Sunday, 29 July 2018

Buruknya Sikap Berburuk Sangka

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca ,terima kasih admin andai penulisan ini diluluskan.
Nak kongsi kisah yang berlaku tempoh hari .saya tak pandai menulis tapi nak juga share,moga beroleh iktibar dan pengajaran.

“Pin pin pin pin pin ” bunyi hon yang bertalu-talu dari motor dibelakang.

“ishhh sabarlah kan sempit jambatan ni,hanya muat-muat satu kereta,tak boleh selisih.kot ye pun nak cepat sabarlah!” gumamku di dalan hati.tak mampu untuk dilafazkan kerana ada penumpang di belakang.segan.hihii

Tiba-tiba kedengaran suara dari arah belakang “Apahal niii.. hon2 orang.tak boleh sabar ke? Eeee india ni! ”
Ouh, Ingatkan aku sorang je yang berperasaan begini

Kelihatan kereta berderet dari arah bertentangan sedang menanti untuk melintasi jambatan sempit itu tadi

Setelah jalan sedikit luas,laluan diberikan kepada motor tersebut.hon masih lagi dibunyikan sebelum berlalu melintasi kami

Hmmmm
Pot pet pot pet masih kedengaran dari penumpang belakang,marahkan si penunggang motor

Perjalanan diteruskan sambil mata sesekali menjeling ke arah waze.tiba-tiba kedengaran bunyi angin masuk dari celahan pintu
“Ehh masyaAllah! pintu belakang tak rapat”

“Ouhhhh.. patutlah lelaki tadi tu hon.dia nak bagi tahu pintu tak rapat rupanya.kita dah buruk sangka pada dia.Astaghfirullah hal azim.macam mana lah nak minta maaf pada dia ni ” sekali lagi kedengaran suara dari arah belakang.bukan lagi bebelan tetapi penyesalan

Allahuu.. sungguh! Sesuatu yang dikesali kerana cepat membuat spekulasi

Teguran dari allah. Jangan berburuk sangka dengan orang !

Teringat kata-kata seseorang ;
‘ kalau ada rasa nak marah/berburuk sangka pada orang fikirkan 70 alasan/sangka baik, untuk menidakkan perasaan itu (cth: dia tak sengaja/tak perasan/tak sihat dll) kalau dah cukup 70 sebab tapi masih lagi nak marah/sangka buruk,katakan pada hati “teruknyaaa lah engkau ni wahai diri”

Fikir yang baik-baik,
minta yang baik-baik,
Cakap yang baik-baik,
Sangka yang baik-baik,
Insyaallah yang datang nanti semua yang baik-baik :)

– Cik bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.