gentlemen. Aku selesa keje dengan dia. Dan lama2 kami jadi rapat. Dia salu call aku n text aku. Tp dia x penah approach aku. Gaya dia yg sgt caring n gentle tu buat aku rasa senang n aku try anggap dia macam abang sbb aku tahu dia dah berkahwin. Dependekkan cerita, aku xpenah rasa aku dah jatuh hati dekat Henry ni sampai la one day, aku jumpa dia dgn wife dia. Ya, aku tahu dia dah berkahwin n wife dia pon keje sekali dgn kami. Tp aku xpenah terserempak dia dengan wife dia.
Masa tu aku keje shift malam. Aku park keta aku depan kilang. Then tiba2 aku nampak Henry nie lalu depan keta aku. Dia berpimpin tangan dengan wife dia. Aku xtahu perasaan apa yg merasok aku time tu. Cemburu n marah. Semua ada. Then aku tahu, aku dah mula jatuh hati pada Henry. Tapi macam aku cakap, menjadi Husna itu adalah pilihan dan aku memilih untuk tidak menjadi husna. Maka aku start enjin keta aku n aku balik. Dan starting dr hari tu aku berhenti keje tanpa notis dan aku terus x contact dgn Henry sbb aku rs bersalah sgt kalau aku menjadi org ketiga antara Henry dan wife dia. Semua msg n kol dr Henry xpenah aku jawab sampai ke hari ini. Aku memilih untuk melarikan diri.
Alhamdulillah, xlama lepas tu aku dapat keje yg cocok dgn kelulusan aku. Keje yg aku impikan iaitu menjadi seorang engineer. Di sini aku diuji lagi tp bukan dengan laki org. Aku namakan dia sebagai Ah Sheng. Ah Sheng seorang yg sangat baik. Apa yg boleh aku katakan, apa yg aku jadi hari ini adalah hasil dari acuan dia. Dia yg byk guide aku dlm kerjaya aku sebagai minah kilang. Life style aku yg agak hipster pon adalah hasil dari lepak bersama dia. Asalnya Ah Sheng ni adalah best friend aku. Mcm lagu “lucky im in love with my bestfrend”. Ye aku jatuh cinta dgn Ah Sheng dan cinta aku x bertepuk sebelah tangan. Kami almost cocok dlm semua perkara except satu je iaitu agama. Kami berlainan agama. Dan dia pon x willing to convert sbb bagi dia family is everything. Yes he is family man. Anak harapan family. Dalam hubungan aku dengan ah seng aku memilih untuk menjadi Qhadeeja. Aku lepaskan dia agar dia berbahagia dengan family dia. Dan aku rasa, sangat beruntung siapa yg bakal menjadi wife ah sheng tu nanti.
Lepas hubungan aku dengan ah sheng, hati aku agak tertutup dgn mana2 laki. Mungkin sbb aku dah jumpa yg cocok dgn aku tp jodoh bukan milik kami. Dan sekarang aku pon dah lewat 20an n masih single. Alhamdulillah mungkin aku x berjaya dlm hubungan cinta tp aku berjaya dlm career aku. Apa yg aku nak cerita kt sini, husna atau qhadeeja?? Pilihan di tangan anda. Org cakap cinta tu buta. Tp kita masih diberi akal untuk berfikir. N please remember “karma” and “ what goes around will come around”. Dan kalau kau permudahkan jln org lain, InsyaAllah allah akan permudahkan jalan kau. Dan saat nie aku berharap Allah bermudahkan jalan aku bertemu jodoh aku.. amin~~
– Honey Madu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment