Monday, 30 July 2018

Jangan Benci Orang Sakit

PengakuanKu

Assalammualaikum. Aku shasha, aku nak cerita pasal seorang kawan aku yang bernama S yang aku kenal semasa aku masuk ke asrama penuh 9 tahun dulu. Tahun 2009 aku masuk asrama, masa tu aku memang takde kawan, S merupakan roomate aku, dan kami sebaya. Aku memang berdua jela dengan S, nak dipendekkan cerita awal2 aku masuk asrama aku memang sangat homesick. Seminggu pertama kat asrama aku dah start tak sihat. Aku memang tak buat2, aku demam panas sampai hidung berdarah. Hampir 2 bulan aku kerap demam. Sikit2 demam.

Oleh kerana S tu roomate aku, bila aku demam dia kenalah bagitahu warden. Dalam 2 bulan tu dekat 4 5 kali S kena jumpa warden sebab aku demam. makin lama S makin menyampah la dengan aku. Dia marah2 aku, dia kata aku menyusahkan dia. Aku sedih sangat. Aku bukan mengada2 nak sakit. Siapa yang nak sakit kan. Masuk bulan ke 3, aku demam lagi.

Kali ni aku suruh kawan dorm lain tolong bagitau warden. Warden mintak aku tunggu kat garaj kereta untuk bawa aku ke klinik. Masa aku berjalan ke garaj aku, aku tengah nangis sebab badan aku sakit sangat2. Kebetulan S lalu depan aku. Dia tanya aku “kau kenapa? sakit lagi?” aku pon angguk la, Lepas tu S kata, “kau ni memang muka berpenyakit la”. Dengan muka yang menjengkel kan.

Masa tu aku diam je, aku duduk kat kerusi tepi garaj tu sebab badan aku sakit. Masa tu aku bisik dalam hati aku, kau kutuk la, nanti kau akan sakit lagi teruk dari aku. Dipendekkan cerita, selepas 6-7 bulan aku dah okay, aku dah tak demam macam dulu. mungkin sebab dah tak homesick kot. Setahun kemudian, aku dah tak sama dorm dengan S, tapi masih berkawan macam biasa, satu hari tu S mengadu sakit kepala, Lepas tu dia pengsan masa perhimpunan, Masa tu kecoh jugak. Dia cuti lama dalam 3 minggu, sebab warded.

Lepas dia dah keluar hospital, dia sekolah macam biasa, tapi dia kerap sakit. Lepas tu dia bagitau aku, dia kena kanser darah tak silap aku. Dia nangis2, dia cakap dia takut mati, Masa tu aku tak tau nak cakap apa, aku nangis sekali. Lepas tu aku teringat dulu aku pernah doa dia akan dapat sakit lebih teruk dari aku. Aku tak berniat nak doa macam tu, masa tu aku tengah marah. Aku risau Allah makbulkan doa aku yang tak baik masa tu.

Cuma aku nak cakap jangan la kita membenci orang sakit, kadang2 doa orang sakit ni makbul tau.

– SHAHA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.