Saturday, 28 July 2018

Pengalaman Jadi Husna

PengakuanKu

Aku Husna (Bukan nama sebenar). Berusia awal 20an. Aku tahu sekarang tengah musim drama Jangan Benci Cintaku. Aku pon layan jugak drama ni dan tetiba rasa tergerak hati nak cerita pengalaman aku berada di situasi Husna. Aku mohon korang sabar banyak-banyak. Baca cerita sampai habis dulu baru judge. Kalau boleh bagi nasihat membina atau pandangan yang memberangsangkan.

Cerita 1

Situasi terjadi masa aku di latihan khidmat negara. Aku rapat dengan seorang jurulatih. Dia merupakan ketua jurulatih untuk intake aku dan merangkap fasilitator aku. Orangnya ada rupa, baik, soft spoken dan ye, beliau suami orang. Aku tak sangka hubungan rapat sebagai pelatih dan jurulatih boleh jadi serius. Mula-mula aku anggap dia care sebab aku anak didik dia. Ye lah, dia kan fasilitator aku. Sampai lah satu hari tetiba aku dapat satu mesej. Oh ye, semasa di kem kami akan dapat telefon masing-masing bila hujung minggu. Ada satu weekend masa birthday aku, aku dapat satu teks dari someone. Aku rasa korang dah boleh agak kot siapa.

Aku terkejut lah macam mana dia boleh tahu birthday aku. Bila aku tanya, dia tengok maklumat aku. Dia kan fasi aku so aku pon ye kan je lah. Tapi lama kelamaan dia keep mesej aku setiap weekend. Sampai lah satu hari dia confess yang dia ada hati dengan aku. Weh , suami orang kot. Aku just cakap terima kasih sebab simpan hati. Tapi jauh di sudut hati aku terkenangkan isteri dia. Apa perasaan dia bila tahu suami dia ada hati kat perempuan lain.

Bila tanya sebab dia kenapa, dia bagitahu yang dia jatuh hati dengan sikap lemah lembut aku. Dan satu lagi dia takde zuriat lagi sepanjang perkahwinan dia. Masatu aku rasa tersepit. Korang bayangkan lah umur aku baru 18 tahun kot masa tu. Lepastu datang seorang lelaki baik approach cara baik. Cuma dia suami orang je. Haha. So aku ambek langkah menjauh dari dia walaupun dalam hati ada lah rasa dihargai. Dia sangat caring dan baik pada aku.

Bila dah habis latihan, kami lost contact. Sampailah satu hari dia ada call masa aku kat matrik. Masatu aku sangat terkejut dan aku ambil langkah tak melayan. Aku ignore semua mesej dan call dari dia.

Cerita 2.

Kisah ni terjadi masa aku di latihan industri. “Suami orang” teesebut adalah penyelia aku. Dia seorang dan sangat baik dan soft-spoken. Mula-mula takde rasa apa pon, tapi kami kerap berjumpa atas alasan kerja. Betul lah orang kata, perempuan dengan lelaki takde maknanya istilah rapat-rapat ni sebab akan ada satu perasaan lain. Ye, aku ada simpan perasaan terhadap beliau dan beliau juga ada tunjuk minat kat aku. Layanan beliau kat aku juga sangat baik. Tapi apakan daya, dia seorang ayah kepada dua orang anak yang sangat comel. Dan isteri dia pon aku dah kenal. Orangnya sangat baik. So aku ambil langkah selamat. Tak mahu melayan sangat.

Dear readers, kalau tiada angin pokok takkan bergoyang kan? Kepada perempuan yang ada niat nak bercinta dengan suami orang, pikir pikirkan lah. Sanggupkah korang nak bina masjid dalam masa yang sama meruntuhkan masjid yang lain ? Sanggupkah kalian berbahagia atas penderitaan wanita lain ? Doa orang teraniaya sangatlah makbul. Sekarang kalian berbahagia, 5 tahun 10 tahun akan datang kalian dapat bayangkan tak ? Bila tahu suami orang tu toksah lah melayan. Aku faham, suami orang ni ada satu sifat. Mereka sangat matang dan bertanggungjawab. Tapi please, buang lah perasaan tu jauh-jauh. Carilah lelaki yang single di luar sana. Banyakkan berdoa dan jangan putus asa. Adioss.

– Husna (Bukan Nama Sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.