Oleh kerana sekarang tengah sibuk orang bercerita pasal husna, walaupun aku tak tengok cerita itu tapi aku tahulah cerita itu pasal husna yang bercinta dengan suami orang. Aku pun ada pengalaman jugaklah pasal masalah perempuan yang bercinta dengan suami orang ini.
Cerita ini melibatkan aku lelaki bujang, N yg bercinta dgn laki orang dan K suami orang. Kami bertiga berkerja di satu tempat yang sama. Aku boleh dikatakan ketua untuk mereka berdua bermakna jawatan aku lagi tinggi la dari diorang, aku juga lebih tua dari mereka berdua. K ni kahwin awal dalam awal 20-an dia dah kahwin dan dia selalu berbangga dengan diri dia yang muda lagi dah mampu kahwin. Tp K nie kira pjj la dengan isteri dia. Isteri dia duduk di kampung.
Isteri K berasal dari keluarga yg berada dan kuat pegangan agama. Semua duit perkahwinan mereka ditanggung oleh keluarga isteri K. Isteri K jugak mempunyai perkerjaan yang lebih baik dari K.
N pulak seorang perempuan yang berasal dari keluarga yang agak susah. Dia terpaksa berkerja untuk tolong keluarga dia dan bantu adik2 dia sekolah. N anak sulung. Dia memang cantik kalau nak di bandingkan dengan instafemous2 yang lain aku rasa dia lebih lawa cuma dia ni xmampu jadi xde la dia show off sangat..cuma dia suka bersolek jela..
Hubungan antara diorang nie bermula selepas ada satu company event. Yg aku anjurkan sebab itu aku rasa bersalah sangat. Mula diorang nie pandai cover.. semua orang xde syak apa2 pun..sbb dekat company orang lebih ingat aku yang ade hubungan dgn N.. biasalah gossip orang atas bercinta dgn orang bawahan nie.. bila N post gambar jalan kat mana2 pun semua ingat aku yg bawak N keluar sedangkan aku xde apa2 pun dgn dia..
Entah macam mana lama2 hubungan diorang nie dapat dihidu jugak oleh isteri K. Melalui cerita2 yg aku dengar si K nie dah jarang balik kampung tengok isteri dia anak dia pun selalu tanya kenapa bapak dia dah jarang balik. Bila cerita nie dah mula panas boleh dikatakan dah kontoi jugak la hubungan diorang..tp diorang masih xmengaku lagi.. sbb diorng bg alasan yg diorang jumpa atas dasar bisnes…nak tahu bisnes apa…mengikut cerita si N kepada aku si K nie nak gunakan kecantikkan dan friend fb yang ramai si N nie untuk tarik orang melabur dalam syarikat si K nie (broker forex)
Lama kelamaan hubungan diorang nie boleh dikatakan xdpt nak tutup lg la… si K nie selalu hantar si N nie balik kerja…hingga terpaksa pihak atasan pisahkan mereka xboleh kerja bersama lagi…walau macam mana pun dah nama pun cintakan halang mcm mna pun ttp cari ruang jugak..si N nie pun dah kena pulau dgn rakan2 sekerja sampai dia rase stress sengat..tp dia nie ada cerita semua masalah dia kat seorang kawan nie yg dia angap boleh simpan rahsia..malang nya kawan dia ni xboleh simpan rahsia dia pun cerita lah kat kawan2 yg lain..sampailah aku mintak si kawan dia nie cerita kat aku…kawan dia ni pun tunjuk la ws si N ni kat aku..si N mengaku yg diorang ni ada hubungan..dalam ws tu pun ada sebut yg isteri si K ni ada call menangis merayu mintak mereka putuskan hubungan..btw isteri si K masa tu tgh mengandung anak kedua mereka..
Okeh kerana aku dah tahu pasal hubungan mereka, ada keluarga isteri si K mintak tolong aku untuk setelkn masalah nie…sbb dia tahu si K dgn N ni hormat kat aku sebagai ketua diorang..aku pun jumpa si N dan cakap bg nasihat kat dia..sampai lah langkah terakhir yg aku ambik ajak si N kahwin… tp N xnak kahwin dia kata dia xsedia dan dia kata family dia harapkan dia untuk bantu keluarga..aku pun ok je masa tu…sbb N pun janji yg diorang xkn ade hubungan lagi..aku pun bantu si N ni bersihkan nama dia aku support dia untuk rapatkan balik hubungan dgn kawan2 sekerja…sampai semuanya reda seketika..
Si K pun akhirnya berhenti kerja dan tumpu untuk bisnes dia…aku pun angap kes ni dah selesai..sampai lah suatu ketika mereka kantoi lagi keluar berdua..yang lebih menyakitkan hati mereka kantoi selepas beberapa hari isteri si K melahirkann anak..mereka kantoi dgn keluarga isteri si K…tp mereka xbgthu isteri dia kerena takut apa2 yang xdiingini berlaku. Keluarga dia pun cerita kat aku pasal nie…aku pun dh xthu nak bt apa lagi…aku cuma cakap jugak lah dgn N… dan N cuma bgthu yg dia keluar cuma sebagai kawan je… tp sebenarnya N pernah bgthu yg si K nie xboleh lepaskan dia dan diorang sanggup kahwin lari..
Lepas je peristiwa itu aku rasa loser sangat sbb kalah dgn suami orang..aku pun ambik keputusan berhenti kerja dan xambik tahu lagi pasal hubungan diorang…cuma aku bersyukur aku dapat pengajaran yang berguna iaitu aku akan lebih menghargai seorang wanita yang digelar isteri jika aku dianugerahkannya nnt..kepada si N dn K kalau hubungan anda sudah putus aku ucapkan tahniah tp kalau hubungan anda masih terjalin aku juga ucap kan tahniah
Sekian.
– Karl
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment